Saturday, 26 October 2013

PANASSS #PRKSgLimau !!!! PHAHROLRAZI MENGAKU DUA PUPU DENGAN CALON PAS !!!! @MukhrizMahathir @Tunfaisal


Sebelum ini aku dah keluarkan artikel hubungan keluarga antara calon Pas dan Phahrolrazi, namun Pas tidak menjawab secara spesifik tuduhan dibuat oleh kami(TMK) KLIK..

Ketika itu adik beradik arwah Ust Azizan MEMPERTIKAIKAN tindakkan calon Pas tergamak BERBOHONG kepada wartawan Sinar Harian kononnya beliau ada pertalian saudara dengan keluarga arwah, walhal beliau tidak langsung mempunyai sebarang pertalian keluarga dengan arwah..

Keluarga arwah juga kesal kerana calon pas mengaku yang beliau merupakan anak didik arwah, padahal semasa arwah hidup, calon Pas ini merupakan salah seorang yang menetang arwah dan sanggup bersekongkol dengan musuh arwah secara diam diam..

Phahrolrazi ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam mengesahkan beliau mempunyai pertalian persaudaraan dengan Mohd. Azam iaitu hubungan dua pupu.

Menurutnya, datuk Mohd. Azam iaitu Abdul Hamid Ibrahim dan datuk beliau, Aziz Pendang merupakan dua beradik.

EKSKLUSIF !!! #PRKSGLIMAU CALON BN DAPAT RESTU ISTERI ARWAH UST AZIZAN RAZAK @MukhrizMahathir @TengkuAdnanReal @Tunfaisal




Pendekatan yang dibawa oleh BN ketika membuat kunjungan hormat ke rumah balu bekas menteri besar, Toh Puan Faekah Sheikh Hamzah di Alor Setar pada malam selepas pengumuman calon BN untuk PRK Dun Sungai Limau amat berbeza dengan Pas..

YAB Menteri Besar dan calon BN PRK Sg Limau, Ahmad Sohaimi serta beberapa orang lain pergi ke rumah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak untuk memperkenalkan calon kita kepada isterinya.

INTI PATI BAJET 2014



Berikut ialah inti pati Bajet 2014 bertema’Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji’ yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada Jumaat.

* Ekonomi domestik diunjur berkembang lebih kukuh antara 5 peratus dan 5.5 peratus.

* Kadar pengangguran dianggarkan pada 3.1 peratus manakala kadar inflasi kekal rendah antara 2 peratus dan 3 peratus.

* Eksport barangan diunjur berkembang 2.5 peratus berdasarkan permintaan luar yang semakin meningkat manakala bagi bekalan, sektor permintaan dijangka berkembang 9.6 peratus.

* Valuecap akan memperuntukkan RM1 bilion untuk melabur dalam syarikat yang menunjukkan prestasi tinggi dalam indeks Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus.

PANASS !!! !! CALON PAS #PRKSgLimau KAKI TEMBERANG !! @MukhrizMahathir @TengkuAdnanReal @tunfaisal




Makin terserlah kebobrokkan calon Pas ketika berkempen di Sungai Limau, sehingga terpaksa mengunakan ayah kepada Datuk Seri Jamil Khir iaitu pak cik Baharom untuk meraih undi..

Sebelum ini, calon Pas mengunakan gambar Allahyarham Ust Azizan, kali ini bapa kepada DS Jamil Khir pula..

Untuk makluman semua pembaca, bapa kepada DS Jamil Khir diserang angin ahmar sejak tiga tahun lalu, jadi kunjungan berkenaan sekadar ziarah sambil BERDOA untuk kesihatan bapa DS Jamil, BUKANNYA berdoa untuk kemenangan calon Pas..

Friday, 25 October 2013

EKSKLUSIF !!! CALON PAS PERNAH NAK JATUHKAN ARWAH UST AZIZAN ?? @MukhrizMahathir @Tunfaisal @TengkuAdnanReal



Semalam aku ada keluarkan artikel hubungan kekeluargaan antara calon Pas Prk Sg Limau si Azam Abdul Samat dengan Phahrolrazi di SINI, selepas beberapa jam artikel tu dikeluarkan, rakan blogger KedahkeKL menerima satu kiriman (sms) yang disebar oleh penyokong arwah Ust Azizan menceritakan perilaku calon Pas terhadap arwah semasa arwah masih hidup..

Menurut sumber, calon Pas si Azam Samad ini diantara manusia yang ketawa besar bila dengar Allahyarham Ustaz Azizan kena potong kaki. Ini maklumat yang kami dapat,

EKSKLUSIF !!! HARAKAHKAHKAH EDISI JUMAAT !! PAKATAN SEPUPU SEPAPAT UNTUK JAHANAMKAN SG LIMAU ??




ANDA NILAI SENDIRI !! SAMBUNG BACA DI SINI

Thursday, 24 October 2013

#PRKSgLimau !!! CALON PAS BUKAN SEDARA ARWAH AZIZAN TETAPI SEPUPU KEPADA PHAHROLRAZI !!!! @MukhrizMahathir @TengkuAdnanReal @Tunfaisal




Calon Pas iaitu Azam Abdul Samat mempunyai pertalian darah dengan Phahrolrazi, beliau dikatakan anak sepupu kepada Phahrolrazi Mohd Zawawi bekas timbalan peseruhjaya Pas Kedah.

Pemilihan waris Phahrolrazi itu sedikit sebanyak boleh mencacatkan kempen Pas di Sungai Limau kerana semua sudah maklum bahawa semasa Kedah ditadbir oleh Pas, Phahrolrazi antara petualang yang menjahanamkan pentadbiran arwah..

Selepas Pas kalah di Kedah, Phahrolrazi melepaskan jawatan sebagai timbalan pesuruhjaya 1 kerana tidak sebulu dengan Mahfuz.. Perletakkan jawatan itu dilihat ada sesuatu yang tidak kena dalam Pas Kedah dan ini membimbangkan.

VIDEO !!! SAAT SAAT STAFF BANK DITEMBAK PAK GUARD LAHANAT !!!






Video detik detik sebelum dan semasa mangsa ditembak



Suami Sempat Hubungi Isteri Beberapa Minit Sebelum Kejadian – Anak Saudara

Pak Cik Wan ada menghubungi isterinya beberapa minit sebelum kejadian,” kata Mohd Fakri Azad M Azhar Syawal, 22, anak saudara kepada pegawai operasi AMBANK, Norazita Abu Talib, 37, yang maut ditembak dalam kejadian rompakan di bank berkenaan di cawangan Jalan USJ Sentral 2, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.18 petang itu, mangsa maut di tempat kejadian selepas ditembak penjenayah berusia 37 tahun yang juga pengawal keselamatan bank berkenaan bersenjatakan pump gun di bahagian kepala kiri.

Menurutnya, bapa saudaranya itu menghubungi Norazita sebelum berpesan supaya berhati-hati ketika memandu pulang ke rumah kerana hujan.

PANASS !!! DAP TERLEBIH OVER DI SG LIMAU #PRKSgLimau @NajibRazak @MukhrizMahathir @Tunfaisal @TengkuAdnanReal



Penduduk Sungai Limau, Kedah bakal memilih ADUN baru selepas 18 tahun berada di bawah kepimpinan Allahyarham Tan Sri Azizan Razak. Kawasan yang telah menjadi sinonim dengan Tan Sri Azizan itu pastinya menghadapi sedikit rasa kekok untuk diwakili oleh orang lain apatah lagi apabila beliau baru sahaja ‘pergi’. Tan Sri Azizan seolah-olah telah sebati dengan rakyat kawasan ini dan tentunya sukar dicari ganti.

Walaubagaimanapun, undang-undang telah menetapkan bahawa wakil yang pergi perlu diganti. Pada 4 November ini, pengundi Sungai Limau akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN iaitu bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, yang juga Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Jerai, dengan calon PAS iaitu Ketua Pemuda Jerai, Mohd Azam Samat, 37, yang juga pengarah PASTI.

DUN Sungai Limau mempunyai 27,222 pemilih berdaftar. Daripada jumlah itu, 25,323 orang atau 93 peratus ialah pengundi Melayu, Cina (1,842 orang atau 6.7 peratus), India (15 orang atau 0.6 peratus) dan selebihnya kaum-kaum lain.

Wednesday, 23 October 2013

GEMPARR !!! STAFF BANK MAUT DITEMBAK PAK GUARD SI PEROMPAK


mangsa

Seorang pegawai bank maut selepas ditembak seorang pegawal keselamatan bank yang mahu merompak wang di dalam bilik kebal bank terbabit.

Kejadian berlaku di cawangan bank berkenaan di USJ 2 Sentral, Subang Jaya.

Menurut sumber polis, mangsa seorang wanita berusia 37 tahun, difahamkan bersama suspek serta empat lagi pegawai bank berada di dalam bilik kebal dipercayai mahu menyimpan sejumlah wang kira-kira pukul 6.18 petang.

Bagaimanapun suspek yang berasal dari Sabah yang bersenjatakan 'pump gun' itu telah melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa.

ALLAHYARHAM UST AZIZAN PALING DIBENCI PEMIMPIN PAKATAN



PAS sebetulnya sangat terdesak untuk mempertahankan kerusi DUN Sg Limau yang mana pertarungan untuk merebut kerusi DUN tersebut antara BN dan PAS bermula hari ini.

Maka itu mereka tidak ada pilihan melainkan mencalonkan saudara dan bekas anak didik Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, Azam Samad sebagai calon di kawasan tersebut. Walhal lulusan Al-Azhar tapi diberi tanggungjawab menjaga tadika oleh PAS ini, tidaklah sehebat mana, kalau tidak, taklah dia yang berkelulusan tinggi diminta jaga tadika saja oleh PAS.

Itu saja menunjukkan bahawa PAS masih mahu guna aura arwah Azizan di kawasan tersebut kerana mereka tahu PAS tidak ada kekuatan disitu kalau bukan sokongan saudara mara Azizan yang telah lama bertapak di kawasan tersebut. Arwah Azizan sendiri lahir dan membesar disitu.

EKSKLUSIF !! AMARAN ALLAHYARHAM UST AZIZAN !! "BAYANGKAN KALAU KITA MENANG " PENGUNDI SG LIMAU KENA BACA !!



Keratan ini adalah luahan sebenar Allahyarham Tan Sri Ust Azizan selepas Pas kalah pada PRU lalu yang ditulis oleh Setpol beliau(Sanusi) dalam blognya bagi mengambarkan apa yang akan terjadi jika Pas berjaya kekal mentadbir Kedah..

Banyak yang tersurat dah tersirat dalam artikel yg ditulis oleh Sanusi..

Dan disebabkan ini juga Allahyarham dikecam oleh penyokong Pas yang Pro Phahrolrazi..

Aku pernah menyiarkan kecaman yang dilakukan oleh penyokong Phahrolrazi terhadap tulisan Setpol dan Allahyarham lepas PRU lalu..

SUASANA SEKITAR MAJLIS PENAMAAN CALON PRK SG LIMAU #PrkSgLimau






Tuesday, 22 October 2013

PANASS !! PANDANGAN ORANG CHINA TENTANG SIKAP CINA MALAYSIA




BACA APA PENULIS KATA BERKENAAN CINA MALAYSIA:

Pandangan ini adalah dari Ye Lin-Sheng yang berasal dari china tetapi seorang ahli perniagaan di Malaysia, Hong Kong dan Australia, Thailand, Singapura, Britain dan Amerika Syarikat.

Dalam buku Ye Lin-Sheng The Chinese Dilemma (East West Publishing, Australia, 2003), Ye Lin-Sheng menulis:

1.Pengiktirafan orang cina:
"Orang Cina Malaysia mendapati mereka lebih mudah untuk menerima dominasi oleh orang-orang putih kerana mereka dapat memberi pengiktirafan terhadap kehebatan orang Barat. Tetapi Orang Cina Malaysia amat susah untuk menerima kehebatan orang Melayu kerana perasaan iri hati dan hasad dengki mereka bahawa Malaysia ini milik orang Melayu"

FUYOO !! @Neelofa BELANJA RM 6000 UNTUK NO PLAT KERETA ??




Semalam masa duk berurusan di JPJ Alor Star, aku terpandang pada satu sudut yang mempamerkan senarai pembida nombor plat yang berjaya memiliki nombor nombor VIP..

Menariknya diakhir senarai nama nama pemilik yang berjaya memiliki nombor VIP ini aku terpandang satu nama yang agak familiar dan unik, tak lain tak bukan artis yang meletop menjadi kegilaan para bloggers  iaitu Neelofa Binti Mohd Noor..

PANASS !! PAS KEJAM !! GUNA GAMBAR ARWAH UST AZIZAN MODAL KEMPEN !!!


