Saturday 13 April 2013

TUDIAA !!! PRESIDEN JATI DAH KOMEN PASAL VIDEO STOPA !!



Kelmarin dunia siber digemparkan dengan paparan perlakuan seks yang dikatakan melibatkan pimpinan tertinggi PAS, Dato Mustapa Ali Setiausaha Agung Parti Islam itu. Video 11 minit 26 saat itu setakat ini tidak dapat diketahui siapa yang merakamnya digambarkan berlaku disebuah bilik hotel mewah dikatakan berlaku di ibu negara Kuala Lumpur.

Video tersebut diberitakan merakamkan adegan-adegan menjurus kepada perlakuan seks hinggalah hubungan seks yang sebenarnya. Paparan gambar secara berwarna disertai dengan rakaman video dan audio yang jelas dan terang menggambarkan dengan jelas siapa pelakunya.

Mereka yang telah melihat akan terus dapat mengecam lelaki yang terlibat adalah dikatakan Dato Mustapa Ali. Sementara pasangan wanitanya kelihatan masih muda dan agak sofistikated.

Sejak dimuat naik di dalam blog, video itu terus disambut oleh para blogger yang lain yang kini menjadi paparan yang paling hangat dan dikembang luas hingga keperingkat menjadi “viral” yang sukar dibendung lagi.



Episod yang timbul dari sumber internet yang berkait dengan perlakuan seks serta melibatkan tokoh besar dalam sebuah Parti Islam sudah tentu menarik minat banyak pihak dan menjadikannya tarikan utama untuk ditonton. Itulah lumrah manusia.

Peristiwa ini meletup hanya tinggal 8 hari sahaja sebelum tarikh penamaan calon diikuti hari mengundi pada 5 Mei 2013. Sebelum ini PAS jenuh bersilat menepis beberapa isu besar yang para pemerhati politik merumuskan hampir semuanya tidak menyebelahi Parti Islam itu.

Peristiwa pemecatan saya dan Ust Nasharudin Mat Isa, amanat Haji Hadi, doa menjahanamkan Umno, keceluparan Mursyidul Am, isu Kalimah Allah, penguburan negara Islam dan Hudud adalah di antara isu yang sukar di tebus kembali.

Video yang dikatakan melibatkan Dato Mustapa Ali ini dijangka akan memberi pukulan maut kepada PAS. Dari paparan imejnya Presiden PAS tidak ada ruang lagi untuk sekadar mengatakan itu besi. Sementara pimpinan PAS sukar mencari alasan munasabah untuk meyakinkan ahli, penyokong dan pengundi Melayu Muslim khasnya bahawa video itu adalah bikinan musuh politik untuk melenyapkan PAS.

Melihat kepada paparan imej-imejnya, apapun alasan yang cuba diberi namun rakyat Malaysia yang rata-ratanya mempunyai ilmu dan pendedahan yang luas sudah mampu membuat rumusan dan keputusan bagi diri masing-masing.

Hari ini Naib Presiden PAS, Dato Husam Musa cuba menjadi jaguh tampil mengeluarkan kenyataan seolah-olah persetankan isu video itu sambil cuba berselindung bahawa paparan itu adalah palsu dan berniat jahat. Beliau meminta supaya pimpinan PAS tidak memberi perhatian kepada episod itu dan dengan angkuh mengatakan bahawa PAS tidak perlu menyiasat kesahihan video itu. Kenyataan ini dilihat bertentangan sama sekali dengan akhlak seorang Muslim sepertimana yang diperintahkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran Surah Al-Hujurat ayat 6 yang meminta kita supaya menyelidiki dan menyiasat dahulu sesuatu berita yang dibawa walaupun daripada orang-orang yang fasik.

Manakala pimpinan yang lain termasuk yang lebih tinggi daripada Husam sehingga ini membisu seribu bahasa. Mungkin masih terkejut dan belum pulih daripada igauan ngeri disebabkan yang terlibat adalah dikatakan Setiausaha Agung parti yang kehadirannya dalam politik sinonim dengan perkembangan parti itu sendiri.

Ada beberapa perkara yang perlu direnungkan :
a. Adakah wajar paparan yang menyalahi syarak itu berlaku kepada pimpinan besar parti boleh ditolak tepi dan cuba dimatikan begitu sahaja?

b. Apakah dengan menolak tepi dan mematikan episod ini selari dengan tindakan-tindakan disiplin yang pernah di ambil kepada pimpinan dan ahli sebelum ini?

c. Apakah tidak wujud double standard dan pendakwaan berpilih. Ada yang anak emas dan ada yang anak tembaga dalam sebuah parti yang berlandaskan Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qiyas?

d. Apakah dengan pendapat Husam itu akan melegakan pengundi dan penyokong serta bakal pengundi yang sebelum ini parti Islam itu tidak mampu lagi menanggung beban isu besar yang tidak terlerai?

e. Apakah cadangan Husam itu akan diterima oleh rakan sejawat PAS di dalam dan di luar negara kerana paparan online realtime itu dapat ditonton sama sekelip mata dimana sahaja?
Saya masih ingat peristiwa yang mengakibatkan pemecatan seorang ahli parlimen PAS, Hashim Gera. Dalam satu majlis beliau telah dilihat menari lucu-lucuan. Pimpinan ketika itu yang tegas dan decisif telah bertindak memecat Hashim Gera daripada menjadi ahli parti.

Manakala dalam kes saya pula, sehingga hari ini saya tidak tahu apa kesalahan saya yang sebenarnya lantaran tidak ada pertuduhan yang dibuat ke atas saya. Saya telah dipecat daripada ahli parti tanpa diberi peluang untuk membela diri.

Ahli serta penyokong PAS dan bakal pengundi di negara ini juga sedang memerhatikan gelagat pimpinan PAS. Setakat kenyataan yang dikeluarkan oleh Husam Musa pada hemat saya tidak mampu menembusi minda masyarakat Malaysia yang berilmu dan begitu celik politik.

Saya cenderung untuk mengaitkan episod yang ramai menganggap sebagai peristiwa hitam ini dengan keputusan PAS menjalin hubungan kerjasama politik dengan DAP dan PKR. Rekod PKR yang tercemar dengan berbagai peristiwa yang hampir-hampir sama dengan kes yang dikatakan melibatkan Dato Mustapa Ali ini. Mungkin jangkitan langsung daripada pergaulan intim yang berlaku di antara pimpinan atasan dalam Pakatan. Saya bimbang kalau jangkitan ini akan menimbulkan penyakit yang lebih besar dan serius yang berkait langsung dengan aqidah yang selama ini menjadi agenda induk kepada perjuangan PAS.

Bagi saya persoalan yang besar di hadapan Parti Islam itu tidak lain daripada persoalan maruah. Imej yang mesti dipaparkan mewakili imej perjuangan Islam. Apa yang boleh diketengah PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam kalau hal yang seserius ini cuba ditangani secara sambil lewa sahaja. Mana dia dosa dan pahala dan mana dia syurga dan neraka yang sering dihujahkan oleh pimpinan-pimpinan besar PAS.

Sekurang-kurangnya bagi saya langkah seperti berikut harus di ambil :
1. Dato Mustapa Ali sebagai orang yang dikatakan terlibat dalam perlakuan sumbang di dalam video tersebut harus tampil ke hadapan menafikan atau mengiyakannya;

2. Sekiranya Dato Mustapa Ali menafikannya, beliau perlu sekurang-kurangnya bersumpah dengan nama Allah bahawa individu yang telibat dalam video tersebut bukan dirinya;

3. Pimpinan PAS terutamanya AJK PAS Pusat atau Majlis Syura PAS perlu menyiasat dengan terperinci video tersebut dan tuduhan yang dilemparkan ke atas Setiausaha Agung parti Islam itu;
Sekiranya selepas siasatan terperinci dilakukan mendapati orang yang terlibat melakukan perlakuan seks itu adalah Dato Mustapa Ali, maka Jawatankuasa Disiplin parti harus mengambil tindakan segera memecat keahlian beliau. Cuma eloklah sekiranya sebelum dipecat, beliau dipanggil untuk membela diri. Janganlah diulangi kezaliman yang pernah berlaku ke atas diri saya dan Ust Nasharudin yang tidak pernah langsung dipanggil untuk membela diri.

Sekiranya saranan seperti yang dikemukakan ini tidak dilakukan, saya berkeyakinan bahawa PRU yang ke 13 nanti akan menjadi antara PRU yang terburuk dalam sejarah PAS akibat penolakan pengundi-pengundi terutamanya pengundi Melayu Muslim yang sudah hilang keyakinan kepada integriti dan kredibiliti parti Islam itu. Maka akan tercatitlah nanti dalam sejarah politik tanahair seorang pemimpin besar yang menghabiskan masa muda dan tuanya memperjuangkan parti akhirnya menjadi petualang yang menyebabkan parti itu tersembam menyembah bumi.

DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Tmn Tun Dr Ismail, KL
12 APRIL 2013

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive