Saturday, 6 October 2012

ANTARA 2 MANGKOK NI VIDEO SIAPA AKAN TERKELUAR DULU




AZMIN ini sebetulnya sama macam idolanya juga, Anwar Ibrahim. Kalau dia nak ‘bunuh’ karier politik orang, dia akan guna pendekatan dan bahasa yang sangat mudah dibaca saingan politiknya dari UMNO – macam penulis.

Sebab itulah pengumumannya baru-baru ini mengenai ‘kebarangkalian’ Khalid Ibrahim tidak akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor selepas PRU13 (atau pilihanraya negeri yang dijalankan berasingan) berakhir, hanya mengejutkan balaci dan macainya sahaja.

Balaci terkejut pun bukan sebab apa, sebab mereka dah baca semua ini dalam blog dan portal pro UMNO seperti MyKMU ini – lama sebelum Azmin buat pengumuman pun. Mungkin balaci pelik, macam mana UMNO boleh tahu dulu dan mereka yang mati-matian mempertahankan parti lambang lubang buntut ini tahu kemudian?

TUDIAA !!! BR1M BELUM KELUAR, PAS DAH MINTAK 10% ??




PAS MINTA 10% PADA SETIAP AHLI PAS YANG TERIMA BR1M, SUNGGUH MEMALUKAN! PAS MEMANG KEBULOR DUIT!

MTK betul betul kesian kat ahli ahli Pas yang setiap hari kena tipu oleh kata kata dari mulut longkang pemimpin Pas..Pemberian Wang BR1M oleh kerajaan kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana adalah untuk membantu mengurangkan beban kos sara hidup yang makin meningkat..Tetapi parti Pas pulak cuba mengambil kesempatan dari alhi ahlinya..

Pada mulanya wang BR1M dikatakan haram..Tetapi disebabkan niat jahat mereka nak dapatkan wang dengan cara mudah,maka mereka mengenakan cukai sebanyak 10% seorang untuk dimasukkan kedalam tabung parti..

Itu kisah BR1M 1.0 yang lalu..Kita tengok pulak permainan Pas untuk BR1M 2.0 kali ni pulak..Fatwa songsang apa yang depa nak keluarkan..Lepas selesai pembentangan bajet oleh Ds Najib baru baru ni,pemimpin pakatan dah kata semua tu gula gula...

Kita tengok sapa yang makan gula gula dan sapa yang makan singgam(gula gula getah)

ISU SCORPENE TALIAN HAYAT ANWAR YANG TERAKHIR




Suaram yang menerima dana daripada penyanggak mata wang Yahudi melalui Suara Inisiatif Sdn Bhd masih terus memfitnah dan memburuk-burukkan kerajaan berhubung isu kapoal selam Scorpene.

Terbaru pertubuhan badan bukan kerajaan yang tidak berdaftar secara sah itu telah menganjurkan satu forum bertajuk "Skandal Kapal Selam Buatan Perancis" di Ipoh, Perak 30 September lalu.

Walaupun badan itu kini sedang disiasat berhubung penerimaan dana asing yang ada kaitan dengan gerakan Yahudi-Zionis antarabangsa, namun Suaram mahu menunjukkan bahawa ia seolah-olah kebal dan mempunyai immuniti yang tebal untuk terus menjalankan kegiatan subversif.

Seolah-olah ia tidak takut kepada kerajaan kerana yakin ada kuasa disebalik operasinya yang mampu melindungi dan mempertahankan kebebasan untuk mencemar nama baik negara samada di dalam atau di luar negara.

Ini terbukti beberapa hari lalu apabila tiga orang ahli parlimen pembangkang - R. Sivarasa, Tian Chua dan Mahfuz Omar mengadakan sidang akhbar di ruang legar Parlimen berhubung isu Scorpene.

PANASS !!! NAFSU KAKI JAMBAN MAKIN MEMBUAK BUAK




Belumpun wisel PRU 13 ditiupkan secara rasmi, kem-kem pihak berkepentingan dalam PR sudah bertelagah sesama sendiri berhubung perebutan jawatan Menteri Besar Selangor yang sekarang ini sedang disandang Khalid Ibrahim.

Semuanya gara-gara kenyataan Timbalan Presiden PKR yang menyatakan Selangor akan mendapat MB baru selepas PRU 13 serta turut mengesahkan perkara tersebut sedang dalam perbincangan pimpinan tertinggi PR.

Kenyataan Azmin Ali itu kemudian menjadi kontroversi memaksanya membuat 'pembetulan' terutama sekali selepas Setiausaha Agong PAS, Mustapha Ali menegurnya kerana bimbang kenyataan Timbalan Presiden PKR itu akan mengelirukan penyokong pakatan pembangkang.

Namun demikian, dikalangan rakyat Selangor tak ada yang keliru pun kerana umum mengetahui Azmin telah agak lama mengidam dan begitu kemaruk sekali untuk mengambil alih jawatan tersebut. Kontroversi kali ini hanyalah lanjutan dari beberapa konflik dalaman yang pernah tercetus sebelum ini.

TUDIAA !! SAFEE SALI ADA KEKASIH BARU YANG HOT ??




PEMAIN bola sepak kebangsaan, Safee Sali menafikan laporan laman sosial dan blog yang mendakwa beliau kini sedang dilamun cinta dengan pelakon, Julia Hana dan telah menghabiskan cuti di Langkawi.

Gosip antara keduanya timbul selepas blog berkenaan mendakwa kedua-dua mereka berpegangan tangan ketika bercuti di Pulau Langkawi, Kedah kelmarin.

“Itu bukan saya…saya tidak pernah ke Langkawi pun sebelum ini,” katabeliau kepada Sinar Harian Online.

Pengurusnya, Zakaria Abd. Rahim berkata, pada tarikh berkenaan, beliau menyertai sesi penggambaran pada sebelah pagi di Petaling Jaya.

“Pada sebelah petang Safee ke gim untuk latihan di Kem Latihan Nasional, Persatuan Bola Sepak Malaysia sebagai persiapan menghadapi Perlawanan Persahabatan Antarabangsa di Hong Kong, 16 Oktober nanti,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) sekitar jam 1.30 tengah hari tadi.



Sehubungan itu, Safee berharap dengan penjelasan yang diberikan, gosip percintaannya dengan pelakon berkenaan akan dihentikan.

Friday, 5 October 2012

TUDIAA !!! NURUL IZZAH TERKEJUT SAMPAI TERKINCIT ??




Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said mendedahkan peserta luar yang mengambil bahagian dalam perhimpunan Himpunan Hijau membantah projek petrokimia Pengerang pada 30 September lalu masing-masing telah dibayar RM30, dakwa Ahli Parlimennya, Datuk Azalina Othman hari ini.

Membahaskan bajet di Dewan Rakyat, Azalina berkata itulah sebabnya pihak penganjur berjaya menarik orang ramai, yang didakwanya kebanyakannya orang luar untuk menghadiri perhimpunan tersebut.

Azalina berkata pihak penganjur mendakwa perhimpunan itu dihadiri 7,000 tetapi beliau sebaliknya mendakwa telah difahamkan hanya 3,000 orang yang hadir kerana kawasan tersebut kecil.

Oleh itu, beliau tidak tahu bagaimana kawasan itu boleh memuatkan seramai 7,000 orang, sambil mendakwa ramai daripada mereka yang hadir itu adalah orang luar dan dibayar RM30 setiap orang.
Kenyataan itu mendorong Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) cuba bangkit untuk menjadi jaguh kampung di Parlimen mencelah bagi mendapatkan penjelasan mengenai asas tuduhan tersebut, tetapi Azalina enggan memberi laluan kepadanya untuk bercakap.

Misteri Air Empangan Sungai Selangor Menyusut





Selasa lalu, Mynewshub.my menyiarkan gambar dan berita mengenai Empangan Sungai Selangor dekat Jalan Kuala Kubu Bharu yang mana jumlah airnya sudah pun menyusut sehingga 40 peratus.

Hari ini kami meletakan sebuah gambar baru yang memperlihatkan perbezaan situasi air di empangan itu beberapa bulan yang lalu dengan situasi terkini.

Sangat jelas bukan perbezaan itu.

Situasi kehilangan air dalam jumlah yang terlalu banyak itu kini menimbulkan persoalan dan agak misteri memandangkan negara ini secara umum dan negeri Selangor secara khususnya belum mengalami sebarang musim kemarau.

Gambar-gambar yang diambil jelas memperlihatkan empangan berkenaan sedang melalui fasa kehilangan air takungan yang banyak.

Jadi, persoalan yang paling wajar untuk ditanya ialah, ke mana perginya 40 peratus air dalam Empangan Sungai Selangor?

Gambar besar di atas memperlihatkan satu bahagian penting di empangan itu nyata sudah hampir kering.

Sebelum ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selalu berkata bahawa empangan-empangan di negeri itu tidak mempunyai masalah air.

PANASS !!! ADAKAH BANJIR DI KEDAH BERPUNCA DARI MAKSIAT YANG DI PERJUANGKAN OLEH PAS ?




Kejadian banjir baru baru ni di Kedah telah mengakibatkan beberapa kawasan di Pendang dinaiki air..Seramai 206 keluarga telah dipindahkan manakala hampir 850 hektar sawah padi musnah..

Adakah kegiatan maksiat yang berlaku di Kedah dan kehadiran DJ seksi berbikini kuning(tema bersih) yang diimport dari Hong Kong punca segala bencana buruk yang berlaku di Kedah ??

Sahabat Blogger MyMassa juga lihat bahawa bencana yang melanda Kedah semakin menjadi-jadi sejak PAS perintah.

Kalau ikut dalil PAS semasa menjadi pembangkang, Kerajaan Negeri yang tak bertanggungjawab membiarkan maksiat berleluasa akan mengundang bala Allah SWT.

Akhirnya kata-kata PAS sebelum berkuasa kini kena kembali kepada mereka. Kini PAS lah yang membiarkan maksiat berleluasa di Kedah sehingga menyebabkan negeri tersebut selalu dilanda bencana.

#PRKampus : Naib Canselor #NCukm & Rektor #UIAM Gagal


Dari kiri : Naib Canselor UKM Prof. Tan Sri Dato' Wira Dr. Sharifah Hapsah &
Rektor UIAM Prof. Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin


Pilihanraya kampus untuk memilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sessi 2012/2013 telah selesai dijalankan di 20 IPTA yang mana kampus UIA yang mengadakan pengundian semula semalam telah dimenangi oleh Pro-M atau pelajar pro-pembangkang.

Kegagalan Pro-AM untuk menafikan penguasaan pelajar pro-pembangkang di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sememangnya sudah dijangkakan oleh pemerhati.

Sungguh aneh kerana mandat terus diberikan kepada kumpulan pelajar pro-pembangkang yang terbukti gagal melaksanakan tugas mereka sebagai MPP sessi yang lepas terus dipilih untuk menerajui kepimpinan dua kampus besar oleh penuntut di sana.

Sudah tiada pilihan lainkah penuntut-penuntut kampus tersebut?

Jika mengikut logik apabila terdapat kumpulan pelajar yang membawa perjuangan parti pembangkang di UKM dan UIAM ini bermakna Naib Canselor UKM, Rektor UIAM, Timbalan Rektor UIAM, TNC HEP serta TNC Akademik gagal mendekati penuntut dan memberi pemahaman mengenai gagasan 1Malaysia dan agenda tranformasi yang diilhamkan oleh DS Najib Tun Razak.Sambung baca kat SINI

PANASS !!! PAS LANCAR KONDOM HALAL CAP NIK AJIS DALAM HARAKAH ?? @hdaily09


GAMBAR EDIT OKEY

Bukanlah niat aku nak mengutuk atau mencerca Pok Nik Aziz seperti apa yang aku buat kat gambar diatas tu..Tetapi aku nak hangpa semua buka mata sikit atas apa yang pencacai pakatan anak harom kononnya paling mulia lakukan fitnah terhadap Datuk Sri Najib..

Aku pun pelik macamana la otak otak pencacai beroperasi..Benda yang aku rasa tak perlu nak jadikan isu pun jadi modal depa nak mengutuk..Apa teruk sangatkah orang yang bernama Najib ?? Hina sangatkah Najib sampai sanggup tukar tanda roti canai ke roti Najib..



APA !!! @LISASURIHANI JATUH SAKIT ??



Ingat lagi tak tentang kisah seorang budak bernama Nur Feetri merakamkan video parody Sore Eyes 5 Days MC?

Video berkenaan telah menarik minat ramai penonton Youtube lain untuk merakamkan semula gaya Nur Feetri tetapi dilakukan dalam bentuk sindiran.

Artis di Malaysia turut terjebak sama dalam perkara ini.

Bulan lalu Nora Danish dan Adi Putra telah meniru gaya ‘muka comel’ budak itu dan baru-baru ini Lisa Surihani pula turut terjebak.

Tengok sajalah video di bawah ini. Kelakar habis!

Thursday, 4 October 2012

GEMPARR !!! FACEBOOK BUKAN LAGI PERCUMA




Lebih lima bulan selepas disenaraikan, Facebook Incorporation mengumumkan langkah mengenakan fi ke atas penggunanya yang mahu mempromosikan foto atau pengumuman masing-masing menerusi laman sosial.

Facebook mengambil langkah itu untuk menambah pendapatannya.

Komponen baru yang dikenali "Promote" diumumkan semalam.

Ia diperkenalkan kepada sekumpulan kecil pengguna Facebook di Amerika Syarikat (AS).

Berdasarkan laporan semalam, Facebook telah membuat kajian ke atas sebilangan pengguna terhad laman sosial berkenaan dengan menawarkan ciri aplikasi baru bagi memastikan komen atau gambar yang dikongsi bersama ahli Facebook mengeluarkan fi pada 'newsfeed' rakan-rakan mereka.

TUDIAA !!! PENJUAL AIS KRIM DAH MULA TUNJUK TARING ??




Nampaknya Khalid Ibrahim terpaksa juga mula belajar menerima hakikat dirinya sudah tidak diperlukan lagi oleh PKR setelah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali membuka mulut membuat kenyataan, kemungkinan Selangor akan mendapat Menteri Besar baru selepas selesai PRU 13.

Azmin yang sebelum ini dikaitkan dengan aksi 'jual beli aiskrim' di dalam tandas sudah diketahui umum telah lama bercita-cita untuk menjadi MB dan seringkali cuba mengganggu gugat kelancaran pentadbiran Khalid di negeri itu.

Malah pendedahan oleh MB Selangor itu berhubung penemuan sebuah kamera pengintip di balik tabir langsir dalam pejabatnya sebelum ini juga berkait rapat dengan usaha-usaha terancang dalam PKR untuk menjatuhkan Khalid bagi digantikan dengan Azmin.

Melihat pada hubungannya yang rapat dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tidak sukar untuk kita fahami kenyataan terbaru Azmin ini tentunya sudah mendapat lampu hijau dari Anwar.

KENYATAAN PALING BEST DARI AZMIN RUGI TAK BACA




ADAKAH PEMIMPIN SEPERTI GAMBAR DIATAS KEPERIBADIAN BERSIH DAN SUCI DARI MASALAH MORAL ???

Assmin oii aku betul betul malu bila kenyataan tu keluaq dari mulut hang sendiri..Gambar diatas tu baru masalah moral hang sorang...Tu pun belum termasuk  Anwar, Eli Wong, Nurul Izzah, Khalid Gagap, Tian Chua lagi..Pas dah tentu ramai yang tersenarai..Dap pun ada jugak..

Apa apa pun Assmin, hang perbetulkan diri tu dulu sebelum nak sembang bab moral orang lain..Rakyat tak lupa tentang gambar kat bawah ni...

GEMPARR !!! BLOG MEDIA PERMATANG PAUH DAH DAPAT HABUAN ??






Tahniah kepada Blog Media Permatang Pauh (MPP Online) yang kini berjaya menduduki carta blogger No 1 Pro BN . Tak sangka isu Pemimpin paling warak yang disanjung sebagai kalipah di Pulau Pinang berjaya menarik ramai pembaca dan pekara ini diakui sendiri oleh blogger pencacai..

REAKSI SPONTAN WAN JIJAH APABILA WANITA LAIN MEMEGANG ANWAR



Setiap kali Bang Non didatangi oleh wanita wanita, kak wan mesti tengok muka Bang Non..Dari raut wajah Bang Non kak wan dah boleh baca apa yang suaminya rasakan..Kalau tak takkan lah Bang Non sanggup buat muka macam tu..

Bila depan orang ramai pandai depa cover line boleh senyum senyum..Tapi bila kat belakang jadi macam gambaq kat bawah ni

KAPAL TERBANG TERSELAMAT DARI MALAPETAKA





HONG KONG – Penerbangan Hong Kong Airlines dari Bali terselamat daripada malapetaka apabila seorang penumpang gagal membuka pintu kecemasan pesawat yang disangka pintu tandas.

Krew pesawat yang menyaksikan kejadian itu terkejut setelah terlihat seorang warga emas berusia 52 tahun bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke arah pintu kecemasan pesawat itu dan kemudian cuba membuka pintu berkenaan.

“Nasib baik dia gagal membuka pintu itu dan kakitangan kabin dengan pantas menghalangnya daripada meneruskan niatnya itu.

Apabila dia disoal selepas mendarat, lelaki itu berkata dia berbuat demikian kerana menyangka ia adalah pintu tandas kerana inilah pertama kali dalam hidupnya menaiki pesawat,” kata salah seorang kakitangan pesawat itu. – AFP

Wednesday, 3 October 2012

KANTOII !!! DPP SELANGOR HADIR DI MAJLIS BIKINI SHOW DI KEDAH ??




DPP Selangor cuba menunjuk hero dengan mengesa PBT dan Jakim menghalang penganjuran bikini show di sebuah Hotel terkemuka di Ibu Negara..Dengan nada sedih juga DPP Selangor merasa kesal dengan tindakkan penganjur yang tidak menghormati dimana bulan ini umat Islam sedang mengerjakan haji..

Agak melucukan apabila DPP Selangor bersikap double standard dimana beliau lupa bahawa negeri yang ditadbir oleh pakatan haram sebelum ini tidak pernah langsung menghormati umat Islam dimana berlakunya pekara yang sama setiap hari lebih lebih lagi di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah..

Sebagai contoh di Kedah Pas membiarkan pusat hiburan beroperasi seperti biasa dengan menghidangkan tarian tarian separa bogel diatas pentas..Mana suara DPP bagi negeri negeri yang ditadbir pakatan bagi membendung gejala ini ??

LIVE !!! SAKSIKAN #TANYA NAJIB DI SINI



PANASS !!! FATWA BARU PAS, HARAM KALAU PENYOKONG PAS AMBIL BRIM 2.0 ??



Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man nampaknya seperti belum mengambil iktibar dari kesilapan lama dan keterlanjurannya mengarahkan ahli PAS menangguhkan ibadah haji ke Mekah semata-mata untuk menghadapi PRU 13 yang diramal olehnya akan berlangsung semasa musim haji 1433.

Arahan itu jelas kelihatan seperti PAS cuba memperbodohkan pemikiran pengikutnya supaya mendahulukan kepentingan parti berbanding keutamaan menunaikan Rukun Islam ke-5 dan di masa yang sama cuba memainkan sentimen umat Islam, namun akibatnya ia mengundang amarah khalayak umum pula.

Itulah hakikat sebenar watak dan pembawaan pemimpin PAS, cukup gah membicarakan soal hukum hakam agama tapi realitinya kepentingan politik kepartian juga yang didahulukan.

Tidak serik dengan isu tersebut, kali ini pemimpin PAS yang mempunyai pertalian keluarga dengan Mursyidul Am PAS itu sekali lagi cuba memperbodohkan khalayak dengan kenyataan yang memperlekehkan maruah penerima imbuhan BR1M dan lain-lain.

Dalam satu kenyataannya kepada media, Tuan Ibrahim mengibaratkan semua bantuan one off dalam bajet 2013 yang meliputi BR1M, BB1M, Bantuan Persekolahan dan pelbagai imbuhan lain untuk rakyat adalah candu beracun yang memberi kegembiraan sementara sahaja.

TERPANAS !!! KERAJAAN PAS KEDAH IMPORT DJ SEPARUH BOG3L DI ALOR STAR ?? [VIDEO]



Setelah beberapa kali didedahkan kegiatan maksiat di sebuah pusat hiburan terbesar di Alor Star, tiada langsung tindakkan yang diambil oleh kerajaan Pas Kedah bagi memerangi gejala sosial yang makin meningkat dikalangan remaja melayu di Kedah..

Sebelum ini Azizan Razak berkata tidak mengetahui tentang aktiviti yang dijalankan premis pusat hiburan di Kedah kerana tidak pernah meninjau pusta pusat terbabit..

Tetapi bila Team Media Kedah mendedahkan gambar gambar yang diambil sendiri dari pusat hiburan terbabit mereka pula berkata pihak media sengaja sabotaj dan mengunakan teknik pertindihan atau superimpose

Pelbagai pihak juga mendesak Kerajaan Negeri memantau aktiviti kurang sihat ini tetapi sampai sekarang Pas Kedah masih tidak melakukan apa apa tindakkan terhadap pusat hiburan terbabit..

Malang bagi rakyat Kedah bila mengundi parti yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi pemimpin Pas sendiri bersekongkol dengan pengusaha pengusaha premis hiburan untuk dapatkan lesen.. Sebagai contoh pemimpin Pas kat bawah ni

PANASS!!! DATO LATT SHARIMAN K.B KOLA KEDAH BUAT PASAL LAGI !!




Dokumentari pendek tentang sejarah serta kehidupan masyarakat Kuala Kedah yang berbilang kaum disampaikan sendiri oleh Dato Latt Shariman Ketua Bahagian Umno Kuala Kedah merangkap Pegawai Tugas Tugas Khas Perdana Menteri dalam bahasa Hokkien..

Selain fasih berbahasa Thai, Dato Latt juga mahir berbahasa hokkien...Tak sangka MTK mempunyai Ketua Bahagian yang berkebolehan dalam pelbagai pekara..Apa apa pun terbaikklah Dato...Saksikan video klip dibawah

Jangan Lupa Mengikuti #TanyaNajib 9 Malam Ini Secara Langsung Di @Youtube @NajibRazak





Anda boleh menonton di saluran http://www.youtube.com/NajibRazak

PANASS !!! DAP TEMPELAK SIKAP KUKU BESI ANWAR !!




Dalam Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 yang diadakan di Shah Alam Convention Centre baru-baru ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa 20 pemimpin kanan PKR dijangka mewarnai jemaah menteri Kerajaan Pusat sekiranya parti tersebut berjaya menawan Putrajaya dalam PRU-13 nanti.

Walaubagaimanapun, senarai nama mereka yang dijangka dilantik tidak disebut tetapi menurut Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei, sebahagian kecil pimpinan kanan mungkin diangkat sebagai menteri dan timbalan menteri mengikut tradisi yang wujud di dalam hierarki kepimpinan politik tanah air, di samping memberi peluang kepada anggota parti yang berpotensi.

Pengumuman ini, seperti dijangka, telah ditempelak DAP kerana ianya tidak pernah dibincangkan langsung dalam mana-mana mesyuarat Pakatan Rakyat.

Mana tidaknya kerana DAP sendiri telah pun menyenaraikan 30 pemimpin dan anggota parti itu bagi mengisi jawatan Menteri dan Timbalan Menteri jika berjaya menawan Putrajaya. Namun, perkara ini belum dibawa ke mesyuarat PR memandangkan Anwar belum menetapkan agenda khas untuk membincangkannya setakat ini.

Lebih menarik lagi, sumber-sumber dalaman parti PAS juga memberitahu bahawa PAS sendiri telah menyediakan senarai nama 30 orang pemimpin dan anggota parti itu untuk dikemukakan ke mesyuarat PR sebagai bakal Menteri dan Timbalan Menteri jika berjaya menawan Putrajaya.

TUDIAA !!! ABBY ABADI DEDAH SIAPA PEMILIK BLOG MILO SUAM


Patutlah abby pandai spin sekarang ni,rupanya ada tok guru duk mengajar cara cara nak pusing bila tak boleh jawab..Milo suam pulak dah mula nak memfofularkan diri..Apesal bro tak cukup makan ke sekarang ?? Nak tau lebih lanjut pasal dua orang makhluk ni boleh baca kat SINI

TUDIAA !!! DR ROZMEY KENA GANTUNG ??




Majlis Perubatan Malaysia (MMC)mengantung keanggotaan pengeluar formula menurunkan berat badan Datuk Dr Che Rozmey Che Din selama dua tahun selepas mendapati beliau melanggar Kod Etika Profesional di bawah Akta Perubatan 1971.

Presiden MMC Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, yang juga Ketua Pengarah Kesihatan, berkata inkuiri pada 16 Jan lepas mendapati Dr Rozmey bersalah atas pertuduhan terlibat dalam penjualan bahan didakwa mampu menurunkan berat badan, membungkus serta menyimpan bahan berkenaan, yang melanggar Seksyen 3.4 kod itu.

Dr Rozmey juga didapati bersalah mengiklan diri sendiri, sama ada secara langsung atau tidak langsung, bagi tujuan mempromosi kelebihan sendiri serta membabitkan diri dengan perusahaan komersil yang melanggar Bahagian 4.1 dan 3.4 Kod Etika Profesional.

TERPANASS !!! BETUL KE NI VIDEO ARTIS MALAYSIA YANG TENGAH HOT TU ??



Video berdurasi 7.43 minit ini menyaksikan 6 orang wanita termasuk Izara Aishah yang berpakaian seksi berwarna hitam. Heroin drama “Vanilla Coklat” ini boleh dilihat memakai corset dan skirt pendek bersama stokin yang kami kira agak mengghairahkan dengan tarian yang dipersembahkan, di sebelah kiri pentas.

Tuesday, 2 October 2012

TUDIAA !! ANWAR KENA TARUK DENGAN KJ DALAM PARLIMEN




Agendadaily: Perbahasan Bajet 2013 kecoh gara-gara isu 'darjat' Anwar dengan Khairy

Kalau nak kira benda ini kecil punya hal dan tidak perlu dijadikan isu langsung.Namun pembangkang tetap pembangkang.Siapa sangka mereka cukup sensitif pasal 'darjat'.

Maka hari pertama perbahasan Bajet 2013 di Dewan Rakyat,Isnin sudah 'meletup'.

Ini gara-gara kemarahan beberapa ahli parlimen pembangkang yang tidak puashati keputusan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberikan Khairy Jamaluddin Abu Bakar masa berbahas selama dua jam yakni sama masa diperuntukkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen PKR Subang dan Batu, R.Sivarasa dan Tian Chua mempertikai keputusan Pandikar Amin kerana dakwa mereka, tidak patut Khairy, ahli parlimen Rembau disamakan taraf dengan Ketua Pembangkang tersebut.

PANASS !! KRISIS AIR DI SELANGOR MAKIN NAZAK !!!




Kemelut air di Selangor kini semakin meruncing. Menjelang 2014, menurut pakar, Lembah Klang akan menghadapi krisis air yang semakin teruk berikutan kuantiti air di negeri Selangor sekarang ini semakin kritikal.

Komitmen kerajaan Pusat adalah jelas untuk meneruskan rancangan seperti Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) bagi mengatasi krisis bekalan air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Pun begitu mengambil kira kepentingan rakyat, kerajaan Pusat tidak boleh menunggu persetujuan daripada kerajaan PKR Selangor yang berkeras menentang pelaksanaan projek tersebut.

Ini kerana, laporan daripada pakar-pakar menjangkakan bekalan air di ketiga-tiga kawasan terbabit akan meruncing menjelang 2015 atau 2016 sehingga boleh mencetuskan keadaan darurat sekiranya loji tersebut tidak dibina segera.

PANASS !!! KLIMAX DAP BILA DAPAT PANCUT KE MUKA PKR


Jelas dan nyata itulah yang mampu MTK gambarkan kepada penyokong penyokong PKR yang masih bersuka hati bila dapat bergabung dengan Dap dan Pas..Terbaru timb Presiden memberitahu bahawa hajat Pkr nak tawan putrajaya hanya mimpi kosong..

