Saturday, 21 July 2012

EMAIL PEMBACA !! APA KEUTAMAAN UDA DALAM MEMBANTU BUMIPUTERA ??



UDA Holdings Bhd. harus mencari jalan bagaimana mereka boleh memajukan tapak BB Plaza di Bukit Bintang yang dicadangkan untuk menjadi sebuah stesen MRT integrasi bawah tanah mega laluan MRT Sungai Buluh-Kajang.

Cadangan Tradewinds Coporation Berhad kepada UDA Holdings untuk memajukan tapak tersebut secara usahasama 50:50 putut ditimbangkan semula oleh lembaga pengarah UDA.

Peluang ini tidak harus dilepaskan bagi kepentingan peniaga bumiputera yang berniaga di BB Plaza sekarang.

Jika dipetik kenyataan UDA sendiri, UDA ingin melepaskan aset tersebut kerana pulangan yang kurang menarik dan juga ingin membersihkan Penyata Kewangan (Balance Sheet) UDA.

Di manakah keutamaan UDA?

TUDIAA !!! KOTA BAHRU SYURGA ARAK ?? SYABAS POK NIK


KOTA BHARU - Tindakan licik pemilik premis menggunakan bantuan kamera litar tertutup (CCTV) untuk menjalankan aktiviti haram menjual arak dan tuak masam di Kampung Cina, di sini, akhirnya terbongkar apabila berjaya dikesan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI).

Setiausahanya, Mohd Anis Hussein berkata, mereka menggunakan cara tersebut bagi mengesan sama ada orang yang datang ke premis itu adalah pelanggan tetap ataupun anggota penguat kuasa yang menyamar.

“Kebiasaannya mereka hanya berurusan dengan pelanggan tetap sahaja kerana hanya golongan tersebut yang tahu jenis arak dan tuak masam yang dijual. Lebih licik lagi mereka menggunakan tingkap khas dan tidak membukai kedai sepertimana peniaga lain,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa operasi bersepadu di sini, semalam.

SAUDAGAR PENJUAL MIMPI PRU13 DI KENAL PASTI ?



PILIHAN Raya Umum Ke-13 masih belum menampakkan bayang. Biarpun ramai yang membuat spekulasi dan meramalkan tarikhnya, namun realitinya tiada siapa yang tahu.

Yang pasti mandat diberikan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu kepada Barisan Nasional (BN) akan berakhir pada Mac tahun depan. Kalau ditengok kepada pengalaman yang sudah-sudah, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) biasanya dibubarkan sebelum mandat itu tamat.

Jadi, sekarang ini semua pihak tertunggu bilakah tarikh itu. Ada yang menjadi resah gelisah kerana pelbagai tarikh, minggu dan bulan yang diramalkan sebelum ini tidak menjadi kenyataan. Banyak juga yang meracau sampai melemparkan pelbagai tuduhan semata-semata kerana kerajaan BN belum lagi menetapkan tarikh PRU13. Tetapi yang nyata kempen sudah pun bermula. Perang bendera sudah berlaku di sana-sani. Ada di sesetengah kawasan ia seolah-olah pilihan raya telah bermula.

Ceramah-ceramah politik pula jangan dikira banyaknya. Tidak cukup hotel, dewan orang ramai, rumah persendirian dan padang, mimbar masjid turut dijadikan pentas ceramah. Sudah tidak ada pantang larang lagi dalam bab berceramah dan berpolitik. Ada yang sejengkal ditambah menjadi sedepa. Malah fakta yang tidak betul juga diangkat hingga ke mimbar Jumaat.

Itu adat berpolitik. Pihak pakatan rakyat sudah pasti mahu memastikan momentum yang memihak pada mereka pada 2008 akan berterusan untuk PRU13.

Sebab itu Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sanggup melakukan apa sahaja, termasuk berpura-pura berjuang bersama-sama walaupun realitinya matlamat mereka berbeza. Ketika DAP memperjuangkan sebuah negara Malaysia yang liberal, Pas tetap dengan perjuangan menegakkan Islam walaupun Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan parti pimpinannya itu telah menggugurkan matlamat menubuhkan negara Islam.

PANASS !!! TONY PUA REMBAT DUIT RAKYAT 310K !!!



Aku terbaca satu artikel menarik dari blog Keris7Lok,yang si Tony Pua ni dah kalah saman dengan SYABAS..Tapi yang Celakanya si Tony Pua ni dia kutip duit dari rakyat sebab nak settlekan saman dia..Yang tak boleh blahnya dia kena bayar saman dalam 200 ribu je,tapi jumlah yang dia berjaya kutip 310ribu..Mana lagi baki 110k tu ??

Sialkan perangai pemimpin pemimpin BIADAP ni..Berani saman berani tanggung la,Kalau dah tau diri tu SENGKEK yang nak tunjuk hebat apasal?? Lu pikir boleh makan duit syabas tu ker ?? Nasib baik la hari ni dah mula puasa kalau tak dak bertabur ayat2 kurang enak aku bantai dia ni..Hampa nak baca lebih lanjut pasai si apek ni boleh klik kat SINI

PANASS !!! APA KAITAN NURUL IZZAH DENGAN PERISIK SINGAPURA, INDONESIA, CIA DAN MOSSAD ??



1. Saya tertarik untuk mengulas mengenai tuduhan ahli-ahli politik yang berjawatan tinggi dalam parti pembangkang yang telah menuduh bahawa sekarang sudah berlaku skandal dalam projek Network Centric Operations (NCO) yang sedang dimajukan oleh Sapura Secured Technologies Sdn Bhd (SAPURA) untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

2. Saya dapat tahu cerita ini dari blog Nurul Izzah, saya fikir pihak pembangkang ini tidak habis-habis menggodam cerita-cerita sensitif ATM.

3. Malang sekali apabila banyak cerita tidak benar dan masuk akal yang datang dari pihak pembangkang, jika ada cerita yang benar sekali pun, orang sudah susah untuk percaya kerana banyak perkara yang ditokok tambah.

4. Dari kaca mata saya, cerita yang dijaja bukan dibuat untuk kepentingan negara.

5. Kalau betul sayang negara, Nurul tidak memalukan rakyat negara ini apabila membuat pengakuan kononnya kapal selam Scorpene tidak boleh menyelam di Indonesia, cukuplah dengan bising di dalam negeri sahaja (Malangnya, ada juga rakyat Malaysia yang percaya dan terus percaya sampai sekarang).

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK



Selamat menyambut ramadhan al-mubarak buat semua muslimin dan muslimat. Syukur alhamdulillah, umur kita dipanjangkan untuk terus menikmati bulan Ramadhan yang penuh berkat pada tahun ini. MTK ingin memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki atas segala salah dan silap selama menulis blog ini. Andai ada yang terasa tu maafkan lah..Semoga Ramadhan kali ini kita dapat beribadah sebanyak mungkin..Selamat menjalani ibadah Puasa!!

ALERT !!! TEKNIK BARU MENCURI DI STESEN MINYAK MALAYSIA

Berhati-hati ketika mengisi minyak.Pastikan anda mengunci pintu ketika mengisi minyak..Perhatikan keadaan sekeliling dahulu..Jika rasa tak selesa minta bantuan dari pekerja stesen minyak..Tolong Sebarkan

Friday, 20 July 2012

BLOGGER PR AKUI PAS AKAN KALAH TERUK SEBAB ANAK NIK AJIS !!

Kedua dua artikel ini ditulis oleh blogger pembangkang yang malu dengan tindakkan bodoh anak nik ajis mengeluarkan fatwa sesat..



KANTOII !! LEMAN RAJA BEWAK KANTOI BERLAKON KONONNYA DIRAYU OLEH YB UMNO ?



Sebelum ni si Leman Raja Bewak dengan bangganya mengumumkan berjaya membawa masuk Cybertroopers BN ke dalam Pas,Tapi semua tahu itu semua hanya lakonan semata mata untuk membuktikan kepada pemimpin Pas bahawa yang si Leman ni berjaya menarik golongan muda untuk menyertai pakatan..

CT bodoh mana tunjuk muka ??
Kali ni Blogger Kedahkekl berjaya membuktikan yang leman bewak ni kaki PEMBOHONG.. Semua orang tau si Leman ni memang tak popular langsung.Lepas masuk raja lawak pun memang dia ni tak laku..Job pun tak banyak masuk,hanya duk melilau kot kampung, dok motong getah saja..

LYNAS !!! 20RIBU LAWAN 28 JUTA RAKYAT LAST LAST TERBUKTI KANTOI FITNAH !!!


Pada 14 Julai lalu, sebuah NGO yang menamakan diri mereka Save Malaysia, Stop Lynas (SMSL) telah mengadakan undian di 19 buah bandar dan pekan di seluruh Malaysia bertujuan untuk mencari jumlah sokongan terhadap usaha mereka menentang operasi kilang Lynas di Kuantan.

Kesemuanya 28 lokasi di Malaysia yang dijadualkan menyertai program tersebut tetapi hanya 19 tempat sahaja yang mengadakan undian manakala tempat-tempat lain mengadakan aktiviti seperti mengumpul tandatangan, piket dan ‘flash mob’.

Undian yang yang bermula pada jam 5 petang dan ditutup pada jam 9 malam mendapati 20,194 orang mengundi menentang Lynas sementara hanya 6 yang menyokong.

Berdasarkan pengiraaan ini, SMSL di dalam laman web rasmi mereka telah secara tidak langsung seolah-olah mengisytiharkan bahawa majoriti rakyat Malaysia menentang Lynas!

Persoalannya, bagaimana SMSL mengira 20,194 sebagai majoriti sedangkan rakyat Malaysia keseluruhannya ialah 28 juta orang? Secara pecahannya pula, dari keseluruhan 19 kawasan membuang undi dan SMSL hanya mampu mendapat sokongan dari lebih kurang 20,000 orang bermakna, secara puratanya tidak sampai 1,000 orang yang menentang Lynas di satu-satu tempat.

PANASS !!! CEO PKNK BAKAL DI PECAT ??



Y.Bhg Dato’ Hj. Abdul Rahman bin Ibrahim, Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dikatakan menghadapi bahaya dipecat kerana telah memalukan PAS dalam isu pembelian saham FGVH.

Dato’ Abdul Rahman sebelum ini mengesahkan yang PKNK membeli sejumlah 500,000 saham FGVH yang menjadi kontroversi kerana mendapat tentangan hebat dari pembangkang. Tindakan beliau menjadi tamparan hebat kepada Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah kerana bertentangan dengan pendirian dan perjuangan Pakatan Rakyat.

Mazlan Aliman, yang menjadi ‘juara’ isu ini di dalam PAS dikatakan amat berang dengan tindakan tersebut serta menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada kepimpinan PAS pusat.

PAS pusat sebelum ini telah mengeluarkan arahan khas kerahan kepada ahli-ahli mereka agar memberi kerjasama kepada Mazlan Aliman dengan turun beramai-ramai ke Perhimpunan Oren Sabtu lepas yang bertujuan memohon penggantungan saham FGVH. Dengan tindakan PKNK membeli saham tersebut, telah meletakkan PAS dalam keadaan sukar, malah pelik, manakala Mazlan Aliman pula dilihat sebagai badut.

Penentangan terhadap penyenaraian FGVH bukan isu kecil. Isu ini telah diperbesarkan dengan sebesar-besarnya oleh PAS untuk dijadikan antara isu utama bagi menghadapi pilihanraya. Justeru, tindakan PKNK membeli sahan yang ditentang PAS pastinya merupakan satu kesalahan yang amat besar. Untuk itu, seseorang perlu dipertanggungjawabkan atau dihukum kerananya.

DEBAT SINAR UFB VS TANTAWI !! TERBUKTI PEMIKIRAN TANTAWI LEKEH !!




TANTAWI LEBIH BANYAK RUJUK NOTA SETIAP KALI BERHUJAH,UFB TAK PAYAH RUJUK PUN,SEMUA YANG KELUAR TU DARI LUAHAN PEMIKIRAN BELIAU..SIAPA YANG CERDIK SIAPA YANG BODOH...TANTAWI INGAT NI CERAMAH PAS KE NAK MENUNJUK NUNJUK KEJAYAAN KERAJAAN PR ?? 

TUDIAA !!! MAHFOZ DI KENCING MAZLAN ALIMAN SEBAB IQ RENDAH !!



Saya tersenyum sumbing apabila mendapat tahu bahawa PAS Pusat sengaja “menyuruh” Naib Presidennya dari Kedah, Mahfuz Omar, untuk menguruskan isu pembelian saham FGVH oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) sebanyak 500,000 unit baru-baru ini.

Menariknya, Mahfuz yang bodoh bukan kepalang itu kononnya cuba tunjuk bijak apabila menyalahkan para pegawai PKNK yang kononnya bertindak sendirian tanpa merujuk kepada Pengerusinya, Azizan Razak, yang juga Menteri Besar Kedah.

Dalam ertikata lain, Mahfuz menyalahkan Ketua Pegawai Eksekutif PKNK yang baru-baru ini mengesahkan bahawa anak syarikat kerajaan negeri Kedah itu membeli saham sebanyak setengah juta unit itu.

Justeru itu, Ahli Parlimen Pokok Sena yang bakal “tumbang” itu menggesa agar PKNK menjual seluruh saham tersebut dengan seberapa segera sebagai menghormati “boss”, semangat politik dan sokongan kepada Kerajaan PAS Negeri Kedah.

Mungkin Mahfuz malu bila dia dan PAS beriya-iya menentang penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia dan memburuk-burukkan penyenaraian tersebut dengan alasan akan merugikan para peneroka Felda, tiba-tiba anak syarikat kerajaan negeri pimpinan mereka sendiri pula menyokong penyenaraian tersebut…

Benar-benar memalukan, bukan?! Ia membuat saya tersenyum lebih lebar dengan reaksi dungu Mahfuz itu.

PANASS !!! BEBERAPA ORANG KCS DI KEDAH DI BAWA MELAWAT PEJABAT SPRM ??



MTK ada terima malkumat yang beberapa orang KCS( Pegawai Tadbir Negeri ) di Kedah telah dibawa ke Pejabat SPRM baru baru ni, MTK tak pasti sama ada betul ka tak atau sekadar khabar angin saja..

Menurut sumber awal punca beberapa orang KCS ini dibawa ke pejabat SPRM tak dapat dipastikan lagi..Apa apa pun MTK masih lagi menunggu maklumat sebenar tentang pekara ini..Harap semuanya bersabar..

TUDIAA !!! KENAPA KERAJAAN PR SELANGOR TIBA TIBA ADA KUASA PENUH KEATAS SYABAS ??


SEPANJANG tempoh satu minggu ini, kerajaan Selangor pimpinan Khalid Ibrahim memberikan bayangan bahawa masalah air di Selangor adalah disebabkan oleh SYABAS, catuan air disebabkan oleh SYABAS, pendek kata SYABAS salah, kerajaan Selangor tak salah.

Tapi hari ini cerita sudah tukar jadi lain.

Kerajaan Selangor secara tiba-tiba jadi begitu berkuasa dalam masalah air ini, bukan SYABAS lagi dah. Terlalu berkuasa kerajaan Selangor itu sehingga ke tahap boleh mengarahkan SYABAS buat itu, jangan buat ini dan apa segala yang lain.

Malah, SYABAS juga dilarang keluar notis catuan air yang dah dikeluarkan sebelum ini, hanya kerajaan Selangor saja yang boleh.

Soalan kita, sebelum ini mana ‘kuasa’ kerajaan Selangor hilang? Kalau kita quote banyak statement Khalid sepanjang perkembangan 1 minggu ini, kelihatannya kerajaan negeri macam ‘hopeless’, tidak terdaya berbuat apa sebab semuanya berkenaan air ini diuruskan oleh SYABAS.

TUDIAA !!! MATI SEWAKTU LEKA BERMAIN ??



Taiwan – Nyawa seorang remaja berusia 18 tahun melayang gara-gara bermain video game selama 40 jam tanpa makan dan minum sepanjang tempoh berkenaan.

Mayatnya ditemui oleh seorang pekerja di siber kafe berkenaan pada 15 Julai lalu.

Pekerja terbabit menemui remaja tersebut sedang duduk di kerusi di dalam kafe tersebut dan apabila dia mengejutkan remaja berkenaan, remaja itu rebah.

Mangsa disahkan meninggal dunia sebaik sampai di hospital.

Polis masih menyiasat punca kematian dan bedah siasat akan dijalankan ke atas mayatnya.

Thursday, 19 July 2012

PANASS !!! NURUL IZZAH KANTOI ADA BUKTI NURUL MAKAN ATAS ANGIN ??


Apa kena ni Nurul,Banyak juga cerita cerita sensasi pasal hang ni,Apa hang buat kat Lembah pantai tu sampai hang dah dapat gelaran??..Dengaq kata hang ni makan atas angin hasil dari kerja orang lain..

Penat penat orang tu buat kerja hang mudah ja claim..Hang yang jadi wakil rakyat pulak duk gedik lebih lebih..

Baru-baru ini Dato Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar, telah mengumumkan bahawa sebuah balai polis baru akan dibina di Brickfields. Ini adalah sebahagian dari langkah untuk mengurangkan kadar jenayah di Brickfields.

Sebaik sahaja perkara ini diumumkan, terus si Nurul Izzah mendabik dada, kononnya dialah yang memperjuangkan pembinaan balai polis tersebut.

PANASS !!! LEPAS KERAJAAN PAS KEDAH JUAL SAHAM FGVH, TAMBANG KERETA KABEL TERUS NAIK !!!


MTK tidak setuju dengan cadangan baru kerajaan Pas Kedah dengan mengenakan caj sebanyak RM 3 untuk setiap pengunjung yang menaikki kereta kabel Gunung Mat Chinchang Langkawi..

Sebagai kerajaan berkebajikan, Pas sepatutnya mencari jalan terbaik untuk mengurangkan kos rakyat bukannya menambahkan lagi beban..

Walaupun Langkawi adalah tempat perlancongan kerajaan Pas tidak boleh sewenang-wenangnya mengenakan caj tambahan kepada pengunjung..

Jika satu keluarga besar seramai 5 hingga 7 bilangan ahli keluarga maka mereka terpaksa membayar caj tambahan sebanyak RM 21 sebagai cukai kepada kerajaan.

WOI @khalid_ibrahim RAKYAT NAK LOJI RAWATAN AIR BUKANNYA AIR TAK TERAWAT !!! TU PUN TAK FAHAM KE ??



Apabila EXCO kanan Selangor, Ronnie Liu mengatakan air di tujuh empangan termasuk sungai-sungai utama masih penuh dan mendakwa ia sebagai bukti kukuh yang Selangor tidak mungkin menghadapi masalah bekalan air, ia adalah satu kenyataan dangkal dari seorang pemimpin negeri yang tidak faham hujung pangkal isu sebenar.

Kenyataan Ronnie Liu itu hampir sama dengan kenyataan oleh MB Selangor, Khalid Ibrahim hampir dua tahun lepas (04 Ogos & 6 Oktober 2010) yang turut menjadikan alasan bekalan air empangan dan sungai mencukupi sehingga tahun 2019 untuk menampung keperluan rakyat dan industri.

Eloklah, kedua-dua MB dan EXCO satu kepala berfikiran mendatar dan gagal memahami isu sebenar. Semacam MB Selangor dan EXCOnya menggalakkan pula rakyat Selangor membiasakan diri minum air mentah dari empangan dan sungai yang belum dirawat.

Entah bala apa yang sedang menimpa Selangor tika ini hingga terpaksa menanggung bebanan membayar gaji pemimpin-pemimpin negeri yang akal pendek cuma sejengkal, bebalnya pula tak boleh diajar.

TUDIAA !!! WANITA CURIK BARANG SEMBUNYI DALAM SELUAR DALAM ??



PARIT BUNTAR, Buntar - Sebuah pasar raya di sini mengalami kerugian RM2,000 setelah sebahagian barang runcit premis itu dicuri sekumpulan individu disyaki warga asing secara terancang, minggu lalu.

Penyelia pasar raya yang hanya ingin dikenali sebagai Eau berkata, kejadian berlaku pada 13 Julai lalu sekitar jam 7.30 malam apabila empat lelaki dan tiga wanita melarikan tiga beg berisi pewangi kenderaan, barangan makanan dan lampin pakai buang setelah berlagak seperti pelanggan kedai.

Menurutnya, kesemua suspek didapati memasuki premis pasar raya itu secara serentak setelah dihantar seorang individu lain dengan menggunakan sebuah kereta.

“Kesemua suspek masuk ke dalam kedai secara berpisah dan memenuhkan raga dengan barangan runcit sebelum berkumpul di suatu penjuru kedai yang terlindung daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk memasukkan barang ke dalam beg.

PANASS !!! SAH ! PAS SPESIS GILA BABI !! KELUAR FATWA SESAT MACAM MAKAN KOCI !!



Harap-harap pengikut-pengikut PAS tidaklah sebodoh mengaut segala yang diucapkan oleh Nik Abduh ni.

Taksubnya mahu ke Putrajaya mengalahkan DS Anwar Ibrahim!

Ucapannya macam dalam pengaruh bahan khayal aja. Kena daun ketum ka?

Apa kebenda la yang diucapkannya, saranan entah hapa-hapa, nak suruh mengundi macam nak pegi bunuh orang. Haru sungguh!

"Allah mengarahkan kita ke Putrajaya..."


"Allah mahu kita merampaskan kuasa itu daripada musuh Allah dan daripad musuh kita"


"Syaitan dan orang yang menyembah Syaitan telah merampas kuasa ini dari orang-orang yang beriman"


"Tahukah tuan-tuan semua, orang-orang yang gelap hatinya tidak mungkin memakai baju hijau di Malaysia, mereka hanya pakai baju biru, biru yang langsung tidak berguna di jalan Allah"

PANASS !!! ADA BLOGGER SIMPAN CERITA PANASSX PASAL LEMAN LEMBU ??

hang duduk dengan sapa tu ?? 

Tudiaa,apa dah jadi ni leman?? Rahsia yang hang simpan selama ni dah terbongkar..Kalau betui masuk pas nak perjuangkan Islam aku tak kisah lah tapi setakat nak cari makan baik tak payah..Hang tu muda ada kudrat nak kerja..Cari lah kerja bukannya kutuk orang lain..

Sebelum hang tegur kerajaan, elok hang bersihkan diri dan keluarga hang dari gejala maksiat dan kemungkaran.Nak melawak pun agak agak la..Kalau dah lebih tu bukan lawak..Tapi otak hang tu dah spesis lembu..

Kalo hampa nak tau cerita panas pasal leman ni hampa klik SINI

PANASS !!! HARAKAH FITNAH TEAM MEDIA KEDAH DAN @DrNovandri DIKAITKAN DENGAN YAHUDI !!!



Kerana takut lagi banyak isu dibongkarkan oleh blogger Team Media Kedah, blogger belaan Pas Kedah dan akhbar rasmi Pas terpaksa memfitnah kami...Print screen kat atas di petik dari haramkah.

Artikel yang memburukkan nama Team Media Kedah kononnya dilatih oleh APCO dan diselia oleh Dr. Novandri adalah satu artikel fitnah terbesar Pas Pusat dan Pas Kedah keatas kami. Kami blogger yang bernaung bawah Team Media Kedah rasa begitu terkejut dengan fitnah Harakahdaily keatas TMK.

Walaupun ianya dipetik dari sebuah blog Pro Pas, Harakah sepatutnya selidik terlebih dahulu sebelum keluarkan artikel fitnah begini..

Wednesday, 18 July 2012

TUDIAA !!! GADIS GENIT DI KEKAH BERAMAI RAMAI !!!


Punyala ramai yang cuba mencabul seorang gadis genit tu.. kot pun kalau dia ada buat salah, takkan sampai macam tu sekali dorang buli dia.

Khabarnya.. disebabkan video ini, polis mengeluarkan waran untuk menangkap semua individu dalam video untuk disoal siasat.. bagus la macam tu.. jentik telur sorang-sorang.. he he.. selamatlah bukan kat Malaysia.

MAHFOZ KANTOI !!! ADA 500 RIBU DALAM AKAUN PERSONAL ?? SAPA SPONSOR TU ??


Inilah kenyataan paling BANGANG BIN BENGONG dari Mahfoz yang semua tahu dia mempunyai tahap IQ paling cikai dalam Pas..Seumur hidup MTK tak pernah lagi dengar syarikat besar yang ada lembaga pengarah buat keputusan beli saham berjuta juta tanpa merujuk lembaga pengarah dan pengerusi..

Kalau sedikit tu lain lah, Pengurus Besar pun boleh Sign..Tapi ini melibatkan nilai jutaan ringgit..Kalau 500 ribu didarabkan dengan nilai awal saham FGVH iaitu sebanyak RM4.55 seunit, di mana jumlahnya mencecah RM2,275,000..

Kalau nak putar pun tak payah la tuduh semua ni kerja orang UMNO..Depan rakyat melalak macam anjing kata Felda ni akan jahanam..tapi dalam masa yang sama hampa sokong apa yang felda buat..Inilah perangai orang Melayu Pas..

Isunya mudah.pimpinan gesa ahli turun berdemontrasi menentang penyenaraian FGV.Penyokong yang tongok ni pun turun atas taat kepada pimpinan..Berpanas semata mata atas semangat menentang penyeneraian tersebut.

Akhirnya anak syarikat kerajaan negeri membuat pembelian saham yang penyokong semua tentang...Yang rugi semua penyokong yang tongok tongok ni..satu dah la kena kencing,pastu kena POW pulak kot atas..Pas buat duit atas angin macam tu ja..semua dia rembat..Selagi ada penyokong yang benak selagi tu Pas boleh buat duit..

WELCOME TO HAT YAI !! EH, WELCOME TO SELANGOR #PRMaksiat



KUALA LUMPUR - Daerah Puchong di Selangor yang selama ini terkenal sebagai pusat pengeluar pelbagai barang industri kini bertukar imej sebagai bandar yang menyediakan khidmat urut dan seks secara berleluasa.

Tinjauan Kosmo! di kawasan tersebut baru-baru ini menimbulkan kejutan apabila jumlah pusat urut dan seks bukannya seberkurangan sebaliknya bertambah kepada sekurang-kurangnya 40 buah.

Bagi sesiapa yang sekali-sekala berkunjung ke Puchong pada waktu malam pasti terkejut dengan gemerlapan lampu-lampu neon menerangi unit-unit kedai yang dijadikan pusat seks.

Dipendekkan kata, kewujudan pusat urut seks di sekitar bandar ini sejak empat tahun lalu menukar imejnya seakan-akan Hatyai di Thailand yang terkenal dengan tawaran khidmat seks.

Lebih memburukkan keadaan, bisnes haram itu bukan sahaja semakin berkembang malah menyaingi kepesatan aktiviti perniagaan komersial yang terdapat di situ..KOSMO

MTK
MAMPUIH DAH KERAJAAN PR LA NI..SEMUA NEGERI YANG DEPA PERINTAH PENUH DENGAN AKTIVITI MAKSIAT ..KEDAH YANG DITADBIR OLEH KERAJAAN BUAT KERJA CARA ISLAM PUN TAK DAPAT HALANG HAL NI..

PAS BERPESTA KUTIP DUIT DALAM HIMPUNAN OREN



Hiruk piruk PAS mempertikaikan penyenaraian FGVH di Bursa Saham nampaknya akan sampai ke penghujungnya, apabila Himpunan Oren yang dianjurkan Sabtu lalu hanya menarik penyertaan segelintir peneroka sahaja.

Sehingga perhimpunan bersurai pada jam 4 petang dianggarkan hanya sekitar 2,000 orang sahaja yang sanggup membazirkan masa mereka 'menjayakan' program tersebut.

Jangkaan awal penganjur mahu menghimpunkan lebih 20,000 peneroka nyata tidak kesampaian sebaliknya lebih 90% peserta perhimpunan terdiri daripada ahli dan penyokong PAS yang langsung tiada sangkut paut dengan peneroka FELDA.

TUDIAA !!! TAK TAU, TAK TAU DAN TAK AMBIK TAU !! ITU JAWAPAN PAS KEDAH ??




ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mempersoalkan jolokan 'Mini Thailand' untuk bandar raya Alor Setar yang dibangkitkan Adun Lunas, Mohammad Radzhi Salleh dalam soalan sembilan pertanyaan lisan yang tidak sempat dijawab dalam Dewan.

Azizan mahu gambaran sebenar apa yang dimaksudkan Adun Bebas itu mengenai dakwaan terbabit.

“Macam mana tu? Saya tak tahu apa maksud beliau? Sebab saya tidak tahu macam mana persembahan di pusat hiburan, adakah benar menampilkan penari wanita separuh bogel atau mungkin disabotaj dengan menggunakan teknologi canggih pertindihan gambar,” katanya ketika diminta mengulas soalan Mohammad Radzhi, yang mendakwa bandar raya Alor Setar dipenuhi pusat hiburan malah beberapa kawasan sudah seperti ‘Mini Thailand’ pada waktu malam.


Tuesday, 17 July 2012

PANASS !!! ARTIS YANG PERNAH MENJADI KEGILAAN LELAKI MACHO MALAYSIA SUDAH BERUBAH WAJAH !!!



Nia Ramadhani (22) pernah menjadi awek yang digilai peminat sinetron Malaysia selepas berlakon di dalam siri Bawang Putih Bawah Merah. Pada 2 Jun yang lalu Nia melahirkan anak pertama beliau yang bernama Mikhayla Zalindra Bakrie secara pembedahan caesarean. Tahniah kepada beliau dan suami Adriansyah Bakrie.

TUDIAA !!! SORANG LAGI ARTIS PEREMPUAN JOIN PAS ??



Seorang lagi selebriti telah ditemui di Himpunan Hijau Kuala Selangor semalam. Beliau berada di celahan ribuan manusia yang membanjiri Stadium Kuala Selangor. Beliau ialah Yatt Hamzah yang satu ketika pernah kisahnya disiarkan di blog ini dimana kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat..Sambung baca kat SINI

Panas !!! Jawapan Isu Royalti Minyak Kelantan [Wajib Baca]



"Pelantar minyak dalam lingkungan 100 hingga 200 kilometer (70 hingga 150 batu nautika) dari persisir pantai dan terletak di perairan antarabangsa, ia adalah hak Kerajaan Pusat dan tidak timbul soal tuntutan royalti di pihak Kerajaan Kelantan.

"Jadi kalau kata UMNO tak bagi royalti, itu tak betul... tak diberi secara langsung, kita bagi secara tak langsung, tetapi apa hasil yang diperoleh itu bukan hasil Kerajaan Negeri Kelantan,

Keputusan dalam Jemaah Menteri hari ini kerana ada pihak yang putar belit kenyataan, Datuk Pa (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed) juga sudah memberikan penjelasan dan memang itu hakikatnya.

Abdul Fattah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tuku berkata, kerajaan sendiri atau Petronas boleh menulis surat kepada kerajaan Kelantan Petronas sahaja yang memberi penjelasan, apa yang dikhuatiri ialah penjelasan yang diberi akan hanya mengikut kehendak kerajaan semata-mata dan sebarang perkara berbangkit tidak akan terjawab.Dalam sistem demokrasi, siapa saja boleh cabar Kerajaan Pusat, namun kerajaan bertegas dalam perkara ini.

Dari segi perundangan Kelantan tiada hak untuk membuat tuntutan begitu juga Terengganu," katanya. Najib berkata berdasarkan undang-undang, Kelantan dan Terengganu hanya berhak menuntut wang royalti sekiranya terdapat sumber petroleum yang dihasilkan dalam perairan negeri berkenaan.

Perairan negeri ditakrifkan sebagai terletak tidak melebihi tiga batu nautika yang diukur dari tikas air surut atau pesisir pantai negeri tersebut, katanya. "Pada masa ini tidak ada pengeluaran petroleum dalam kawasan perairan Kelantan dan Terengganu. Jadi dari segi perundangan kerajaan negeri Kelantan tidak ada hak untuk menuntut royalti petroleum.Baca seterusnya

Panass !!! Bila Pak Lebai PAS Didakwa Cabul, Jual Beras Milik Anak Yatim

cabul

Agak menyakitkan hati apabila mendengar cerita kurang enak mengenai pencabulan dan penyelewengan lebai-lebai PAS di sebuah pusat perlindungan anak-anak yatim yang diselenggara di bawah pentadbiran Kerajaan PAS Negeri Kedah.

Bukan sekadar mendengar khabar angin, saya dan beberapa rakan berkunjung ke rumah mangsa dan mendengar cerita sendiri dari kalangan orang-orang kampung di sekitar rumah anak yatim yang terletak di Padang Terap, Kedah itu.

Sebenarnya, isu ini mula timbul dari seorang pelajar perempuan dari sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Yayasan Al-Bukhari yang hadir ke rumah anak-anak yatim itu membuat kajian kertas kerjanya.

Setelah seminggu membuat kajian, dia mendapati berlaku kes cabul dan penyelewengan sumbangan di rumah anak-anak yatim itu dan menggesa agar pihak dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) terbabit datang memantau situasi berhubung aduan anak-anak yatim itu padanya.

TUDIAA !!! ARTIS BERGAJI 50K MASIH DI ANGGAP PEJUANG !!



Buat penganut penganut ajaran sesat pas,si artis yang mengaku bergaji 50k sebagai penceramah pas tu hanya pegang watak dalam lakonan sahaja..Jauh beza dia dengan Leftenan Adnan yang sebenar..Leftenan Adnan tu berjuang untuk Agama dan Tanah Air..

Yang si Pelakon tu berjuang untuk duit poket sendiri..Penganut penganut pas je yang masih buta mata, buta perut dan buta hati menganggap artis artsi ni sebagai pejuang..Sedangkan semua itu hanya lakonan untuk wayang gambar..Watak Inspektor Aleeza yang dipegang oleh Abby abadi tu pun sekadar lakonan..Jadi tak payah la nak tulis dalam dia tu Inspektor Aleeza..


MTK
PENGANUT AJARAN SESAT BODOH TAK SUDAH

PANASS !!! AMOI AZMIN SUDAH LARI KE OVERSEA ??



April lalu seluruh negara digemparkan dengan penyiaran foto aksi panas oleh beberapa blog yang menunjukkan lelaki dalam foto-foto tersebut agak mirip rupanya dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Tak semena-mena sehari dua selepas penyiaran foto aksi panas tersebut, Azmin segera tampil menafikan yang lelaki dalam foto tersebut adalah dirinya.

Mujurlah dalam kenyataan penafiannya itu, tidak pula beliau beralasan punggung lebih kecil atau 'pedangnya' lebih tajam berbanding 'lelaki' di dalam foto itu bagi menguatkan hujah penafian.

Jikalau tidak, tentu sahaja ramai yang akan senyum sumbing menahan gelak sambil membandingkan panjang pendek antara 'pedang' Azmin Ali dan Anwar Ibrahim.

RANKING BLOG PRO BN YANG TERBARU !!





Ini senarai ranking blog pro BN yang telah dikeluarkan oleh KLXpress bagi bulan JULAI 2012..Nampaknya sekarang ini lebih banyak blog blog pro BN berjaya menguasai alam maya..Syabas Mtk ucapkan kepada mereka dan tak lupa kepada sahabat Blogger APA A.K.A aku tak peduli.blogspot.com yang menduduki ditempat kedua..KLIK KLXPress untuk lihat senarai yang lain..

GRAZY !!! REMAJA LELAKI TERUJA LIHAT RATUSAN BRA [VIDEO]


Gila lah budak laki ni,dia pikir kedai bra tu bapak dia punya ke?? mesti kaki curik bra ni..

Monday, 16 July 2012

TUDIAA!! ANTARA HANDFON YANG PERNAH MENJADI KEGILAAN RAMAI SATU KETIKA DULU

Jauh sebelum era iPhone, BlackBerry, dan Android, sudah ada banyak telefon bimbit yang muncul dan menguasai pasaran pada masa itu. Nah, siapa tahu anda lupa atau bahkan mungkin baru lahir pada masa itu, kita akan mengajak anda untuk bernostalgia, mengingat-ingat kembali lima telefon bimbit yang sangat popular pada masanya!



5. Nokia 3210

Tipis dan boleh diganti-ganti covernya, Nokia 3210 adalah salah satu handphone yang paling popular di masanya. Katanya ini juga merupakan salah satu handphone yang paling laku sepanjang masa. Nokia 3210 juga merupakan handphone pertama yang antenanya ada di dalam. Nokia 3210 begitu popular sehingga ada handphone yang terinspirasi dari HP ini.

PANASS !!! KERAJAAN PAS KEDAH TOLONG SIASAT DAKWAAN INI !!!



ALOR SETAR 16 Julai - Kerajaan negeri Kedah diminta segera mengambil tindakan berhubung dakwaan pusat hiburan tumbuh macam cendawan lepas hujan di negeri ini terutama di bandar raya ini yang telah menimbulkan kebimbangan orang ramai.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata banyak blog dan laman sosial Facebook yang menyiarkan tentang pusat-pusat hiburan itu dan itu jelas menunjukkan masyarakat tidak suka dengan kewujudan pusat hiburan itu.

Kerajaan negeri perlu menyiasat sama ada pusat hiburan itu berlesen atau tidak dan mengambil tindakan sewajarnya, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah di sini.

"Sebagai kerajaan (negeri), perlu ambil tindakan sebab rakyat dah mula bimbang dengan situasi pusat hiburan di Alor Setar. Perlu buat pemantauan di tempat-tempat itu bagi memastikan apa yang tersebar di blog dan Facebook betul atau tidak," katanya.

KEH KEH !!! RAFIZI CUAK BILA SKANDAL TALAM TERMAKAN DIRI ??



INI masalah biasa yang sudah dijangka setiap kali ada cubaan nak mendedahkan mengenai penyelewengan dan salahguna kuasa pentadbiran negeri-negeri Pakatan haram ini.

Yang penulis maksudkan ialah tindakan Pengarah Strategik PKR aka budak jambu Anwar si Rafizi Sotong yang ‘mengancam’ akan mendedahkan pemimpin MCA yang dikatakan penyebab Talam berhutang hingga bankrap.

Apa nak ancam-ancam? Kasi dedah sajalah. Apa yang berkaitan sangat dengan polemik yang sedang berlaku sangat tu?

Sebab, seingat penulislah, pendedahan oleh MCA hanya berkaitan dengan prosedur ’round tripping’ yang diguna pakai kerajaan negeri Selangor untuk menyelesaikan hutang Talam. Nampak simple tapi nilainya berbilion RM tau.

PANASS !! AZIZAN RAZAK PEKENA MAZLAN DAN MAT SABU HIDUP HIDUP



Nampaknya boleh dikatakan di dalam ramai-ramai para pemimpin PAS, hanya Azizan Razak saja yang cerdik dan sedar bahawa penyenaraian FGVH membawa rahmat dan keuntungan besar kepada rakyat dan negara.

Sedang Mazlan Aliman, Mat Sabu, Nizar Jamaluddin dan ramai lagi para pemimpin PAS berarak dari Masjid Wilayah Persekutuan menuju ke Istana Negara membantah penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia, rasanya Azizan sedang sebok mengira keuntungan yang diperoleh dari saham FGVH.

Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang dipengerusikan oleh Azizan sebelum ini begitu bijak membeli saham FGVH sebanyak 500,000 unit dan mendapat keuntungan pertamanya dengan penjualan awal sebanyak 50,000 unit.

Pengesahan pembelian saham FGVH oleh PKNK itu disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Rahman Ibrahim, yang menyatakan anak syarikat negeri Kedah itu ada membeli saham bernilai RM2,275,000!

FOTO NGERI: 100 Rentung Ketika Cuba Cedok Minyak Tumpah Di Nigeria


PELABUHAN HARCOURT, Nigeria – Lebih 100 orang yang cuba mengambil minyak petrol daripada sebuah lori tangki yang terbalik, maut apabila kenderaan itu disambar api.

Wanita dan kanak-kanak merupakan antara mangsa yang rentung. Sementara berpuluh-puluh yang lain mengalami kecederaan serius. Sebelum itu, pasukan tentera memberi amaran bahawa kebakaran boleh berlaku bila-bila masa sahaja.

Lebih 85 orang mangsa kemudian dikebumikan dalam satu kubur.

“Lori tangki itu terbalik kerana cuba mengelak tiga buah kenderaan dari arah bertentangan,” jelas Ketua Suruhanjaya Keselamatan Jalan Raya Persekutuan, Kayode Olagunju.

Tidak lama kemudian, beratus-ratus penduduk tempatan di Ahoada memenuhi lokasi kejadian untuk mencedok minyak yang tumpah. Kebanyakan mangsa yang mati ialah pemandu teksi motor, dikenali sebagai Okada.

Beberapa buah jengkaut dibawa untuk menggali kubur besar untuk mengebumikan mangsa yang mayat mereka rosak teruk dan sukar untuk dikenal pasti atau diangkat ke tempat lain. Menilai kepada tahap kecederaan mangsa yang dirawat di hospital, jumlah kematian mungkin akan terus meningkat.

Kebocoran minyak dan kemalangan lori tangki sering berlaku di negara Afrika yang kaya dengan hasil minyak itu. Pada Oktober 1998, lebih 1,000 orang maut di Jesse, negeri Delta apabila sebuah paip saluran minyak meletup ketika orang ramai sibuk hendak mencuri minyak – AFP

Lihat gambar gambar lain kat SINI

PANASS !!! SEJAK BILA DAP JADI PENEROKA FELDA ??



Berhenti Guna Nama Felda Untuk Acara Politik PAS

PUAK PAS ini betul tak tahu malu tau. Dia gebang dan war-warkan acara konon nak membela peneroka Felda, tapi penyudahnya ia penuh dengan ahli-ahli PAS dan laung-laungan yang hanya menjurus kepada politik PAS serta Pakatan haram yang disertai mereka.

Khabarnya, poster pasal hudud dan reformasi pun ada lebih banyak dari poster pasal PAS nak bela nasib peneroka Felda.

Penulis tak tahulah, apa yang tak kena dengan macai PAS. Tidak ada agenda sendirikah yang nak diperjuangkan sehingga terpaksa menggunakan nama Felda untuk memanjangkan hayat politik yang tak berapa nak panjang ni?

Kita dah kata lama dah, Felda, NFC, Altantunya dan segala macam pembohongan yang dipromosikan pakatan haram termasuk PAS ini hanyalah sebab, sebab untuk menunjuk perasaan dan menyatakan tidak puas hati kepada kerajaan BN yang memerintah.


GEMPARR !! PELAJAR MATI TERGANTUNG DI MEDAN SELERA



KULIM – Seorang pelajar tingkatan lima ditemui matidalam keadaan tergantung di tapak medan selera yang tidak lagi diusahakan, kira-kira jam 7.30 pagi, kelmarin.

Mayat pelajar berkenaan ditemui penduduk Taman Selasih yang kemudiannya menghubungi polis. Ketua Balai Polis Kulim, Asisten Superintendan Mohd Azlan Abd Kadir berkata, ketika ditemui mangsa memakai baju T dan seluar seragam sekolah.

Dari siasatan awal dijalankan mendapati, sebelum ini mangsa bersekolah di Lunas bagaimanapun terpaksa berpindah ke Kulim.

“Mangsa berusia 17 tahun dan masih bersekolah di tingkatan lima. Mayat mangsa ditemui oleh orang awam dalam keadaan tergantung di mana lehernya terjerut dengan tali nilon.

“Ketika pemeriksaan dijalankan terhadap mayat mangsa, polis turut menemui sekeping nota yang ditulis mangsa di atas singki berdekatan dengannya, ” katanya.

Sunday, 15 July 2012

PANASS!! TRAGEDI RATUSAN FRU BERKUMPUL DI SG KOB ?

Kulim (Kedah) di gemparkan dengan satu cerita dari pihak yang tidak bertanggungjawap cuba memanupulasi maklumat menuduh Jawatankuasa Bertindak Membantah Memorial Park cuba mengadakan rusuhan ke dalam kawasan Memorial Park, satu kawasan yang menjadi satu petikaian di antara Jawatankuasa Bertindak yang mewakili penduduk kampung dengan pengusaha Memorial Park Sungai Kob.


Akibat cerita yang tidak bertanggungjawap dari pihak tertentu di percayai mempunyai kepentingan dalam pembinaan Memorial Park. Pihak Polis telah mengerahkan hampir 400 anggota Polis termasuk FRU mengawal kawasan Memorial Park Sungai Kob.

Dari maklumat yang Team Medai Kedah perolehi ketika berada sendiri di kawasan tersebut, Jawatankuasa Bertindak Mebantah Memorial Park hanyalah mahu membuat kenduri menyambut Ramadhan di tapak khemah kawalan yang di dirikan untuk berkawal bagi tidak membenarkan usaha pihak pengusaha Memorial Park meneruskan pembinaan.

Video Panas !!! Hassan Basri talkinkan Pakatan Rakyat

Hassan Basri menerangkan kenapa beliau menentang Pakatan Rakyat walau pun 
hingga ke hari ini masih menjadi ahli PAS

Hassan Basri membuktikan PAS Zalim terhadap Islam  dengan membantah pembinaan Sekolah Agama Rakyat oleh Kerajaan Malaysia

PAS BUAT JANJI BARU SELEPAS JANJI SURGA TAK MENJADI ?



PAS makin terdesak selepas bancian yang dibuat oleh Lujnah Politik mereka maka sekali lagi janji manifesto diolah bagi menarik sokongan orang muda terutama pengundi baru. Jika dulu PAS berani menjanjikan undi PAS dapat pahala, undi PAS dapat keredaan Allah dan berbagai lagi, maka semakin hampir PRU maka mereka semakin menggelabah.

PAS gementar bilamana sokongan kaum Melayu semakin beralih arah kepada UMNO/BN atas kejayaan tranformasi yang diusahakan oleh DS Najib serta seluruh kepimpinan BN. Dengan menjanjikan 12 pekara dalam manifesto terbaru mereka keluaran Pas Kawasan Shah Alam mereka mula memainkan semula isu keupayaan bangsa, yakni bangsa Melayu yang mula melihat PAS hanyalah kaki temberang.

Tak faham atau sengaja buat bodoh maka PAS mencanagkan “1. Malaysia Baru yang meengangkat Mertabat Kaum Melayu berpaksikan Islam”. Apakah selama ini PAS yang siang malam menketakedarah serta merasa nikmat pembangunan yang dibawa oleh UMNO telah berjaya mengangkat dan memertabatkan kaum melayu serta agama islam di Malaysia. Takkanlah Ir Khalid Samad yang pernah belajar hingga ke universiti bukan dari kaum melayu yang mendapat ihsan dari ihlam serta dasar ekonomi baru. Beliau pernah bertugas di Petronas dan tidakkah itu juga hasil usaha UMNO/BN.

PANASS !!! JANGAN HARAP KONTRAKTOR MELAYU DAPAT PROJEK DI PENANG LEPAS NI



DAP BERTEKAD MAHU HAPUS SISTEM KUOTA, KONTRAKTOR MELAYU

Debat di antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) pada 8 Julai lalu berjaya mengukuhkan persepsi DAP sebagai parti Cina paling rasis di negara ini.

Sementara Soi Lek menggunakan pentas debat untuk mempertahankan rekod parti itu dalam memperjuangkan kaum Cina di negara ini sejak zaman Merdeka lagi, Guan Eng menggunakan peluang tersebut untuk menghentam Barisan Nasional habis-habisan.

Sesiapa yang mengikuti debat tersebut akan mendapati kandungan ucapan serta isu yang di bawa Ketua Menteri Pulau Pinang tidak berbeza langsung dengan ceramah-ceramah politik yang beliau adakan seiring dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain.

Fitnah, cemuhan, tohmahan serta serangan peribadi terhadap Perdana Menteri dan pemimpin kerajaan sudah menjadi lumrah dan resam pihak pembangkang.

Jadi para hadirin pada debat di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid sudah tentu amat kecewa jika mereka datang mengharapkan sesuatu yang baru dari Guan Eng.

Namun sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah juga; sepandai-pandai Guan Eng cuba memanipulasi fakta dan memutar belit sejarah parti itu yang penuh dengan sentimen perkauman, terserlah juga sikap anti-Melayu tanpa disedarinya.

Agak sukar DAP untuk menutup wataknya yang sebenar dalam masa hanya empat tahun sejak 2008 setelah bergelumang dalam sikap rasis dan anti-Melayu selama 45 tahun sejak ditubuhkan pada 1967.

PANASS !!! ANWAR DAN WAN JIJAH DI HALAU DARI KELUAR DARI KAWASAN ?



Katanya Anwar akan lari di Nibong Tebal dalam PRU-13, akibat tidak yakin lagi mendapat sokongan di kawasan sendiri. Tetapi, di Nibong Tebal juga, nampaknya Anwar tidak berapa yakin. Dengan ceramahnya yang semakin kurang mendapat sambutan, Anwar sudah benar-benar tertekan. Justeru, Anwar terus merayau-rayau mencari kawasan yang sesuai untuk bertanding.

Isterinya, Wan Azizah pula tidak boleh bertanding kerusi Parlimen kerana meletak jawatan sebagai MP Permatang Pauh pada 2008 untuk memberi laluan untuk Anwar. Namun, dalam kenyataan beliau baru-baru ini, Wan Azizah ada menyuarakan hasratnya untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Soalnya, di mana?

Ada yang membuat spekulasi yang beliau akan bertanding di Selangor. Tetapi, di masa yang sama Wan Azizah dikatakan ada membayangkan yang beliau ingin bertanding di kawasan beliau membuang undi, iaitu di Permatang Pasir di dalam kawasan parlimen Permatang Pauh. Kerusi tersebut dimenangi oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man. Alasan Wan Azizah ialah, beliau hanya akan bertanding di kawasan yang dilihatnya ‘boleh menang’.

Siapa Akan Isi Baki 30 Kerusi Pakatan Pembangkang?



Kekalutan pembahagian kerusi yang akan ditandingi oleh pakatan pembangkang dalam PRU 13 hingga ke hari ini seakan belum menemui titik noktahnya lagi.

Dalam perkembangan terbaru, Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP mendakwa partinya hanya akan bertanding di sekitar 60 kerusi parlimen sahaja, kurang 30 berbanding jumlah pembahagian yang didedahkan kepada umum sebelum ini.

Rekod PRU 2008 menunjukkan DAP telah bertanding di 47 kerusi dan menang 28 daripadanya dengan majoriti selesa.

TUDIAA !!! APA YANG TAK KENA DENGAN GAMBAR NI ??


Sudah ku bilang siang tadi, himpunan oren sebenarnya nak penuhkan karung karung PRU Penipu Rakyat ja..Hampa buat lah beribu kali pun duit poket rakyat tetap jadi mangsa..Modus operandi sama saja.anjur demo lepas tu kutip.Duit tu juga la yang nak cover apa yang depa labur untuk mengumpan dan sponsor makan minum duit tambang peserta yang hadir.

Aku difahamkan 90% yang hadir  bukan peneroka felda tapi kambing kambing jamnapari berjanggut hitam dan berketayap putih seperti kambing husam musa yang diimport khas dari ladang ternakkan pas..

MENDERMAHLAH KAMU KE JALAN YG BENARRR... kih kih kih... tadak tong, beg plastik pon jadi lahhh...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog archive