Aku tertarik dengan 'pendapat peribadi' Awang Selamat dalam rencana Mingguan Malaysia semalam, sindiran pedas itu ditujukan khas buat Ceo Airasia X berkenaan Iklan Airasia di Utusan Malaysia.. Menurut Awang, Iklan Airasia sebenarnya tidak memberikan apa apa keuntungan kepada Utusan kerana nilai yang diberikan kepada syarikat tambang murah terkemuka itu "
SANGAT KECIL" berbanding iklan jamu dan rawatan rambut..
Anda semua boleh nilai sendiri macamana Utusan Malaysia selama ini membantu mempromosikan "Produk penerbangan keluaran tempatan" itu walaupun tanpa mendapat keuntungan dari Iklan berkenaan.. Akhirnya apa yang Utusan dapat sekarang ini cukup mengecewakan..Antara kata kata Ceo Airasia X (Saya rakyat Malaysia. Saya anti perkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan)," "Utusan sudah lama tidak relevan. Jumlah pembaca merosot kerana minda pengarang sempit. Utusan tidak mewakili Melayu Malaysia."
Tapi aku respek sikap Utusan Malaysia sebab tidak pernah menulis atau mengkritik Airasia dengan artikel negatif demi menjaga perniagaan mereka walaupun aku pasti ada saja email atau message masuk ke meja pengarang tentang servis Airasia terhadap pelanggan..
Adakah ini balasan yang Utusan dapat setelah sekian lama membantu mempromosikan Airasia dengan kadar iklan yang cukup murah dan tidak menguntungkan??