Tiada apa lagi sebab yang boleh penyokong  pkr  dan Pas untuk terus bersama dengan Dap ini..Pemimpin PKR juga hanya berkhayal apabila mewujudkan ‘Kabinet bayangan’ kerana Parlimen belum dibubarkan tetapi sudah ada jawatan tertentu dalam kementerian..









PANAS !! KELDAIAN DAILY KANTOI MENIPU !!




Tidak lama dahulu blog-blog pro-kerajaan ada mendedahkan strategi pilihanraya Pakatan Rakyat yang dibocorkan oleh sumber dalaman parti tersebut. Jika ada pembaca yang masih ingat, antara strategi utama PR menjelang pilihanraya ialah menyerang Datin Seri Rosmah Mansor dengan menggambarkan beliau sebagai boros, sombong dan buruk tingkahlaku.

Dan nampaknya, walaupun strategi tersebut telah pun bocor, PR tetap menggunapakainya kerana ketandusan isu yang ‘valid’ untuk menyerang kerajaan. Maka, Datin Seri Rosmah pun dijadikan isu utama oleh media-media pembangkang walaupun sebenarnya tiada isu.

Baru-baru ini akhbar Suara Keadilan sekali lagi mengitar semula pembohongan kononnya Datin Seri Rosmah membeli-belah lagi dengan menggunakan wang rakyat. Tidak serik apabila terkantoi dengan tuduhan cincin RM24 juta yang sebenarnya dibawa ke Malaysia untuk pameran, kini PR menurunkan pula harga penipuan kepada RM2.5 juta bagi sebuah jam tangan Datin Seri Rosmah dan RM500,000 bagi sepasang subang beliau, seperti yang tertera dengan tulisan besar di muka belakang Suara Keadilan.

TERPANASS !!! SKANDAL PENYOKONG TEGAR PAS DENGAN BINI ORANG DIDEDAHKAN ??



Skandal yang lebih memalukan melibatkan Pengerusi Pembinaan Masjid Taman Kenari, Padang Serai dengan isteri orang!

Individu yang dimaksudkan bernama Sulaiman dan disahkan sebagai AHLI PAS.

Dia juga merupakan Ahli Majlis MDK di Bahagian Perlesenan. Skandal berkenaan dan penyalahgunaan serta penyelewengan yang dilakukannya, membuatkan dia telah ditukarkan ke bahagian lain.

Rupa-rupanya PAS Kulim-Bandar Baharu telah mengetahui skandal berkenaan tetapi mendiamkan diri dan cuba menutup aib berkenaan bagi mengelakkan parti mendapat malu.

Bagaimanapun, PAS Kulim-Bandar Baharu yang mana YDPnya adalah Hasan Razak yang juga merupakan orang kuat Menteri Besar, lebih mementingkan imej parti berbanding mencegah kemungkaran yang membarah di kawasannya.

DEDAH !!! PELAJAR UIAM PRO-M BERTINDAK BIADAP



Pendedahan Rakaman Video Oleh Pelajar UIAM ini menunjukkan kebiadapan pelajar UIAM sendiri yang tidak menghormati Timbalan Rektornya sendiri, Dato' Dr. Mizan yang cuba menjelaskan perkara sebenar tentang kepincangan sistem yang berlaku semasa Pilihanraya Kampus UIAM pada 25hb September yang lepas.

Sikap pelajar UIAM #ProMenipu ini tidak dapat menghormati seorang Timbalan Rektor mahupun seorang yang lebih berumur daripada pelajar tersebut. Adakah ini akhlak yang sepatutnya ditunjukkan oleh seorang pelajar yang datangnya daripada Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia?

Lihat sendiri bagaimana mereka biadap dalam berkata-kata :

PANASS !!! DOKUMEN PEMIMPIN PR TERIMA RASUAH JUTAAN RINGGIT



Blogger Pisau.net baru baru ini mendedahkan salah laku Guan Eng dalam pembabitan beliau dengan seorang wanita bernama Cik P dan Datuk JP..

Cik P terbabit secara langsung menjadi orang tengah diantara majikannya dan Lim Guan Eng menguruskan sewa dan kos ubah suai rumah Guan Eng di Jalan Pinhorn.

TUDIAA !!! BARU BAJET BAYANGAN, PR DAH MULA ATUR KRONI




Gini saja kita boleh gambarkan bajet PR baru-baru ini. Ianya Bajet bertopengkan sosialis tapi berfahaman Neo Liberal. Bila sebut Neo Liberal, fikirkan Neo Kolonialisma.

Disebalik cadangan untuk kononnya memecahkan monopoli dan memulangkan pendapatan minyak kepada negeri-negeri yang mengeluarkan minyak dengan menubuhkan State O&G Company.

Monopoly yang diberi oleh kerajaan ada sebab-sebab tertentu. Selalunya adalah sebab sesuatu perkhidmatan tidak boleh diberi oleh ramai syarikat.

Contohnya distribution air yang ditapis oleh SYABAS sebagi contoh. Takkan satu negeri ada sampai berbagai syarikat dan konsumer pilih syarikat mana yang mereka mahu? Kena faham caj yang dikenakan syarikat monopoli ditentu dan dipantau kerajaan.

Adakala monopoli perlu diberi kepada industeri yang memerlukan economy of scale untuk viable. Contohnya fixed line telephony oleh Telekom. Kalau tiada economy of scale, tak untung dan rakyat tak dapat menerima perkhidmatan tertentu.

Bayangkan sesetangah perkhidmatan untuk dipecahkan monopoli dan dibuka kepada luar. Siapa yang boleh masuk?

TUDIAAA !!! GADIS TIANG PEKAN BETONG SETARAF DANOK ??




BETONG (Selatan Thailand) – Melihat aksi ghairah penari tiang pada waktu siang selain dibelai manja sambil meminum arak di meja masing-masing menjadi salah satu sebab mengapa ramai lelaki Malaysia gian untuk ke sini berulang kali.

Situasi tersebut bukan asing di kawasan itu terutamanya di premis-premis pusat hiburan yang membolehkan lelaki Malaysia ‘cuci mata’ sebelum ‘mengangkut’ gadis pilihan dikenali sebagai darling ke bilik hotel untuk mengadakan hubungan seks. Harga yang perlu dibayar ialah antara RM150 hingga RM300.

Tinjauan Kosmo! di kawasan itu mendapati, premis dua tingkat yang terletak di sebuah lorong di pekan ini hanya dibuka selama lima jam bermula dari pukul 12 tengah hari hingga 5 petang.

Pelanggan hanya perlu membayar harga minuman dan tiada cas dikenakan untuk melihat tarian bogel yang dilakukan gadis berketurunan Thai itu.KOSMO

[VIDEO] !!! LAGI AKSI TAK SEPATUTNYA BERLAKU DALAM TREN BAWAH TANAH BERJAYA DIRAKAM !!





Tindakkan seorang remaja perempuan membersihkan diri lalu mandi semasa dalam perjalanan dengan tren bawah tanah paling sibuk di New York menimbulkan keresahan beberapa penumpang lain yang berada sekali didalam tren tersebut..

Pada mulanya Gadis itu seperti gelisah menahan untuk membuang air kecil. Ketika membongkok gadis itu terus terkencing sehingga menyebabkan beberapa penumpang yang berada berhampiran dengannya lari meninggalkan tempat duduk..Tanpa memikirkan orang lain gadis itu terus membuka kasut dan mandi dengan segelen air yang dibawanya..

Monday, 1 October 2012

PANASS !!! PENGARAH PILIHANRAYA PKR PERLIS PENGANUT SYIAH ??


Pengarah Pilihan Raya PKR Perlis, Mohammad Faisol Abdul Rahman telah dilantik sebagai Pengerusi PKR Negeri yang baru berkuat kuasa pada pertengahan Oktober lalu setelah menerima surat pelantikan daripada Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau juga merupakan seorang penganut Agama Syiah yang kuat. Mohon diambil perhatian.

Nampaknya penularan ajaran syiah sudah masuk ke dalam PKR..Sebelum ini kebanyakkan penganut syiah dipelopori oleh pemimpin pas serta ahli ahlinya sahaja..Apa apa pun mintak Majlis Agama Islam dapat membendung ajaran ini dari merebak..
SUMBER GAMBAR

BAJET PAKATAN IBARAT TIN MILO KOSONG




Setiap kali pembentangan bajet oleh kerajaan, setiap kali itulah puak pembangkang mengemukakan belajawannya sendiri.

Perkara ini berlaku sejak 2008 apabila pembangkang yang menjenamakan diri mereka Pakatan Rakyat berjaya menafikan Barisan Nasional majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Pembangkang berasa amat teruja, gah malah timbul riak dan sombong sambil mendabik dada seperti dalam filem King Kong bahawa merekalah juara rakyat.

Malangnya mimpi mereka untuk menduduki Putrajaya tidak tercapai kerana rakyat masih mempercayai dan meletakkan keyakinan kepada BN dan Umno sebagai tunjang utama pemerintahan negara.

Pelbagai taktik digunakan oleh pembangkang untuk menunjukkan rakyat mereka adalah lebih baik daripada BN.

Apatah lagi apabila Anwar Ibrahim memasukki semula Parlimen sebagai Ketua Pembangkang pada Ogos 2008, bertambah rancaklah adegan dan lakonan mereka di bawah bekas banduan Penjara Sg Buloh itu sebagai sutradara.

#BAJET2013 !! BAJET MESRA RAKYAT !!




Rata-rata kedengaran rakyat mengucapkan syukur atas pembentangan Bajet oleh Dato’ Seri Najib yang menyeluruh, padat dan tepat. Nampaknya, tiada yang terpinggir dari mendapat perhatian kerajaan iaitu dari golongan miskin dan sederhana serta merangkumi semua golongan seperti pelajar, pekerja, petani sehinggalah OKU, menunjukkan yang ianya dirancang dengan penuh prihatin lagi terperinci.

Seperti yang kita sedia maklum, masyarakat luar bandar dan golongan miskin bandar adalah golongan yang paling ‘tercabar’ untuk bersaing dalam pembangunan yang begitu yang pesat dan ekonomi yang tidak menentu. Dengan itu, seperti kelaziman, kerajaan tidak pernah melupakan golongan ini dalam pembentangan Bajet tahunan. Rumah-rumah kos rendah dan berbagai program bantuan dan peningkatan pendapatan telah disusun khas untuk golongan ini bagi memastikan kesejahteraan mereka dalam jangka masa panjang.

Namun, hakikat hari ini ialah golongan berpendapatan sederhana iaitu dalam lingkungan RM3,000 – RM5,000 di bandar juga tidak terkecuali dari tekanan hebat peningkatan kos sara hidup. Golongan ini diwakili oleh mereka-mereka yang telah berkeluarga di mana pemilikan hartanah dan pendidikan anak-anak merupakan keutamaan.

PANASS !!! GAMBAR PEMIMPIN PR SEDANG BERPOYA POYA DENGAN CHINADOLL DIDEDAHKAN ??




Sebelum ini Blog MPP cuba menimbulkan persoalan siapakah VVIP di Pulau Pinang yang berimej bersih dan warak ditangkap sedang bergambar dengan chinadoll seperti gambar diatas..

Belum pun gambar sebenar didedahkan oleh blog MPP, kebanyakkan blogger sudah berteka teki siapakah pemimpin warak tersebut..Namun tindakkan blogger Pro BN mengaitkan dengan pemimpin Pas dan PKR membuatkan penjilat tegar Anwar sudah kepanasan sehingga memaksa mereka mendedahkan siapa gerangan VVIP tersebut..

PANASS !!! PENYOKONG BERSIH KANTOIKAN PORTAL RASMI PKR !!




Pada 25 September yang lalu, portal rasmi milik PKR, keadilan daily telah mengeluarkan satu artikel mengfitnah YAB DS Najib Razak namun ianya sudah di tarik balik oleh portal rasmi PKR setelah diarah Nurul Izzah dan Tian Chua apabila didesak oleh seorang wanita yang bernama June Low.



Menurut maklumat yang di perolehi gambar bekenaan telah dicuri oleh portal rasmi PKR dari salah seorang penyokong BERSIH yang bernama JUNE LOW melalui akaun twitternya setelah dimuat naik ketika berada disatu acara kesenian yang di hadirinya.

Sunday, 30 September 2012

PANASS !!! KHALID BELA AMOI SINGAPORK ??




Sesiapa yang melihat penyediaan bajet PR kali ini pasti dapat merasakan perbezaan yang ketara. Nampak kali ini, Anwar hendak menekankan agenda meruntuh, demonization beberapa agensi kerajaan yang dibina oleh kerajaan.

Meruntuh sahaja? Apa sebenarnya yang Anwar inginkan? Apa program baru yang Anwar nak tawarkan.

Rupa-rupanya, ada budak baru yang membuat kerja bajet PR tahun ini. Rafizi dan Tony Pua pun tidak memberikan input yang diharapkan.

Katanya, orang baru yang lebih menarik perhatian Anwar mempunyai pemikiran yang sangat lateral dan mempunyai idea yang sangat baru.

PANASS !!! INIKAH KANDUNGAN SURAT CINTA 50 RIBU ANWAR ??


Cuba bayangkan penulis itu wan jijah dan mat salleh tu Anwar..hehe

WAHH !!! NAMA ABBY DAH LEKAT JADI CALON PAS KER ??




Petang Khamis 27 Sep , Hampir ribuan penyokong PAS menanti kedatangan seorang artis yang bergelar ustazah di dikalangan penyokong PAS. Tidak di sangka sambutan yang amat hebat diterima oleh ustazah fantasia ini ketika kunjungan di Kupang, selepas kedatangan rakan artis sebelum ini yang menyertai PAS siapa lagi kalau bukan ostazah Aishah yang terkenal dengan lagu "janji manismu".

Maka tak kiralah, penyokong PAS yang dahagakan Ilmu yang ada pada abby ini di curahkan dan dikongsikan serta di ajar kepada mereka. HEBATnya Ilmu yang ada pada abby ini...sampaikan Ustaz taib azamuddin (AHLI PARLIMEN PAS) nama jer tapi dah kena T.K.O dengan YB Johari ADUN Kupang.Depa boleh ketepikan... Tak bergunakan ilmu yang ada pada ustaz taib ini..ishhh-ishhhh

LAJIM GHAIRAH KE BACA SURAT CINTA ANWAR ??


(Datuk Lajim membeli surat cinta dari penjara dengan harga RM50,000)

Nampak sangat Pakatan Penipu makin tak senang duduk dengan pengumuman Bajet 2013 oleh YAB Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak sehingga ramai diantara mereka sanggup mengadai barangan peribadi untuk mengutip dana PRU akan datang..

Wang yang dikebas dari hasil pemerintahan mereka dan dana dana luar yang masuk ke dalam tabung parti tidak berani untuk digunakan kerana takut jika jumlah sebenar diketahui rakyat..

Jadi tak hairanlah mengapa Anwar mampu menyewa jet peribadi untuk urusan parti mereka..Anda semua mesti hairan kenapa si lajim ukin sanggup mengeluarkan wang sebanyak 50 ribu semata mata untuk membeli surat cinta Anwar..

Apa yang best sangat surat cinta anwar tu ?? Ada ayat power kah ? atau Lajim sengaja nak tunjukkan kemewahan yang dirembatnya sewaktu menjadi timb menteri ??

Tak ada benda lainkah yang paling berharga selain surat cinta tu..Lainlah kalau Anwar jual jam omega klon Chinadoll tu ke masuk akal lah jugak..

Pesawat Aerobatik 202 Bravo Terhempas Di Bandung Air Show




JAKARTA- Sebuah pesawat 202 Bravo yang sedang mengadakan pertunjukan aerobatik di Bandung Air Show (BAS) 2012 di Pangkalan Udara Husein Sastranegara, Bandung terhempas pada Sabtu, mengakibatkan juruterbang dan pembantu juruterbangnya maut.

Pesawat itu jatuh di kawasan bangunan Jabatan Penyelidikan dan PembangunanAngkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (TNI-AU). Mangsa yang terbunuhmerupakan bekas pegawai TNI-AU.

Jurucakap Kementerian Perhubungan Indonesia berkata kejadian berlaku pada kira-kira 11.42 pagi, iaitu lima minit selepas pesawat itu berlepas untuk persembahan aerobatik di pertunjukan udara itu.

Berikutan kejadian itu, pihak penganjur telah membatalkan acara pertunjukanudara seterusnya sebagai tanda berkabung.

Bandung Air Show 2012, satu daripada acara sambutan ulang tahun ke-202 KotaBandung yang memasuki hari ketiga pada hari ini, diteruskan hanya dengan acarapameran.

Sejumlah 28 pesawat termasuk dari beberapa negara seperti Malaysia, Singapura, Filipina, Amerika dan Australia mengambil bahagian dalam acara pertunjukan udara yang dijadual berlangsung empat hari mulai 27 September. BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog archive