Saturday 17 May 2014

CALON DAP TELUK INTAN BARU PELUK ISLAM KAH ??



Hebatkan..Inilah calon Dap paling disukai oleh pemimpin Pas walaupun tidak menutup aurat sepenuhnya..

Dulu pas mengutuk isteri isteri pemimpin BN termasuk isteri YAB PM pakai tudung tapi nampak rambut..

Tapi kali ni mereka menghalalkan benda yang sama keatas calon Dap teluk Intan..

Mana dia maruah Pas menegakan syiar Islam ??

PEMILIHAN PKR RASUAH !! ANWAR TERKEDU KENA SEMBUR !!


Baru buku bertemu ruas..DRAMA politik pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin panas apabila ada ahli parti itu bertindak mengamuk di hadapan Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya.

Anwar dilihat kelam kabut mententeramkan lelaki itu yang melaungkan kata-kata “Khalid Rasuah, Khalid Penipu,” yang merujuk kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Video amukan kata-kata itu sudah pun tersebar di laman YouTube apabila ia dimuatnaik ke laman sosial itu beberapa jam tadi. Ahli PKR berkenaan difahamkan tidak berpuas hati dengan perjalanan pemilihan parti yang dilihat ada unsur penipuan dan penggunaan politik wang.

Ahli PKR berkenaan ialah Zulkifli Abdullah dari Cabang Kuala Selangor mendakwa terdapat unsur penipuan dan rasuah dalam pemilihan parti itu.

Friday 16 May 2014

APAHAL KELUARGA SINGH NIE KEBAL UNDANG2 ?? @PDRMsia JPJ_Malaysia




Isu ini mungkin nampak kecil.Namun dari segi prinsipnya ia sah-sah salah dari segi undang-undang dan boleh bagi gambaran tentang sikap DAP.

Lagi teruk kita bercakap bab ini yang melibatkan keluarga peguam mendiang Karpal Singh yang sepatutnya menghormati undang-undang.

Calon DAP untuk pilihanraya kerusi Parlimen Bukit Gelugor,Ramkarpal juga seorang peguam.

SIAPA RASA KENAL MAMAT MAMAT NIE, BAWALAH KE BALAI BERDEKATAN.. DENGAR CERITA DEPA NI PENGANAS ??



Pada 1 Mei 2014 diantara jam 8.24 malam, pihak Polis telah menerima pengaduan dari seorang wartawan akbar media focus, mendakwa telah diserang oleh diantara 20 ke 30 orang peserta perhimpunan membantah GST yang berlaku disekitar Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

2. Kejadian ini bermula diantara jam 5.00 petang, hari yang sama apabila pengadu bersama-sama rakan-rakan media yang lain, pergi meninjau kepulan asap berwarna merah yang berlaku dilaluan masuk ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Semasa membuat tinjauan tersebut, Pengadu telah ternampak diantara 20 ke 30 orang berpakaian serba hitam (peserta perhimpunan) berjalan masuk ke Dataran Merdeka, membuat bising sambil mengeluarkan kata-kata provokasi kepada pihak media dengan menjerit-jerit mengeluarkan kata-kata kesat serta menunjukkan isyarat lucah kepada petugas media. Secara tiba-tiba kumpulan ini, telah menyerang dengan menumbuk dan menendang Pengadu dan turut menyerang dua petugas media yang lain dari akbar Oriental Daily dan The Malaysia Reserve. Akibat serangan ini pengadu telah mengalami ketakutan dan kesakitan serta takut menjalankan tugas, bagi membuat laporan yang sebenar mengenai perhimpunan oleh kumpulan ini.

KEDAH TERIMA PELABURAN SEBANYAK RM 4 BILION SEJAK JANUARI 2014



Kedah menerima pelaburan sebanyak RM4 bilion dalam sektor pengeluaran bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini, menjadi negeri kedua tertinggi menerima pelaburan.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata pelaburan yang diluluskan itu merupakan prestasi yang sangat baik kerana jauh mengatasi pelaburan keseluruhan diterima sepanjang tahun lepas iaitu sebanyak RM2.5 bilion.

Beliau berkata Kedah pada kedudukan kedua selepas Sarawak yang menerima pelaburan sebanyak RM8.26 bilion manakala ketiga Selangor (RM1.9 bilion), diikuti Johor RM1.29 bilion dan Pulau Pinang RM831 juta.

PANASS !!! BADAI LANGKAWI LEBIH DASYAT DARI TERENGGANU ?? AWAT PULAK DAH NI TOK RAWI !! @NajibRazak @MukhrizMahathir @KedahTourism




Terkejut dengan badai yang melanda di Terengganu baru baru ini rasanya tidak seteruk rempuhan ombak melanggar bot fiber yang dinaiki oleh YB Dato Hj Mohd Rawi, Exco Pelancongan Negeri Kedah ketika melawat 'Belat' atau disebelah negeri selatan di panggil kelong..

Baru baru ini YB berkesempatan melawat belat yang diusahakan oleh nelayan tradisional Langkawi untuk menangkap ikan.. Cara penangkapan melalui kaedah ini digunakan oleh nelayan Langkawi sejak dahulu lagi..

Malah menurut YB, penangkapan ikan mengunakan belat mampu dijadikan produk agro pelancongan di Negeri Kedah.. Saksikan video di bawah

Thursday 15 May 2014

KERAJAAN KEDAH HANTAR CADANGAN KEPADA PM UNTUK MEMBANTU PEKEBUN GETAH !!! @MukhrizMahathir




Kerajaan Kedah akan mengemukakan beberapa cadangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tentang usaha meringankan beban mereka yang terbabit dalam sektor getah berikutan kejatuhan harga komoditi itu ketika ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata cadangan itu bertujuan meringankan beban kewangan yang dipikul oleh mereka yang terbabit dalam sektor itu.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan cadangan-cadangan itu namun menjelaskan ia tidak melibatkan cadangan menetapkan harga lantai getah kerana perkara itu bergantung kepada harga pasaran.

PANASS !! CERAMAH PERTAMA ANAK MENDIANG KARPAL CECAH 50 RIBU ORANG ??



Pelik bukan ?, sesuatu diluar jangkaan berlaku ketika Dap berkempen di PRK Bukit Gelugor.. Ceramah pertama anak mendiang Karpal Singh kurang mendapat sambutan dari kalangan ahli Dap mahupun pengundi di Bukit Gelugor..

Lihat saja gambar dibawah, jumlah kerusi sahaja melebihi penonton yang hadir.. Apa sudah jadi ??

Adakah disebabkan Hudud ??

PANASS !!! BEKAS NAIB PENGERUSI DAP KEDAH BERTANDING BEBAS DI #PRKTELUKINTAN


Bekas Naib Pengerusi Jawatankuasa Interim DAP Kedah Syed Araniri Syed Ahmad petang semalam mengumumkan akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, sebagai calon Bebas.

Syed Araniri berkata beliau memutuskan demikian selepas berbincang dengan anggota keluarga, rakan-rakan bekas DAP dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Wednesday 14 May 2014

MISTERI RUMAH KAYU DI LANGKAWI MENARIK PERHATIAN PELANCONG ASING @KedahTourism @MuhkrizMahathir



Rumah Abg Zul ini antara rumah paling unik dan pelik di Langkawi, ianya dibina mengunakan bahan bahan semula jadi yang terbuang seperti kayu hanyut, akar pokok yang dibuang, tali kapal serta karpet terpakai..

Hasil karya seni yang dibina oleh Abg Zul ini sangat bernilai tinggi hingga menarik minat pelancong-pelancong luar negara untuk menginap dan mengambil gambar sebagai kenangan malah ada pelancong asing turut membantu Abg Zul membina rumah ini..

EXCO Pelancongan Negeri Kedah YB Dato Hj Rawi berkesempatan singgah di Teratak Akar milik Abg Zul iaitu rakan beliau sejak zaman persekolahan lagi. Malah YB Dato Hj Rawi juga berjanji akan membantu Abang Zul untuk mendapatkan material-material seperti kayu-kayan yang dibuang serta akan mempromosikan Teratak Akar

TERKINI !!! MAT SAID KESAL DAN JOIN UMNO SEMULA TAPI BUKAN HASIL DARIPADA KU NAN DAN RAOF !!!




Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau kembali menyertai UMNO dan kesal atas apa yang berlaku.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Tengku Putera berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri dalam pertemuan bersama dengan Menteri Besar Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan 13 ADUN Terengganu di Perdana Putra di sini.

ALHAMDULILLAH ! NASIB BAIK TAK KOJOL KALAU TAK SUNYI PENJARA KAJANG




Anwar Ibrahim dan isteri Dr Wan Azizah dimaklumkan terlibat dalam satu kemalangan di Desa Sri Hartamas kira-kira jam 10 malam tadi.

Anwar dan Dr Wan Azizah Wan Ismail bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu dan tidak memerlukan pembedahan. Dr Wan Azizah juga berada dalam keadaan selamat..

Alhamdulullah, panjang lagi nyawa Anwar Ibrahim.. Maknanya Allah suruh anwar bertaubatlah tu.. Jangan duk buat onar lagi..

Tuesday 13 May 2014

KRISIS T'GANU !! KERANA KU NAN DAN RAOF, 2 LAGI ADUN KELUAR PARTI ??


Barangkali Ku Nan dan Raof tidak ambil serius dalam isu krisis kerajaan Terengganu..Lihat saja gambar diatas, mereka sangat gembira dengan apa yang terjadi di Terengganu..

Ku Nan selaku SUA dan Raof sebagai SUK sebenarnya sangat berperanan untuk menyelesaikan apa yang berlaku dalam UMNO di Terengganu khususnya.. Kalau Ku Nan memberi penjelasan yang baik semalam di Terengganu, dah tentu tiada wakil rakyat lain turut serta lompat parti.

Masalah di Terengganu sebenarnya melibatkan DS Ahmad Said seorang sahaja.. Tapi disebabkan kegagalan 2 orang ini memberi penerangan baik buat pemimpin lain di Terengganu, maka ramai yagn mengikut jejak Ahmad Said..

Apa yang aku lihat disini ialah sikap tak ambil peduli kedua dua orang yang berjawatan dalam Umno ini selesaikan sesuatu masalah..

KRISIS T'GANU !! DRAMA, TRUST AND RELATIONSHIP




Krisis politik di Terengganu kini sudah sampai ke tahap yang tinggi apabila mantan MB Mat Said serta konco konconya ( 2 Adun ) umum keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas gara gara tidak berpuas hati dengan peralihan jawatan Menteri Besar..

Jika orang biasa yang tidak tahu cerita sebenar, mereka akan menyalahkan Putrajaya iaitu atas tanggungjawab DS Najib..

Tetapi hakikatnya Mantan MB Terengganu itu BERJANJI kepada YAB PM bahawa akan menyelesaikan krisis di Terengganu, jika gagal beliau akan melepaskan jawatan sebagai MB dan Pengerusi Penghubungan Umno Negeri.

KRISIS UMNO TERENGGANU !! AWAT JADI LAGU NIE ??



Beberapa jam selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada Isnin, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar dari parti UMNO.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal kini berdiri sebagai ADUN bebas.

"Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta.

Monday 12 May 2014

ERKKK !! PAS MAIN WAYANG ISU HUDUD ??




Nampaknya sudah timbul bibit bibit tolakan Pas terhadap isu hudud apabila mereka terperangkap sama ada untuk membentangkan cadangan rang undang-undang persendirian bagi membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan pada sidang Dewan Rakyat bulan depan.

