Thursday 11 April 2013

TERKINI !!! BUMI SABAH SUDAH SELAMAT DARI PENGANAS SULU #PeaceSabah #Pahlawanku #ESSZONE #LahadDatu #OpsDaulat



Selepas lama 'bercuti' akibat kekecohan yang ditimbulkan kumpulan pengganas Kiram, kira-kira 400 murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Labian dan SK Lok Buani yang terletak dalam zon Ops Daulat akan kembali meneruskan persekolahan esok.

Kebanyakan murid yang ditemui mengakui, mereka sudah tidak sabar untuk memulakan sesi persekolahan biar pun kawasan itu masih dikelilingi ratusan anggota keselamatan.

Bagi murid tahun enam SK Tanjung Labian, Andrian Musli, 12, perkara yang paling ditunggu-tunggu adalah untuk bertemu semula dengan rakan-rakan sekolahnya.

"Sejak berpindah ke pusat pemindahan sementara, saya tidak lagi berjumpa rakan-rakan sekolah. Saya tidak sabar untuk bertemu mereka semula apabila sekolah dibuka esok.



"Lagi pun kami akan mengambil peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini. Saya mahu kembali belajar bersungguh-sungguh," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Adiknya, Asri Musli yang merupakan murid tahun tiga sekolah sama, tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih kerana banyak peralatan sekolah telah rosak dan hilang akibat pencerobohan itu.

"Nasib baik baju sekolah dan buku-buku masih ada. Tidak sabar sebenarnya untuk kembali ke sekolah selepas lebih sebulan 'cuti panjang'," katanya.

Sementara itu, Guru Besar SK Lok Buani, Saabi Hasim, 45, berkata, beliau bersyukur kerana tiada kerosakan berlaku di sekolah tersebut biar pun lebih sebulan ditinggalkan.

"Kami sedang dalam usaha memaklumkan kepada murid-murid dan ibu bapa mengenai pembukaan semula sekolah Isnin ini.

"Diharapkan kehadiran murid dapat mencapai 100 peratus walaupun kami sedar mungkin ada kesukaran kepada sesetengah mereka untuk hadir ke sekolah," katanya.

Saabi berkata, beliau juga berbangga dengan semangat ditunjukkan para guru di sekolah itu yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat. -UTUSAN


Dalam pada itu Kerajaan juga akan membina semula semua rumah yang musnah

Pemilik rumah yang musnah ekoran pencerobohan kumpulan pengganas Kiram baru-baru ini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan negeri memutuskan untuk membina semula kediaman mereka secepat mungkin.

Tanpa memberi tempoh tertentu, Pegawai Daerah Lahad Datu, Zulkifli Nasir berkata, pihaknya sedang berusaha mendapatkan kontraktor secepat mungkin untuk diberikan tanggungjawab itu.

"Di peringkat awal, kami akan membantu membina semula 20 rumah yang dikategorikan sebagai musnah teruk. Selepas itu, insya-Allah semua rumah musnah akan dibina semula secara berperingkat.

"Walau bagaimanapun, tumpuan hanya diberi kepada warganegara Malaysia yang mempunyai geran tanah," katanya kepada pemberita selepas turut serta dalam lawatan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman dan Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek ke dua buah kampung terlibat di sini hari ini.

Tambah Zulkifli, langkah itu merupakan sebahagian daripada penyelesaian jangka pendek bagi mengatasi masalah ramai penduduk yang hilang tempat tinggal.

"Langkah seterusnya, sebuah penempatan semula akan diwujudkan di Tanjung Labian dengan tapak tanah seluas 600 hektar untuk penempatan semula sudah dikenal pasti dan diwartakan," katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive