Saturday 18 August 2012

PAS JADI LEMBU DITARIK HIDUNG DALAM PAKATAN RAKYAT


Setelah menjadi keldai tunggangan DAP dan PKR untuk sekian lama, pemimpin PAS masih tidak mengerti dan faham bahawa mereka sebenarnya telah dipergunakan untuk menjayakan agenda liberalisme, pluralisme serta penghapusan kepentingan dan hak-hak Melayu di negara ini.

Sentiasa sahaja PAS akan mempertahankan kedua-dua sekutunya dalam Pakatan Rakyat apabila mereka diserang tetapi adalah parti itu benar-benar faham apa yang mereka cuba pertahankan?

Takkan pemimpin PAS seperti Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz Nik Mat begitu bodoh dan bebal sehingga tidak dapat membaca perancangan DAP dan PKR yang akan menyisihkan masa depan Islam dan Melayu sekiranya mereka berkuasa?

Dalam isu fatwa haram mengundi dan menyokong DAP yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Abdullah Sama'ah, PAS begitu beria-iya mempertahankan DAP.

Pernahkan kita lihat DAP melakukan perkara yang sama mempertahankan PAS dalam mana-mana isu selama ini?

PANASS !!! RAHSIA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA SENTIASA DI GERUNI PIHAK LAWAN [ SULIT ]




1 - Percaya atau tidak jika dikatakan Komando² Malaysia diberi tugas sebagai QSR (Quick Reaction Rescue) bagi tentera NATO dalam perang BOSNIA? Suatu ketika pernah dicatatkan dalam newspaper di Amerika.. Diharapkan informasi ini dapat dikaji dan dikongsi bersama….hal ini dan diperakui oleh tentera² asing dan mengelarkan pasukan yang datang untuk garisan mati.

2 - ATM diperakui PAKAR PERANG HUTAN oleh seluruh dunia dan merupakan satu satunya pasukan yang Berjaya mengekang komunisme? Percaya atau tidak?

3 - VAT69 dijulang sebagai komando terbaik dunia sehinggakan pasukan ini didokumentarikan oleh ASIA CHANNEL…percaya atau tidak?

PANASS !!! BLOGGER PAS KEDAHLA FITNAH RAKAN SENDIRI UNTUK DAPAT HABUAN DARI PEMIMPIN ?!

Penulis blog kedah la
Selepas MTK keluarkan isu blogger dan Facebooker Pas Asfanizam Abdullah yang juga Timbalan Pengarah MTD Derga merangkap S/U Pemilih Pas Negeri Kedah di serang samseng Pas klik SINI .. Hari ni Penulis blog KedahLa yang berjawatan tinggi dalam Pas Kedah telah memutarbelitkan fakta sebenar kononnya Asfanizam Abdullah dipukul oleh samseng UMNO..

PANASS !!! Ac Mizal Beri Kata Dua Pada Abby Abadi!! Take It Or Leave It !!



Mengenai pilihan Abby Abadi untuk aktif berpolitik dengan memilih untuk menyertai parti pihak pembangkang, AC Mizal berkata, dia tidak punya apa-apa untuk diperkatakan, sebaliknya menghormati keputusan Abby Abadi.

"Saya cuma mahu ingatkan Abby jika mahu membuat apa-apa kenyataan diharapkan ada justifikasi yang betul mengenainya. Biarlah kita tertib dan sopan apatah lagi jika mahu berdakwah atau menyebarkan ajaran Islam.

"Janganlah terlalu taksub dengan ideologi politik kerana pegangan agama itu suci untuk dipolitikkan. Setiap butir kata yang diucapkan eloklah difikir dahulu kerana kadangkala kita tidak tahu mungkin kita ada mengaibkan orang lain atau mengguris hati orang lain.

"Mungkin sekarang ramai yang menyokong apa yang anda suarakan mana tahu suatu masa akan datang apa yang kita perjuangkan itu akan makan diri kita balik,"ujarnya kepada portal murai.com.my setelah diminta untuk komen mengenai isu tersebut.

GEMPARR !!! ANWAR MOHON MAAF DAN MENYESAL KERANA FITNAH TERLAMPAU KEATAS DS @NajibRazak SERTA DS ROSMAH !!



MTK terkejut apabila membaca perutusan terbaru Anwar Ibrahim di dalam blognya anwaribrahimblog.com sempena aidilfitri bertindak memohon ampun dan maaf kepada DS Najib dan DS Rosmah atas fitnah terlampau yang dilakukan semaa mata untuk mengejar takhta Perdana Menteri Malaysia..Anwar Ibarhim juga mengakui DS Najib adalah orang BAIK..

Baca perutusan Anwar kat bawah ni..

Friday 17 August 2012

TUDIAA !!! KOMANDO MALAYSIA BERJAYA SELINAP MASUK AIR BASE SINGAPORE TANPA DI KESAN ??



Malu sungguh Singapore apabila Komando Malaysia menceroboh masuk Pengkalan Udara Singapura di Bukit Batok dengan menampal Stamp Malaysia pada misil dan menukarkan bendera Singapura kepada bendera Malaysia di atas meja Pegawai Memerintah Pasukan itu di Singapura. Itu belum lagi yang dia orang siap berak , makan minum dan tenguk TV lagi dan tinggalkan seluar dalam kotor dalam almari komanden kem berkenaan. ini yang tak dilaporkan. ha ha ha...... sombong sangat ingat mereka hebat.

Sepatutnya Menteri Dalam Negeri juga perlu meletakkan jawatan. PAP punya malu tidak terkira sehingga mengarahkan DAP untuk menjatuhkan kredibiliti angkatan tentera kita pula. TOLONG SAMPAIKAN PESAN DARI KAMI WARGA MALAYSIA KEPADA LIM KIT SIANG DAN ANWAR IBRAHIM. JANGAN INGAT TENTERA SINGAPORE HEBAT SANGAT HINGGAKAN KAMI TAKUT DENGAN MEREKA . JANGAN DI BANGUNKAN HARIMAU YANG SEDANG TIDUR.

PAS Bukan Parti Islam: Taksub Yang Membutakan Mata hati


Menjadi satu trend kebiasaan bagi penyokong dan pemimpin PAS tatkala bertelikah pendapat sesama Islam, mereka akan sentiasa mengambil pendirian mendahulukan kepentingan politik kepartian sekalipun ianya langsung tidak menepati anjuran Islam yang mahu umatnya berlapang dada dalam menerima perbezaan pandangan.

Sikap bongkak dan perilaku taksub pada parti yang ditonjolkan oleh penyokong dan pemimpin PAS dalam banyak hal membabitkan kepentingan ummah seakan sudah satu lumrah berkemungkinan berkait rapat dengan asal usul penubuhan PAS itu sendiri yang lahir dari perasaan dendam dan irihati.

Lanjutan dari itu menyebabkan ramai penyokong PAS mahupun pemimpin mereka sentiasa berusaha mencari alasan untuk memperlihatkan pendirian mereka dalam sesatu isu adalah betul dan tidak pernah silap, manakala apa sahaja yang diusahakan oleh UMNO akan cuba dipropagandakan sebagai salah dan tidak pernah betul di mata mereka.

PANASS !! NATASHA HUDSON DAH UMUM MASUK PAS ??



HAHHAHA, Saja nak bagi puak pas geli geli dengaq, puak pas ni bila sebut ja artis masuk pas mesti melompat gembira seronok bagai tak terkata..Tapi bila ulama Pas, ustaz ustaz Pas masuk Umno macam macam kata kata keji di lemparkan sampai ada yang maki hamun pun ada..

Apa punya jenis manusia la orang pas ni, yang duk maki hamun orang lain depa tak ingat Islam pulak..tapi bila berhujah macam macam ayat ayat dari hadith depa copy paste semata mata nak tunjukkan diri depa tu sesungguhnya maha suci dari segala dosa..

KENAPA PEMBANGKANG DENGKI PM BERSAMA ULAMA ??



Ternyata pembangkang begitu dengki apabila tokoh ulama terkenal Arab Saudi, Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish mengunjungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib di sebuah hotel di Mekah dalam kunjungannya ke sana untuk mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Mungkin merasa tertampar dengan gambar Datuk Seri Najib yang berbual mesra dengan ulama-ulama tersebut, pembangkang membuat berbagai cerita bagi memperlekeh dan memburukkan beliau. Malah, demi ‘menjaga air muka’ kehadiran Nasharudin Mat Isa, Ahli Parlimen PAS Bachok bersama Datuk Seri Najib dikatakan pembangkang sebagai ‘penterjemah’ kerana Perdana Menteri kita tidak dapat berbahasa Arab.

Jika pembangkang mengambil tahu sendikit tentang perkembangan semasa, mereka pasti tahu bahawa ulama-ulama Arab, termasuk Sheikh Dr. Abdullah Hamad Jalaly baru saja berkunjung ke Malaysia atas jemputan ke Majlis Fiqh bersama Ulama pada bulan Julai yang lepas. Di dalam majlis tersebut, tiada ulama PAS diperlukan untuk menjadi penterjemah antara Datuk Seri Najib dengan mereka kerana mereka kebanyakannya boleh berbahasa Inggeris. Dan kalau pun seorang penterjemah diperlukan, di kalangan ulama UMNO dan kakitangan jabatan agama juga ramai.

PANASS !!! LEMAN 3 SUKU BARU 2 3 HARI MASUK PAS DAH BERCITA CITA NAK JADI YB ??



Leman, antara lawak dan auta, aku rasa hang ni kaki auta ja lebih..Nak kata hang ni pelawak si amireca tu lagi lawak dan paling laku sampai sekarang walaupun lawak si amireca dia sorang ja yang faham..Rasanya ini kat bawah ni statement paling 3 suku mengenai si Leman Lembu ..Hampa nilai sendiri kenyataan yang di keluarkannya pada bulan 3 tahun lepas.

Di sebabkan teringgin nak jadi YB, maka si Leman pun menganut ajaran otak hijau supaya boleh popular dengan publisiti murahan..masuknya kedalam program realiti Raja Lawak hanyalah untuk duduk dalam bakul dan angkat sendiri dalam erti kata lain ( nak cepat terkenal )

IKLAN PROMOSI AIDILFITRI !!! YANG PEJAL LAGI MONTOK UNTUK WANITA



Mai oi mai cik kak , cik janda mak cik mak cik !! promosi untuk beraya agar anda nampak lebih pejal dan montok..Makanlah sebanyak mungkin semasa pergi beraya di rumah sanak saudara dengan adanya baju kalis kegemukan yang pejal lagi montok ini anda kelihatan lebih kurus berbanding tiang lektrik..

Punya lah gila nak buat promosi sampai baju dalam pun termasuk dalam promosi raya..Bagi sesetengah orang memang nampak iklan ini biasa tapi kalau difikirkan balik sesuaikah accessories pakaian dalam wanita di letakkan sekali dalam promosi raya aidifitri ??

Mungkin sesuai bagi wanita tapi kegunaan ayat pejal dan montok tu agak kurang sesuai untuk promosi pakaian tersebut..Pejal dan montok boleh ditafsirkan dengan pelbagai makna...

Panass!! Fitnah & Dusta Makanan Harian Balaci PAS





Sahih terbukti, inilah realiti yang sukar untuk dinafikan sama sekali apabila fitnah yang sudah mendarah daging semakin bersebati bersama pekat hitam seketul daging yang dinamakan hati.

Ya, hati yang hitam legam angkara rutin hariannya mencintai fitnah berbanding kebenaran sememangnya agak sinonim dengan penyokong sebuah parti yang kononnya mendaulatkan Islam dalam dasar dan polisinya.

Dek kerana hitamnya hati-hati yang menyokong PAS mengakibatkan penglihatan mereka ditutup rapat dari kebenaran sebaliknya fitnah dan dusta dipandang sebagai memiliki darjat yang tertinggi.

Itulah yang berlaku bila mana Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan kes berkaitan saman fitnah UMNO terhadap fitnah oleh Harakah terpaksa ditolak sekalipun mengesahkan fitnah telah dengan sengaja dilakukan oleh media rasmi PAS itu.

SUSPEK POLIS PALING DI KEHENDAKI !! TOLONG SEBARKAN GAMBAR INI





Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan saspek berhubung kejadian remaja perempuan 16 tahun yang di bakar di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi semalam.

Nama: MOHD AMIR BIN MOHD ANUAR
Umur : 18 Tahun

Orang ramai yang mengenali saspek bolehlah menyalurkan maklumat ke Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ditalian 03- 21460522 samb. 597 atau mana-mana balai Polis yang berhampiran atau melalui Hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728.

Thursday 16 August 2012

UMNO KEDAH INGATKAN RAKYAT JANGAN ULANGI KESILAPAN YANG LALU




Umno Kedah sekali lagi mengingatkan rakyat negeri itu supaya tidak mengulangi kesilapan dalam memilih kerajaan pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata kesilapan yang dilakukan pada PRU 2008 perlu ditebus bagi memastikan kebajikan rakyat terpelihara.

Beliau berkata rakyat wajar memilih parti yang akan memerintah Kedah dengan bijaksana kerana pakatan pembangkang yang mentadbir negeri ini selepas PRU ke-12 tidak membawa sebarang pembangunan malah kebajikan rakyat tidak terbela.

"Rakyat boleh menilai sejauh mana kerajaan pakatan pembangkang membangunkan negeri. Apa yang mereka laksanakan," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 1,500 warga emas, golongan miskin dan orang kelainan upaya (OKU) dalam kawasan Parlimen Alor Setar di sini hari ini.

PANASS !!! NIK AJIS NI MERENG KA LIDAH DIA BERCABANG ??


Semalam saja rata rata berita dari portal dan media perdana mengatakan Nik Ajis gesa Ustaz Nasha keluar PAS.

Hari ni lain pulak jadinya, Nik Ajis nafi pulak kenyataan semalam gesa Ust Nasha keluar Pas.. Nik Ajis ni mereng ka apa ?? ka kena sindrom lidah bewak guan eng ?? cakap macam orang takdak prinsip langsung..Sembang berputaq putaq..

Apa cerita ni Nik Ajis oii? Takkan nak salahkan media pulak kononnya salah lapor...Tolonglah jangan duk jadi macam orang bengong sangat..lain kali kalau takmau bagi diri tu kantoi bawa orang yang waras duk kat sebelah masa nak bagi statement..


PANASS !!! PAS KEDAH TUMBANG BUKAN SEBAB UMNO TAPI PERGADUHAN SESAMA SENDIRI !!! #SAVEKEDAH



Dalam umat Islam kelam-kabut membuat persiapan Hari Raya, parti Pakatan Rakyat pula kelam-kabut membuat persiapan Pilihanraya.

Ini kerana PR sehingga kini bukan sahaja belum dapat memuktamadkan kerusi dan calon tetapi juga masih bertelagah soal hala tuju pemerintahan sekiranya menang nanti. Soal hudud nampaknya masih belum ada penyelesaian di mana PAS terhegeh-hegeh menyorong pipi, sedia akur dengan ‘penentangan’ DAP asalkan DAP masih bersama mereka, tetapi DAP pula tidak dapat menerima pendirian PAS untuk terus bercakap tentang hudud apa lagi melaksanakannya. Sekiranya perkara ini tidak boleh diputuskan sebelum PRU-13, bagaimana PR mengharapkan rakyat memberi mandat kepada mereka?

Itu belum lagi dikira masalah dalaman parti dan negeri-negeri di bawah jajahan mereka. Cakap-cakap kedai kopi dan sekilas pandang secara rambang, antara negeri yang hampir pasti jatuh kembali ke tangan Barisan Nasional ialah negeri Kedah.

PANASS LAGI MEMBARA !!! BLOGGER PAS TERUK DI PUKUL SAMSENG YANG DIUPAH PEMIMPIN PAS ?


ASFANIZAM ABDULLAH

Petang semalam sebelum waktu berbuka aku dapat satu berita yang rakan  FB dan Blogger pro Pas Asfanizam Abdullah telah di pukul oleh sekumpulan lelaki seramai 12-15 orang yang dipercayai diupah oleh geng syiah dalam parti Pas sendiri..Motif serangan berpunca dari tindakan beliau baru baru ni membongkar kegiatan jahat kumpulan syiah dalam Pas yang berpusat di Pendang Kedah..


Kritikan dan terjahan keras yang beliau lakukan selama ini terhadap pemimpin pas terutamanta Phahrolrazi dan Mat Sabu (geng-geng kuat Syiah Pas) menyebabkan mereka mengupah samseng untuk memukul beliau semalam. Kejadian berlaku betul-betul dihadapan kedai kereta beliau di jalan Langgar. Di bawah gambar yang ambil dari FB beliau..

PANASS !!! KERAJAAN PAS NEGERI KEDAH ARAH WAT SIAM BAYAR WANG ?!!


Boon Som menunjukkan salinan surat jemputan untuk menghadiri perjumpaan di Wat Siam Kampung Kura, Sik
Selepas menghempas pulas Kerajaan Pas Kedah mengutip dana PRU13 semasa siri jelajah himpunan katak hijau baru baru ini , kini Wat Siam di Kedah jadi mangsa terbaru apabila Kerajaan Pas Kedah mengenakan bayaran bagi khidmat kerja kerja mengukur tanah wat dan kubur siam sedangkan pejabat tanah boleh lakukan semua itu dengan percuma..Yang tak masuk akalnya Kerajaan Pas Kedah lantik pulak syarikat swasta untuk kerja kerja itu..

Perlukah Kerajaan Negeri menggunakan khidmat juruukur swasta untuk kerja-kerja mengukur tanah wat dan kubur Siam sedangkan ia boleh dilakukan secara percuma oleh kakitangan pejabat tadbir tanah daerah di seluruh negeri.??

PANASS !!! ANWAR IBRAHIM PEMIMPIN UTAMA FREEMANSON ??




Sebenarnya, saya tidak terkejut dengan pertanyaan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali kepada Anwar Ibrahim mengenai hubung kait dirinya dengan pergerakan organisasi Yahudi antarabangsa, Freemason.

Ini bukanlah pertama kali Anwar dikaitkan dengan pergerakan rahsia golongan Yahudi “elite” ini memandangkan begitu banyak dakwaan yang sama sepertinya diajukan kepada Ketua Pembangkang itu sebelum ini.

Jika mahu dikatakan bahawa tuduhan yang mengaitkan Anwar dengan Freemason itu sekadar gosip liar, segala bukti dan kaitan yang melibatkan “papa Nurul Izzah” itu jelas menunjukkan bahawa dakwaan-dakwaan tersebut mempunyai asas yang agak kukuh.

HARAM JIKA KITA UNDI PAS KEDAH UNTUK PRU 13 NANTI #TUKARKEDAH



Sesungguhnya Haram bagi kita menyokong sesiapa sahaja yang mahu meruntuhkan rumah Allah seperti apa yang cuba di lakukan PAS Kedah, cubaan mahu meruntuhkan Madrasah Salihiah bagi memberi laluan kepada pembinaan pusat membeli belah Aman Centrel kepunyaan Sonny Hoo amatlah biadap sekali.

Untuk pengetahuan semua. Tanah yang di dirikan Madrasah Salihiah berkenaan merupakan Tanah Wakaf Khas yang di wakafkan lebih dari 100 tahun yang lalu.

Sehingga ke hari ini Kerajaan Negeri Kedah di bawah pentadbiran PAS tetap mahu merobohkan Madrasah terbabit kerana tanah terbabit telah di jual kepada Sonny Hoo seorang kontraktor dan pengiat kristian di Pulau Pinang.

TUDIAA !!! ARTIS WANITA BERTUMBUK DI LOKASI SHOOTING [ VIDEO ]


hiasan
Adegan adegan yang anda akan lihat dalam video di bawah ini pada mulanya babak pergaduhan dalam sebuah filem..Tapi pergaduhan itu meleret hingga ke luar babak..Pada mulanya pelakon extra dan kru kru produksi ingat babak pergaduhan itu mengikut skrip tapi keadaan kembali kecoh apabila mereka saling bercakaran sehingga memaksa pengarah meleraikan pergaduhan itu..

Wednesday 15 August 2012

DZULKFLY AHMAD TAK PAYAH LA NAK TUNJUK HEBAT !!!

anu ku besar ni je

Dek kerana nak tunjuk pandai Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad yang juga ahli parlimen Kuala Selangor bandar urut ke dua selepas Puchong tampil pertikai projek Tun Razak Exchange (dulu dikenali sebagai KL International Financial District - KLFID).

Baca petikan tulisannya yang tersiar di TMI di bawah:-


Mentaliti membangkang dalam diri wakil rakyat PAS ini terlalu menebal, hingga tidak perasan yang dirinya adalah sebahagian dari kerajaan di Selangor. Dek kerana terlalu suka mencari 'salah' di pihak orang, maka terlupa pada keburukan diri sendiri.

Sebagai seorang yang satu kawasan dengan MB Selangor (masing-masing menjadi YDP Kawasan dan Ketua Cabang) tidak sepatutnya Dzul bersikap pesimis terhadap Tun Razak Exchange (TRX).

Baca Seterusnya

EKSKLUSIF !!! PEMUDA PAS KEDAH LEKA BERJUDI DI BULAN RAMADHAN #tukarkedah


Gambar ini baru sahaja diambil semalam ketika krew Team Media Kedah sedang membuat tinjauan ke pusat2 judi mesin slot sekitar Alor Star.Sangat mengejutkan kerana kelihatan beberapa org Pemuda Pas Kedah sedang leka bermain judi mesin kuda ketika umat Islam sedang menunaikan ibadah solat Tarawih.

Tanpa segan silu, pemuda pemuda pas ini bermain judi scara berjamaah disalah sebuah pusat judi mesin slot di dalam kawasan Parlimen Pokok Sena yang diwakili oleh Naib Presiden Pas sendiri iaitu Mahfuz Bean Omar.

Pemuda pas sekarang ni semua boleh, dari berjudi cara lama ( kad pakau )hinggalah ke mesin kuda ni.. Baru baru ni pun TMK dah bongkar isu penjualan nombor ekor haram yang terletak berhampiran rumah Taulan Rasul yang turut dibeli oleh penganut penganut Pas..

PANASS !!! GAMBAR NASARUDDIN MAT ISA BERSAMA DS NAJIB PETANDA AWAL PAS KALAH




Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa hari ini dilihat bersama-sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan tokoh ulama terkenal di Arab Saudi iaitu Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish.

Ketiga-tiga ulama itu mengunjungi Najib yang mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di kota suci Makkah mulai hari ini.

Ternyata gambar ini walaupun ‘simple’ tetapi ternyata ia mengandungi sejuta makna yang tersirat.

Mungkin adalah terlalu awal untuk mengaitkannya dengan ‘penghijrahan’ Nasaruddin ke dalam UMNO kerana yang pasti beliau masih seorang ahli Pas.

Tetapi berdasarkan ‘gerak tubuh’ Nasaruddin sebelum ini, adalah tidak mustahil beliau akan menyertai UMNO seperti mana khabar angin yang bertiup kencang sejak akhir-akhir ini.

Nasaruddin sebelum ini memang dilihat sebagai tokoh Pas yang ‘pro-UMNO’ apatah lagi bila cuba membawa idea ‘perpaduan’ dengan parti berkenaan.

KENAPA @Abby_Abadi112 MENGELUPUR BILA DI TEGUR ?? MAKAN DALAM KER ?



Penulis mendapat maklumat bahawa pada hujung minggu lalu telah berlangsungnya sebuah program agama yang melibatkan Ustaz Azhar Idrus (UAI) sebagai penel utama. Turut hadir dalam majlis itu adalah Abby Abadi, Faizal Tahir dan Man Raja Lawak.

Pasti ramai yang mengetahui setiap ceramah UAI pasti menarik ribuan penonton apabila UAI seringkali menyelitkan unsur jenaka sewaktu dakwah.

Tapi kali ini lain pula jadinya apabila Abby Abadi seolah-olah menggelupur malu apabila UAI menjawab persoalan yang diberikan oleh Abby sendiri. Abby bertanya kepada UAI berkenaan isu artis yang berhijrah dan mula memperkatakan isu agama.

UAI menegaskan penghijrahan kepada sesuatu yang lebih baik menjadi kemestian untuk umat Islam lain suka dengan perubahan yang mereka lakukan. Selain itu, antara jawapan UAI adalah; “Kadang-kadang kita ni artis, dulu kita lagha, sekarang kita ok dah, mulakan perjalanan.

PANASS !! MUSANG DI KEMENTERIAN KEWANGAN TERBONGKAR ??!!




Akhirnya, Musang berbulu ayam yang selama ini menjadi tali barut Pakatan Haprak dalam Kementerian Kewangan kerana mendedahkan maklumat sulit kerajaan berhubung projek LRT Ampang selama ini berjaya DIBOGELKAN.

Nama individu terbabit Dato' Fauziah Yaacob, Setiausaha Bahagian Perolehan, Kementeriaan Kewangan yang duduk dalam Tender Board.

Dia yang berdegil mahu memberikan projek tersebut kepada Ingress, syarikat kroni Anwar Ibrahim dan JV partner, Balfour Beatty yang angkuh tak mahu tolak ansur.

Berapa agaknya jumlah sogokan yang diterima oleh perempuan ini dari Rafizi dengan menyalurkan maklumat rahsia Kerajaan kepada Pembangkang. Tak mungkin, perempuan ini melakukan perbuatan tersebut ikhlas kerana Allah Ta'ala sedangkan dia sendiri tahu 'malapetaka' yang bakal menimpa dirinya apabila KANTOI dan DIBOGELKAN nanti..Baca seterusnya

GEMPAR !! MAYAT LELAKI DI TEMUI SELEPAS 2 HARI KEMALANGAN




Penduduk di Batu Putih KULIM digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki berusia 20 tahun dalam keadaan meniarap di parit berhampiran jalan utama di Batu Putih kira-kira jam 7.10 petang, kelmarin.

Dari siasatan dijalankan mendapati mangsa sudah dilaporkan hilang dua hari lalu oleh waris yang bimbang keselamatannya.

Ketua Trafik Kulim, Asistan Superintendan Ismail Ayob berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan balik ke rumah. Tiba di tempat kejadian mangsa terbabas lalu merempuh papan tanda dan tayar yang ada di tepi jalan sebelum terhumban ke dalam parit.

“Selain itu bahagian belakang motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggangnya dipercayai menghempap kepala mangsa dan ini mengakibatkan kecederaan di bahagian kepalanya.

Tuesday 14 August 2012

TUDIAA !!! PEROMPAK TERKEJUT BANK MUSNAH GARA GARA BOM



Tindakan sekumpulan perompak mahu melarikan wang dalam sebuah mesin pengeluaran automatik (ATM) di sebuah bank menggunakan bahan letupan bukan saja gagal, malah turut memusnahkan hampir keseluruhan bank, menyebabkan perompak terbabit panik dan terus melarikan diri.

Kejadian berlaku kira-kira 3.20 pagi di Bank Rakyat cawangan Masjid Tanah yang terletak di bangunan rumah kedai dua tingkat dekat Taman Bandar Baru, Masjid Tanah, di sini awal pagi semalam.

Ia menyebabkan kawasan sekitar bergegar kuat sehingga mengejutkan sebahagian penduduk taman perumahan berhampiran.

Ketika kejadian, kesemua kedai dalam barisan rumah kedai berkenaan sudah tutup.

BUKTI BERGAMBAR !! PAS LEBIH MEMUJA ARTIS DARI ULAMA




Bukan menjadi rahsia lagi sindrom kegilaan pemimpin-pemimpin PAS mengangkat artis untuk diletakkan di tempat tertinggi di dalam parti. Kalau P"Gay"R pada masa sekarang tengah gila meroyan membeli katak-katak veteran yang "rumah kata pergi, kubur kata mari" di Sabah, PAS sudah dilanda sindrom artis! Gambar-gambar artis menjadi topik utama portal Haprakdaily, bukan aktiviti-aktiviti ulama-ulama Pas..

Baca Seterusnya

PANASS !!! SELURUH PONDOK DI KELANTAN TOLAK PAS HABIS HABISAN




Tuan Haji Abdullah Saamah, pengasas pondok Mahiliah Geting Tumpat telah menegaskan bahawa membantu memenangkan DAP, berjuang bersama DAP atau dalam ertikata lain, bekerjasama dengan DAP, hukumnya adalah haram. Antara ulama yang menyokong pandangan ini ialah Tan Sri Harussani.

Ini menunjukkan bahawa kedua-dua Ulama berjawatan dan Ulama pondok juga berkongsi pendapat yang sama.

Dari segi kelayakan, Ulama berjawatan seperti Tan Sri Harussani tentulah tidak perlu dipertikaikan lagi.

Manakala Ulama pondok pula, seperti Tuan Haji Abdullah Saamah juga bukan calang-calang tinggi kelayakannya kerana beliau telah berguru di berbagai tempat antaranya, Pondok Berangan, Pondok Pohon Durian Jahar, Pondok Bermin, Pondok Hj. Ismail Tok Som, Pondok Pujuk Dusun Belaga dan akhirnya di Mekah di mana beliau berguru dengan empat orang guru selama 12 tahun. Tempoh pembelajaran beliau di kesemua pondok-pondok tersebut termasuk Mekah adalah melebihi 27 tahun.

Oleh itu, apabila kedua-dua golongan Ulama ini bersatu dalam memberi pendapat mengenai haramnya menyokong dan bekerjasama dengan DAP, maka ia bukan lagi sesuatu yang boleh dipandang ringan atau diketepikan. Ini kerana, soal sokongan dalam parti politik akan menentukan masa depan ummah dan agama Islam di negara ini.

