Saturday, 28 January 2012

Hadiah Ostad jijan buat rakyat langkawi


Pengkalan Nelayan Kubang Badak, Langkawi ini telah dibuat pada tahun 2007 dan telah siap dibina sepenuhnya pada tahun 2009. Permandangan yang cukup cantik dan indah....Melihat para-para nelayan pulang membawa rezeki dari lautan. Tetapi sayangnya, disebabkan keangkuhan sesetengah individu didalam Kerajaan PAS Kedah maka pengkalan nelayan ini terbiar. Kenapa? Kerana ianya adalah hasil perbincangan dan permuafakatan  pentadbir Kerajaan dahulunya telah membuahkan hasil. lebih lanjut disini...


Apa yang PAS dok buat selama ni...? Takkan nak bagi kebenaran pada jabatan hutan pun ambik masa sampai 4 tahun? Kata berkebajikan sangat...Tak kesian ka pada nelayan-nelayan tu? Mana kebaikan yang hangpa laung-laungkan dulu?...


Dari elok pembinaan pengkalan sampai rosak teruk...Inilah akibatnya bagi kuasa pada yang tidak reti...Lingkup semuanya










VIDEO YANG AHLI PARLIMEN PAS SIK KEDAH TAK AKAN TENGOK SAMPAI MATI???








VIDEO LUAHAN HATI BEKAS BEKAS AHLI PAS DAN PENYOKONG KUAT AHLI PARLIMEN MEREKA YANG DI ABAIKAN..

PANAS!! PKR BUANG JO ABDUL DI SUNGAI PETANI??





Pada PRU ke 13 ni Sungai Petani akan ada calon kawasan Parlimen yang baru . Diimport dari seberag laut iaitu Pulau Langkawi. Seorang ahli tertinggi PKR Kedah yang Anwar Ibrahim cukup percaya kepadanya hinggakan mengalahkan kepercayaan Anwar kepada Johari Abdul iaitu Datuk Wan Salleh ADUN Angkat Langkawi.


Patutlah digunakan alasan ini (http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2010/07/wakil-adun-langkawi-letak-jawatan.html) untuk hendak cover cita-cita politiknya yang semakin membesar.

Johari Abdul pula setelah dilihat gagal dalam membela Anwar semasa isu Datuk Trio T, maka akan digugurkan untuk memberikan laluan kepada calon kesayangan Anwar ini.


Jadi Pisau Kedah mengucapkan selamat datang ke lubuk PKR Sungai Petani Tindakan PKR Pusat adalah tepat dan strategik apabila mencalonkan Wan Salleh ke sini.


Tahniah PKR letak calon Wan Salleh,heheheheh...........mudah la Team Media Kedah nak buat kerja lepas ni,,opps terlupa pulak,,dengar kata DAP pun nak letak calon juga Parlimen Sungai Petani ni,,,heheheheehe

sumber TMK


mtk
begaduh la hampa adik beradik pkr oii

TUDIA AIH!!! PAS SELANGOR KATA " ORANG TAK PANDAI PASAL ISLAM PUN BOLEH JADI EXCO AGAMA "ASALKAN BOLEH SEBUT TAKBIR??




SHAH ALAM, 27 JAN : Pimpinan Pas Selangor hari ini mempertahankan keputusan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melantik dirinya sebagai Exco Hal Ehwal Agama setelah Menteri Besar itu dikecam pelbagai pihak termasuk Perkasa kerana tidak memulangkan kerusi itu kepada Pas.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Khalid Samad menolak dakwaan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali bahawa tindakan Khalid mengambil alih portfolio penting itu akan menyemarakkan rumah maksiat di Selangor.

Beliau berkata, Khalid tidak akan mengkhianati Islam dan menegaskan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bukannya jahil 100 peratus mengenai agama.

Ahli Parlimen Shah Alam itu turut membayangkan bahawa orang yang memegang portfolio itu tidak perlu mempunyai latar belakang agama yang mendalam.

Friday, 27 January 2012

APA OBJEKTIF SEBENAR KUASA KETIGA YANG DI SEBUT OLEH DR HASAN ALI??



Semalam Mc dapat email dari seorang pembaca blog Mc. Rasanya kalau melihat email yang beliau berikan pada Mc. Beliau ni bukan calang-calang orang.

Baca email yang beliau berikan...original tanpa edit..


Salam..ingin saya utarakan pendapat mengenai Dr Hassan Ali (bekas Exco Selangor). Kita teruja dengan insiden beliau dipecat dari PAS. Beliau kini menjelajah untuk menjelaskan peristiwa pemecatan, sebab musababnya seterusnya menyerlahkan drama-drama yang berlaku dalam rumah tangga Parti Pakatan Rakyat, khususnya PAS.


Dalam segmen bicara dengan TV3 semalam bila ditanya kemana arah perjuangan beliau seterusnya, jawapan konkrit dan penuh konfident beliau akan memperjuangkan misi IMR (Islam,Melayu dan Raja-Raja) bersama The Third Force.


Pada pengamatan saya kalau itu matlamat beliau, ia bukan sebenarnya menyatupadukan orang Melayu, sebaliknya menambah parahkan perpecahan Melayu dari UMNO, PAS, PKR dan ditambah dengan 3rd Force.


Dari 3 pecahan kepada 4 pecahan. Apakah Melayu akan kukuh dengan pecahan yang sebegini? Apakah dengan hancurnya perpaduan Melayu, kita masih berpeluang menjadi bangsa dominan dan seterusnya memerintah negara? Tidakkah tindakan ini akan sedikit sebanyak membantu Parti Kafir menguasai pemerintahan negara?


Yang lebih merunsingkan kita ialah Timbalan Menteri JPM (Pengerusi Penerangan UMNO) secara terbuka meminta UMNO negeri dan bahagian menyediakan platform dan menganjurkan ceramah Dr Hassan Ali.


Mungkin dari satu sudut UMNO memperoleh kredit dengan pendedahan kepincangan parti Pembangkang, sebaliknya Dr Hassan juga dapat meyakinkan umum yang hadir akan tujuan beliau bergabong dengan 3rd Force (kuasa ketiga) dan sekaligus memecah belahkan orang Melayau.


Hanya untuk renongan saudara semua..


Tan Anak Laha - X BTN

KEDAH KE KL


Betul juga pendapat dari si pengirim email ini, namun kita masih tidak tahu apa objektif sebenar 'kuasa ketiga' Apa yang mereka mahukan, seni politik mana yang mereka bawa. Rasanya Dr Hasan Ali juga memikirkan perkara sedemikian, apa yang perlu kita buat hanyalah tunggu dan lihat.

X'KLUSIF !! PAS KEDAH MAKIN TENAT AKIBAT TINDAKAN PENYOKONG SENDIRI !!!

Kubu Kuat PAS Sik Kedah berjaya BN tawan
Tahniah YB Datuk Mohd Taijudin (Adun Belantik)


Semalam Team Media Kedah telah pergi ke satu perkampungan yang cukup terkenal dengan perkampungan Hard core PAS Sik,Kedah..bertempat di Kampung Batu Besar Mukim Teloi Tua Sik,yang kini ramai penduduknya mula sudah berubah angin keluar dari PAS,

Kalau dulu BN jangan harap la nak masuk kampung ni,,nak pacak bendera BN pun jangan mimpi la,,namun kini dalam sejarah angin perubahan telah melanda di kampung tersebut,,seramai 61 orang ahli PAS telah keluar dari PAS termasuk lah sepupu dan juga Mak Saudara Ahli Parlimen Sik,dan selepas ini ada lagi yang akan menyertai UMNO dalam masa terdekat,kalau tak percaya tanya la Ahli Parlimen Sik,,siapa dalam gambar bawah ni..

mak endang bt jusoh

TUDIAA !!! BETUI KA ANAK ORANG PAS DI TAHAN ATAS KELAKUAN SUMBANG???



KULIM - Tiga remaja lelaki berusia 16, 17 dan 19 ditahan orang awam ketika sedang melakukan perbuatan sumbang bersama seorang ibu tunggal berusia 22 di tahun di padang permainan di Taman Desa Impiana, kira-kira jam 3.15 pagi semalam.

Saksi yang enggan namanya disiarkan berkata, dia ternampak suspek terlibat menunggang tiga motosikal berasingan dan mengekori mereka dari Taman Alma Jaya sehingga ke Taman Selasih.

“Perlakuan mereka mencurigakan apabila berlegar di sekitar kawasan perumahan. Mereka kemudiannya melarikan diri apabila ternampak Unit Peronda MPV Polis yang sedang membuat rondaan.

“Kira-kira jam 2 pagi, mereka berhenti di kedai makan. Apabila selesai makan, mereka berlegar sekali lagi di kawasan Taman Selasih sebelum berhenti di padang permainan di Taman Desa Impiana.

Menurutnya, dia kemudiannya membuat pemantauan dari jauh dan mendapati dua remaja lelaki bersama seorang remaja perempuan masuk dalam lubang papan luncur di taman permainan itu manakala seorang lagi berada di luar.
“Saya kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada Polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim untuk tindakan lanjut, ” katanya.

Dari pemeriksaan dijalankan, polis mendapati mereka tinggal di sekitar kawasan Kulim dan Permatang Pauh. Polis turut menemui senjata buku lima buatan sendiri dalam beg galas yang dibawa salah seorang remaja yang ditahan.
Selain itu, terdapat kesan lebam di leher sebelah kanan ibu tunggal berkenaan.

Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk diambil keterangan sebelum diserahkan kepada Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK).

Ketua Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, semua remaja lelaki terlibat tidak bersekolah manakala ibu tunggal yang ditahan bekerja di kantin kilang di Perai.

“PADK sudah mengambil keterangan semua suspek dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988. Jika sabit kesalahan, setiap suspek boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

“Mereka dibebaskan dengan ikat jamin RM500 setiap seorang dan diarahkan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada tarikh ditetapkan. Sekiranya gagal berbuat demikian, waran tangkap akan dikeluarkan terhadap mereka,” katanya.



MTK
TAJUK DI ATAS SEKADAR HIASAN..HAHA,KALO BETUI MELOMPAT LAGI LA PUAK2 LEBAI NI

PANAS!! EXCO KEDAH AKAN BERGEMBIRA DENGAR BERITA NI ??




Pakatan Rakyat (PR) perlu mengambil tindakan tegas terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kerana mengambil tindakan ke atas pelajar-pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

Pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, kenyataan Azizan sebelum ini yang katanya "terlepas pandang" sebenarnya bercanggah dengan prinsip Buku Jingga.

“Ini bukan kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan terbuka dan bertentangan dengan prinsip parti.


“Jika beliau itu pro-Auku, kena masuk Barisan Nasionallah,” kata beliau pada pada sidang media selepas Wacana Sinar Siri ke-10 bertajuk "Masih Relevankah Auku?" anjuran Kumpulan Media Karangkraf.

Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, Kuin.

Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.

Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.



MTK
apa nak jadi dengan pr ni,sapa yang tak sokong buku jinggay atau menyokong apa2 yang kerajaan BN buat akan dikenakan tindakan tegas!!kita tengok pemimpin pr ni ikut cakap Aziz Bari ke x..pakatan tungang langang.

PANAS!! APA NAK JADI DENGAN NASIB NELAYAN LANGKAWI YANG DITINDAS OLEH KERAJAAN PAS KEDAH !!??#SAVEKEDAH




Pengkalan Nelayan Kubang Badak, Langkawi ini telah dibuat pada tahun 2007 dan telah siap dibina sepenuhnya pada tahun 2009. Permandangan yang cukup cantik dan indah....Melihat para-para nelayan pulang membawa rezeki dari lautan. Tetapi sayangnya, disebabkan keangkuhan sesetengah individu didalam Kerajaan PAS Kedah maka pengkalan nelayan ini terbiar. Kenapa? Kerana ianya adalah hasil perbincangan dan permuafakatan pentadbir Kerajaan dahulunya telah membuahkan hasil.

Alasan mengapa tidak dibenarkan pengkalan ini beroperasi adalah disebabkan Jabatan Hutan telah mengazet kawasan tersebut adalah tanah rezab hutan bakau. Persoalan yang MKT hendak timbulkan disini, adalah mustahil pihak yang bertanggungjawab iaitu LADA melabur sebanyak RM1.7 juta hanya untuk membangunkan kawasan yang dilarang? Sudah semestinya kebenaran telah diberikan oleh Jabatan Hutan untuk membenarkan kawasan tersebut dibangunkan.


PANAS!! AZMIN "KELUPOQ" RAHSIANYA AKAN DI BONGKAR OLEH DR HASAN ALI??





Haha!. Entah mengapa Azmin kini beri amaran kepada Dato' Dr Hasan Ali dengan mengatakan bahawa pelbagai rahsia ada di dalam poket Pakatan. Keris punya cara amat mudah, jika ada dedahkan sahaja, tak perlu nak beri amaran dan sebagainya. Keris cabar Azmin yang kini telah beberapa bulan tidak 'menjenguk' ibunya untuk tampil membuat pendedahan rahsia Hasan Ali. Cakap sahaja budak kecil pun boleh.

PANAS!! PELABUR LARI SETELAH PAS MEMIMPIN KEDAH !!



Kerajaan Kedah perlu membantu kerajaan pusat turut memikul tanggung jawab mempromosikan pelaburan di negeri ini bagi meningkatkan pelaburan perkilangan di Kedah, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

"(Kini) kerja-kerja untuk mempromosikan negeri khususnya negeri Kedah terletak hampir 100 peratus atas bahu kerajaan pusat. Saya tak lihat kerajaan negeri (Kedah) begitu serius untuk melakukannya sedangkan kita mempunyai satu taman industri berteknologi tinggi yang dianggap antara yang terbaik, iaitu Taman Teknologi Tinggi Kulim," katanya kepada pemberita selepas Program Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) bersama Usahawan dan Pengeksport di sini Khamis.

Katanya tiga projek pelaburan yang tertinggi di Kedah ialah Sony EMCS (Malaysia) Sdn Bhd dari Jepun dengan pelaburan semula berjumlah RM200 juta, Nichias FGS Sdn Bhd juga dari Jepun dengan pelaburan semula berjumlah RM143 juta dan Celestica Malaysia dari Kanada dengan pelaburan semula bernilai RM130 juta.

Beliau berkata Kedah berada pada kedudukan kelapan dalam penerimaan projek-projek pelaburan perkilangan di Malaysia bagi tempoh Januari hingga November tahun lepas, jatuh daripada kedudukan ketujuh pada 2010.

"Sepanjang Januari hingga November tahun lepas, jumlah kelulusan untuk perkilangan di Kedah ialah RM1.557 bilion daripada 40 projek berbanding RM1.96 bilion sepanjang 2010. Itu adalah jumlah bagi pelaburan asing dan tempatan.

"Jumlah itu (2011) adalah untuk tempoh 11 bulan sahaja tetapi jika kita campur dengan jumlah kelulusan perkilangan pada bulan Disember pun, saya percaya ia tidak akan melonjakkan pelaburan Kedah pada kedudukan yang lebih baik," katanya.

Kata Mukhriz beliau tidak dapat menyatakan dengan jelas sebab-sebab berlakunya kemerosotan itu tetapi akan meningkatkan daya tarikan Kedah sebagai destinasi pelaburan kepada syarikat-syarikat tempatan dan asing.

"Kita kena faham negeri-negeri lain yang selalu lebih berjaya daripada Kedah dalam menarik pelaburan adalah negeri-negeri yang mempunyai prasarana yang cukup iaitu dari segi lebuh raya, pelabuhan, lapangan terbang dan juga kemudahan lain seperti kemudahan institusi pengajian tinggi yang akan memudahkan syarikat-syarikat perkilangan tersebut."

"Sebab itulah negeri-negeri seperti Selangor, Johor dan Pulau Pinang selalu mendapat kedudukan yang tinggi," katanya.

Untuk 2011, Mukhriz berkata Sarawak berada pada kedudukan teratas kerana pembukaan kawasan industri baru yang melibatkan pelaburan yang agak besar dan ada juga yang memerlukan tenaga elektrik dari sumber-sumber seperti projek Bakun.

Pada 2010, Sarawak berada pada kedudukan keempat.BERNAMA

MTK
PAS BUKAN RETI BUAT KERJA,YANG DEPA TAU TEBANG BALAK SAMPAI LICIN,JUAL PERABIH HARTA BENDA TERMASUK GUNUNG2 DI BALING..BELI KETA BESAQ UNTUK MB PAKAI..P MAIN GOLF SAMPAI OSTOLIA DAN JAKARTA

TERPANAS 21SX !! AKSI PANAS PENGANUT PAS LEBIH HEBAT DARI PEMIMPIN !!?




Gambar di atas MTK ambil dari blog 1PELURU..Kisah seorang penyokong tegar PAS yang selalu berhujah menggunakan hadis dan Al-Quran di laman facebook serta pernah terlibat sebagai jentera PR semasa PRK di Permatang Pauh terlibat dengan seks luar nikah sehingga melahirkan anak perempuan.

"Ini wajah penyokong tegar PAS... Gua dapat info sahih individu ini pernah terlibat dalam kempen PAS/PKR semasa PRK Permatang Pauh (dirujuk dari salah satu blog popular pembangkang), syarikatnya juga turut menyumbang dana untuk kempen PAS/PKR.


Lelaki ini sudah berkahwin tapi terlibat dalam seks luar nikah hingga perempuan (dalam foto di atas??) sekarang mengandung anak luar nikah mereka...


Inilah wajah sebenar penyokong PAS... MUNAFIK NUMERO UNO!! Lantang bertakbir setiap kali ceramah tapi perangai mengalahkan syaitan juga! Nak gua dedahkan dengan lebih lanjut?? Gua kaburkan wajah & jenama syarikatnya atas nama perikemanusiaan... tapi tunggulah di tahap mana perikemanusiaan gua! =)"



macam mana penyokong tak jadi macam di atas... kalo pemimpinnya macam di bawah:




MTK
PAS tunjuk contoh teladan yang baik buat kanak2 PASTI..lepas ni mesti ada pewaris adegan ini

SAH!! MEDIA PAKATAN SEKALI LAGI KANTOI MEMFITNAH!!





Portal pro pembangkang Malaysiakini tak habis habis dengan artikel fitnah terhadap DS Rosmah.Terbaru portal tipu keliling tu memfitnah DS Rosmah shopping sakan sehingga mencecah $100k.Sebelum ini DS Rosmah juga telah menafikan fitnah terhadap beliau oleh akhbar Sydney Morning Herald


"Isteri perdana menteri Rosmah Mansor hari ini menyangkal dakwaan bahawa beliau berbelanja mewah dalam percutiannya di Sydney, Australia sebelum ini.


"Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar," katanya kepada Malaysiakini dan The Sun ketika ditemui dalam sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur.


"Saya selalu menjadi mangsa," katanya ketika ditanya tentang dakwaan yang dibuat dalam harian Australia Sydney Morning Herald.


Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar itu, kolumnis Andrew Hornery menggelar Rosmah sebagai "first lady of shopping' (wanita pertama membeli belah), kerana didakwa membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney - MK."



Thursday, 26 January 2012

PERJUMPAAN KHAS TUN MAHATHIR BERSAMA JENTERA UMNO KUALA KEDAH




VIDEO UNDANG UNDANG SODOMI KE ATAS ANWAR LAPUK??







MTK
RAKYAT MALAYSIA MENOLAK LGBT!!!

TERBARU!!! GUAN ENG TERIMA "ANU' GERAH TERBARU!!



Lim Guan Eng malukan dirinya sendiri dengan membuat kenyataan yang agak keterlaluan,sikap inilah yang selalu menjadi tembakkan tepat blogger kepadanya.Bekas akauntan yang pandai pusing ternyata memakan dirinya.Itu baru sikit pendedahan yang telah dibuat,Memang inilah sikap muka tak tau malu Ketua Menteri Paling Malang Dalam Sejarah Pulau Pinang,Guan Eng Menyatakan Pulau Pinang berjaya melangsaikan hutang kerajaaan Negeri sebannyak 630juta padahal semuanya hutang tersebut ditolak kepada kerajaan Pusat.Pandai menipu itulah slogan DAP patut digunakan kepada Guan Eng.

PANAS!!VIDEO ORANG PAS TAK AKAN TENGOK!!!




akibat tidak tahan ditindas oleh pas Kedah,penduduk baling serah borang menjadi ahli UMNO turut serta bekas pemuda Pas Kampung Paya Lama Pulai, Baling dan ucapan dari Ketua Bahagian UMNO Baling, Datuk Azeez Rahim.





MTK
Kapal pas makin hari makin tengelam

DEDAH!! PAS KEDAH JUAL GUNUNG UNTUK DANA PRU??

Apa nak jadi dengan warga Baling yang mengundi pas ni,sudah la dapat bantuan buat rumah pprt hanya rm50 saja di sini,kali ni penduduk Baling ditimpa bala sekali lagi apabila Gunung Pulai yang menjadi tarikan penduduk setempat terkenal dengan batu batuan yang berkualiti akan dijual dengan harga RM 50 JUTA.

Ikuti pendedahan daripada TEAM MEDIA KEDAH



Projek menyapu bersih harta bumi Kedah oleh kerajaan Pas, tidak berhenti setakat tanah wakaf, balak dan pasir sahaja. Kali ini mereka bertindak lebih berani dengan cubaan menjual Gunung pulak. Gunung yang Mc maksudkan adalah 'Gunung Pulai' yang terletak di Baling Kedah. Gunung Pulai terkenal dengan batu-batu berkualiti dan mempunyai beberapa Gua asli yang begitu berharga.

Cubaan menjual Gunung untuk dijadikan kuari batu dengan harga rm50 juta telah dibantah oleh penduduk kampung disekeliling Gunung tersebut, termasuklah penduduk di Kampung Paya Lama.

Pemaju kuari yang disokong oleh kerajaan negeri, mengunakan pelbagai cara untuk memujuk penduduk kampung, termasuklah dengan merasuah lembu bagi mengadakan korban pada hari raya yang lepas.

Bancian penduduk terhadap kuari itu telah 3 kali dilakukan, namun penduduk semuanya sepakat untuk menolak projek kuari batu yang mereka khuatiri akan menjejaskan kehidupan mereka.

Baca surat bantahan dari penduduk di sini

Wednesday, 25 January 2012

VIDEO PENGAKUAN DR HASAN ALI DIPECAT BUKAN KERANA POLITIK??





Masih bermain di dalam kotak fikiran Keris akan peristiwa serbuan pihak JAIS terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada tahun lepas apabila terbaca artikel Sinis Malaysia. Difahamkan sebahagian daripada krew Kritis-Online telah menemuramah Dr Hasan Ali untuk mendapatkan penjelasan daripada beliau mengenai isu tersebut [Sebelum HIMPUN diadakan].

Rakaman video itu baru dapat disiarkan semalam kerana Dr Hasan Ali telah berpesan agar video intebiu tersebut tidak dikeluarkan melainkan ianya diluluskan sebagai menghormati jawatan yang disandangnya ketika itu sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor. Pembaca boleh lihat 'review' interbiu tersebut dalam bentuk penulisandi SINI .

PANAS!! BETUI KA PEGAWAI TUGAS TUGAS KHAS PM SUKA MASUK SIAM?? BUAT APA DISANA !!





Terkejut juga bila ramai orang kata Tok Latt ni suka masuk Siam,,selalunya kalau orang muda masuk siam ni anggapan orang dah menjadi lain..orang akan mesti kata cari ayam siam kat sana..ayam siam memang tip top,,ish,,ish tak kan kot Tok Latt buat kerja macam tu???

HEBAT!!! WAKIL RAKYAT PAS BELAJAR DARI CHINA BUAT RUMAH PPRT HANYA RM 50??#SAVEKEDAH

Apa nak jadi dengan nasib rakyat kedah di daerah daerah yang jauh dari bandar,kebanyakkan mereka berpendapatan rendah dan tidak mampu memiliki rumah yang baik untuk diduduki.

Lebih malang,nasib mereka tidak diperdulikan oleh wakil rakyat mereka sendiri.Dimana wakil rakyatnya hanya pandai bercakap keburukan parti lain.Tapi parti sendiri lebih teruk dari parti lain.



Hari ni Mc nak cerita mengenai kisah seorang Adun Pas yang Mc agak layak untuk masuk Raja Lawak hatta Maharajalawak sekali pun. Kisah ini terjadi di Baling, Dun Kupang, Kampung Jernang.

Pada waktu itu YB Pas tersebut turun bersama konco-konconya untuk melihat keadaan penduduk kampung. Bagus la, bila dah jadi YB mestilah kena turun kawasan.

Sampailah kunjungan YB Pas ke rumah seperti gambar di atas.


Kemudian, berjumpalah dengan YB Pas memberitahu masalah yang mereka hadapi. Tuan rumah mengadu bahawa rumah mereka hampir roboh dan meminta jasa baik YB untuk bantu.

Mungkin tak boleh bantu secara terus, YB boleh bantu pohon PPRT ka, rumah Keda ka, ada pelbagai cabang yang boleh YB Pas tu fikir untuk bantu rakyat. Namun bukan itu yang YB Pas tersebut lakukan.

Kebetulan di hadapan rumah penduduk terbabit ada pokok besar, dengan selambernya YB Pas yang lebih glamor di panggil YB Jo.. mengeluarkan duit RM50 dan mengarahkan rakyat yang meminta bantuan tu tadi memotong balak dan membina rumah dengan wang RM50.

Kisah ini diceritakan sendiri oleh tuan punya badan semasa Mc kerumahnya. Terbahak-bahak kami ketawa bila dengar cerita lawak macam ni. Bagi RM50 untuk buat rumah? kah kah kah...

RM50 bukan kata nak buat rumah, nak buat jamban pun tak cukup. kah kah kah..

Akhirnya dengan pasrah dan kebingungan, tuan rumah terbabit mengadu nasibnya ke pejabat penyelaras parlimen Baling. Setelah melihat keadaan rumah dan keadaan kemampuan, akhirnya permohonan untuk mendapatkan rumah berjaya, seperti dibawah,



Lepas tu Mc tanya tuan rumah tu,

"dulu abang undi sapa?"

Dia jawab,

"dulu undi Pas, tak tu (tak tahu) undi Pas jadi gini, kalau tahu, tak nak undi"

Kami yang dengar pun senyum saja la..


KEDAH KE KL

DIA INGAT BELI BARANG MADE IN CHINA KOT MURAH DAN TIDAK BERKUALITI.

MTK
PERINGATAN BUAT RAKYAT KEDAH,UNDI PAS ANDA AKAN ALAMI NASIB YANG SAMA SEPERTI ORANG DI ATAS

PANAS!! KERANA KURANG MENDAPAT KEPERCAYAAN DARI RAKYAT,PAS TERPAKSA GUNA SURAU SEBAGAI MARKAS!!!



PAS Langkawi nampaknya begitu terdesak dan tersepit didalam perjuangan politik mereka. Ini adalah kerana kebanyakkan ceramah (pembohongan) mereka di sini kurang mendapat sambutan seperti tahun yang sudah-sudah. Akhirnya mereka terpaksa menggunakan strategi lapuk iaitu berpolitik diatas mimbar masjid. Masjid/ Surau yang malang tersebut yang sepatutnya di laungkan kalimah-kalimah suci dan nasihat telah disalahgunakan oleh juak-juak PAS di Langkawi untuk memaki hamun dan memfitnah Kerajaan.

Kejadian tersebut telah berlaku acapkali di Masjid/Surau Kuala Melaka, Langkawi. Dikhabarkan juga yang AJK Masjid/ Surau tersebut sanggup menjemput seorang tali barut PAS dari Gurun untuk menyampaikan ceramah (pembohongan) di situ. Tidak sangka ya, PAS Langkawi begitu terdesak hendak heret masyarakat setempat untuk menyertai perjuangan palsu mereka.

Ini baru permulaan...akan ada lagi pendedahan yang berikutnya.

P/S dari MKT : Elleh...sepatutnya juak-juak PAS kena faham masjid, siapa yang membinanya? Siapa yang beri peruntukkannya? Jikalau Kerajaan nak buat sedemikian, seluruh masjid atau surau di Malaysia sudah mengkafirkan PAS sejak dari dahulu lagi. Jangan jadi manusia yang bongkak dan bodoh, wahai juak-juak PAS...

Melayu Kedah Terakhir >

MTK
MAKIN HARI MAKIN MELAMPAU DIBUAT OLEH PAS NI..KALO DAH RAKYAT TEMPATAN TAK TERIMA KELUAQ SAJA DARI LANGKAWI TU..SITU BUKAN TEMPAT PAS..

RM100 RIBU BANTUAN BUAT SEKOLAH MENENGAH AGAMA NAHDZAH

Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana meluluskan sumbangan sebanyak RM100,000.00 untuk SABK An Nadhzah Bukit Besar, Kota Sarang Semut yang mengalami kebakaran asrama melalui Dato' Latt Shariman Abdullah,Tindakan pantas Dato' Latt menghubungi YAB Perdana Menteri yang menjadi pembuka RM100K untuk pihak sekolah.



Sebuah bilik asrama lelaki Sekolah Menengah Agama Nahdzah, Bukit Besar dekat sini musnah dalam satu kebakaran pada pukul 12.40 tengah hari tadi dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM10,000.

Pengetua sekolah Adnan Osman berkata pihak sekolah menyedari kejadian itu setelah seorang jiran yang tinggal berdekatan sekolah memaklumkan kepada pengawal keselamatan mengenai asap tebal dari arah kawasan blok asrama lelaki sekolah berkenaan.

Bercakap kepada pemberita di tempat kejadian, Adnan berkata ketika kejadian berlaku tiada pelajar berada di sekolah kerana semua sedang bercuti sempena Tahun Baru Cina.

"Saya sangat bersyukur semasa kejadian ini berlaku sekolah masih bercuti dan tidak ada kemalangan jiwa yang berlaku, cuma yang terbakar katil, tilam serta buku-buku sekolah sahaja," katanya.

Katanya blok asrama lelaki sekolah itu mempunyai 14 buah bilik iaitu tujuh bilik di tingkat atas manakala tujuh lagi di tingkat bawah dan bilik asrama lelaki yang terbakar itu menempatkan 10 pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Tiga dan Empat.

Sekolah itu merupakan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan mempunyai 710 pelajar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak Abdul Muin Ayob, yang mengetuai operasi memadam kebakaran, berkata bomba menerima panggilan pada pukul 12.40 tengah hari dan 11 anggota bomba bersama dua jentera tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

Katanya, api dapat dipadam sepenuhnya pada pukul 1.30 tengah hari dan punca kejadian sedang disiasat.

Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri Datuk Latt Shariman Abdullah, yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah, yang melawat kawasan kejadian menghulurkan sumbangan kepada pengetua sekolah bagi meringankan beban pihak sekolah membaik pulih asrama itu. – Bernama

Tuesday, 24 January 2012

TUDIAA!! PAS KEDAH MEMBISU BILA OSTAD JIJAN DIKEJI




Tindakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang mempertahankan tindakan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) terhadap mahasiswa terus mendapat kecaman pelbagai pihak.


Menurut NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), tindakan pemimpin PAS itu seolah-olah menggodam Buku Jingga yang menggariskan komitmen pembangkang memansuhkan akta itu.

"Selaku MB Kedah beliau harus sedar bahawa tindakannya menggunakan AUKU ini telah menyebabkan janji Pakatan untuk menghapuskan AUKU dalam Buku Jingga dianggap retorik di kalangan mahasiswa," kata kenyataan segmen mahasiswa SAMM.

Menurut kenyataan itu juga, walaupun menerima kecaman pelbagai pihak termasuk dari pimpinan Paktan dan gerakan mahasiswa, Azizan masih bersikap ofensif menghadapinya.

"Azizan telah menunjukkan sikap bebal dan sombong apabila berhadapan dengan mahasiswa," menurut kenyataan itu lagi.

