Sunday 7 April 2013

UCAPAN PELANCARAN MANIFESTO BN #AKUJANJIBN OLEH YAB DS @NajibRazak



Antara ucapan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum melancarkan Manifesto Barisan Nasional 2013 atau Aku Janji Barisan Nasional


Wanita hendaklah mencapai 30 peratus dalam sektor awam dan swasta.

Untuk belia kita juga ada satu muka sepenuhnya memenuhi aspirasi belia. Yang lebih berkemampuan melalui aktiviti program IM4U. Dapat peluang mewakili Barisan Nasional.

Itulah antara 17 bidang janji janji barisan nasional kepada kita semua kepada rakyat Malaysia. Itu merupakan janji kita. Pilihan raya pada kali ini merupakan pilihan raya yang bukan sahaja menentukan siapa atau parti mana yang akan pegang teraju kepimpinan negara. pilihanraya kali ini merupakan destini hala tuju kita. amat penting bagi kita untuk mencapai kemenangan yang menyakinkan. dasar transformasi nasional menjayakan ... bergantung samada bn terus berkuasa atau pun tidak.

pilihanraya manifesto pembangkang yang saya gelar fantasi dan khayalan. manifesto fantasi kerana janji ditabur tapi janji itu tidak bertanggung jawab. kita telah buat perkiraan melalui menteri kewangan kedua. tahun pertama jika semua janji pembangkang defisit 11.5 peratus daripada 11.4 peratus. akaun kerajaan current akaun kerajaan daripada positif jadi negatif bererti bahawa kita akan meminjam membayar gaji.



gdp di angka paras selamat lebih daripada 65 peratus. apa akan berlaku semua rating agensi antarabangsa akan bagi rating malaysia begitu rendah. pinjaman naik, matawang merudum saham jatuh. ekonomi malaysia menuju kehancuran. kita tak boleh beri mereka peluang untuk memimpin negara kita sebab tdak ada apa yang mereka lakukan dalam tempoh lima tahun ini.

satu perkataan kebolehpercayaan trustworthyness. sama ada pengundi beroleh kepercayaan pada bn atau pembangkang. saya yakin dan percaya kalau kita tanya kepada rakyat berdasarkan track record kita, mereka yakin pada bn, tak yakin pada pembangkang.

ketua pembangkang kehilangan banyak rakan terdekat. terbaharu dr sidek baba yang saya baca dalam akhbar. jumpa tun dr mahahtir. sidek kata saya sudah hilang kepercayaan anwar ibrahim tak layak jadi perdana menteri. ini bukan saya kata tapi rakan taulan dia. 34 pemimpin PKR tubuhkan PKR kini tinggal dua sahaja. ini kata Lokman Adam. yang tinggal dua tu isteri dia dan seorang lagi yang tak berapa betul tian chua.

soalnya pada kita kalau orang yang tubuhkan parti hilang kepercayaan tak kan rakyat beri sokongan kepada track record yang tak ada kredibiliti. dia ada bas. dia kata dia dah lama dalam kerajaan dah rasa pahit maung cukup menderita. bersedia berkhidmat untuk rakyat. what you did when you have power.

what did he do. apa dia buat bila krisis kewangan berlaku apa dia buat. itu kita semua tahu kita tahu apa dia buat.sebenarnya dia tak buat apa. dia nak serah aje pada IMF. kalau macam tu senang aje. tuan-tuan pun boleh jadi menteri kewangan. serah sahaja pada orang.

saya juga lama dalam kerajan.37 tahun. daripada rambut lebat dan hitam. saya naik step by step..back bencher, timbalan menteri, timbalan perdana menteri. saya tak tikam sesiapa dari belakang. sebab salah satu daripada prinsip dalam perjuangan ialah prinsip kesetiaan kepada ketua.

tiga perdana menteri berkhidmat. dan saya setia kepada perdana menteri. saya lihat tun mahathir pun buka mulut dia,.

jadi pru13 ni,intipati pada pru13 ni apa. bn menang? persoalannya apa? macam orang Indonesia kata pokoknya pak. orang putih kata what is the crub of the letter.

soal pru 13 ni sama ada rakyat beroleh kepercayaan kepada dsai, datuk haji hadi ataupun dengan penuh rendah diri saya sebagai ketua kerajaan. it all boils down persoalan ini siapa yang kita yakin boleh memimpin negara kita sama ada anwaq ibraim, haji hadi atau pun najib? itu persoalannya. kalau dengan perasaan penuh rendah diri rakyat malaysia kata najib maka sokong dan undilah barisan nasional kerana saya tak boleh lakukan perkara ini berseorangan. pasukan saya akan bertanding.pasukan inilah yang perlu diberi sokongan yang padu. ingat satu undi untuk pembangkang maksudnya satu undi untuk masa depan yang tidak menentu. masa depan yang gelap dan penuh kepalsuan. satu undi untuk penmbangkang maksudnya satu undi untuk manifesto fantasi dan khayalan. bn bererti yakin dan percaya untuk kestabilan dan kemakmuran ekonomi. satu undi untuk bn maksudnya satu undi untuk membawa harapan yang sebenar. satu undi untuk penyatuan bangsa malaysia.

Saya mohon maaf jika ada ketidaksempurnaan selama ini. Demi Malaysia demi bumi bertuah demi anak cucu kita. semangat janji ditepati. kedaulatan negara keselamatan rakyat pasti dipertahankan. inilah janji kita janji yang ditepati janji yang membawa harapan.

hidup barisan hidup malaysia
1malaysia...

Dengan lafaz Bismillahhirahmanirahm saya dengan ini melancarkan Aku Janji Barisan Nasional kepada rakyat Malaysia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive