Saturday 17 August 2013

PANASS !! KERAJAAN TARIK TARAF PR PEMILIK RESORT



PEMILIK Tanjung Sutera Resort di Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor yang membenarkan penganut Buddha menjalankan upacara keagamaan di dalam sebuah surau di resort itu dilucutkan taraf pemastautin tetap (PR) Malaysia serta-merta, demikian umum Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Dr Ahmad Zahid berkata penarikan status PR itu sebagai amaran kepada mereka yang tidak menghormati sensitiviti agama di Malaysia.
Menurut beliau, penarikan itu merupakan tindakan pertama kali diambil terhadap seorang pemegang status PR di negara ini.

Pemilik resort itu Syed Ahmad Alkaff sebelum ini mengaku memberi kebenaran kepada sekumpulan penganut-penganut Buddha enggunakan surau itu atas alasan kemudahan dewan di resort itu sedang penuh dan digunakan.

TIBA MASANYA AMBIGA PANTAU PEMILIHAN CEC DAP




Akhirnya DAP terpaksa mengadakan pemilihan semula bagi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sepertimana yang diarahkan oleh ROS. Keputusan ini agak mengejutkan memandangkan Mesyuarat Tergempar parti itu Isnin lalu baru sahaja memutuskan bahawa pemilihan semula bukanlah satu opsyen. Dalam kenyataan media selepas mesyuarat tersebut, Lim Guan Eng telah mempamerkan sikap kiasu-bodoh dengan memberi syarat pula kepada ROS agar mengemukakan fakta tentang kenapa pemilihan semula perlu diadakan.

Akibatnya, tindakan Guan Eng untuk terus menerus berdolak dalih menyebabkan kredibiliti beliau dan juga DAP hancur lebur. Beliau yang sebelum ini dikecam kerana tidak tahu mengira, diejek pula sebagai pengecut. Keengganan beliau mengadakan pemilihan semula membuktikan bahawa Guan Eng seorang rasis dan penipu apabila dengan sengaja menafikan hak wakil India untuk memilih.

Mungkin menyedari keadaan semakin buruk bagi DAP, maka parti itu bermesyuarat sekali lagi semalam dan memutuskan untuk akur dengan arahan ROS.

KENYATAAN ANGKUH DAN BONGKAK SI NAZRI AZIZ



Inilah satu satunya menteri paling angkuh bila keluarkan sesuatu kenyataan.. Belum pernah lagi menteri menteri yang lain berperangai seperti Nazri nie... Nazri masih belagak seperti tidak faham kehendak akar umbi mahu seseorang menteri tidak mengamalkan kroni angkuh dan sombong..

Nazri perlu ingat walaupun alasan Nedim mampu menarik undi seramai 6000 orang muda di Padang Renggas tapi atas alasan apa namanya tertera sebagai pegawai khas di kementerian?? Lebih baik Nazri letak saja Nedim sebagai PA kawasan.. Nedim mengunakan segala jenis kemudahan di kementerian? adakah semuanya di tanggung oleh Nazri seperti pejabat dan kemudahan lain di kementerian ??

Satu lagi ini bukan soal Nedim dibayar oleh kerajaan ataupun sebaliknya tetapi imej buruk Nedim sememangnya akan busukkan nama parti..

Lagi satu, Nazri janganlah riak tentang kekayaan anda.. Bila bila masa saja Allah SWT boleh tarik balik kekayaan anda..

TUDIAA !! GARA GARA LANGGAR LAMPU MERAH UST 'MEK DI' NYARIS MAUT



Pagi tadi Ust Mek Di telah mengalami kemalangan apabila keretanya merempuh sebuah kereta proton iswara di persimpangan lampu isyarat..

Difahamkan Ust Mek Di ni memecut laju ketika lampu isyarat bertukar merah..Ini kes langgar lampu la nie..

CARA NURUL IZZAH NAK SELESAI JENAYAH : TUBUH SURUHANJAYA SIASAT SALAHLAKU POLIS ??




Inilah Nurul Izzah Anwar Al kutty tak habis habis nak salahkan polis bila jenayah tembak menembak makin berleluasa..

Jika sebelum ini polis mengunakan mengunakan ISA dan EO, pakatan menyalak mengatakan akta berkenaan zalim dan melanggar hak asasi manusia.

Bila akta berkenaan dimansuhkan dan jenayah berat kembali berleluasa, pakatan kata polis tak bertindak..

Yang hairannya si Nurul Izzah mencadangkan pula agar mewujudkan satu suruhanjaya bebas aduan dan salahlaku polis..Pelikkan yang jahatnya penjenayah tapi kenapa desak suruh tubuh suruhanjaya aduan tentang salahlaku polis??

GEMPARR !!! KANAK KANAK 5 TAHUN BERTARUNG NYAWA AKIBAT DIDERA



Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dipercayai didera dengan dipukul dengan kejam oleh ibunya di Taman Wang, Menglembu, kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata doktor di Hospital Raja Permaisuri Bainun telah membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan pada petang Jumaat.

Beliau berkata terdapat kesan calar dan dipukul pada seluruh tubuh dan kepala kanak-kanak berkenaan.

“Dia kini di rawat di IVU. Siasatan berhubung perkara ini sedang dijalankan,” katanya. – Mstar.com.my

Friday 16 August 2013

SAKSIKAN SECARA LANGSUNG MAJLIS KIBAR JALUR GEMILANG DI SINI !!



Majlis Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kebangsaan buat pertama kalinya di adakan di Kedah dan akan dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak



Live broadcasting by Ustream

ANWAR SENGAJA CIPTA CERITA REKAAN KHAYALAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK PEMBANGKANG



Kenyataan Akhbar Pejabat Perdana Menteri

1. Kebelakangan ini beberapa portal berita online telah menyiarkan laporan bahawa YAB Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sedang berusaha mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

2. Laporan portal berita tersebut yang memetik "sumber yang boleh dipercayai dan rapat dengan kem" Dato' Sri Mohd Najib adalah merupakan "daya imaginasi" penulis tersebut kerana tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan

3. Perbincangan mengenai sebuah kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kepimpinan Pakatan Rakyat sehingga kini masih tidak dapat menerima keputusan Pilihanraya Umum ke-13 dan mempertikai keputusan tersebut.

PANASSS !!! NGO HAK ASASI MANUSIA DIKECAM PERKASA !!



Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sebelum ini lantang mengkritik kerajaan dalam soal hak asasi manusia kelihatan seolah-olah tidak memperdulikan nasib rakyat Mesir yang ketika ini sedang menghadapi tindakan ganas pihak tentera pimpinan Jeneral Abdul Fatah Assisi.

Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Syed Hassan Syed Ali, walaupun krisis kemanusiaan Mesir semakin meruncing, NGO-NGO berkenaan masih terus menyepi.

"Hanya pertubuhan-pertubuhan Islam yang banyak melakukan bantahan. NGO-NGO lain yang sebelum ini lantang mengkritik amalan hak asasi manusia kerajaan senyap.

Konflik Mesir : Negara Islam Perlu Sepakat Halang Tentera Mesir



Melihat konflik yang berlaku di Mesir kebelakangan ini membuatkan seluruh umat Islam dan penduduk dunia berasa kesal dan mengecam dengan tindakkan tentera ala ala zionis Mesir melancarkan perang terhadap penyokong Morsi.

Kekejaman dan pembunuhan bukan saja dituju kearah orang awam, malah wartawan dan jurugambar menjadi mangsa korban tentera zionis Mesir semata mata tidak mahu kekejaman yang dilakukan oleh mereka terhadap penyokong Morsi didedahkan kepada dunia..

AYUH WARGA UTARA TANAH AIR JOM KITA MERIAHKAN SG PETANI PETANG NIE



Lebih 50,000 orang dijangka membanjiri Dataran Zero, Jam Besar hari ini sempena majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang peringkat kebangsaan 2013.

Majlis julung julung kali diadakan ini adalah yang pertama diadakan di Kedah.. Majlis akan bermula dari 3 petang hingga lewat malam ini akan dihiburkan dengan beberapa artis terkenal tempatan..

Thursday 15 August 2013

UPDATE !! LELAKI PUKUL BINI DALAM LIFT SERAH DIRI




Inilah wajah lelaki yang memukul isterinya dalam lift di Hospital Bukit Mertajam baru bru ni..

Kepada sesiapa yang mengenali atau terjumpa lelaki ni tolong sampaikan salam kat dia..Habaq dekat dia abang polis tengah cari..

Berani buat berani tanggung laaa..

Update :

Seorang lelaki yang membelasah isterinya dalam lif di sebuah hospital swasta di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Isnin lalu menyerah diri di Balai Polis Kuantan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, lelaki terbabit datang sendiri untuk menyerah diri di balai tersebut pada pukul 3.30 petang tadi.

"Suspek tersebut kini ditahan di Balai Polis Kuantan dan akan dipindahkan ke Pulau Pinang berikutan kejadian tersebut berlaku di negeri itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

ZAMBRY DEDAH PERANGAI TALAM 44 MUKA PAKATAN



Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mendedahkan sikap talam dua muka pembangkang yang menuduh kononnya wakil rakyat mereka tidak diberi peluang secara demokratik untuk melontarkan soalan lisan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut beliau, tindakan wakil rakyat pembangkang memuat naik soalan-soalan lisan di laman sosial kerana kononnya tidak berpeluang berbuat demikian di sidang DUN adalah usaha terdesak bagi mengelirukan serta membangkitkan kemarahan rakyat.

MUKHRIZ TIDAK MAHU KELUARGA TERIMA PROJEK DI KEDAH



Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir memberi jaminan bahawa beliau tidak akan memberi projek perniagaan di negeri ini kepada anggota keluarganya.

Kata Mukhriz beliau mahu mengelakkan keadaan yang boleh menimbulkan konflik kepentingan kepada dirinya jika ada anggota keluarganya mendapat projek perniagaan di negeri ini.

"Setakat ini tidak ada seorang pun ahli keluarga saya nak buat apa-apa projek di sini. Saya harap ia akan kekal macam tu. Kalau tak, ia akan buat saya serba salah kerana saya pasti menyinggung perasaan mereka.

Wednesday 14 August 2013

LIKE FATHER LIKE SON ! APA DAH JADI DI KEMENTERIAN MAKAN ANGIN ??



Tak habis habis btol la si Nazri ni..Aku ingat lepas PRU13 dan dilantik jadi Menteri untuk penggal ini dia dah ok.Tapi tak sudah sudah dengan habit lama.iaitu utamakan kroni..Kroni tu pulak anaknya sendiri dilantik menjadi pegawai khasnya di kementerian pelancongan..

Apsal tak angkut semua kaum kerabat je masuk dalam kementerian tu? bolehlah keluar makan angin kerap sikit..

Cuma aku nak tanya apa rasional Nazri lantik anak dia jadi pegawai khas??

POLIS BURU PENJAWAT AWAM BELASAH BINI DALAM LIFT



Polis sedang mengesan seorang penjawat awam yang dilihat melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) membelasah isterinya di dalam sebuah lif hospital swasta di Bukit Mertajam dekat sini, Isnin lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Mazlan Kesah berkata suspek berusia 36 tahun dan bekerja di Jerantut, Pahang itu menghilangkan diri dan didapati tidak hadir di tempat kerjanya selepas kejadian pukul 4 petang itu.

"Pasangan suami isteri yang berasal dari Pulau Pinang sebelum itu melawat anak sulung mereka yang menerima rawatan di hospital dan motif kejadian dikatakan berpunca daripada masalah keluarga," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tuesday 13 August 2013

SYIAH DI KEDAH !!! EKSKLUSIF ! VIDEO JEMAAH CIUM MULUT KHATIB LEPAS BACA KHUTBAH JUMAAT !!! @dsjamilkhir @MukhrizMahathir @UMonline




Video ini diperolehi dari seseorang yang telah memuat naik kedalam salam satu group FB.. Kejadian ini berlaku di salah sebuah Masjid di Pendang..

Kandungan video menunjukkan seorang Khatib sedang membaca Khutbah Jumaat dan diakhir khutbah tersebut, beberapa orang bangun menerpa khatib dan beberapa orang jemaah lagi sedang menunggu Khatib dibelakang mimbar datang mencium khatib tersebut setelah selesai membaca khutbah..

TUDIAA !!! KUAN YEW INTAI ANWAR SELAMATKAN HUTANG SINGAPORE ??



Menarik artikel yang ditulis oleh sahabat blogger MyMassa tentang ekonomi Singapura yang jauh lebih teruk berbanding Malaysia..

Menurut MyMassa, hutang Singapura kini melebihi 111% GDP atau dalam bahasa Melayunya Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara tersebut.

EKSKLUSIF !!! LAPORAN SIASATAN DALAMAN INSANIAH HOLDING DIDEDAHKAN !!! TERBUKTI SYARIKAT KRONI PAS KEDARAH DUIT RAKYAT !!!




Laporan siasatan dalaman terhadap urus tadbir Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sewaktu di bawah pemerintahan kerajaan Pas Kedah mendedahkan, punca bebanan kewangan Kuin bertambah buruk disebabkan Kuin menubuhkan Insaniah Holdings Sdn. Bhd. (IHSB).

