Saturday, 21 December 2013

PANASS !!! INI KER PROFESOR MAKMAL ' PEMANDU ' KAJI KOS SARA HIDUP ??



Atas nasihat YB Kay Jey mahu menubuhkan Makmal bagi mengkaji kos sara hidup, YAB PM Datuk Seri Najib meluluskan cadangan tersebut yang akan diselia PEMANDU.. Kenapa PEMANDU?? Ntah la aku tak tahu nak jawab apa sebab PM cukup sayang dengan penasihat penasihat dia dalam PEMANDU.

Barangkali inilah rupanya profesor yang akan dilantik untuk mengkaji kos sara hidup rakyat Malaysia..Gadis ini berkhidmat sebagai Senior analisis dalam PEMANDU.

FAKTA LEBUHRAYA !! NUAR BERAHIM PALING BANYAK LULUS KONSENSI LEBUHRAYA @RAFIZIRAMLI




UNTUK membina sebuah projek konsesi lebuhraya yang melibatkan kutipan tol, kuasa membenarkan sesuatu projek dibina terletak kepada Menteri Kewangan.

Menurut Seksyen 7(1) Akta Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984 menyatakan Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan dalam hal yang sesuai boleh membenarkan sesuatu pihak menguruskan projek lebuhraya mengikut tempoh tertentu konsesi.



Laman web Mymassa.blogspot.com hari ini menulis artikel berkenaan perkara itu.

Friday, 20 December 2013

UMNO PUNCA MCA HILANG UNDI CINA ?? KA SIONG MENANG UNDI CINA KE UNDI MELAYU ?? @razlanrafii


Tuduhan berat yang dilemparkan bekas ketua pemuda MCA dalam ucapan Kongres Pemuda MCA semalam menuduh Umno suka mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan undi cina untuk MCA hilang dibidas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan saudara Razlan Rafii..

Baca respon balas saudara Razlan terhadap Kenyataan Bekas Ketua Pemuda MCA, Wee Ka Siong

TUBUH MAKMAL !! KENAPA PEMANDU ?? KENAPA TAK BAGI SAJA KAT UNIVERSITI TEMPATAN ??? @najibrazak @khairykj



Ini persoalan yang bermain diminda aku selepas mendapat berita bahawa Pemuda Umno melalui KJ mahu kerajaan menubuhkan makmal bagi mengkaji kos sara hidup rakyat yang makin meningkat.

Cadangan itu diterima dan akan ditubuhkan pada tahun hadapan..Namun yang menjadi Masalahnya bila PEMANDU diberi tanggungjawab untuk mengendalikan makmal berkenaan dimana peruntukkan diberi sebanyak RM 6 juta..

Umum sedia maklum bahawa PEMANDU dibawah seliaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mempunyai pelbagai masalah dan sering kali dikritik terutamanya bab konsultan dan pegawai pegawainya menyokong pembangkang.

Malaysia mempunyai ramai pakar ekonomi di Universiti Universiti awam tempatan yang mampu menjalankan pelbagai kajian.

Serahkan saja kepada pakar pakar ini untuk menjalankan kajian.Gabungkan semua pensyarah yang mempunyai kepakaran dalam bidang ekonomi lakukan kajian.. Sekurang kurangnya dapat menjimatkan peruntukkan RM 6 juta duit rakyat..

TERBUKTI SELANGOR MAMPU HALANG TOL NAIK DAN BERI TOL PERCUMA @khalidibrahim @rafiziramli




Walaupun dengan pegangan minoriti 30 peratus saham Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam beberapa syarikat konsesi tol, ia ada pengaruh bagi merealisasikan hasrat menghalang kenaikan tol dan memberi tol percuma kepada rakyat Selangor...

Kerajaan negeri Selangor melalui anak syarikatnya seperti PKNS dan Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) mempunyai 30% saham dalam setiap konsesi lebuhraya seperti,Grand Saga Sprint dan Kesas. Jadi di mana yang dikatakan kerajaan persekutuan punyai kuasa dalam isu kenaikan harga tol di Selangor?

PANASS !! ANGOTA IMIGRESEN DAN KASTAM TERLIBAT SINDIKET DADAH ANTARABANGSA



Polis tidak menolak kemungkinan anggota Jabatan Imigresen dan Kastam Diraja Malaysia terlibat dalam sindiket penyeludupan dadah antarabangsa menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sumber polis berkata mereka antara lain berperanan sebagai dalang dengan membenarkan keldai dadah warga asing memasuki negara tanpa pemeriksaan rapi di bahagian masing-masing.

"Bukan sahaja bagasi mengandungi dadah dapat dibolosi malah individu yang membawa dadah itu juga terlepas daripada pemeriksaan pihak berkenaan.

"Jadi, kita lihat ini adalah satu rangkaian sindiket dadah yang besar menggunakan agensi penguat kuasa untuk meloloskan dadah ke dalam negara," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Thursday, 19 December 2013

PANASS !!! KENAPA KERAJAAN SELANGOR SEMBUNYI FAKTA MEREKA PEMILIK KONSESNSI LEBUHRAYA DI SELANGOR ??


Tatkala pemimpin pakatan dan penyokong mereka menunding jari menyalahkan kerajaan pusat menaikkan harga tol di lebuhraya lebuhraya antarabandar di lembah klang, rupa rupanya semua lebuhraya itu dimiliki kerajaan Selangor dimana memegang lebih dari 30 peratus saham syarikat.

Kerajaan Selangor telah mengambilalih beberapa konsesi lebuh raya yang beroperasi di Selangor kononnya mahu melaksanakan dasar tol percuma di Selangor. Dan dasar tol percuma selepas tol-tol ini dihapuskan, ia dijangka akan dilaksanakan pada Januari 2013.

Namun semua itu hanyalah drama kerajaan pakatan semata mata apabila baru baru ini kesemua konsensi milik kerajaan pakatan Selangor mahu menaikkan kadar baru.

Wednesday, 18 December 2013

ALAHAI SENANGNYA HATI MAT SABU



Cakaplah apa saja pasal dirinya…Mat Sabu boleh goyang kaki bersiul sambil mendendangkan lagu ‘ Madu Tiga’…yang antara liriknya berbunyi ‘ hai senangnya dalam hati’.

Siapa kata tak seronok jadi ahli Parti Islam SeMalaysia @PAS.

Kalau tak percaya boleh tanya sama Timbalan Presiden PAS ini.Riuh sana sini tuduh empunya diri pengikut ajaran Syiah,parti itu Selasa inject ‘ubat’ bagi perkuatkan lagi stamina politiknya.

PAS umum Mat Sabu jadi Persuruhjaya PAS Pulau Pinang ganti Datuk Salleh Man.

PANASSS !!! I CITY SHAH ALAM TIPU PENGUNJUNG




Aku marah dan aku tak boleh tidur. Aku sampai I-City pukul 9 malam, dan aku pulang pukul 11.30 malam. Selama 2 jam setengah, adalah masa masa yang aku menyirap, aku menggeleng, aku merenung tajam, dam aku luka jiwa raga.

Aku kena main dan aku kena tipu.

Pakcik dan makcik dari kampung juga ditindas, dan ditipu secara professional. Dirompak duit poket mereka secara 'as per term and condition', juga yang paling memilukan..dibunuh harapan dan kegembiraan mereka dengan begitu saja.

Ya. Aku rasakan, aku dikenakan harga yang tidak patut untuk secebis keseronokan keluarga yang tak setara mana. Lagi pedih, bila kumpulan manusia yang ramai berpusu ke situ terdiri dari kumpulan pakcik makcik dari Kokdiang, Gua Musang, Felda Chenor, Padang Melangit dan Mersing. Mereka ini membawa ahli keluarga, anak anak kecil, sanak saudara dan mungkin anak anak jiran yang teringin menumpang bercuti ke kota. Mereka ini, dari riaknya..bukanlah semuanya berpangkat pegawai, jauh sekali memiliki harta berjuta, mereka ini semuanya rakyat marhein, yang bercita nak mengembirakan keluarga dengan membawa mereka berjalan ke sini, ke I-City.

Tuesday, 17 December 2013

AL FATIHAH ! PRIMADONA FILEM MELAYU AZEAN IRDAWATI MENINGGAL DUNIA




Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia pada Selasa pukul 8.26 malam di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor.

Allahyarhamah menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihidapinya.

Allahyarhamah merupakan pelakon yang mula mencipta nama sebagai penyanyi pada era 70an dan namanya meledak di layar perak akhir 70an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.

LUAHAN HATI UST KAZIM ELIAS




Meskipun sudah menyatakan pendirian menolak pelantikan sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Mohammad Kazim Elias atau dikenali Ustaz Kazim, keputusan itu terus mencetuskan pelbagai reaksi.

Ada yang menyatakan sokongan, namun tidak kurang daripada mereka memberi persepsi negatif hingga menimbulkan rasa kurang senang kepada pendakwah berkenaan.

Dalam satu kenyataan di akaun Facebook milik Ustaz Kazim, kelmarin beliau menyatakan luahan hati apabila masih terdapat segelintir individu mempersoalkan pelantikan dan keputusan yang dibuat.

PLUS KATA TIADA KENAIKKAN TOL TAPI KENAPA PAK MENTERI KALUT SANGAT NAK NAIKKAN TOL??




Pihak pengurusan PLUS Malaysia Berhad mengesahkan bahawa syarikat konsesi lebuhraya terbesar itu tidak akan bercadang menaikkan kadar tol di semua lebuhraya kendalian syarikat itu pada tahun hadapan (2014), seperti yang dihebohkan baru-baru ini.

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Dato' Noorizah Abd Hamid, syarikat konsesi itu memahami tekanan kos hidup rakyat dan tidak berhasrat menaikkan kadar tol di semua lebuhraya PLUS dalam tempoh terdekat.

"Kenaikan konsesi PLUS tidak akan berlaku kerana belum tiba masa ia diteliti. Jadi kenaikan yang diwar-warkan mungkin melibatkan konsesi lebuhraya lain, tetapi bukan PLUS," ujar beliau ketika diajukan soalan berkaitan kenaikan kadar tol.

Monday, 16 December 2013

KANTOI !! DALAM DIAM DIAM NUAR BERAHIM MINTAK GAJI AHLI PARLIMEN DINAIKKAN !! DULU TOLAK SEKARANG MENGEMIS


Setelah membantah keras cadangan semakan semula kenaikan gaji dan elaun ahli parlimen (MP) ketika pembentangan Bajet 2012 Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengutuskan surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memohon kenaikan gaji.

Demikian dimaklumkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 dalam sidang Dewan Negara Isnin.

Anwar sudah menulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat bersetuju gaji ahli parlimen dinaikkan.

Sunday, 15 December 2013

PEGAWAI PENUMPANG YANG TAK TAHU MALU !!! DAH KENA TEGUR DALAM AKHBAR PUN MASIH PEKAK SPESIS BADAK !! @Khairykj




Dah berbuih mulut aku tegur pasal pegawai penumpang/pembodek/kaki jilat boss yang jenis pekak bin badak nie, tapi almaklumlah Exco pemuda Umno mana baca blog.. Sebab tu depa taktau hari hari kena balun kan ??

Kali ini akhbar tempatan pula menegur kenapa ada pegawai penumpang yang memang tak ada faedah pun ke sukan sea Myanmar turut serta ke sana ?? atas alasan apa pula mereka mereka ini membontot Pak Menteri Belia dan Sukan ?? atau sengaja menghabiskan dana dari KBS yang sepatutnya digunakan untuk atlit tetapi dibelanjakan untuk mereka mereka yang tak tahu malu ini ke sana ?

PANASSS !!!! ADA UNSUR PENIPUAN DALAM PROMOSI EVENT LANGKAWI NATURALLY MAGIKAL @MukhrizMahathir


laman web yang dibuat oleh konsultan media soosial event ini tiada data dalam alexa rank walaupun dah cecah 290 ribu viewer

Aku hanya mampu tersenyum bila diberitahu bahawa web page Langkawi Naturally Magikal http://www.naturallymagical.com yang dikendalikan oleh konsultan media sosial dari Kuala Lumpur sudah mencapai viewer sebanyak 290 RIBU hanya untuk 7 artikel.Update terakhir web berkenaan pada 17 Julai 2013.

Lebih hairan apabila lawan web berkenaan tiada data trafik selepas di semak dalam alexa rangking(gambar atas).. Kepada konsultan yang mempromosikan event berkenaan dalam media soo sial, agak agaklah kalau nak menipu pun.. Kami yang sudah lama dalam dunia blog ni tahu macamana nak dapatkan trafik pembaca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog archive