Mei lalu, lima mahasiswa KUIN digantung pengajian, antaranya kerana dituduh menyertai demonstrasi, memberikan ucapan kepada umum dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.

Bagaimanapun tempoh penggantungan bagi empat daripadanya telah tamat.

Sebelum ini, Pemuda PAS, kumpulan peguam Lawyers for Liberty, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) DAN Pro-Mahasiswa Nasional sudah pun menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap langkah tidak popular itu.


MTK
APA DAH JADI NI OSTAD??SAMPAI PUAK2 SAMM BOLEH BALUN NI?MANA PI URUSETIA PENERANGAN PAS KEDAH YG PALING HEBAT TU??TAKKAN DIAM SAJA KOT??HAHAHA,PADAN MUKA HAMPA

MARKAS PAS TUMBANG DI BALING GARA GARA PEMUDA UMNO??



video ini menunjukkan sekumpulan pemuda Pas sedang memecahkan batu tanda markas Pas. Kejadian ini terjadi di Dun Kupang, Baling, Kedah. Paling hebat apabila kejadian ini berlaku betul-betul dihadapan markas Pas.


Inilah akibatnya bila janji ahli parlimen hanya pakai air liur. janji pelbagai benda, bila menang habuk pun tarak!


MTK
Laaa,ingatkan pemuda umno punya kerja,rupa2nya pemuda pas sendiri yang pecahkan batu tanda tayar buruk pas tu..

SEPAGI BERSAMA DATO LATT DALAM JELAJAH BARISAN KOLA

jelajah barisan kola ke kota sarang semut


Published with Blogger-droid v2.0.2

KASI PANAS!! TOK BASHAH KATA ORANG YANG UGUT TAK ADA TELOQ!!




Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah menyifatkan panggilan palsu yang kononnya ada bom di Pusat Khidmat beliau adalah usaha terdesak mereka yang semakin takut dengan gerak kerja UMNO Kedah.

Sambil menyifatkan orang yang membuat panggilan berkenaan sebagai pengecut dan dayus beliau berkata panggilan itu sengaja dibuat bagi menakutkan petugas pusat khidmat beliau dan menjatuhkan semangat ahli UMNO Kedah.

"Namun kita tidak gentar dengan sebarang ugutan. Malahan saya yakin ugutan ini tidak akan berhenti tetapi akan berlaku lagi pada masa akan datang terutama kita semakin hampir dengan pilihan raya umum".

"Awal bulan ini berlaku tindakan menconteng bangunan UMNO Negeri Kedah dan sekarang ugutan terhadap pusat khidmat saya. Kita tidak gentar malahan akan terus mengiatkan usaha menawan kembali Kedah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parti MCA Kedah, di sini, malam ini.


TERKINI DARI ALOR STAR!!! PEJABAT ADUN TOK BASHAH AKAN DI BOM??


Pusat Khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Bakar Bata, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, menerima panggilan kononnya sebuah bom diletakkan di bawah pentas di dewan terbuka pusat khidmat berkenaan.

Panggilan itu diterima menerusi nombor telefon pejabat pusat khidmat berkenaan antara 4.45 hingga 5 petang.

Petugas di pejabat itu Shamsul Anuar Aziz, 30, menerima panggilan daripada lelaki berkenaan yang memberitahu "aku letak bom bawah pentas".

Selepas menerima panggilan berkenaan, Shamsul Anuar menghubungi Setiausaha UMNO Bahagian Alor Setar Kadir Mohamad yang kemudian mengarahkan beliau membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar pada pukul 6.30 petang.

Unit Pemusnah Bom Polis yang menjalankan pemeriksaan tidak menjumpai sebarang bahan berbahaya di bawah pentas berkenaan.

Siasatan polis juga mendapati panggilan berkenaan lebih berupa satu panggilan palsu.

kedah ke kl

MTK
depa marah sebab tok bashah lancar program 1 juta pengundi kot..hahaa.

Monday, 23 January 2012

KASI PANAS!!! PAS KEDAH KANTOI SEGALA PERANCANGANNYA SUDAH DIDEDAHKAN??



Kolej Universiti Insaniah salah satu projek kebanggaan Pas Kedah. Walaupun asalnya projek ini dimulakan oleh kerajaan BN Kedah dulu. Namun kerja menaik taraf kolej ini adalah kerja kerajaan Kedah yang ditadbir oleh Pas.

Atas sebab itu Pas begitu bangga melaungkan KUIN tu mereka yang punya. Selepas KUIN, ada satu lagi Sekolah yang akan Pas Kedah bina, iaitu Sekolah Tahfiz Sains di Langkawi.


Sekolah Tahfiz Sains dimana kos yang melibatkan bajet sebanyak RM20juta bakal di tubuhkan di Pulau Tuba. Kononnya ia dilihat sebagai pemangkin untuk pendedahan agama dan hafazan untuk pelajar-pelajar Islam. klik sini

Sudah ada pendedahan di dalam media, buah mulut masyarakat mengatakan bahawa idea ini sungguh hebat. Mc sememangnya memuji idea untuk menubuhkan Sekolah Tahfiz Sains tersebut tetapi Mc khuatir ini adalah salah satu umpan PAS Kedah yang dilihat semakin hari semakin nazak untuk bertapak semula sebagai kerajaan negeri.


MENGAPA?

baca selanjutnya disini

KASI PANAS!! BIAQ BETOI BN KEDAH BERI SATU JUTA UNTUK SETIAP PENGUNDI??



BN Kedah lancar Program 1 Juta Pengundi


ALOR SETAR 23 Jan. - Barisan Nasional (BN) Kedah akan melancarkan program turun padang untuk menemui lebih 967,000 pengundi baru di negeri ini melalui Program 1 Juta Pengundi bermula Februari ini.

Pengerusi BN negeri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, melalui program itu BN akan menggerakkan semua jentera parti komponennya terdiri daripada sayap Wanita, Pemuda dan Puteri di setiap kawasan bagi mengenal pasti tahap sokongan pengundi baru terhadap BN.

Beliau berkata, program ini bertujuan mengenal pasti kehendak pengundi baru agar mereka menyokong BN dalam usaha merampas kembali Kedah daripada pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Katanya, kira-kira 40 peratus pengundi muda yang dikenal pasti sebagai majoriti senyap menjadi keutamaan selain mendekatkan diri dengan penyokong-penyokong BN.