Pas menangguh cadangan untuk membentang rang undang-undang hudud kononnya untuk memberi ruang kepada Jawatankuasa Teknikal oleh kerajaan Pusat dan kerajaan Kelantan untuk meneliti semula isu-isu teknikal berkaitan pelaksanaan hukum hudud di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Negeri Kelantan 1993.

Keputusan itu dicapai pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan diumumkan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi satu kenyataan yang dibaca oleh timbalan beliau, Mohamad Sabu.


Kenapa Hadi Awang tidak umum sendiri ? Sedangkan beliaulah yang mahukan hudud dapat dilaksanakan.. atau terdapat arahan supaya Hadi Awang tandatangan surat tanpa kerelaan beliau ?

Ada khabar angin mengatakan bahawa tandatangan milik hadi Awang itu berbeza dari tanda tangan yang sebenar.. Cuba lihat gambar dibawah

PKR !! PARTI TUNGGANG TERBALIK !! PENYOKONG BERTUMBUK HAMPIR MATI




Insiden pergaduhan ini dikatakan berlaku pada pemilihan cabang Kuala Langat, Selangor. Hampir kesemua tempat pemilihan PKR di Selangor kecoh dan ada diantaranya peti undi di satu daripada cabang PKR dilarikan..

12 daripada keseluruhan 22 pemilihan cabang parti itu di Selangor dibatalkan hari ini atas pelbagai sebab termasuk dakwaan wujudnya unsur penipuan dan ketidaktelusan dalam proses pengundian.Pemilihan yang dibatalkan membabitkan cabang Sabak Bernam, Klang, Kota Raja, Shah Alam, Kapar, Sungai Besar, Subang, Hulu Langat, Hulu Selangor, Sepang,Kuala Selangor dan Selayang.

TUDIAA !! VIDEO ULAQ TEDUNG TUMPANG TEKSI



Dulu admin pernah alami situasi yang sama seperti teksi dibawah, tapi lebih rare lagi sebab ular tu duduk bawah kerusi kereta sekali.. Bila dah start enjin, ular tu mengelabah cari jalan nak keluar.. nasib baik tak patuk kaki..

Admin yakin, kalau pemandu lain alami situasi yang sama pasti mengelabah..

Sunday 11 May 2014

PANASS !! SU AKHBAR KU NAN MAIN KASAR ??




Baru baru ini beberapa rakan blogger menegur Ketua Bahagian Putrajaya merangkap Menteri Kesejahteraan dan Wilayah yang nampaknya makin hari makin celaru di bahagian beliau..

Rakan blogger yang juga ahli Umno Bahagian Putrajaya itu pada mulanya menegur tindakkan Ku Nan melantik Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk bukan dari orang Putrajaya,[ KLIK ] selepas itu dengar pula cerita, semua pengurusan Umno Bahagian Putrajaya ditentukan oleh isteri Ku Nan yang tiada apa apa jawatan dalam parti..

Dan baru ini pula timbul cerita Ku Nan menunaikan ibadah Umrah dengan menaiki private jet.. Mungkin pegawai pegawai Ku Nan panas dengan tindakan rakan rakan blogger ini, maka salah seorang rakan kepada SU Akhbar Kun Nan menyerang kumpulan blogger..

DATUK HUAN CALON MESRA BN BERTANDING DI PRK BUKIT GELUGOR



Ketika desas-dusus bertiup kencang bahawa mungkin Barisan Nasional (BN) tidak bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gelugor... tiba-tiba pagi Jumaat, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan mengumumkan secara rasmi hasrat beliau untuk bertanding di situ 12 Mei ini.

PCM bukan komponen BN, tapi umum tahu parti itu dikira mesra BN.

Huan sendiri bukan orang baru dalam politik, bekas Naib Presiden Gerakan dan Ahli Parlimen Batu Kawan ini mengumumkan hasrat itu dalam sidang media khas di pusat khidmat PCM di Air Itam Pulau Pinang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive