Saturday 8 December 2012

TUDIAA !! KOPI TAIK GAJAH LEBIH TOP DARI KOPI TAIK MUSANG ??




BANGKOK – Di dalam hutan di kawasan pergunungan Chiang Rai, utara Thailand, sekumpulan orang sanggup menghabiskan masa dan tenaga mendapatkan kopi paling mahal di dunia – dihasilkan daripada tahi gajah.

Kopi yang mempunyai aroma unik itu dihasilkan melalui proses penghadaman biji kopi dan tindak balas di dalam tubuh haiwan berkenaan dipercayai menghasilkan bau istimewa.

Pemungut tahi gajah bergegas mengumpul bahan kumuhan gajah itu sebaik saja ia keluar dari tubuh haiwan berkenaan.

RAKYAT INDIA SEDAR DITIPU OLEH KERAJAAN PAKATAN REPUBLIK





20 November lalu, anggota-anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) telah diarahkan untuk menceroboh dan merobohkan tempat ibadat yang dibina di dalam pekarangan rumah S.Gobi Kumar di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Tindakan tersebut diambil kononnya, pembinaan struktur berkenaan melanggar syarat-syarat kecil MPSp.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Xavier Jeyakumar yang merupakan penganut Katholik, pada mulanya telah membela tindakan anggota-anggota penguatkuasa tersebut dengan menyatakan bahawa tindakan tersebut selari dengan undang-undang.

Bagaimanapun, kemarahan masyarakat Hindu, telah menyaksikan lidah Xavier Jeyakumar. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menekan butang panik dan pada 6 Disember satu siasatan kononnya akan diadakan untuk mengenalpasti apa yang berlaku pada 20 November lalu. Xavier diberikan masa selama dua minggu untuk menyelesaikannya.

GARA GARA TERLIBAT DALAM SKANDAL RASUAH, PAK MENTERI LETAK JAWATAN


Andi Mallarangeng (tengah) mengumumkan peletakan jawatan di Jakarta, Indonesia, hari ini, - Foto EPA
Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Andi Mallarangeng yang menjadi suspek kes rasuah projek pembinaan pusat pendidikan dan latihan sukan serta sekolah sukan di Bukit Hambalang, Bogor, Jawa Barat, hari ini meletakkan jawatan dari Kabinet.

Andi mengumumkan perletakan jawatannya itu pada sidang akhbar di pejabatnya di sini Jumaat pagi selepas menyerahkan surat pengunduran dirinya itu kepada Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono di pejabat Presiden.

Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia, yang telah menetapkan Andi sebagai suspek kes rasuah projek bernilai lebih satu trilion rupiah itu, telah pada semalam memohon kepada Jabatan Imigresen Indonesia supaya menghalang beliau dan dua lagi yang terbabit dalam kes sama, daripada melakukan perjalanan ke luar negeri.

LYNAS PATUT SAMAN JE PAKATAN ANAK HARAM NI LEBIH2 LAGI SI FAUZIAH TORON



Pengarah Urusan Lynas Advanced Material Plant (LAMP) Malaysia Sdn Bhd Datuk Mashal Ahmad berkata kini sudah tiba masanya pihak yang tidak bertanggungjawab menghentikan semua tohmahan dan fitnah terhadap kilang itu.

Katanya pihak terbabit sebaliknya perlu memberi laluan kepada Lynas untuk beroperasi setelah Mahkamah Tinggi Kuantan pada 8 Nov lepas menolak permohonan tiga penduduk Kuantan untuk melanjutkan perintah injunksi interim (sementara) terhadap Lesen Operasi Sementara (TOL) ke atas syarikat tersebut, sekaligus membenarkan kilang itu beroperasi.

Mashal berkata kerajaan telah menghabiskan jutaan ringgit bagi membuktikan bahawa kilang itu selamat dan tidak membahayakan pekerja, orang ramai dan alam sekitar.

"Hampir dua tahun kami melalui kesusahan kerana fitnah tanpa henti dan tanpa bukti yang disebarkan oleh pihak anti Lynas bagi meracuni fikiran rakyat.

VIDEO SERAM PALING KEJI DIHASILKAN DI BRAZIL





Ini bukan prank tahap minima dah, tapi prank paling keji beb.. Aku ni bukanlah penakut sangat tapi kalau bab bab terkejut ni sapa pun tak leh tahan..hahaha..Apa2 pun layan je prank gila babi ni

Friday 7 December 2012

ANWAR PUJUK ASRI TANDING ATAS TIKET PKR ? TAK ADA ORANG LAIN DAH KE NUAR OII !!






SHAH ALAM: Bekas Mufti Perlis Profesor Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengesahkan beliau bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim namun menegaskan beliau belum menerima perlawaan mana-mana pihak untuk bertanding pada pilihanraya umum akan datang.

“Datuk Seri Anwar sendiri jumpa saya, orang lain pun jumpa saya, saya rasa saya jumpa semua.

“Macam orang-orang lain juga hendak dekat pilihanraya, ada orang Umno jumpa, jadi bila ada orang jumpa, ada pelawaan dan seumpamanya itu, Pada saya adalah desas-desus bahawa ada yang lain juga jumpa saya bukan sahaja PKR. Apa-apa pun saya tidak ada pendirian setakat ini,” tambah beliau yang ditemui selepas program Meja Bulat anjuran Antarapos semalam.

Asri berkata beliau mengganggap amalan pelbagai pihak berjumpanya dan pihak lain sebagai “biasa” dalam menghadapi pilihanraya umum.

Asri tidak lari daripada menjadi rebutan parti-parti politik malah difahamkan Umno banyak kali menawarkan tempat untuk bertanding sejak PRU12 lalu.

ABBY ALBODY LEBIH ELOK KAU SELAK TENGOK DALAM KAIN TU ADA KE TAK DAK !!



Nah, inilah manusia yang sembang tak jatuh muka macam lapaq penyepak je...Artis berkarat yang dibela oleh Pas dengan bayaran RM 2500 setiap kali ceramah ni cakap saja lebih kononnya sanggup berjuang mati matian kerana rakyat Palestine sampaikan sanggup buat fitnah kepada kerajaan BN..


Yang paling bestnya Fitnah Kerajaan BN sebab tidak hantar bantuan kepada Rakyat Palestine..Kau tak tahu ke dah berapa juta Kerajaan Malaysia hantar bantuan kat Palestine tu??

Aku cukup kesian dengan kelaku pelacur murahan Pas ni, aku cukup bimbang makin lama dia dalam pas makin jauh dia terpesong..

Bukan niat aku nak kutuk atau mengata kat janda pelacur ni, tapi dah makin menjadi jadi pulak fitnah dia..

PRU 13 !! TUN MAHATHIR BAGI WARNING




Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat, negara akan mengalami kehancuran dan kecelaruan jika pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, hal ini kerana kerajaan yang akan dibentuk oleh pembangkang merupakan kerajaan campuran daripada tiga parti yang tidak mempunyai matlamat dan hala tuju sama.

Beliau menarik perhatian keinginan Pas untuk menjadikan Malaysia negara Islam ditentang oleh DAP manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertindak sebagai orang tengah hanya mensasarkan kemenangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Keadaan ini memang bahaya, kadang-kadang apabila kita berada dalam keadaan selamat, kita tidak fikir akan jadi tidak selamat, kita selamat sebab memilih pemerintah yang prihatin.

"Ini terpulang kepada rakyat, namun ada yang mengundi mengikut emosi dan taksub walaupun pemimpin jelas menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan Islam.

"Apabila rakyat tidak menggunakan pemikiran dan mengundi semata-mata kerana perasaan, besar kemungkinan negara kita akan hancur. Sebab itu kita lihat banyak negara tidak dapat laksanakan cara-cara demokrasi kerana ketaksuban kepada pemimpin, bukan untuk membangunkan negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama Pembinaan Negara Bangsa pada Seminar Ketahanan Nasional 3 - Mengekalkan Kedaulatan Negara di Puteri Resort, Ayer Keroh di sini hari ini.

Seminar tiga hari bermula semalam itu dianjurkan oleh Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, Universiti Utara Malaysia.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, rakyat kini mula sedar bahawa pada pilihan raya lalu, mereka membuat pilihan berdasarkan rasa marah kepada sesuatu.

"Faktor ini telah pun mereka ketepikan, kita patut rapatkan kembali barisan supaya dapat dirikan sebuah kerajaan yang kuat iaitu mendapat kemenangan dua pertiga," katanya.

Sementara itu dalam ucaptamanya, Dr. Mahathir berkata, Malaysia tidak perlu mengikut konsep Negara Bangsa seperti kebanyakan negara lain kerana terikat dengan masalah kaum yang tidak mahu mengetepikan identiti asal mereka.

Kata beliau, Malaysia lebih liberal dan bertimbang rasa kerana membenarkan kaum lain mengamalkan agama, budaya dan bahasa ibunda masing-masing.

UTUSAN

[VIDEO] MATA PEROMPAK BERKECAI DITEMBAK POLIS




Saksikan satu kejadian jenayah di Colombia bila seorang perompak bank yang terdesak, menjadikan seorang wanita mengandung sebagai tebusan.

Lihat bagaimana cekapnya anggota sniper polis yang berjaya menembak tepat ke arah perompak berkenaan.

Perhatikan bagaimana mata penjenayah tersebut hancur berkecai akibat tembakan yang tepat ke sasaran itu, dahsyat! - Mynewshub.my

Thursday 6 December 2012

TUDIAA !! LEPAS SOKONG MELAYU MURTAD KINI NURUL IZZAH NAK RUNTUHKAN MASJID PULAK ?






Kecoh seketika kem penyokong PKR apabila Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR, Nurul Izzah menimbulkan isu kononnya Masjid Ar-Rahman di Universiti Malaya (UM) telah dipaksa tutup oleh Kerajaan Pusat atas sebab politik.

Melihat gaya propaganda PKR berhubung isu ini nampak jalan ceritanya seolah-olah Masjid Ar-Rahman akan ditutup untuk selama-lamanya. Fitnah sebegini semacam dah jadi darah daging anak beranak Anwar Ibrahim agaknya.

Untuk sensasikan lagi cerita maka dicanangkan kepada umum konon arahan penutupan masjid itu datangnya dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dengan demikian dapatlah diburukkan imej Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

Walhal kisah sebenarnya, Masjid Ar-Rahman di UM ini hanya akan ditutup sementara sahaja bagi membolehkan kerja-kerja baik pulih dilaksanakan.

TUDIAA !! 8 GRO BERJAYA DIBERKAS DI KELANTAN !!




KOTA BHARU - Masih berdegil. Biarpun berkali-kali pusat karaoke yang berselindung di sebalik urus niaga restoran di Gua Musang diserbu Jabatan Imigresen negeri, namun pemiliknya tetap meneruskan operasi sama.

Semalam, buat kali ketiganya, premis mempunyai dua bilik kecil terletak di Tanah Puteh, Gua Musang, diserbu lagi oleh Jabatan Imigresen Negeri dan lapan pelayan pelanggan (GRO) yang asyik melayan pengunjung diberkas.

Pengarah Imigresen Negeri, Mahasan Mustapa berkata, dalam serbuan yang diketuai Timbalan Penolong Pengarah, Zulfakri Muhammad bersama 14 anggota kira-kira jam 10.30 malam itu pihaknya menjalankan pemeriksaan terhadap 60 pelanggan yang berada berhibur di restoran itu.

Beliau berkata, bagaimanapun, hasil serbuan hanya lapan GRO warga Thailand berusia 22 hingga 44 tahun di dalam premis tersebut ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial mengikut Peraturan 39B Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

“Ketika serbuan ada yang memberi alasan mereka adalah pasangan kekasih dan sanggup mengaku sebagai suami isteri, tetapi hasil pemeriksaan didapati tidak mempunyai ikatan hubungan terbabit.

“Kesemua yang diperiksa mempunyai pas lawatan sah, namun ia disalahgunakan untuk menjalankan aktiviti tersebut,” katanya ketika ditemui media di Pejabat Penguat kuasa Imigresen di Telipot, semalam.

Mahasan berkata, hasi siasatan kelapan-lapan wanita terbabit melayan pelanggan restoran yang terdiri daripada pekerja-pekerja ladang di kawasan sekitar dengan memperoleh bayaran lumayan.

“Mereka ini bukanlah pekerja di restoran tersebut tetapi berada di sana untuk melayan pengunjung dan pendapatannya adalah bergantung pada bayaran tip-tip daripada orang yang ditemaninya,” katanya.

Menurutnya, kegiatan terbabit dipercayai bergerak secara individu dan kawasan tersebut dikawal dengan tidak membenarkan orang Melayu memasuki kawasan terbabit dengan sewenang-wenangnya.

Dalam pada itu, Mahasan berkata, bermula April hingga Disember seramai 51 ditahan yang paling muda adalah berusia 19 tahun terdiri daripada warga Thailand dan China dalam beberapa serbuan.

Sehubungan itu, Mahasan menegaskan, pihaknya sentiasa membuat pemantauan di beberapa lokasi yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan seumpamanya iaitu tiga di Gua Musang dan lebih lima premis di Tumpat.

“Selain risikan daripada anggota, kita juga berterima kasih kepada pemimpin setempat dan sumber penyampai maklumat dalam, usaha untuk bersama-sama membendung aktiviti tidak bermoral ini,” katanya.

SINAR

PANASS !! NAJWA LATIF DERHAKA PADA BAPA SENDIRI ?




KUALA LUMPUR – Bapa kepada penyanyi remaja popular, Najwa Latif mengakui anak-anaknya iaitu Najwa Latif dan Ika Latif sudah menderhaka kepada dirinya.

Menurut kata-kata Abdul Latif yang dipetik dari laporan Berita Harian hari ini, Abdul Latif memberitahu hubungan mereka menjadi terlalu dingin sejak Najwa bergiat dalam dunia seni hiburan.

Justeru, Abdul Latif memohon agar anak-anaknya memohon maaf kepada dirinya sebelum dia menutup mata.

APA PULA KOMEN IKA LATIF – KLIK

Tindakan Abdul Latif yang secara tiba-tiba megeluarkan kenyataan sedemikian menimbulkan cakap orang ramai yang dia mahukan populariti dari anak-anaknya.

SNAKE ON A PLANE ! SEORANG PENUMPANG DI PATUK TEDUNG SELAR




Kaherah – Pesawat Egypt Air yang terbang dari Kaherah ke Kuwait terpaksa membuat pendaratan cemas selepas seorang penumpangnya dipatuk oleh seekor ular tedung yang diseludup ke dalam pesawat tersebut.

Keadaan itu menyebabkan pesawat berkenaan terpaksa mendarat di bandar Al Ghardaqa di Laut Merah.

Menurut akhbar Jordan Times, mangsa yang dikenali sebagai Akram Abdul Latif, merupakan pemilik kedai reptilia di Kuwait.

Dia dilaporkan telah menyeludup ular berkenaan ke dalam pesawat dan menyembunyikannya ke dalam bag.

Malang bagi Akram apabila ular itu dapat keluar daripada beg berkenaan dan kemudiannya mula menjalar di dalam pesawat yang membawa 90 penumpang itu.

SAKSI MELAPORKAN PEMUDA PR DITIKAM DARI BELAKANG OLEH RAKAN SENDIRI !!



Sahabat blogger Jawa Bernam yang turut berada ditempat kejadian menceritakan pekara sebenar  berlaku di Gombak dua hari lepas..

SEBENARNYA aku dah malas nak bukak satu per satu aib orang pakatan ni yang cuba nak menegakkan batang sendiri. Aku pun dah naik meluat bilamana Pemuda UMNO Gombak terus dipersalahkan berhubung insiden berdarah malam semalam yang FRU dan Polis terpaksa datang meleraikan pergaduhan.

Cerita yang betul sebab aku ada memang ada kat tempat kejadian dan aku bersama orang-orang dalam pakatan masa pergaduhan tercetus. Siapa nak sangkal, silakan bersama bukti dan saksi.

Mamat kat atas tu memang aku perasan semasa pergaduhan atau adegan tolak menolak antara penyokong UMNO Gombak dan puak pakatan. Tapi aku terlupa nak tanya nama dia sebab tengok muka pun dah poyo semacam, konon berlagak alim tapi mulut boleh tahan kurang ajar. Sumpah seranah meluncur laju je dari mulut mamat ni.

Wednesday 5 December 2012

HANGAT !! ABBY ALBODY MEROYAN LAGI WOII



Mentang mentanglah janda meroyan ni dapat duit melalui ceramah Pas, Macam macam dia kata kat Umno kononnya hiburan kat Malaysia ni semuanya dikawal oleh Umno.

Pelik lak aku, apasal pulak kalau tengok TV & Filem nak salahkan Umno?? Umno ke yang duk arahkan semua semua filem, drama kat Malaysia ni ??

KANTOI !! OSTAJAH MILIKI KONDOM BERLENDIR DAN LOVE BITE DICEKUP




Aksi dramatis ditonjolkan seorang guru agama wanita ketika cuba memperdayakan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) yang melakukan pemeriksaan di rumahnya gagal menyembunyikan aib sendiri apabila kesan gigitan cinta di lehernya menimbulkan curiga.

Biarpun beria-ia mendakwa tinggal bersendirian di rumah berkenaan sejak lima bulan lalu, temberang wanita berusia 27 tidak mampu bertahan lama.

Malah, penemuan dua kondom yang dipercayai baru digunakan dalam rumah berkenaan mengukuhkan lagi rasa curiga pihak berkuasa bahawa terdapatnya orang kedua dalam premis berkenaan.

Wanita yang mulanya berlagak bersahaja itu mula berubah riak wajahnya, menjadi semakin pucat apabila diasak dengan pelbagai soalan berhubung kesan merah di lehernya.

ANWAR DAN LANCAU TAK DAPAT DIPISAHKAN ?


Eh,eh Anwar Rasmi program lancau ? Apa lancau ni ?? hahaha..Nuar ni kalau bab bab alat sulit ni memang dia suka tengok muka dia..Senyum memanjang..Klik sini untuk baca story pasal perasmian pelancauan ni..

Tapi yang pastinya PKR Kedah dah kena balun dengan nuar sebelum ni, sampai dia terpaksa cancel ceramah lari balik KL sebab tak puas hati cara PKR Kedah bekerja..

Aku dengar ramai jugak yang kena tempik dengan Anwar pasal setiap kali Anwar turun Kedah mesti jumlah penonton tak sampai ribu pun, kadang kadang tu seratus pun tak sampai..

Tapi macam biasalah, Anwar naik ceramah sat, lepas tu tengok penonton tak sampai target, dia konar la kata nak pi tempat lain pulak..Padahal dia pi melepak makan kat mapley..

Inilah perangai Nuar kalau hangpa nak tau..pembohong, pembelit nombor 1..

RAKYAT SUNGAI PETANI DI ZALIMI KERAJAAN PAS KEDAH #TUKARKEDAH




Sungai Petani- Lebih 10,000 Penduduk di kawasan Estate Sungai Divison, perumahan Taman Kelisa dan Taman Aman Jaya terpaksa berhadapan dengan permasalahan keadaan jalan yang begitu teruk serta lampu-lampu jalan yang tidak di selengara pihak berkuasa tempatan semenjak 3 tahun yang lalu.

Menurut Makbul Ilahi, Pengerusi Persatuan Kebajikan dan Sosial Daerah Kuala Muda, penduduk setempat telah beberapa kali membuat aduan pada pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Pebandaran Sungai Petani (MPSPK), namun tiada sebarang tindak balas yang telah di lakukan pihak MPSPK di sebalik aduan yang telah di lakukan penduduk setempat.

Ketika di temubual, Makbul Ilahi mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri melalui Exco yang di pertanggungjawapkan mengurus Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak menggunakan peruntukan sepenuhnya yang di berikan Kerajaan Pusat untuk menyelengara jalan-jalan yang bermasalah di seluruh negeri Kedah.

Apa yang berlaku sebaliknya peruntukan tersebut telah di letak di dalam tabung di bawah Yayasan Perbadanan Menteri Besar kedah dan di gunakan untuk membayar gaji kakitangan Kerajaan Negeri ketika rakyat di seluruh Kedah mengharapkan Kerajaan Negeri menggunakan peruntukan tersebut menyelengara jalan-jalan di negeri Kedah yang sudah begitu teruk.

KENAPA PEGAWAI SPRM TAKUT NAK SIASAT LADANG RAKYAT ??



Pendedahan oleh Timbalan Ketua Bahagian UMNO Ketereh, YB Md Alwi Che Ahmad berhubung pemilikan lot-lot tanah atas nama Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan isterinya di Selatan Kelantan yang terlibat dengan projek Ladang Rakyat sememangnya cukup mengemparkan ramai rakyat Kelantan.

Tambah mengejutkan mereka apabila persoalan yang dibangkitkan oleh YB Mat Alwi dalam sidang dewan Undangan Negeri Kelantan sebelum ini gagal mendapat kepastian dari MB Kelantan mahupun wakil-wakilnya.

Lebih menimbulkan tanda tanya ramai bila mana peserta Ladang Rakyat yang sekian lama menantikan hak pemilikan tanah hingga sekarang tidak kesampaian, sebaliknya pemimpin berserban dan berjubah yang berkereta mewah seperti Nik Aziz pula terlebih dahulu memiliki tanah-tanah tersebut.

Selain daripada Nik Aziz dan isterinya, adakah sudah menjadi polisi PAS untuk membahagi-bahagikan tanah milik anak syarikat Kerajaan Negeri kepada para wakil rakyatnya? Atau semua tanah-tanah itu semua dianggap seolah-olah bagaikan harta rampasan perang maka rakyat tiada hak untuk mempersoalkannya?

PENCURI MOTOR DIBELASAH SEHINGGA MATI [VIDEO]






Jangan tonton video di bawah jika anda bawah umur atau lemah semangat.

Ia adalah satu kejadian yang berlaku di negara jiran.

Ia baru sahaja dimuat-naik semalam dan tidak pasti berapa lama ia akan bertahan di Youtube.

Dipercayai kedua pemuda dalam klip ini terbabit dalam kegiatan mencuri motosikal.

Memang perbuatan mereka salah.

Namun, wajarkah kesalahan seperti itu dibalas dengan pembunuhan yang begitu kejam?

PANAS ! CIKGU AGAMA PAS KANTOI MENIPU !!



Dipetik dari blog MPP

Korang ingat lagi tak pasal Cikgu di Labuan yang kena buang kerja disebabkan menyokong Anwar Ibrahim hari tu? Kali ni, bekas cikgu tu dah KANTOI menipu beb..

Dalam satu interview dengan media pencacai Pakatan, bekas Cikgu tu kata dia diberi borang keahlian Umno selepas dipecat.. Kononnya, borang tu adalah untuk memaksa dia masuk Umno..

Yang sebenarnya, pompuan tu yang mintak borang tu dari Timbalan Ketua Umno Labuan.. Bukan sekeping beb.., tapi 10 keping...

Korang tengok sendiri surat yang dihantar oleh Datuk Yunus kepada pompuan tersebut.. Kan ada tertulis "SEPERTI DIMINTA" kat surat tu.. Ni membuktikan borang Umno tu diminta sendiri oleh pompuan berkenaan..

Tuesday 4 December 2012

R.SIVARASA TULIS SKRIP KEPADA DEEPAK KARPET





Ramai yang sudah mengetahui motif kemunculan watak baru seorang penjual karpet bernama Deepak Jaikishan dengan ceritera penglipurlara disaat permulaan Perhimpunan Agung UMNO 2012 adalah untuk menimbulkan keraguan dikalangan ahli UMNO terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Malangnya taktikal strategik sedemikian gagal untuk mencalar imej PM dan isterinya, Rosmah Mansor dan tidak berupaya mencapai klimaks yang diingini oleh Pakatan Pembangkang yang diketuai Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Menampilkan Deepak sebagai watak pelakon tambahan untuk menguatkan ceritera Altantuya dan PI Bala sebenarnya makin menampakkan betapa tertekannya pakatan pembangkang dalam usaha songsang mereka untuk menarik semula perhatian ramai terhadap kisah itu.

DEEPAK DIAJAR OLEH ANWAR UNTUK MEMBUNUH NAJIB RAZAK ?




1. Kenyataan Husam yang dikeluarkan di Harakah dan MalaysiaKini berkenaan kenyataan Deepak merupakan satu cubaan untuk membunuh DS Najib Tun Razak.

2. Husam secara langsung telah menyebut bahawa UMNO mempunyai pilihan untuk melepaskan DS Najib bukan dilihat sebagai saranan tetapi sebagai hasutan yang merbahaya.

3. Isu Altantuya yang telahpun selesai di mahkamah sepatutnya tidak patut menjadi pokok perbincangan. Tindakan Deepak boleh dilihat sebagai menghina keputusan mahkamah serta menyimpan maklumat berhubung kes mahkamah.

4. Dan lebih menarik lagi apabila masa yang dipilih untuk kononnya Deepak mendedahkan penglibatan langsung DS Najib dan keluarga sangat berkebetulan dengan #PAU2012.


ANWAR PERKENAL WATAK HERO TAMIL SEMPENA #PAU2012 DAN PRU13 ?




CERITA Deeepak ni sebenarnya bukan susah sangat nak faham. Plot sebenarnya satu je, nak burukkan Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah, UMNO dan kerajaan. Selain nak hidupkan semula kisah Altantunya yang semakin pudar dari hari ke hari.

Kisah sebenarnya cerita Deepak ini ialah masalah dia dengan Raja Ropiaah, berhubung pembelian tanah, itu sahaja, tak lebih tak kurang.

Apa kaitan lain yang cuba ditimbulkan pembangkang adalah kaitan yang dibuat-buat, contohnya mengaitkan kes Deepak ni dengan pembunuhan Altantunya, takde kaitan pun. Begitu juga tindakan mengaitkan kes Deepak ni dengan NFC, pun sama, takde kaitan langsung.

Pembangkang sengaja tokok tambah nak bagi panjang cerita yang sebenarnya pendek saja. Pokok pangkalnya yang semua orang perlu tahu, ini soal jual beli tanah antara syarikat Deepak dengan Raja Ropiaah.

KENYATAAN TUNKU AZIZ BIKIN PAKATAN TRAUMA !!




Cubaan segelintir rakyat di negara ini bereksperimen menukar kerajaan merupakan tindakan berbahaya dan akan memakan diri sendiri.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim (gambar) berkata, tindakan itu yang dilakukan hanya kerana termakan janji manis dan fitnah pembangkang juga akan mengakibatkan kerugian dalam jangka masa amat panjang.

"Fikirkan, apakah bentuk transformasi dan kemajuan yang telah dibuat pembangkang dalam empat tahun memerintah selain daripada apa yang telah sedia ada dilakukan kerajaan terdahulu? Namakan bentuk perubahan serta kebaikan yang telah dibawa selama tempoh pemerintahan mereka?

PENGAKUAN SEORANG RAKYAT SINGAPURA YANG MENYOKONG BN !! !!




Apa yang di lakukan parti PAP di Singapura tidak tumpah seperti mana yang di lakukan parti DAP di Malaysia kerana kedua-dua parti tersebut mempunyai pertalian seperti adik dan abang di dalam menghapuskan keistimewaan hak milik bangsa Melayu di dunia.

Dahulunya di Singapura, PAP meletakan pemimpin dari kalangan orang Melayu untuk mendapatkan kuasa politik. Namun kini setelah PAP dapat mempengaruhi orang Melayu Singapura melalui politik orang Melayu, PAP telah menunjukan belang apabila tidak mengiktirah peranan bangsa Melayu di dalam pentadbiran Negara tersebut.

Semasa Singapura masih di dalam Malaysia, Perdana Menterinya, Lee Kuan Yew, sebagaimana yang dicatatkan di dalam akhbar Strait Times bertarikh 5 Mei 1965, telah mencabar kedudukan dan hak istimewa orang Melayu di Malaysia sebagaimana yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan dengan mengatakan bahawa taraf pribumi orang Melayu tidak ada lebihnya jika dibandingkan dengan orang Cina, India dan masyarakat pendatang yang lain.

Di dorong sama ada oleh agenda politik yang menjurus untuk memajukan kepentingan politik Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura ataupun kerana memang betul-betul jahil tentang sejarah, budaya, dan penduduk pribumi di rantau ini, Lee mengaitkan orang Melayu Malaysia dari keturunan Indonesia sebagai pendatang yang sepatutnya setaraf dengan masyarakat pendatang yang lain.

HUSAM MUSA BUKTIKAN BETAPA BONGKAKNYA PAKATAN PEMBANGKANG





"Bumi mana tak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang wujudnya orang, atau pimpinan, atau persyarikatan atau parti yang tidak tidak pernah tersandung atau tersalah.

Di atas segalanya, sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, kami menyusun jari nan sepuluh memohon maaf atas kekhilafan."

Ucap kata di atas tidak dituturkan oleh seorang diktator mahupun pemimpin yang zalim dan ia tidak juga diucapkan oleh seorang hamba Allah yang ego menongkat langit, sebaliknya ungkapan tulus itu terbit dari hati seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.

Pemimpin negara berjiwa rakyat yang dimaksudkan itu ialah Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak, beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2012 di PWTC pada Khamis lepas.

PANASS !! BUKTI ANWAR NAK BUNUH EKONOMI KAUM MELAYU !!




Seperti biasa, depan orang cina Anwar akan bersandiwara kononnya dialah pembela nasib ekonomi orang cina..

Dalam ucapan, Anwar tak henti henti menghentam Tan Sri Syed Mokhtar Albukhari kononnya banyak projek projek besar kerajaan diberi kepada Tan Sri Syed Mokhtar..

Anwar terpaksa mengikut rentak permainan politik dap bagi meneruskan agenda melenyapkan ekonomi orang Melayu dari memperolehi apa apa keistimewaan dari Kerajaan..

Belum pun jadi Kerajaan Pusat, PR dah mula tunjuk taring sebenar..Jadi ayuhlah, kita sama sama tolak PR pada PRU13 akan datang..

PANASS!! Cerita dan Fakta Mengenai Negara Yang Hilang Dari Muka Bumi!!




Setelah adanya penggabungan / pemisahan dan juga penukaran nama , banyak negara yang ada diantaranya sangat dikenali umum, telah hilang atau lenyap dari peta dunia . Senarai yang di sertakan ni bukanlah yang lengkap dan muktamad tapi masih lagi tepat sebagai rujukan tentang negara yang telah tiada .

» Abyssinia : Nama lama bagi Ethiopia sehingga awal abad ke 20

» Austria - Hungary : Sebuah kerajaan monarki ( juga dikenali sebagai Empayar Austro-Hungarian ), yang ditubuhkan pada tahun 1867 yang merangkumi kawasan ( pada hari ini )Austria, Hungary, Poland, sebahagian Czech Republic, Itali, Romania dan beberapa negaraBalkan . Empayar ini telah runtuh pada hujung Perang Dunia Yang Pertama .

» Basutoland - Bertukar menjadi Lesotho pada tahun 1966

» Bengal - Sebuah kerajaan yang merdeka dari tahun 1338 sehingga 1539 . Sekarang ini merupakan sebahagian dari negara Bangladesh dan India .

» Burma - Nama nya telah ditukar secara rasmi kepada Myanmar pada tahun 1989 namun banyak negara/individu yang tidak menyedari perubahan ini dan masih mengenalinya sebagai Burma .

» Catalonia - Sebelumnya adalah sebuah negara autonomi di Sepanyol . Pernah mendapatkan kemerdekaan dari 1932 - 1939 sebelum kembali menjadi daerah di negara tersebut .

» Ceylon - Menukar nama menjadi Sri Lanka pada tahun 1972

» Champa - Terletak di bahagian tengah dan selatan Vietnam hari ini . Merupakan sebuah kerajaan dari abad ke 7 sehingga ia runtuh pada 1832.

» Corsica - Pulau Mediterranean ini pernah diperintah oleh beberapa kuasa besar dan juga pernah beberapa kali mendapatkan kemerdekaannya . Pada hari ini , ia termasuk dalam negara Perancis .

» Czechoslovakia - Berpecah secara aman pada tahun 1993 menjadi negara Slovakia danCzech Republic.

» Jerman Timur & Jerman Barat - Bergabung pada tahun 1989 dan membentuk Kesatuan Jerman .

» Pakistan Timur - Memisahkan diri dari Pakistan pada tahun 1972 dan membentukBangladesh.

ORANG BUTA KENA TUMBUK GARA GARA LAMBAT MELINTAS JALAN






Seorang lelaki yang tidak bertimbang rasa telah menumbuk seseorang lelaki yang cacat penglihatan hanya kerana lelaki itu melintas jalan terlalu lama.

David Horan sedang berjalan di sekitar Newcastle, Australia bersama anjingnya sebagai penunjuk jalan.

Tiba di satu laluan, David dan anjingnya ingin melintas, tetapi, mengambil masa kerana anjingnya tidak biasa dengan laluan pejalan kaki di situ.

Lelaki yang tidak dikenali sedang memandu kereta turun dari kenderaannya dan bertindak menumbuk David.

Dia menumbuk David kerana berang David mengambil masa yang terlalu lama untuk melintas jalan.

Monday 3 December 2012

PANASS !! KEKAYAAN DI AZIZ TELAH DIDEDAHKAN ! MILIKI TANAH DI LADANG RAKYAT ?





22 tahun Kerajaan PAS Kelantan menguasai negeri Cik Siti Wan Kembang sejak 1990, antara projek pembangunan yang agak dekat di ingatan tapi jauh dari hati rakyat ialah skandal penyelewengan tanah Ladang Rakyat di Selatan Kelantan.

Semasa ura-ura Ladang Rakyat mahu diwujudkan oleh Kerajaan PAS Kelantan, pemimpin PAS negeri mmenyebarkan cerita propaganda konon dengan pembukaan ladang itu nasib rakyat di kawasan Selatan Kelantan terutama sekali Gua Musang dan Kuala Krai akan terbela, jauh lebih baik berbanding peneroka FELDA.

Rakyat di gula-gulakan dengan janji manis akan memperolehi tanah yang luas terbentang setiap orang, sebuah rumah, peluang pekerjaan di ladang serta mendapat faedah keuntungan dividen RM200.00 setiap bulan.

PANASS !! URUTAN GADIS SEKSI DI KELANTAN ?




Video yang menceritakan bahawa Kerajaan Pas Kelantan tidak melaksanakan dengan betul undang2 atau larangan yang terkandung di dalam Enakmen Keluarga Keluarga Islam Kelantan 1993 (pindaan 1999).Atau sikap pilih bulu dalam menjalankan sesuatu tindakan mereka.



Klik sini untuk lihat sedutan seterusnya

SELURUH PENIAGA PASAR MALAM DAN TANI AKAN SERANG SUK SELANGOR





Pendedahan Datuk Ramli Norani, pembahas dari Selangor dalam Perhimpunan UMNO beberapa dari lepas, mengenai keputusan kerajaan negeri untuk mengambil alih pasar tani dan pasar malam boleh dianggap sebagai kemuncak kepada usaha berterusan dan bersungguh-sungguh untuk menindas Melayu di negeri ini.

Bukan kita tidak tahu yang pasar malam dan pasar tani adalah antara satu-satunya tempat utama bagi kaum Melayu berniaga. Semakin hari, semakin ramai yang menyedari dan mengiktiraf produk-produk segar yang dijual oleh peniaga Melayu di sini. Mungkin kerana produk-produk ini mula mendapat sambutan dan dilihat sebagai mampu menyaingi pasar-pasar segar milik Cina maka ia mula menjadi sasaran kerajaan Pakatan Rakyat.

Justeru, mereka pun membuat keputusan untuk mengambil alih perniagaan ini sebagai satu tindakan terancang menyekat pendapatan serta potensi peniaga Melayu dari terus maju. Ini dilihat sebagai satu lagi keputusan biadap sama seperti percubaan mereka untuk mengambil alih tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan baru-baru ini. Alhamdulillah, percubaan tersebut telah tidak berjaya.

ISU SALON RAMBUT: PAS SUJUD KEPADA DAP



Hari ini Pas yang pernah dan masih mengatakan bahawa ia adalah parti Islam yang terhebat dan paling ikhlas memperjuangkan agama yang di bawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, kini berada di persimpangan jalan.

Ketika Pas masih di usia muda dan baru ditubuhkan mungkin dakwaan tersebut ada kebenarannya, maklumlah semangat masih berkobar-kobar, jiwa masih bersih daripada nodaan syaitan.

Kini setelah enam dekad wujud di persada politik kebangsaan, identiti Pas sebagai parti Melayu yang dikatakan bertunjangkan kepada perjuangan untuk menegakkan Negara Islam sudah mula dipertikaikan.

Malah ada juga yang sudah mengatakan parti itu sekarang saling tak tumpah seperti parti-parti lain yang mengamalkan prinsip Machiavellian dalam pendekatan politiknya iaitu matlamat menghalalkan cara.

TERKINI !! 5 RENTUNG TEROWONG JEPUN RUNTUH



Lima mayat yang rentung ditemui di dalam terowong Sasago di Lebuh Raya Chuo, sebelah barat Tokyo, yang runtuh awal pagi semalam sementara kebimbangan bahawa akan ada runtuhan susulan berterusan.

Insiden itu turut menyebabkan kebakaran dan pertembungan beberapa kenderaan.

Sekurang-kurangnya tujuh orang hilang di terowong yang panjangnya hampir lima kilometer. Ia antara terowong paling panjang di Jepun.

Terowong itu terletak kira-kira 80 kilometer ke barat Tokyo.

BERTUAHNYA FARID KAMIL DAPAT BMW X6 SPORT



Antara perkara yang menjadi tumpuan umum yang hadir pada malam resepsi Farid Kamil dan Diana Danielle adalah ‘kejutan’ daripada bapa Farid sendiri iaitu Dato` Dr Zahari Che Dan.

Ketika kedua mereka sedang bersanding di pelamin, pengacara majlis mengumumkan tentang hadiah yang bakal diterima kedua pengantin daripada bapa Farid.

Dato` Dr Zahari telah bermurah hati menghadiahkan anak dan menantunya sebuah kereta BMW X6 Sport sebagai hadiah perkahwinan mereka.

Ini adalah tanda restu daripadanya dan keluarga dengan penyatuan dua hati ini.

Bertuah badan….



SUMBER

Sunday 2 December 2012

VIDEO PENUH UMNO KEDAH BONGKAR KELEMAHAN PAS DI #PAU2012



VIDEO GARUDA DITELAN HARIMAU HIDUP HIDUP



MALAYSIA 2 - INDONESIA 0



HAHAHAHA

EKSKLUSIF !! APA @EMMA_MAEMBONG BUAT SEMALAM DI #PAU2012 ?





Kehadiran artis baru yang makin meningkat naik di hari terakhir Perhimpunan Agung Umno di PWTC semalam mendapat perhatian ramai pengunjung..

Emma Maembong bersama sama adik beradiknya dan bapanya Ismail Embong seorang Pelukis Negara hadir mendengar ucapan pengulungan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak..

Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, mungkin bapa Emma seorang penyokong kuat Umno..Kini tradisi itu akan diikuti oleh anak anaknya kelak

Semua artis mempunyai hak di dalam memilih mana-mana parti yang mereka rasai sepatutnya di sokong di dalam menerajui kepimpinan Negara. Tetapi janganlah mengguna politik sebagai tempat meraih perhatian dari orang ramai setelah tidak lagi laku dalam industri hiburan seperti yang di lakukan Abby Abadi sekarang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive