Saturday, 7 September 2013

AL FATIHAH !! DRAMATIS MAIMUN MUTALIB MENINGGAL DUNIA




AL-FATIHAH buat pelakon Maimon Mutalib,54, yang telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Seksyen 17, Shah Alam sebentar tadi.

Perkara ini disahkan anak allahyarhamah menerusi status Facebook milik pelakon ini.
Difahamkan, jenazah Maimon akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Tangkak, Johor untuk dikebumikan.

Antara rakan artis yang terawal menziarahinya adalah artis veteran, Datuk Aziz Satar.

Seperti umum sedia maklum, Maimon mengidap kanser payudara peringkat akhir dan mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), hinggalah doktor mengesahkan keadaannya sudah terlalu tenat dan tidak dapat diselamatkan lagi.

ANNE NGASRI MENANG KETUA PUTERI UMNO SEBULAT SUARA !!




Pelakon wanita popular, Naszriah Ngasri atau lebih mesra dikenali sebagai Anne dipilih sebulat suara sebagai Ketua Puteri Umno cawangan Dataran Merdeka dalam mesyuarat cawangan itu, hari ini.

Laporan BH Online menyebut, cawangan berkenaan turut menyaksikan perubahan pucuk pimpinan apabila Naib Ketua Cawangan, Nor Adnan Zainal Abidin dipilih sebagai Ketua Cawangan berikutan kekosongan kerusi itu.

ANWAR KENA MINTA MAAF DULU ISU BANGLA 40 RIBU SEBELUM NAK BERANGAN !!!




Malaysian Insider baru-baru ini melaporkan kenyataan Anwar Ibrahim bahawa Pakatan Rakyat telah menerima keputusan PRU-13. Laporan tersebut juga menggambarkan bahawa kenyataan Anwar itu sebagai memberi isyarat bahawa PR telah bersedia untuk berbincang dengan Barisan Nasional mengenai kerajaan perpaduan.

Malah, dalam ucapan kemerdekaan Anwar juga, beliau menggesa pertemuan antara kedua parti untuk membincangkan isu-isu dalam negara. Antara petikan ucapannya, beliau berkata “perjumpaan antara kedua belah pihak perlu diadakan segera untuk menyelamatkan Malaysia.”

Namun, ternyata ucapan tersebut hanyalah lanjutan dari halunisasi Anwar.

PAS HILANG ARAH SELEPAS JADI KELDAI DAP




Kegagalan Pas dalam perjuangannya sebagai sebuah parti politik ialah meletakkan 'priority' atau keutamaannya.

Maksudnya agenda yang lebih penting didahulukan dan yang mana yang kurang penting, tidak perlu diketengahkan.

Sejak Pas bergabung bersama PKR dan Dap, keutamaan politiknya sudah menjadi caca marba.

Kalau dahulu penyokong Pas tahu matlamat unggul parti mereka ialah untuk menegakkan sebuah Negara Islam tetapi kini agenda tersebut sudah menjadi samar-samar atau dalam senario terburuk tidak wujud lagi.

HOT !!! BAU DURIAN GEMPARKAN PETUGAS KESELAMATAN AUSTRALIA !!



Petugas keselamatan dan kecemasan bangunan di Sydney menjadi gempar berikutan ketibaan durian di Harbour City kerana menyangka
tempat itu mengalami kebocoran saluran gas apabila terhidu bau yang pelik.

Mujurlah petugas pertanian Malaysia berjaya meyakinkan mereka bahawa bau yang mereka terhidu itu sebenarnya adalah bau durian, bukan gas.

Pengarah pertanian di Konsulat Malaysia Muhammad Rudy Khairudin Mohd Nor berkata 'bau gas' yang mereka terhidu itu berlaku apabila petugas pertanian Malaysia membuka 10 pek durian 'Musang King' dan 'D24' pada 2 petang untuk urusan ujian makmal di pejabat CBD mereka di Sydney.

Friday, 6 September 2013

SINGAPURA DI TIMPA BENCANA




PUB berkata banjir dilaporkan berlaku di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE), Cuscaden Road, Maxwell Road dan Lorong Kismis.

Banjir kilat turut dilaporkan berlaku di Alexandra Road, dekat simpang Delta Road, dan Commonwealth Avenue/Commonwealth Drive, berhampiran stesen MRT Commonwealth. Namun banjir di situ surut pada 9.48 pagi.

Kawasan paling teruk terjejas akibat banjir kilat, menurut PUB, ialah di AYE dan Commonwealth Avenue.

Di AYE, air melimpah keluar dari longkang akibat hujan lebat dan air pasang.
Air mencecah ke paras setengah meter dan surut dalam masa 40 minit.

HARGA MINYAK NAIK !! KENAPA NAK BANDING DENGAN NEGARA PENGELUAR TERBESAR ??




First sekali aku rasa frust jugak bila kerajaan umum harga minyak naik.. Ye lah sebab sebelum ni dah janji minyak takkan naik lepas PRU, tapi nak buat macamana, untuk pastikan ekonomi negara terus kekal berkembang dan untuk kurangkan defisit fiskal terpaksa juga aku terima.. Cuma aku agak kecewa dan kesal dengan sikap segelintir rakyat Malaysia membuat tuduhan membabi buta tentang kenaikkan harga minyak ini..

Ada yang kata bahawa subsidi minyak di Malaysia sepatutnya setaraf dengan negara Arab dan negara negara pengeluar minyak terbesar yang lain, tapi kita harus memikirkan bahawa kuantiti pengeluaran minyak di Malaysia tak sama seperti di negara negara Arab..

Hasil keluaran minyak negara kita hanya sekitar 623,900 barel minyak sehari, manakala Arab Saudi mengeluarkan 11.1 juta barel sehari.. Sudah tentu dengan keuntungan yang diperolehi Arab Saudi lebih besar dan mampu untuk menurun harga minyak kepada taraf yang lebih rendah daripada kita.

MAI SINI KITA PAKAT DENGAQ PENJELASAN DARI PETRONAS !!





PETRONAS hari ini menjelaskan mengenai tanggapan salah sebilangan rakyat bahawa Malaysia dapat mengeluarkan produk petroleum yang lebih murah seperti gasoline dan diesel jika ia mengeluarkan dan menggunakan sendiri minyak mentah.

Bagaimanapun perbadanan minyak negara itu berkata, minyak mentah Tapis blend yang ditemui di perairan Malaysia, merupakan bahan mentah yang sangat mahal.

Oleh itu, dengan mengeksport minyak Tapis blend dan mengimport minyak kurang berkualiti untuk penggunaan dalam negara, Malaysia meraih manfaat lebih besar daripada sumber minyak mentah semula jadinya, dan pada masa yang sama memastikan jaminan tenaga untuk penggunaan domestik.

Petronas, dalam satu kenyataan malam ini mengulas mengenai rasionalisasi subsidi kerajaan baru-baru ini yang telah menimbulkan kebimbangan dan tanggapan salah sebilangan rakyat.

ALI RUSTAM MAHU KASINO GENTING DITUTUP !!! HIDUP TOK ALI




Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Datuk Mohd Ali Rustam menggesa kerajaan menutup resort kasino Genting Highlands.

Laporan Nanyang Siang Pau hari ini menyebut, Ali mendakwa kasino berkenaan mewujudkan pelbagai masalah sosial dan jenayah.

Beliau juga mendakwa menerima banyak aduan berhubung isu tersebut.

Ali dalam sidang media selepas satu taklimat bersama usahawan Bumiputera di Melaka semalam berkata Genting Group tidak memberi sebarang sumbangan kepada ekonomi Melaka walau dengan pendapatan tinggi dari kasinonya.

Thursday, 5 September 2013

PEMIMPIN BN MAI BACA NI !! LUAHAN HATI RAKYAT TENTANG KENAIKKAN HARGA MINYAK !!!




Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia.

Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.

Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.

Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.

KEDAH SASAR LEBIHAN PENDAPATAN BUAT PERTAMA KALI DALAM TEMPOH 5 TAHUN !! @MukhrizMahathir




Buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, kerajaan negeri Kedah menjangka memperoleh pendapatan berlebihan bagi tahun 2013, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Menurutnya perolehan itu disumbangkan oleh hasil cukai tanah yang dijangka mencapai RM200 juta tahun ini manakala cukai-cukai taksiran lain dijangka meningkat hasil tindakan memperkemaskan sistem kutipan.

"Bajet tahun lepas mensasarkan pendapatan bagi tahun ini sebanyak RM640 juta tetapi kita jangka angka itu akan meningkat sedikit," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini, Rabu.

PANASS !!! 4 PEMUDA UMNO TANDING JAWATAN MAJLIS TERTINGGI @tunfaisal #TF4MT




Pemuda UMNO mencalonkan empat pemimpin dari Pergerakkan Pemuda Umno Malaysia untuk bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan parti kali ini iaitu:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Datuk Seri Rizal Merican Naina Merican
3. Sohaimi Shahadan
4. Tun Faisal Ismail Aziz

Senarai ini diumumkan oleh YB Khairi Jamaluddin dalam mesyuarat Pemuda Umno semalam..

BLOGGER BALUN PEMANDU !!! KONSULTAN PALING MERUGIKAN KERAJAAN !!!




Semalam blogger Otai Rocky Bru telah menulis satu entri mengenai Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) yang agak panas juga.

Tajuknya saja menunjukkan, sesuatu yang panas di PEMANDU menjadikan para blogger naik angin.

Menurut entri Rocky, pada hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan 20 sen pada harga petrol RON95 iaitu Isnin lepas, beberapa blogger arus perdana dijemput untuk menghadiri satu sesi taklimat media di Kementerian Kewangan.

Wednesday, 4 September 2013

HOT INFO !! SEJARAH KENAIKKAN HARGA MINYAK DI MALAYSIA



Kenaikan harga minyak di Malaysia yang pernah rakyat Malaysia tempuhi:
PERGERAKAN HARGA MINYAK DI MALAYSIA SEMENJAK 1990-2013

Sebelum 90 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
04/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)
01/09/2009 - RM 1.80 (Turun RM 0.90)
16/07/2010 - RM 1.85
04/12/2010 - RM 1.90
03/09/2013 - RM 2.10 (kenaikan RM 0.20)

PANASS !!! SIAPA NAK TEST DRIVE INI "PEMANDU" ??




Blog The Unspinners ada mendedahkan senarai SEBAHAGIAN dari kakitangan PEMANDU.

Ini baru sebahagian kerana senarai penuh masih boleh diperolehi kerana ada ramai lagi konsultan luar yang dibawa masuk dimana ada antara mereka adalah budak kucirat baru kerja dua tiga tahun dah diberi gaji pangkat Jusa C dan travel naikk Business Class.

Kalau nak turunkkan subsidi, kerajaan perlu turunkan subsidi gaya hidup untuk mereka-mereka ini yang menerima gaji berlebihan dari keupayaan dan pengalaman sebenar.

Dari senarai seramai 17 itu, 9 cina, 6 melayu dan 2 India. Kami tak timbukan isu kaum tapi agak-agak dari 17 cina itu, ada 10 tak undi BN untuk mereka jadi penasihat dan merangka polisi kerajaan?

LARANG PENIAGA NAIK HARGA !!! NASIHAT, AMARAN, NASIHAT, AMARAN !! MANA TINDAKAN?




Hanya AMARAN sahaja diberikan oleh Menteri KPDNKK kepada peniaga peniaga supaya tidak menaikkan harga kawalan sesuka hati ekoran kenaikkan harga minyak Ron95 dan diesel berkuat kuasa semalam..

Sebagai Menteri yang menjaga hal ehwal penguna, kementerian beliau sepatutnya bekerjasama dengan semua PBT supaya dapat mengambil tindakkan tegas terhadap peniaga yang ingkar seperti menarik balik lesen perniagaan dan apa saja tindakkan yang boleh membuatkan peniaga peniaga ini tidak berani untuk menaikkan barang sesuka hati..

Bukannya hanya sekadar Amaran untuk menakut nakutkan peniaga peniaga berkenaan..Rakyat mahu kementerian lakukan langkah drastik menangani kenaikkan harga barang..

PANASSS !!! KERUSI PRESIDEN PAS HADI AWANG BAKAL DI CABAR PEMIMPIN PAS DARI KEDAH




Dengan tersebarnya berita ini aku yakin penyokong penyokong Hadi Awang akan buat sesuatu supaya jawatan yang dipegang hadi awang boleh jadi tidak akan dipertandingkan..

Biasalah budaya cah keting dalam Pas ni lagi dasyat...Baru umum nak lawan dah kena daih kaki.

Tuesday, 3 September 2013

KEPADA SESIAPA YANG BISING HARGA MINYAK NAIK BOLEH BACA ARTIKEL NI




Harga minyak ikut pasaran dunia. No way kita boleh kawal utk brgn mcm ni. Byk barangan yg harganya bukan dlm kawalan kita. Yg kita boleh buat :

1. Subsidise
2. Rationalise subsidi yg diberi spy targetted kpd golongan sasar
3. Squeeze pembekal & persatuan pengimport/pengilang, etc
4. Tingkatkan pendapatan rakyat.

Dlm kes petrol, subsidi yg diberi lebih untungkan pengguna yang kaya dr rakyat berpendatan rendah.

ISU KUIN !!! MAHFUZ SENGAJA NAK BAGI MALU ADUN ADUN PAS !!!





Kesian aku tengok Mahfuz bin haji bingai nie, masih nak bela ceo ceo Insaniah Holding yang bergaji mencecah 50 ribu sebulan menyerang kerajaan BN Kedah..Walaupun Adun Pas Kedah mengakui Isu Insaniah Holding dan pentadbiran mereka di KUIN menyebabkan Pas TERSUNGKUR di Kedah..

Sehingga Phahrolrazi minta kerajaan BN mendedahkan segala kepincangan, penyelewengan dan masalah dalaman KUIN dalam satu kertas putih agar isu KUIN ini ditamatkan serta merta..Sebenarnya Pas tak mahu isu ini terus dipolitikkan sebab tu Pas minta tamatkan serta merta tanpa membangkitkan kisah kisah silam mereka..

@NajibRazak @PMOMalaysia SIAPA LEAK INFO HARGA MINYAK AKAN NAIK KEPADA PEMBANGKANG ??




Itu persoalan yang aku harus tanya kepada pihak kerajaan kerana berita ini mula disebarkan oleh facebookers dan bloggers pakatan pembangkang beberapa hari lepas.. Sedangkan hampir kesemua bloggers dan facebookers Pro BN langsung tidak tahu menahu tentang berita kenaikkan ini..

Malah dalam artikel artikel yang dikeluarkan oleh para bloggers sebelum berita khabar angin ini benar diumumkan oleh Datuk Seri Najib semalam, semuanya menafikan tentang berita kenaikkan harga minyak ini..

Monday, 2 September 2013

PANASSS !!! KERAJAAN PR UMUM PENURUNAN HARGA MINYAK DI SEMUA NEGERI PAKATAN !!???





Terkini! Penurunan Harga Minyak.

Pakatan Rakyat hari ini mengesahkan bahawa semua harga minyak akan diturunkan sebanyak 50 sen se liter, di semua stesen minyak yang terletak di negeri negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Negeri negeri yang terlibat adalah Pulau Pinang, Kelantan dan juga Selangor.

Perkara ini disahkan oleh setiausaha Pakatan Rakyat negeri selangor, selepas selesai sahaja Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang berlangsung di Shah Alam sebentar tadi.

HARGA MINYAK NAIK BUKAN KHABAR ANGIN !! MEMANG NAIK 2 KUPANG !!!



Nampaknya memang bukan khabar angin mahupun fitnah dari pihak pembangkang..Ternyata berita kenaikkan harga minyak sebanyak 2kupang ini berita benar benar belaka apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini.

Kenaikkan harga minyak dikatakan berpunca daripada susut nilai matawang Malaysia berbanding US..Jadi untuk menyelamatkan dan mengimbangkan ekonomi negara, maka kerajaan perlu mengurangkan subsidi minyak...

SAH PETROL NAIK 2 KUPANG MALAM NIE ??!!




Kalau dengar khabar angin dari puak penipu rakyat, memang semuanya betul..Benda tak betui pun depa buat buat bagi betui..Siap dengan sumber sahih dari pihak KPDNKK tu..

Tapi bila dengar penjelasan dari orang sepatutnya, berita minyak naik yang diheboh hebohkan oleh pencacai pakatan tu tak betul pun..Depa sengaja create isu mungkin sebab nak alih isu rundingan damai Anwar dengan kerajaan..Depa dah malu hidup diperbodohkan olwh Anwar..

Dengar penjelasan dari Persatuan Pengusaha stesen minyak Petron Malaysia dibawah.

PANASS !!! PENGURUSAN ANWAR DI SELANGOR MAKIN KELAM KABUT




Fasa kedua isu mengapa PKR secara rasminya mahu meletakkan Setiausaha Agungnya, Datuk saifuddin Nasution Ismail sebagai Ketua Staf di Pejabat Menteri Besar Selangor dikatakan sudah bermula.

Seperti yang dapat diperhatikan memang menjadi bunga silat politik Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa beliau tidak akan menolak dan menyanggah arahan sesiapa sahaja yang menjadi ketuanya, termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun ini tidak bererti beliau akan laksanakan semua butir arahan tanpa menunjukkan protesnya secara senyap. Dalam kes ini beberapa pemimpin parti PKR Selangor mahu perubahan dilakukan dalam struktur organisasi pejabat Menteri Besar.

SAMBUT MERDEKA DALAM KEADAAN BOGEL DILITUPI BENDERA MALAYSIA





Ini merupakan satu penghinaan terhadap negara..Kejadian ini dikatakan berlaku didalam salah satu kelab malam di negeri yang ditadbir Dap iaitu di Pulau Pinang..

Ketika seluruh rakyat Malaysia sedang berkumpul meraikan detik detik ambang kemerdekaan dengan penuh semangat patriotik dan kenegaraan, ada pula segelintir pengusaha pusat hiburan mengambil kesempatan dengan mengadakan acara sebegini..

Sebagai rakyat, kita sepatutnya menghormati bendera Malaysia.Kerana bendera juga merupakan lambang sesebuah negara..Rakyat negara luar cukup menghormati bendera mereka sehingga sesiapa yang menghina bendera negara mereka akan dikenakan hukuman yang cukup berat.


Sunday, 1 September 2013

TUDIAAA !!! KEDAH GUNA MATAHARI SEBAGAI SUMBER TENAGA !!!





Kerajaan Kedah merancang untuk menjadikan negeri ini sebagai pengguna tenaga solar berikutan Kedah kini menjadi pengeluar panel solar secara besar-besaran, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Katanya sebagai permulaan kerajaan negeri akan memasang panel solar di bangunan kerajaan negeri dalam usaha mengurangkan penggunaan tenaga elektrik sedia ada.

Mukhriz berkata Kedah boleh dikatakan antara pengeluar panel solar terbesar di dunia dengan adanya dua syarikat pengeluar panel solar yang besar di Kulim Hi-Tech Park di sini, oleh itu tiada alasan untuk Kedah tidak menggunakan tenaga solar.

RUU ANTI SYIAH !!! PENJELASAN KENAPA ADUN ADUN PAS TETAP PENDIRIAN SOKONG SYIAH !!! @MukhrizMahathir




Penjelasan tentang RUU kesalahan jenayah syariah (Kedah)

Klausa klausa yang diperbaharui dalam Rang undang undang kesalahan jenayah syariah (Kedah) 2013 yang berkait Hukum Syarak ialah Pemujaan Salah, Doktrin palsu, Pendapat yang bertentangan dengan fatwa, Penerbitan agama yang bertentangan dengan Hukum Syarak, dan lain lain.

Dan dalam tafsiran, "Hukum Syarak" ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Syafie atau mengikut mana mana satu Mazhab Hanafi, Maliki atau Hambali. Seperti yang Datuk Mukhriz nyatakan dalam Sidang DUN, bahawa Syiah bukan mazhab, maka ianya bertentangan dgn Hukum Syarak.

Oleh itu, walaupun RUU itu tak sebut Syiah secara spesifik, Syiah tergolong antara fahaman yang melanggari Hukum Syarak. Maka sesiapa yang mengajar & mengembang doktrin Syiah melakukan suatu kesalahan & boleh dihukum seperti yang diperuntukkan dalam RUU tersebut.

PANASS !! ABBY ALBODY AJAR ANAK BENCIKAN NEGARA



Kesian aku tengok anak anak si Ebby Albody yang diajar bukan bukan oleh Ebby tentang negara..Yelah, anak anak tu masih kecil dan perlu dipupuk semangat nasionalisme agar bila besar nanti tak lupa diri..

Tapi lain pula di Ebby ni, anaknya Dania telah mempersoalkan adakah Hari Kemerdekaan sama seperti Hari Umno mahupun Barisan Nasional?


@MukhrizMahathir PROF DATO DR SAYYID MUHAMMAD AQIEL CALON YANG PALING LAYAK DILANTIK REKTOR KUIN !!!



Jika hendak dibandingkan dengan calon calon lain yang ditemuduga untuk mengisi kekosongan kerusi Rektor KUIN, aku rasa Prof Dato Dr Sayyid lah antara paling layak memegang jawatan tersebut..

Prof. Dato’ Dr. Sayyid Muhammad Aqiel Bin Ali Al Mahdaly Al Husainy adalah pada masa kini berkhidmat di KUIN (sebelum ini dikenali dengan nama INSANIAH) sebagai Profesor Universiti yang mengajar di bidang Usuluddin.

Beliau telah berkhidmat di KUIN selama 18 tahun bermula 1 Januari 1996 dengan memegang jawatan pertamanya sebagai Dekan Kulliyyah Usuluddin sehingga 31 Disember 1999.

Beliau kemudiannya telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah Akademik (sekarang dikenali sebagai Timbalan Rektor Akademik) bermula 1 Januari 2000 sehingga Mac 2003.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog archive