Pada masa sama, IHSB didapati mewujudkan pula lima anak syarikat iaitu Insan Maya Sdn. Bhd., Insan Fasih Sdn. Bhd., Insan System Sdn. Bhd., Insan Hospitality Sdn. Bhd. dan Insan Medic Sdn. Bhd. selain menubuhkan Sekolah Insan Bestari.

Menurut sumber, laporan siasatan itu menyatakan IHSB ditubuhkan secara berskala besar dengan gred jawatan yang diwujudkan terlalu tinggi dan melebihi keperluan 'semula jadi perniagaan'.

PANASSS !!! KENAPA SOLAT PUAK PAS DAN SYIAH SAMA ???




Cuba bandingkan gambar diatas dan dibawah ni.. Tunggang langgang arah kiblat orang Pas dan Syiah solat.. Ikut dan depa saja nak tala kot mana pun.. yang penting orang orang ambik gambaq masuk FB kononnya depa saja yang solat..

Sebab tu Pas dengan puak Syiah ni sama ja.. Guna Islam untuk kepentingan politik..

Monday 12 August 2013

JOHOR DARUL EHSAN : BETAPA BODOHNYA SYARIKAT ECONSAVE NIE



Memalukan.. Nak kata Syarikat luar bukan.Pemilik pulak cinadap tapi tengoklah apa yang tertulis kat pamplet atas tu..Sampai tak tahu nama negeri..

Ini bukan typo tapi dah tahap bongok..tak tahu beza negeri negeri kat Malaysia..

SURAU JADI TOKONG : PENGUSAHA RESORT DI TAHAN



Polis menahan seorang lelaki yang merupakan pengusaha resort di Sedili Besar, Kota Tinggi untuk membantu siasatan mengenai sebuah surau di premis tersebut yang dijadikan tempat ritual keagamaan oleh bukan Islam.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, suspek berusia 45 tahun itu ditahan pada pukul 1.30 petang di resort berkenaan dan disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, satu pasukan khas turut diwujudkan dan diketuai Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Ismail Yatim bagi menyiasat kes tersebut.

KES RITUAL BUDHA DISIASAT DIBAWAH KANUN KESEKSAAN



Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Mohd. Nor Rasid mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berkaitan sekumpulan dipercayai penganut agama Buddha yang mengadakan ritual keagaaman di dalam sebuah surau pada petang 10 Ogos lalu.

Jelas Mohd Nor, pihaknya yang menerima laporan daripada penduduk tempatan telah ke tempat kejadian dan pada ketika itu aktiviti ritual tersebut telah dihentikan.

“Pihak kami telah menerima laporan dan kami akan menjalankan siasatan lanjut.

“Kes tersebut diklasifikasikan dibawah Kanun Keseksaan,” jelas Mohd Nor ketika dihubungi MyNewsHub sebentar tadi.

GEMPARR !!! KISAH IBU MENGANDUNG MAKAN LEMANG BEBISA HANYA REKAAN SEMATA MATA !!!




Kisah wanita hamil yang maut selepas makan lemang sekitar Sik hangat diperkatakan sejak minggu lalu menimbulkan situasi cemas penduduk sekitar terutama penggemar juadah itu menjelang Aidilfitri.

Penyebaran khabar angin palsu melalui laman sosial Facebook itu dikatakan telah tersebar meluas melalui beberapa blog tempatan.

Ini berikutan amaran berjaga-jaga yang dikeluarkan melalui kenyataan sama yang menasihati orang ramai supaya berhati-hati ketika membeli lemang kerana takut menerima nasib sama.

Sunday 11 August 2013

HOT INFO !! HUJAN TAIK BINTANG SINGGAH DI MALAYSIA ESOK MALAM




Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara ini malam esok sehingga subuh pada hari Selasa.

Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Mhd Fairos Asillam berkata, pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.

SETEBAL TEBAL KULIT BABI, TEBAL LAGI MUKA CINABENG NIE !!




Sorrylah kepada rakan rakan chinese yang mengenal diriku, bukan bermaksud aku untuk menyerang orang cina tapi inilah kenyataannya..

Kalau ada benda free baik tester food, majlis makan malam, beratur kutip duit raya memang depa laju.Jangan nak nafi lagilah, aku selalu nampak sendiri depan mata..Walaupun bukan semua tapi kebanyakkannya perangai lebih kurang macam ni jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive