Saturday, 21 June 2014

KEBODOHAN 2 EKOR KHALID SELESAIKAN ISU BIBLE




Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akhirnya dengan kedudukan sebagai Ketua Agama Islam di negeri terpaksa mengeluarkan titah bagi menyelesaikan kemelut isu rampasan kitab Bible dalam bahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah.

Terpenting dalam titah yang dikeluarkan menerusi kenyataan oleh Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani memberitahu, Sultan Selangor menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) segera merujuk perkara itu kepada pihak pendakwa raya.

Ini bagi membolehkan rampasan Bible itu dibawa ke mahkamah selaras dengan arahan yang dikeluarkan Jabatan Peguam Negara agar JAIS mengambil tindakan berlandaskan undang-undang.

AYUH WARGA BALING DAN PENDUDUK DISEKITAR !! JANGAN LUPA PROGRAM #MBMesraRakyat BERSAMA DS @MukhrizMahathir




YAB Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir mengajak semua rakyat Kedah tidak kira sama ada diluar atau dalam Kedah bersama-sama beliau diprogram Mesra Rakyat yang akan diadakan pada hari ini dan esok bermula seawal pukul 8.30am di Pekan Baling.

Pada yang jauh anda boleh mengikuti perjalanan program ini difacebook Page MMFC, di page UMNO Kedah atau ikuti #MBmesraRakyat di twitter Insyallah kami akan update di setiap program yg beliau buat.

Jangan lupa ya #MBmesraRakyat bersama DSMM di Baling, Kedah.

Friday, 20 June 2014

BILA MP BARU TAK RETI PERATURAN DEWAN RAKYAT




Dek kerana enggan belajar dan mengambil iktibar daripada pengalaman melakukan kesilapan sebelum ini, Ahli Parlimen PKR Padang Serai N. Surendran pada Khamis sekali lagi digantung selama enam bulan atas kesalahan yang sama iaitu menghina Dewan Rakyat.

Usul bagi menggantung beliau diluluskan dalam suasana kecoh apabila Ahli Parlimen pembangkang dan Barisan Nasional (BN) ‘berperang mulut’ hingga Dewan menjadi riuh rendah dan mengganggu perjalanan mesyuarat.

Justeru Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee terpaksa meluluskan usul berkenaan tanpa membenarkan mana-mana wakil rakyat berbahas ekoran keadaan kekecohan yang tidak terkawal.

Usul penggantungan Surendran dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengikut Peraturan Mesyuarat 27 (3).

Thursday, 19 June 2014

TS MUHYIDDIN YASSIN NAFI LETAK JAWATAN



Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menafikan beliau akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam masa terdekat.

Muhyiddin berkata, beliau tidak pernah membincangkan isu itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Berikutan itu Muhyiddin berkata beliau akan terus berkhidmat selaku Timbalan Perdana Menteri selagi Perdana Menteri mahu mengekalkannya.
Muhyiddin ditanya pemberita mengenai khabar angin kononnya beliau akan melepaskan jawatan itu dalam tempoh terdekat ini.

APA JADAHNYA PEGUAM NEGARA TARIK BALIK PENDAKWAAN TERHADAP RAYER CELAKA ??



Adun Seri Delima RSN Rayer yang mengeluarkan perkataan kata kata hasutan UMNO celaka dalam Dewan Undangan Negeri dan mengulangi kata kata itu dalam satu ceramah ketika kempen PRK Bukit Jelutong baru baru ini ditarik balik pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara..

Pertuduhan hasutan ke atas Adun Seri Delima, RSN ditangguhkan pada satu tarikh yang lain atas arahan dari Jabatan Peguam Negara.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Unit Pendakwaan Datuk Razali Che Ani kepada peguam yang mewakili Rayer, Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh Deo dan V Raveendran.

Wednesday, 18 June 2014

SEBURUK BURUK MANUSIA, BURUK LAGI PERANGAI MP PAS



Ahli Parlimen PAS Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff disifatkan “berniat jahat” oleh Menteri di Jabatan perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim kerana bertanya sama ada program Permata Negara bertujuan menaikkan nama isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Yang berhormat pakaian nampak macam Islam tapi mulutnya…,” kata Shahidan tidak menghabiskan ayat beliau ketika menjawab soalan tambahan Siti Zailah dalam sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawap lisan di Dewan Rakyat, Parlimen, Rabu.