Nampaknya Pas terpaksa guna kembali khidmat gambar Allahyarham Ust Azizan sebagai bahan kempen PRK Sg Limau pada kali ini kononnya nak mengambarkan calon Pas yang juga ketua pemuda pas Jerai anak didik Arwah Ust Azizan..

Walaupun Azam anak didik ust azizan tetapi adakah ciri ciri yang ada pada dirinya sama seperti Ust Azizan ??

Penduduk Sg Limau perlu sedar, Sg Limau bukan lagi kawasan  milik bekas menteri besar Kedah itu.. Kedah kini ditadbir oleh kerajaan BN dan bukannya lagi kerajaan Pas..

AL FATIHAH !! PELAKON NOREEN NOOR MENINGGAL DUNIA




Pelakon dan penyanyi era 80-an, Noreen Noor, 54, meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, akibat komplikasi buah pinggang, 5.50 pagi ini.

Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di kampung halamannya di Melaka.

Antara lagu popularnya adalah Siang Terbayang Malam Merindu.
Selain menyanyi, beliau juga popular di layar perak. Filem pertama lakonannya, Talak pada tahun 1980.

TINGGI SANGAT KAH KASTA ANWAR SAMPAI TOLAK SEPENTAS BERSAMA UFB @ustazfathulbari ??




Aku ialah di antara manusia di Adelaide yang tahu tentang hal ini lebih awal. Tetapi aku tidak menghebahkan tentang berita ini.

Sahabat aku, seorang pemuda PKR telah mencadangkan untuk meletakkan DSAI dan UFB sepentas untuk forum yang bersifat umum dan “non-political”.

Kata beliau, pada mulanya mereka bersetuju. Maka, aku menghubungi UFB untuk bertanya kesediaan beliau pula. Jawapan UFB ringkas.

“Ana bersetuju jika tajuk perbincangan adil untuk ana dan juga DSAI, moderator juga tidak boleh bias..”

Monday, 21 October 2013

UPDATE ! DR AHMAD SUHAIMI LAZIM CALON BN SG LIMAU !!




Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Ahmad Suhaimi Lazim diumumkan sebagai calon BN di Sungai Limau manakala Ketua Pemuda PAS Jerai Azam Samad calon bagi parti Pas yang akan bertanding pada pilihan raya kecil DUN Sungai Limau 4 November depan.


Dr. Suhaimi Lazim berasal dari Kampung Titi Batu, Sungai Limau, anak tempatan, seorang profesional, merupakan seorang pensyarah Senior Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Sesuai untuk dijadikan Adun disebabkan peribadinya yang baik dan mesra dengan penduduk tempatan.

1ST TIME DENGAR ADA JAMBATAN BUNIAN KAT LANGKAWI !! OH MACAI PR AWAT LA BODOH SANGAT !!



Kita semua sudah maklum bahawa PRK Sg Limau hanya tinggal beberapa hari saja lagi, pelbagai tomahan dan fitnah dibuat oleh pembangkang untuk burukkan kerajaan BN seperti jambatan Pulau Bunting.. Tetapi, dalam keghairahan troopers pakatan menyerang BN mereka pun tak tahu fakta sebenar tentang isu yang dibangkitkan seperti diatas..

Menurut apa yang di tulis oleh macai PR diatas, Kerajaan BN bina jambatan berharga RM250 juta bagi memudahkan penduduk bunian shopping di kompleks Idaman Suri Langkawi.. Hairan, sejak bilalah Langkawi ada jambatan macam ni menghubungkan pulau ke pulau..

Belum ada 1 pun projek jambatan sebegini rupa di Langkawi.. Barang kali macai PR belum buat sedikit homework untuk menyerang BN..

Tapi apa apa pun biar aku jelaskan kat sini.. Bagi sikit penerangan serba ringkas tentang lokasi jambatan ini..

Untuk makluman macai PR, jambatan ini terletak di Sg Limau bukannya Langkawi, jambatan ini dibina oleh Gamuda Berhad peruntukkan dari kerajaan BN pada tahun 2002 hingga ke 2005 menelan belanja RM 150 juta, bukannya seperti apa yang difitnah pembangkang sebanyak RM 250 juta hingga RM7 bilion..

WAHH !!! SUDAH ADA BIRTHDAY PARTI UNTUK HADI AWANG ?!!