"Golongan ini memiliki ilmu pengetahuan yang amat luas dan mereka dapat menilai sama ada BN atau pembangkang yang dapat memberi menjaga kebajikan rakyat di negeri ini," katanya pada sidang media pada Majlis Rumah Terbuka Parti Gerakan negeri di sini hari ini.

Ahmad Bashah berkata, beliau yakin masyarakat Cina di negeri ini akan kembali menyokong BN berdasarkan sokongan dan komitmen yang diberikan melalui program-program anjuran BN. - BERNAMA


MTK
Yang ni baru betui,turun padang jumpa pengundi baru

PANAS!!! ANGRY BARD MALU PEMUDA UMNO TAK LAYAN ABU!!




Chegubard menuduh 'Geng-geng UMNO' yang bertindak mengganggu ceramah ABU di Jalan Kebun, Shah Alam malam tadi. Menurutnya serangan tersebut cuma ditujukan kepada kaum India dan bersifat rasis! Benarkah kejadian ini rasis atau Chegubard yang cuba menyuntik elemen rasis melalui andaiannya??

Persoalan yang harus dijawab oleh Chegubard... apa buktinya 'Geng-geng Umno' yang melakukan kekacauan tersebut?? Ada mereka bawa bendera atau pakai baju UMNO ke?? Gua harap pihak UMNO akan saman Chegubard kerana membuat tuduhan melulu!

Cuba perhatikan jumlah kerusi yang lebih banyak dari penonton yang datang mendengar ceramah walaupun majlis sudah bermula (Mat Sabu pun sudah berada di atas pentas)... Benarkah ini kekacauan yang tidak diduga atau PLAN B1 yang dirancang oleh Chegubard sendiri - operasi menebus malu sekiranya tidak cukup ramai penonton yang hadir??

Atau PLAN B2 untuk menarik lebih ramai orang datang menghadiri ceramah anjuran SAMM tersebut dengan 'mempromosikan' tentang kekecohan melalui facebook & twitter??
SUMBER DARI BLOG 1PELURU


TUDIA!!! ADAKAH INI HARTA ISNIK AJIS DI DALAM NEGERI??



KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia mengisytiharkan hartanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika peraturan memintanya berbuat demikian.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, isu pengisytiharan harta oleh semua penjawat awam, termasuk pemimpin kerajaan merupakan isu lama.
"Saya dan semua Exco Kerajaan Negeri boleh mengisytiharkan harta, jika peraturan mahu berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian watikah pelantikan Penghulu dan Majlis Penghulu Mukim di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan di sini, Ahad.

Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Pertubuhan Angkatan Generasi Muda Melayu Kelantan (AGENDA), Arif Hakimi Zulkifli yang mendesak beliau dan keluarganya mengisytiharkan aset mereka kepada SPRM bagi memastikan mereka benar-benar telus dan bersih daripada kegiatan rasuah.Menteri Besar itu berkata sebelum ini, beliau pernah membuka pintu siasatan seluas-luasnya kepada SPRM untuk menyiasat beliau.

"Soal mengisytiharkan harta semua pihak boleh isytihar, cuma pokok pangkalnya terletak atas ketaqwaan sesesorang kepada Allah, kerana taqwa merupakan kunci segala perkara, termasuk ketelusan dalam pentadbiran," kata Nik Aziz.

Mengenai pelantikan penghulu di Kelantan, beliau berkata kerajaan negeri tidak memberi jaminan untuk menaikkan elaun 787 penghulu yang kini menerima elaun RM700 sebulan.

"Kita hanya mampu membayar elaun mengikut kemampuan yang ada, cuma kalau ada rezeki berlebihan melalui wang bayaran royalti minyak kelak, kita mungkin boleh pertimbangkan," katanya. - BERNAMA


MTK
Nik ajis nak mengaku tak kalo harta dia berjuta juta??

PANAS!!! ORANG UMNO TAK PERLU HADIRKAN DIRI DALAM CERAMAH HASAN ALI?



MTK tertarik dengan artikel yang di tulis oleh saudara keris 7 lok yang mengatakan bahawa orang yang patut hadir ke ceramah beliau bukanlah orang UMNO,tetapi orang pas sendiri dan kita harus ingat Dr Hasan Ali membawa perjuangan PAS dan tidak mungkin dia mahu menyertai UMNO. Keris lebih selesa beliau memimpin PAS suatu hari nanti kerana Keris melihat hanya dia dan beberapa rakan sahaja yang benar-benar membawa amanat Ustaz Fadzil Nor dan mampu menjana penyatupaduan dua parti Melayu dan Islam.

Melihat senario penentangan 'parasit' oleh Dr Hasan Ali ini, masihkah anda semua ingat akan kisah negarawan yang termasyur iaitu pencetus perjuangan Keris, Tun Mahathir Mohamad yang pernah keluar UMNO kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi?

Setelah beliau meletakkan jawatan selaku Perdana Menteri Malaysia keempat, beliau menentang penyandang Perdana Menteri yang dipilihnya sendiri iaitu Pak Lah atau Abdullah Ahmad Badawi kerana kepimpinan ketika itui sedikit lesu.

Memetik tulisan rakan Keris -Kisah pertentangan dua ikon besar negara ini bukan menjadi rahsia lagi. Rakyat memerhatikan gelagat kedua-duanya. Pada saat kemuncak, Dr Mahathir mengisytiharkan diri dan keluarganya (kecuali Mukhriz Mahathir) keluar dari parti (UMNO) atas alasan ‘hilang kepercayaan terhadap pimpinan utama UMNO, Abdullah Ahmad Badawi’.

Walaupun dipujuk dengan berbagai cara, Dr Mahathir enggan menarik balik keputusannya bahkan mengisytiharkan bahawa dirinya akan terus menentang kepimpinan UMNO (harus diingat, beliau menentang kepimpinan dan bukan parti itu sendiri) sehingga Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan. Itulah ultimatumnya!-



Maka Keris juga melihat perkara yang sama akan dilakukan oleh Dr Hasan Ali dan biarkan sahaja beliau membuka mata ahli-ahli PAS. UMNO tak perlu hadiri tapi tak salah mahu ambil tahu. Kerana ini urusan mereka maka biarkan sahaja mereka uruskan. Kita teruskan perjuangan dan membuktikan keperkasaan Barisan Nasional sebagai satu barisan yang masih relevan dalam memajukan negara serta membantu rakyat

baca panjang lebar di sini


MTK
bagi mtk apa yang dikatakan oleh saudara keris ada betul jugak,kerana roadtour Dr hasan ali kali ini biarkan ahli ahli tegar pas turun sendiri mendengar apa rahsia keburukan pas yang akan dibongkarkan oleh beliau supaya mereka dapat membuka mata melihat sendiri betapa celakanya parti pas ini yang sangup membuat apa saja untuk undi.

PANAS!!! DEE JAY PALING POPULAR DI LANGKAWI AJAK RAKYAT BERDEMO??




hari ini MKT hendak membongkarkan mengenai seorang Dee Jay Langkawi yang telah dipecat dari kontinya kerana kecuaiannya bergabung tenaga dengan seorang bangsa Melayu Baru (orang Bukit Malut).kisah Dee Jay tersebut klik sini

Mereka berdua telah cuba membawa masuk budaya demo mendemo Pakatan Rakyat ke Langkawi. Ingat orang Langkawi seronok sangat ker budaya bangang tu? Orang Langkawi boleh berdemo jika ada kena mengena dengan hak mereka sebagai warga tempatan. Tetapi untuk hal politik ni, MKT nasihatkan..TIDAK PAYAH. Hanya warga bangang sahaja yang turut serta.

Sunday, 22 January 2012

TUDIAA AIH!! PENGHARGAAN DARI KERAJAAN PAS UNTUK RAKYAT KEDAH DAN KELANTAN!!

Kerana mementingkan keuntungan balak,kerajaan pas sangup mengabaikan kemudahan asas paling penting buat rakyat.

Dimanakah tanggungjawab pas sebagai pentadbir negara berkebajikan??Adakah ini satu hadiah buat pengundi pas?

Mana janji janji pas dalam manifesto 2008 yang berjanji akan meningkatkan kualiti air di negeri kedah?

Jangan hanya pandai bercakap sahaja,bila sudah memerintah semuanya janji tinggal janji


PANAS!! SELAIN GRO PENANG JUGA AKTIF DENGAN DARAI???

BAPOK INDON



Tujuh Pondan Ditahan Di Sekitar George Town Ketika Tunggu Pelanggan


GEORGE TOWN, 22 Jan (Bernama) -- Tujuh orang pondan termasuk seorang warga Indonesia ditahan di beberapa kawasan di sini tengah malam tadi ketika sedang menunggu pelanggan.

Mereka yang berumur antara 22 hingga 35 tahun ditahan di Jalan Chulia, Jalan Campbell dan Jalan Penang.

"Kesemua mereka dipercayai sedang menunggu pelanggan. Enam daripadanya merupakan warga tempatan dan seorang warga Indonesia," kata Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Ahmad Baktiar Kassim yang mengetuai satu operasi bersepadu mencegah jenayah.

Kesemuanya disiasat di bawah Seksyen 377 (B) Akta Seks Luar Tabii dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Dalam operasi yang sama, empat pengurus premis hiburan di Jalan Ranggoon ditahan kerana beroperasi tanpa lesen dan lesen tamat tempoh.

Turut ditahan ialah 23 pengunjung pusat hiburan terbabit.

-- BERNAMA


MTK
kat penang sapa pegang jawatan exco hal ehwal Islam?dap jugak ke??

TUDIA!! UMNO KOLA KEDAH CARI PASAI DENGAN MASYARAKAT CINA??




Umno Kuala Kedah Agih 2,000 Kotak Limau Kepada Masyarakat Tionghua


ALOR SETAR, 22 Jan (Bernama) -- Umno Kuala Kedah mengagih-agihkan 2,000 kotak limau Mandarin kepada masyarakat Tionghua melalui program tahunannya sempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan disambut esok.

Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri merangkap ketua Umno Kuala Kedah, Datuk Latt Shariman Abdullah 'turun padang' mengadakan kunjungan dari rumah ke rumah menyerahkan 'lapan biji limau' yang dibungkus sebagai simbolik untukmemeriahkan sambutan Tahun Baru Cina.

"Sehingga kini saya telah pergi lebih 5,000 buah rumah selain mengagihkannya kepada orang ramai di pasar-pasar malam dan peniaga-peniaga di Kuala Kedah serta pekan-pekan kecil," katanyakepada pemberita selepas menyerahkan 150 kotak limau kepada pasukan Bomba Sukarela Kota Sarang Semut di sini, malam tadi.

Katanya program pengagihan buah lima itu telah dimulakan sejak dua minggu lepas.

Hari ini, Latt Shariman yang juga Penyelaras Parlimen Kuala Kedah meneruskan program penyampaian buah limau kepada masyarakat Cina di taman-taman perumahan di Kuala Kedah.


MTK
selamat tahun baru cina buat masyarakat tionghua di kola kedah!!

PANAS !!! GOLONGAN GAY DI SIAM DAN ASIA MENYERANG ANWAR??



AIDCNews - 21/01/12 - dragoncastle.net, satu laman komuniti Gay Thailand dan Gay Asia melaporkan meskipun Datuk Seri Anwar Ibrahim dilepas dan dibebas oleh mahkamah daripada tuduhan meliwat, namun ketua pembangkang itu terus diserang, kali ini disebabkan Ketua Umum PKR itu menyokong hak-hak gay.

Lapornya, akhbar-akhbar pro-kerajaan telah menyelar Anwar pada hari Ahad kerana Ketua Umum PKR itu mencadangkan undang-undang ketat di Malaysia berkenaan liwat dan oral seks perlu dikaji semula.

Kenyataan Anwar itu dibuat semasa wawancara dari Mumbai dengan BBC, 12 Jan, di mana Ketua Pembangkang itu berkata Malaysia perlu mengkaji semula ‘beberapa undang-undang kuno’ yang ‘menghukum dan tidak relevan’.

“Kami tidak menggalakkan homoseksual dalam domain awam atau tempat terbuka. Saya tidak fikir kita perlu membuat permohonan maaf untuk itu. Tetapi menggunakan undang-undang ini untuk menghukum individu yang tidak bersalah, tidak boleh dibenarkan atau diterima”, lapor laman itu yang memetik kata-kata Anwar di BBC News.


Lapornya lagi, aktiviti liwat dan oral seks sama ada antara sama sejenis yang bersetuju atau sebaliknya adalah dilarang di Malaysia dan boleh dihukum sehingga 20 tahun penjara dan sebatan. Umat Islam yang mengamalkan aktiviti homoseksual juga boleh dikenakan hukuman di bawah undang-undang Islam.

Laporan yang sama juga terdapat di ILGA (The International Lesbian, Gay, Bisexual, Trans and Intersex Association) satu komuniti pembela LGBT antarabangsa yang berpengkalan di Brussels.

SUMBER AIDC

MTK
habis la bang nuar jenuh lari
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog archive