Saturday, 29 June 2013

#GelagatParlimen !! AZMIN ALI TERDUDUK KENA BALUN





Kesian Azmin sampai tak terkata apa bila disindir kempunan nak jadi MB..Sampai terduduk takdak point nak jawab balik.. Seronok tengok gelagat MP MP pembangkang pada sesi Parlimen kali ni.. Masih ada lagi sikap buruk yang dibawa oleh MP pembangkang..

SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN BOLA SEPAK ANTARA JDT VS TRW DI SINI



Siaran langsung khas ini dibawa oleh Warta Rakyat

SAMPAI BILA PAK MENTERI TERUS TUNDUK KEPADA CINA DAP ??



Kali ni memang kasar sikit bahasa aku, sebenarnya aku dah lama pendam pasal perangai sesetengah menteri UMNO dan pengerusi GLC GLC yang memang tak dak ciri ciri melayu.. Maaf cakap la, aku terpaksa terus terang..

Guna platform UMNO untuk naikkan diri, bila dalam parti beriya iya kita akan pastikan kaum melayu di bela,hidup Melayu, julang keris tapi bila dah pegang status menteri, timb menteri dan pengerusi GLC terus hilang semangat memperkasakan Melayu..Kenapa??

Sampai bila menteri dan timb menteri perlu tunduk dengan desakkan cina Dap??

Dalam isu jonker walk ada menteri sokong ada menteri tak sokong.. Itu lantak hangpa la sebab kuasa semua ditangan hangpa.. So aku tak mau masuk campur walaupun aku nampak kat situ pak menteri masih memberi muka kepada cina cina yang menyokong Dap PRU tempoh hari untuk terus berniaga..

PEMIMPIN PAS SOKONG DAP NAK TUTUP BAZAR RAMADHAN ??



Tindakkan Pas berdiam diri dengan cadangan Dap mahu Pasar Malam, Pasar Tani dan Bazar Ramadhan ditutup kerana menganggu lalu lintas menjadi tanda tanya.. Pas langsung tidak memberi sebarang respon untuk membantah cadangan dari Dap itu..

Bayangkan kalau Kerajaan Dap Pulau Pinang betul betul melarang peniaga peniaga melayu berniaga di Bazar Ramadhan pada kali ini..Adakah Pas akan membantah ??

Beberapa hari lepas peniaga Uptown Bandar Perda dihalau oleh Kerajaan Dap Pulau Pinang dari terus menjalankan perniagaan di situ

HOT INFO !! KEBURUKKAN PANASKAN ENJIN KERETA !! KAKI KERETA KENA BACA !!



Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter.

Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Makan masa dalam 15 minit juga. Golongan kaki panaskan enjin seperti itu mesti bangun awal. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangka hayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan?
Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

Friday, 28 June 2013

PANASS !! BEKAS ADUN DAP DIPENJARA TUDUHAN RASUAH !! PUIII BERSIH LA SANGAT




Seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP diperintah oleh Mahkamah Rayuan menjalani hukuman penjara 10 tahun hari ini atas kesalahan pecah amanah wang insurans pelanggannya sebanyak RM66,647.44, hampir lapan tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak yang bersidang bersama Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Dr. Hamid Sultan Abu Backer memutuskan demikian terhadap M. Kuppusamy, 63, yang juga seorang peguam selepas menolak rayuannya secara sebulat suara.

Kuorum berkenaan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen pada 28 Januari dua tahun lalu dan Mahkamah Tinggi yang mengekalkannya pada 23 Disember tahun yang sama.

BERITA BAIK BUAT RAKYAT KEDAH !!! PUSAT TRANSFORMASI BANDAR ( UTC ) KEDAH BEROPERASI BULAN HADAPAN #HanyaDiKedah



Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kedah yang dibangunkan dengan kos sebanyak RM40 juta dijangka beroperasi di Kompleks Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) Jalan Kolam Air mulai 22 Julai ini.

Datuk Bandar, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, UTC Kedah yang berkeluasan 77,688 meter persegi di bangunan enam tingkat itu merupakan UTC kelima di negara ini selepas dibuka di Kuala Lumpur, Melaka, Pahang dan Perak.

Menurut beliau, UTC Kedah menyediakan perkhidmatan di bawah 10 kluster termasuk keselamatan, kesihatan, perkhidmatan, kewangan, pembangunan belia, utiliti dan pendidikan.

"Bangunan itu nanti turut menyediakan bilik mesyuarat berkapasiti 150 orang dan dua bilik seminar serta gelanggang futsal di tingkat atas," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini semalam.

PANASS !! PENYAMUN SEDANG AGIH HARTA LANUN PARTI DALAM AKAUN PERIBADI ???!!



Semalam kita dikejutkan dengan pendedahan dari seorang aktivis MIC Datuk R. Ramanan bahawa DAP sekarang ini sedang dalam proses memindahkan pemilikan aset parti yang bernilai jutaan ringgit kepada beberapa individu paling dipercayai dan lama dalam parti itu.

Rancangan ini dipercayai berkait rapat dengan tekanan yang sedang dihadapi oleh DAP supaya diadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC). Hanya dengan pembatalan pendaftaran parti oleh ROS, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkemungkinan besar akan dapat menyingkirkan sejumlah besar kumpulan yang tidak menyokongnya khususnya yang berketurunan India.

Kini, Guan Eng dan Kit Siang bimbang sekiranya pendaftaran parti itu dibatalkan dan aset yang dimiliki oleh parti itu seperti bangunan mereka (Wisma DAP di Pulau Pinang dan Perak), pejabat, saham, wang serta aset lain akan dibekukan sekiranya ROS mempunyai bukti berlaku unsur manipulasi dalam pemilihan CEC pada Disember lepas.

TERPANASSS !!! APA KAITAN SANUSI EX SETPOL DENGAN TENGKU WONG DAN BALAK DI KEDAH ?? #HanyaDiKedah


Lawa kereta 

Hairan bin ajaib betullah, awat tah 3, 4 hari ni penyokong Pas duk sebut pasal Sanusi dengan Tengku Wong dan projek projek balak di Kedah??

Cerita yang aku dengaq pulak bukan dari orang orang biasa.. Semua yang duk cerita ni penyokong tegar Pas.. Bila sebut pasai Sanusi ja mesti ada yang selit pasal Tengku Wong dan cerita pasal projek balak..

Pelik juga aku, ya laa, puak Pas ni kan semuanya baik belaka, buat kerja cara Islam.. Mana ada rembat rembat balak..

Tapi selepas kekalahan teruk Pas pada PRU lalu di Kedah hingga BN dapat merampas kembali Kedah dari tangan Pas membuatkan banyak cerita cerita rahsia dalam Wisma Darul Aman dibongkarkan.. Seperti pergaduhan Sanusi dengan COO PMBKed ( Klik Sini )..


TUDIAA !! MP BANGKAI MANA KENA " SHE BAI " DENGAN CHEGU BARD TOYA ??



Hangpa kena faham, Chegubad ni kalah dalam PRU dah 2 kali sebab tu dia sakit hati bila kawan kawan buat macam tu (angkat sumpah).. Sudahlah demo Padang Merbok 622 gagal dah tentu kena balun dengan Anwar.Lepas tu kena pulak angkut dengan black maria sebab merusuh di depan Parlimen..

Sampai saja balai, nampak pula gambar Anwar duk makan sambil gelak gelak dengan PM.. Lagi berbulu lah kawan..hahaha

Ce hangpa teka siapa gerangan MP yang dimaksudkan Chegubad toya nie.. Kalau sapa tengok Buletin Utama 3 hari lepas mesti perasan ada pemimpin pembangkang buat kenyataan terima keputusan PRU13..

Aku pasti penyokong penyokong Pas boleh teka siapa bangkai yang dimaksudkan oleh Chegubard.. Dari pengamatan aku ada 2 orang yang dimaksudkan Chegubard sama ada Nasarudin Tantawi ataupun Nik Abduh sebab depa dua orang ni teruja sangat dapat duduk di kerusi Ahli Parlimen dan terima keputusan PRU13.. Kenyataan Nasarudin Tantawi( Klik SINI)

Kalau 2 orang nama diatas tu salah, mungkin Rafizi dan Samm Ketot.. Depa dua orang ni musuh Chegubard dalam PKR..

#HanyaDiKedah !! KERAJAAN KEDAH AKAN BANGUNKAN PELABUHAN DI KUALA MUDA

hiasan

Alhamdulillah.. Tak sampai 60 hari BN mentadbir Kedah, kerajaan negeri mengesahkan untuk membangunkan pelabuhan Kuala Muda..

Berita baik ini disahkan oleh pegawai kanan YAB MB bahawa rancangan untuk bangunkan semula pelabuhan Kuala Muda..

Mengikut fakta sejarah, Kuala Muda pernah menjadi pelabuhan utama bagi Kedah ratusan tahun dahulu, terutama dalam dagangan dengan Siam dengan sungainya mengalir terus ke Laut China Selatan dan fungsinya masih penting sehingga ke hari ini.

Dalam satu pengumuman kepada Bursa Malaysia Khamis lepas, Luster Industries Bhd. mengesahkan hasratnya untuk meneroka pembangunan dan penambahbaikan ke atas pelabuhan Kuala Muda tetapi masih belum menerima sebarang pengesahan dari kerajaan negeri Kedah.

Thursday, 27 June 2013

PANASS !!! PEGAWAI KHAS KHALID GAGAP DIPENJARA GARA GARA MENIPU PRESIDEN KDEB





Bekas pegawai khas kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dihukum penjara dua tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan menipu bagi mendapatkan sumbangan Majlis Sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat, lima tahun lepas.

Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah membuat keputusan itu terhadap Mohd Yahya Mat Sahri, 46, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen di sini membebaskan tertuduh pada Mei 2011.

Abdul Alim bagaimanapun membenarkan permohonan peguam Ahmad Nizam Hamid, yang mewakili Mohd Yahya, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Rayuan.

TUDIAAA !!! BILA MP CINA DAP TAK PANDAI CAKAP MELAYU CUBA TUNJUK PANDAI DI PARLIMEN #GelagatParlimen




Memang tak boleh blah kelaku Ahli Ahli Parlimen pakatan siri 2013-2018 kali ni.. Ada muka baru dan ada yang muka lama, tapi yang menarik perhatian ialah Ahli Parlimen Dap.. Walaupun sudah berpuluh tahun dilahirkan di Malaysia tapi masih lagi gagal untuk menguasai bahasa Melayu dengan baik..

SUDAH SAMPAI MASANYA ANWAR HENTI BERPOLITIK




Himpunan Black505 berakhir dengan kegagalan yang memalukan bagi Anwar Ibrahim, sekali gus menandakan bahawa rakyat sudah semakin celik akan permainan pembangkang. Berikutan dengan itu, Anwar juga telah menyatakan bahawa tiada lagi demonstrasi selepas ini.

Walaupun sukar untuk kita mempercayai beliau, namun itulah yang sebaik-baiknya yang dilakukan Anwar kerana mengadakan himpunan lagi pasti akan menggandakan lagi kegagalan yang memalukan itu.

Apatah lagi apabila Anwar sudah pun mengangkat sumpah dan bergelak ketawa besar bersama Dato’ Seri Najib di dalam Parlimen. Dari tindak-tanduknya, seolah-olah beliau langsung tidak ada kena mengena dengan himpunan Black505 mahupun anak-anak muda yang berbaring dan mencuba untuk merempuh parlimen semalam.

ANWAR JUGA LAYAK JADI P.M DI AUSTRALIA



Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah kepada Kevin Rudd atas kemenangan beliau mengalahkan Perdana Menteri Julia Gillard bagi permilihan kepimpinan Parti Buruh Australia..

Beliau mengalahkan Perdana Menteri Julia Gillard, yang berikrar untuk bersara daripada politik dalam pilihan raya akan datang, dengan memperoleh 57 undi berbanding 45 pada Rabu malam di Canberra.

Rudd, yang fasih berbahasa Mandarin, menjadi Pengerusi Parti Buruh dan bakal mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada Khamis pagi.

JONKER WALK !! MAKIN TERSERLAH SUPER RASIS DAP






Kalau perniagaan melibatkan orang melayu ditutup, tiada langsung pemimpin pemimpin Dap datang sebagai hero untuk menyelamat.. Tapi kalau tersentuh waima secubit perniagaan orang cina, maka bertubi tubi pemimpin Dap yang super rasis ini akan menyerang kerajaan..

Ini yang berlaku sekarang di Melaka apabila Tony Pua menyerang Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron kononnya mahu membalas dendam terhadap kaum cina di Melaka..

Atas sebab itu juga Tony Pua dalam kenyataannya semalam di lobi Parlimen menyarankan agar semua pasar malam, pasar tani dan bazar ramadhan ditutup kerana menyebabkan kesesakkan lalu lintas..

TUTUP TERUS JONKER WALK KALAU DAP TERUS MAIN POLITIK RASIS



Kerajaan Negeri Melaka bercadang untuk menutup Jonker Walk yang menjadi salah satu tarikan pelancongan di negeri berkenaan.

Namun, ia bukan tarikan utama ke Melaka dan lebih menjadi penyebab kepada masalah kesesakkan yang luar biasa terutama pada sebelah malam di bandar bersejarah itu.

Dianggarkan hanya ada 300 peniaga di kawasan berkenaan tetapi puluhan ribu pengguna jalan raya yang selalu menjadi mangsa.

Cadangan asal kerajaan Melaka adalah untuk menutup pasar malam Jonker Walk selama sebulan bagi melihat perubahan aliran pergerakan trafik di kawasan terbabit.

Ini berikutan aduan kesesakkan yang terlalu banyak diterima kerajaan negeri.

Namun, seperti biasa, DAP muncul untuk menjadi hero dengan membawa mesej perkauman dan politik dalam hal berkenaan.

ANWAR BIADAP !! ANGGAP KEMATIAN ADUN BESUT SATU BERITA BAIK



Memang kemaruk nak berkuasa betul la Anwar sekarang ni, tak dapat jadi PM dia serang negeri negeri yang mempunyai sedikit perbezaan jumlah kerusi Dun..

Belum sempat allahyarham Dr Abdul Rahman( Adun Besut) dikebumikan semalam, Anwar menganggap kematiannya satu berita baik..

Anwar sepatutnya belajar menghormati keluarga si mati dari terus bercakap soal politik.. Biarlah segala urusan pengkebumian jenazah allahyarham selesai dahulu lepas tu barulah ulas..

Tak usah sibuk mengaturkan calon mana yang layak untuk bertanding..

Wednesday, 26 June 2013

DAP CADANG HAPUSKAN BAZAR RAMADHAN ?? WARGA P.PINANG SILA HATI HATI


Sikap perkauman DAP semakin terserlah hari ini apabila Ketua Publisiti parti itu, Tony Pua mencadangkan pasar Ramadan juga ditutup kerana didakwanya akan menyebabkan kesesakan lau lintas.

Katanya, jika benar alasan kerajaan negeri bahawa keputusan untuk menutup pasar malam pelancong Jonker Walk di Kota Melaka kerana mahu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang melampau, maka tindakan yang sama perlu diambil ke atas Pasar Ramadan.

"Saya rasakan kalau-kalau satu pasar malam mahupun pasar tani ataupun pasar Ramadan akan menyebabkan kesesakan lalu lintas, maka semua pasar-pasar, semua pasar tani di Melaka atau mana-mana negeri perlu dibatalkan secara langsung.

TERESA COCKY BIADAP !! TAK SETUJU ISLAM AGAMA RASMI MALAYSIA




Lihat betapa biadapnya cina cina Dap sekarang.. Makin hari makin terserlah sikap rasis chauvanis mereka..

Inilah pemimpin yang Pas agung agungkan, setiap hari mereka menghina Islam, bangsa melayu, raja raja melayu..

Baru menang lebih sikit dalam pakatan Dap dah mula tunjuk taring mereka..


Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menyatakan pendirian beliau tidak bersetuju untuk menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Teresa dihadapan Hakim Siti Khadijah dalam perbicaraannya terhadap Utusan Melayu (M) Bhd di Mahkamah Tinggi Jalan Duta hari ini.

Ketika perbicaraan, Peguam Mohana Kumar yang mewakili Utusan menyoal Teresa samaada beliau bersetuju ataupun tidak pewartaan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan oleh.

"Tidak setuju," kata Teresa.

#BLACK505 GAGAL !! ANWAR KENA MAIN DENGAN CINA



Sebahagian besar seni politik bersandarkan kepada angka - lebih besar pengikut seseorang pemimpin politik maka dianggap semakin hebatlah ketokohannya dan begitulah sebaliknya.

Pada ceramah-ceramah, jika melaut penyokong yang datang untuk mendengar amanatnya maka beliau dilihat sebagai seorang yang mempunyai ikutan dan sokongan yang ramai di kalangan rakyat.

Maka politik angka menjadi amat penting unbtuk menonjolkan seseorang tokoh itu samada ia popular atau sekadar pemimpin politik cukup makan.

AL FATIHAH !! EXCO KERAJAAN TERENGGANU MENINGGAL DUNIA




Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna
Negeri Terengganu, merangkap ADUN Kuala Besut, YB Dr A.Rahman Mokhtar telah meninggal dunia jam 10.18 am akibat kanser paru-paru .

Beliau telah dikejarkan ke Hospital Daerah Besut, Terengganu,Khamis lalu akibat kesukaran bernafas.

Beliau telah meninggalkan seorang balu, Puan Azizah Binti Bt. Omar, dan empat (4) orang cahaya mata.

Barisan Nasional menguasai Terengganu pada Pilihanraya Umum  13 lalu dengan kelebihan  2 kerusi dun berbanding 15 kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat

BAKAR DALAM HUJAN !! INDONESIA DISARAN GUNA PAKAI TEKNIK KHALID GAGAP



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah mencadangkan kepada peladang warga Indonesia supaya melakukan pembakaran pada musim hujan.

Menyifatkannya sebagai suatu kompromi jangka pendek, Khalid yang dilaporkan mStar sebagai berkata, ia dapat menghindarkan daripada udara dicemari secara berlebihan.

“Sudah tentu ia akan menjadi ideal jika pembakaran sifar. Tetapi peladang yang kurang berkemampuan terpaksa melakukan ini (pembakaran) untuk menyuburkan tanah.

“Mereka tidak mempunyai wang untuk membeli baja, melainkan kita mahu memberikan kepada mereka,” katanya kepada para pemberita selepas menyampaikan hadiah pada Kejohanan Golf Jemputan Selangor pada Selasa.

Tuesday, 25 June 2013

KAH KAH KAH !!! ADAM KENA SERGAH LAGI





Ko nak control macam mana Adam ?? Kalau tak leh control cakap je tak leh control bagi ja abang abang Polis take over dari awal sampai akhir kan senang.. Korang pun tak payah naik black maria.. Korang kat luar Parlimen macam anjing menyalak, Anwar dengan pemimpin PR sedap sedap angkat sumpah jadi MP..

ISU AIR KEDAH !! PUNCA PUNCA KENAPA GUAN ENG TAK SEDUT AIR DARI SUNGAI PINANG DIDEDAHKAN !!! @MukhrizMahathir @cmlimguaneng



Pulau Pinang mempunyai beberapa sungai yang mampu menampung keperluan seluruh penduduk Pulau Pinang seperti Sungai Juru, Sungai Pinang dan Sungai Jejawi.. Tetapi kenapa kerajaan Pulau Pinang masih mengharapkan air dari Sungai Muda yang dialirkan dari empangan muda di Kedah sedangkan ketiga tiga sungai yang ditulis diatas mampu dibekalkan keseluruh Pulau Pinang ??