Sama saja macam Nik Ajis.. 2x5x2.. Ingat lagi sebelum ni Nik Aziz kata sambut Maulid Nabi ikut cara kristian kan ?? lepas tu dia pun ikut cara kristian sambut hari jadi.. Kali ni Hadi Awang pulak ikut cara kristian sambut hari jadi bersama rakan rakan PR..

Senyum saja tengok perangai pemimpin Pas zaman sekarang.. KATA DULANG PAKU SERPIH,KATA ORANG DIA YANG LEBIH

APA CERITA NI YEOP !!! AZWAN BRO KALAH PERINGKAT AKAR UMBI BAHAGIAN SENDIRI ?? ADA YANG TAK KENA KA ??



Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Khairul Azwan tewas kepada pencabarnya, Datuk Ibrahim Katop dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Pasir Salak pada semalam.

Ibrahim Katop yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian itu memperoleh undi sebanyak 422 berbanding Azwan.

Gandingan Azwan iaitu Datuk Zainol Padzi, yang juga Exco Kerajaan Negeri tewas kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam persaingan merebut jawatan Ketua Bahagian UMNO Pasir Salak. Tajuddin memperoleh 435 undi untuk terus mengekalkan jawatan itu.

Sunday, 20 October 2013

MUKHRIZ KALAH DALAM KEMENANGAN



Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyifatkan kekalahan Datuk Mukhriz Mahathir dalam pertandingan merebut jawatan naib presiden Umno
sebagai 'kalah dalam kemenangan'.

Menurut Muhyiddin, kemasukan Mukhriz ke gelanggang jawatan nombor dua penting dalam parti itu menunjukkan persaingan yang sengit walaupun kalah merebut jawatan tersebut.

"Walaupun tewas Datuk Mukhriz Mahathir mendapat sokongan yang banyak.

HOT !!! JAMALUL KIRAM III BEST FREN NUAR BERAHIM DAH MENINGGAL



SULTAN Jamalul Kiram III yang mengaku dirinya Sultan Sulu dilaporkan meninggal dunia akibat kegagalan organ pada pukul 4.42 pagi (waktu tempatan) Ahad.Beliau berusia 75 tahun.

Anak perempuannya, Puteri Jacel Kiram berkata di Facebook: “My Appah, Sultan Jamalul Kiram III, has returned to our Creator at around 4 in the morning October 20, 2013. Thank you for your prayers and support.”(Bapa saya, Sultan Jamalul Kiram III, telah kembali kepada Pencipta pada kira-kira pukul 4 pagi, 20 Oktober 2013. Terima kasih atas doa dan sokongan anda)

SENARAI AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO MALAYSIA



Senarai Ahli Majlis Tertinggi Umno


BIAR KALAH BERMARUAH ASAL TIDAK KALAH BERMEWAH @MukhrizMahathir



Biarpun gagal untuk menempatkan diri dalam perebutan 3 kerusi Naib Presiden Umno, Kehadiran Datuk Mukhriz dilihat sebagai pencabar terbesar dimana berjaya mengatasi Datuk Seri Hishammuddin dari undi perwakilan (Popular)..

Datuk Mukhriz memperoleh undi sebanyak 54,315 dan Datuk Seri Hishammuddin hanya mendapat 54,116 dan ada lagi baki 3 bahagian belum dikira semula..

Buat pertama kali beliau bertanding, tidak kempen secara berpasukan, lewat isytihar bertanding dan TIDAK MENERIMA SOKONGAN TERBUKA SAYAP-SAYAP PARTI, namun beliau berjaya mencapai kemenangan dari segi sokongan akar umbi..

Mesej yang dibawa para perwakilan dianggap sudah jelas mahu ada perubahan di peringkat atasan bagi menghadapi PRU14 yang makin mencabar..

TERKINI !!! 3 CALON SEDIA ADA KEKAL SEBAGAI NAIB PRESIDEN UMNO



Ketiga-tiga penyandang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Mohd. Tajol Rosli Ghazali ketika mengumumkannya dalam sidang akhbar pukul 1.40 pagi ini berkata, setelah 188 daripada 191 bahagian disahkan kiraan undi, Ahmad Zahid memperoleh 185 undi manakala Mohd. Shafie mendapat 174 undi dan Hishammuddin, 100 undi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog archive