“Saya berdoa semoga Allah membuka hatimu agar jadi lebih mulia,” kata Shahidan yang juga ahli Parlimen Arau.

INFO !! JOM RAKYAT KEDAH KITA SANTAI SANTAI DI #AORfestival @AORfestival @MukhrizMahathir




Apa itu #AORFESTIVAL

#AORFESTIVAL cetusan idea orang muda kepada anda.

AOR Festival ni cetusan idea sekumpulan anak2 muda yg berasal Kedah yg ingin mempromosikan Kedah dari perspektif yg berbeza daripada kebiasaan. AOR ialah singkatan untuk Bandaraya Alor Setar. Kami yg terlibat dalam sebagai penganjur ingin mengetengahkan jenama2 pakaian' underground', bakat2 kreatif dlm bidang seni kreatif seperti kaligrafi, muzik akustik, kesukarelawanan dan keusahawanan dari kalangan anak2 muda Kedah yg sudah berjaya di peringkat antarabangsa, tempatan ataupun yg baru mula bertapak. Festival AOR 1.0 secara kecil kecilan telah diadakan bulan lepas dan berjaya menarik hampir 2 ribu pengunjung yg kebanyakkanya adalah anak anak muda.

YAB Menteri Besar akan hadir membuat perasmian program pd hari Jumaat, 20hb Jun jam 5ptg.

AIRPORT !! SIAPA GUAN ENG NAK LETAK SYARAT ?? GUNA TANAH BAPAK DIA KAH ?? @MukhrizMahathir @cmlimguaneng




Siapa Guan Eng nak letak syarat jika kerajaan Pusat bina lapangan terbang di Kedah ?? Tanah di Kulim milik bapak Guan Eng kah ?itu persoalan pertama untuk Guan Eng jawab.. Kedah tak perlu mendengar syarat syarat daripada sesiapa sahaja.Sebaliknya Pulau Pinang yang perlu dengar nasihat Kedah kerana P.Pinang masih lagi tanah jajahan Kedah.

Semalam, Guan Eng dalam satu kenyataannya bersetuju dengan cadangan pembinaan lapangan terbang di Kedah tetapi meletakan syarat supaya Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dinaiktaraf..

Yang peliknya, adakah Guan Eng tidak tahu bahawa LTABL sedang dinaik taraf oleh kerajaan pusat berjumlah RM 250 juta..


Tapi malangnya, Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Guan Eng tidak mempedulikan infrastuktur di sekitar kawasan lapangan terbang kerana kawasan berkenaan akan tengelam tatkala hujan lebat..

KAHKAH !! ANWAR LARI SEMBUNYI DIBAWAH MEJA SPEAKER BILA DIBELASAH DALAM DEWAN [ VIDEO ]





Siapa kata ahli parlimen baru tidak berani untuk menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Dewan Rakyat?

Inilah yang dibuktikan oleh Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid yang baru menjadi Ahli Dewan Rakyat penggal pertama ketika mempertikaikan setiap kenyataan yang dibentang Anwar di dalam sesi bahas di Parlimen hari ini.

Ia secara tidak langsung menunjukkan betapa Anwar semakin hilang taring serta integritinya sebagai ketua pembangkang.

ehsanAnwar yang buat kesekian kalinya melemparkan dakwaan terhadap usahawan berjaya, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary telah mendorong Ehsanuddin untuk bangkit dan bertanyakan soalan bagi setiap tuduhan yang disebutkan itu.

Tuesday, 17 June 2014

RUGINYA PENGUNDI DUN KAJANG BILA DAPAT WAKIL RAKYAT SEBODOH NI




Tindakan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menolak semua soalan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menimbulkan kekecohan memandangkan beliau adalah presiden PKR.

Speaker, Hannah Yeoh menolak semua 10 soalan yang dikemukakan secara bertulis oleh Wan Azizah yang juga Adun Kajang kerana tidak mengikuti prosedur ditetapkan.

wan azizahDifahamkan, soalan berkenaan ditolak berikutan kesilapan teknikal iaitu soalan tidak boleh melebihi 40 perkataan sedangkan semua soalan yang dikemukakan melebihi had dibenarkan.

PANASS !! TEMUBUAL EKSKLUSIF BERSAMA YAB DS @MukhrizMahathir SETELAH SETAHUN MENTADBIR NEGERI KEDAH #HanyadiKedah #KedahamanMakmur



Temubual eksklusif Dato Seri Haji Mukhriz bersama TV1, selama 1 tahun beliau menjadi Menteri Besar Kedah, apa yang telah beliau laksanakan, apa perancangan beliau, kemana beliau hendak membawa negeri Kedah, negeri yang lebih dikenali sebagai negeri jelapang padi.

Monday, 16 June 2014

@CMlimguaneng !! PENANG MASIH ADA TANAH KE NAK TAMBAH RUNWAY AIRPORT BARU ?? @MukhrizMahathir



Ketika Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir mencadangkan mahu membina sebuah lapangan terbang antarabangsa di Kulim, Guan Eng tanpa segan silu dengan sikap chauvanis dengkinya mengatakan projek pembinaan Lapangan Terbang itu satu pembaziran.

Sedangkan sudah jelas bahawa cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kedah dijangka dapat menampung keperluan penumpang dan perkhidmatan kargo semakin meningkat bagi negeri-negeri di utara Semenanjung.

Guan Eng mempertikaikan cadangan berkenaan kononnya tidak sesuai daripada segi ekonomi memandangkan ia begitu hampir dengan Pulau Pinang, tambahan pula Kedah sudah mempunyai dua lapangan terbang iaitu di Langkawi dan Alor Setar.


120 RIBU TANAH TERBIAR AKAN DIBANGUNKAN @Ismailsabri60




Kementerian Pertanian Industri dan Asas Tani mengenal pasti sejumlah 120,000 hektar tanah terbiar di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan dengan projek pertanian.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebahagian besar daripada tanah itu dimiliki orang perseorangan dengan kebanyakan pemiliknya telah pun meninggal dunia dan ia terbiar sejak berpuluh tahun yang lepas.

"Kementerian dengan kerjasama Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKK), Pejabat Tanah, Pejabat Daerah dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PKK) kini sedang giat mengesan pemilik dan pewaris yang terlibat dan ada juga yang telah berjaya dihubungi.

@CMlimguaneng MANA YANG LEBIH BAZIR ?? TEROWONG ATAU AIRPORT @MulhrizMahathir




Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir memulang paku buah keras kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng apabila mendakwa cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Kulim, Kedah adalah pembaziran.

Menurut Menteri Besar Kedah itu, cadangan beliau yang sudah dikemukakan kepada Pusat bukanlah satu pembaziran berbanding terowong di Pulau Pinang.

“Kalau ikutkan, dahulu, mereka kata pembinaan Jambatan Pulau Pinang sebagai membazir, sekarang nak cadang satu terowong pula.

Sunday, 15 June 2014

LIVE !! MUKA ANWAR BERAHIM MERAH PADAM DIBULI PENGACARA @BBC






Wartawan BBC News, Stephen Sackur mempertikaikan jawapan yang diberikan nwar Ibrahim dalam sesi temu bual yang dikendalikannya di stesen penyiaran tersebut di London, United Kingdom (UK), baru-baru ini.

Sebaik sahaja temu bual dimulakan, Anwar cuba meraih simpati dengan menjaja kisahnya berdepan dengan kerajaan Malaysia yang didakwa bersifat autoritarian.

Walau bagaimanapun, Sackur mengingatkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bahawa mahkamah merupakan institusi yang mengadili kes liwatnya.

Sackur seterusnya mempersoalkan ke­nyataan Anwar yang mendakwa mahkamah dan media di Malaysia tidak bebas.

KRONISME DALAM PROGRAM IKON PATRIOTIK ?? APA NAK JADI ??



Program Aku IKON Patriotik dianjurkan oleh BTN dgn kerjasama Media Prima. Objektik program IP ini bertujuan untuk mencari ikon dari setiap negeri untuk diketengahkan sebagai Ikon Patriotik negara..

Namun ada prkara yang amat dikesalkan oleh kami kerana berlaku kronisme didalam saringan akhir..

Kronisme yg di maksud ialah 2 sorang staff BTN turut mengambil bahagian malah turut terpilih dalam saringan akhir. Tidakkah ini melibatkan conflict of interest? Bolehkah penganjur memberi jaminan tidak akan berlaku keputsan berat sebelah?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog archive