Sedut air dari Kedah tanpa membayar satu sen lepas  kata Pulau Pinang ada hak keatas Sungai Muda hanya untuk mengelak dari membayar sumber bekalan air.. Misal kata kerajaan Kedah tutup empangan muda dan lencongkan aliran sungai ke arah lain, agaknya Kerajaan Pulau Pinang nak sedut air dari mana ??

Sungai Juru ??



TUDIAAA !!! PENJILAT TEGAR ANWAR BARU SEDAR KENA KENCING !!!



Setelah bertahun tahun membabi buta menjadi hamba Anwar Ibrahim dan pemimpin pakatan pembangkang, sekarang baru nak sedar kena main dengan depa ??

Dulu hangpa kata Anwar bawa suara rakyat ?? La ni siapa bawa suara siapa ?? Tak guna hangpa berdemo, berjemur, kena gari, kena tahan masuk surat khabar kalau pemimpin hangpa semua tu cakap tak serupa bikin..

Penyokong macam orang gila depa Parlimen, Anwar senang hati angkat sumpah lepas tu siap lepak makan makan dengan Ds Najib.. Kalau Anwar rasa UMNO BN guna taktik kotor masa PRU, Anwar boleh terus balun Ds Najib depan depan tapi awat Anwar tak buat ??

WOII DOUBLE Y @YuseriYusoff !!! LU MAU GADUH DENGAN TMK KER ???





Tak ada angin tak ada ribut tiba tiba bos TMK Mctheory blogger KedahkeKL.blogspot.com kena balun pagi tadi oleh blogger Double Y.. Klik SINI

Aku pun pelik mana depa dapat berita kata blogger kedah dipinggirkan oleh UMNO Kedah..  Sedangkan apa yang depa tulis tu tak betul langsung..Sebagai ahli dalam gabungan TMK, aku tahu situasi sebenar antara kami dan perhubungan negeri..

Sepatutnya blogger YY call Mctheory tanya keadaan sebenar apa yang berlaku di Kedah.. Bukannya hentam sembrono tanpa bukti dan fakta..Hehehe

TIDOR LAGI??? ZURAIDA MAKAN UBAT MENOPAUSE KE?




Aduhaiii..Malang sungguh warga Ampang memilih Zuraida Mak Lampir sebagai wakil rakyat..

Hari pembukaan sidang parlimen pun dah buat pasal..Zuraida tak rasa malu ka?? Dah la acara angkat sumpah ni secara langsung.

Semua orang perhati gelagat MP..Kalau dah hari pertama dibantainya tidor apatah lagi 5 tahun??

3 hari lepas MB Selangor tertidor sewaktu sidang media, alasan yang fiberikan setpol beliau Khalid makan ubat darah tinggi..

Mak Lampir makan ubat apa pulak?? Menopause ka??

Monday, 24 June 2013

SIAPA YANG BODOH DAN SIAPA YANG DIPERBODOHKAN ???






Anwar sedap sedap dalam dewan angkat sumpah siap makan dengam DS Najib, penyokong PR kat luar buta buta saja kena kencing..

Dah terang terang kena main dengan Anwar tapi masih tak sedar..

Kalau kata bodoh kat penyokong PR ni nanti depa marah pulak..


PANASS !!! PARLIMEN DIMULAKAN DENGAN AKSI BERUK MAHFUZ BEANGAI




Sesi pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat bermula dengan kekecohan apabila pembangkang cuba menimbulkan prvokasi dengan undian bersurat yang ingin dijalankan.

Undian bersurat perlu dilakukan kerana terdapat lebih daripada seorang calon yang dicadangkan untuk memegang jawatan tersebut.

Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah dicadangkan oleh Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak dan disokong Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh) manakala Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak - PKR) mencadangkan Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman dan disokong Karpal Singh (Bukit Gelugor).

PANASS !!! PENYOKONG PR MAKI ANWAR !! #PDGMERBOK622 #BLACK505


Walaupun penyokong PR hadir memberikan sokongan kepada himpunan Black505 semalam, tetapi ada sesuatu yang tersirat terselindung disebalik himpunan semalam.. Bukan mahu menyalahkan SPR semata mata tetapi mereka mahu pemimpin PR tidak mengkhianati perjuangan mereka yang berjuang selama ini untuk PR..

PANASSS !!! ADA ORANG BUAT PROJEK DALAM KHEMAH #PDGMERBOK622 SEMALAM ?? #BLACK505





Berkhemah untuk bantah keputusan PRU13 ka berkhemah untuk melepaskan hajat ?? Bukan apa takut jugakkan sebab sebelum ni di depan dataran memang ada aksi aksi tak sepatutnya berlaku siap tidur berdua duan dalam khemah..

KERAJAAN KEDAH TERIMA TEGURAN TAPI BIARLAH BERFAKTA



Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan sebarang teguran daripada barisan pembangkang atas pengalaman mentadbir negeri Kedah, sebelum ini.

Bagaimanapun, Mukhriz berkata teguran tersebut perlu berasaskan fakta dan berharap anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang sepatutnya lebih memahami kesukaran mentadbir sesebuah negeri, walaupun pernah mentadbir Kedah hanya lima tahun.

Beliau turut berharap agar pihak pembangkang akan lebih bersifat empati terhadap kerajaan sedia ada.

“Tegurlah kerajaan negeri kalau ada kepincangan, sebab pihak kami tak fikir kerajaan negeri betul 100 peratus sebab mungkin ada yang terlepas pandang atau maklumat tidak sempurna.

Sunday, 23 June 2013

MUAR, LEDANG DI ISTIHAR DARURAT



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang di Johor berkuat kuasa serta merta selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 750 setakat 7 pagi ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel menerusi posting terbaharu dalam facebook beliau.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersetuju mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang berkuat kuasa serta merta selepas bacaan IPU melebihi 750," kata Palanivel.

IBU SANGGUP BUANG ANAK DEMI ABANG NON #BLACK505 #PDGMERBOK622



Kesian anak kecil tu dibiarkan terjemur ditengah tengah  panas terik dengan cuaca jerebu oleh seorang ibu yang tak ada hati perut.. Nampak sangat si ibu tergila gilakan Anwar..Memang tak dak otak dan berhati perut langsung..

Sebenarnya banyak lagi gambar anak anak kecil yang dibiar kepanasan, keletihan semalam..Tapi gambar ni paling menyentuh perasaan..


TUDIAAA !!! ANWAR SALAHKAN CUACA HIMPUNAN #BLACK505 #PDGMERBOK622 GAGAL GULINGKAN KERAJAAN


Amoi ini dapat menyelamatkan mata dari cuaca tak menentu 

Kesiann. ingatkan himpunan ini akan mengatasi bersih 1,2,3 dan 4 rupanya lagi teruk.. Bak kata orang tak capai KPI langsung.. Sebelum ni bukan main lagi buat hebahan kononnya semua penyokong PR nak turun desak Pengerusi SPR letak jawatan, last last bila tak ramai salahkan cuaca pulak..

HOT !! GANJARAN MENANTI ATLIT KEDAH




Imbuhan menanti atlet Kedah yang berjaya meraih pingat tanpa mengira warna pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 di Kuala Lumpur dari 28 Jun hingga 7 Julai ini.

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata bagi acara individu imbuhan RM3,000 untuk pingat emas, RM2,000 (pingat perak) dan RM1,000 (pingat gangsa) manakala bagi atlet berpasukan imbuhan tersebut akan ditentukan kemudian.

Selain ganjaran kewangan, katanya Universiti Utara Malaysia (UUM) juga menawarkan peluang kepada atlet Kedah melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda dalam usaha menjadikan setiap atlet berpendidikan sekali gus menjamin masa depan mereka selepas bersara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog archive