PANASS !!! PKR BAPAK SEGALA PENYANGAK, PENYAMUN ??!!


Selepas PKR mengikis sampai licin harta negeri terkaya disemenanjung iaitu Selangor, kini mereka beralih arah ke negeri Sabah..Diakhir akhir ini PKR giat melancarkan gerak kerja mereka di Sabah agar cita cita untuk menawan Sabah berjaya..

Sebelum saya pergi lebih mendalam ke Sabah, saya ingin mempersoalkan jawatan Anwar sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor yang bergaji sebanyak RM 1.. Di mana kelibat Anwar bila sesuatu isu permasalahan yang berkaitan dengan kewangan negeri Selangor??

Di akhir pemerintahan kerajaan PKR Selangor segala isu melibatkan salahguna kuasa, ekonomi dan kegagalan mengurus kewangan semakin terbongkar..Boleh dikatakan kesemua isu yang timbul melibatkan dengan kewangan negeri Selangor..

KANTOII !!! KAD JEMPUTAN PERKAHWINAN PADERI GAY TERTULIS NAMA ANWAR IBRAHIM SERTA KELUARGA ??


Ini bukti Anwar sememangnya menyokong kumpulan LGBT..Manakan tidak, Anwar sendiri di jemput untuk menghadiri perkahwinan songsang paderi gay bersama pasangan lelakinya..Menyokong kumpulan LGBT bukanlah satu pekara yang baik dari segi Islam..Bahkan semua agama pun menolak perkahwinan sejenis.

Sebelum ini Anwar pernah mengulas isu gay semasa ditemubual dalam satu wawancara BBC antaranya Anwar mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan gay di Malaysia dikaji semula..Anwar menyifatkan undang-undang tertentu sudah lapuk dan sesuatu yang tidak releven lagi..

GILAA !!! CURI AYAM SIMPAN DALAM LUBANG KEMALUAN



Pernah suatu ketika dahulu di Malaysia popular dengan isu ‘nasi kangkang’ apabila dikatakan si isteri mampu menundukkan si suami.

Tatapi kali ini penulis ingin berkongsi beberapa gambar pelik yang dikatan ‘Ayam Kangkang’.

Adakah ini amalan ‘pelik’ yang turut diamalkan diluar negara?

Penulis melihat seperti kejadian itu berlaku di sebuah pasaraya.

Malah, ayam yang digunakan adalah ayam mentah.

Monday 13 August 2012

MAT MELAKA : KISAH PEMBUNUHAN BERSIRI MELAYU




Bila menceritakan mengenai pembunuh bersiri, kita akan terbayang imej-imej ganas dari negara barat.

Namun, jangan terperanjat. Kes pembunuhan bersiri pernah berlaku di negara ini dan antaranya adalah kisah seorang pawang dengan nama Mat Melaka yang berlaku berpuluh tahun sebelum kemerdekaan negara.

Pelik jugak jiwa orang Melayu ini kan…dalam lemah lembut, sudah ada yang menjadi pembunuh bersiri ratusan tahun lalu.

Petikan di bawah adalah bahan yang dipetik dari laman facebook PDRM berasa sumber Buletin Bukit Aman tahun 1984.

Ikuti kisah mengenai pembunuhan bersiri oleh seorang bomoh pada tahun 1908 di Kampung Bota, Sungai Perak. Kisah ini menceritakan episod pembunuhan serta kronologi tindakan dan usaha pihak polis bagi memastikan pembunuh dihadapkan ke Mahkamah dan dihukum.

Pada suatu ketika dalam tahun 1908, nama Mat Melaka telah menggerunkan seluruh Kampung Bota yang terletak di sebelah hilir pinggir Sungai Perak. Sebutan namanya lebih dahsyat lagi dari mendengar kisah hantu kum-kum yang mencari anak gadis sunti di waktu senja.

Kewujudan balai polis sudah tidak dapat meyakinkan orang-orang kampung tentang kedaulatan undang-undang. Institusi penghulu sebagai simbol kesejahteraan menerusi pengekalan sosio-budaya masyarakat nampaknya tidak dapat menyatu dan membulatkan tekad dan semangat untuk menentang Mat Melaka.

GEMPARR !!! MAHFUZ OMAR MENGIDAP PENYAKIT CACAT OTAK KEKAL ??!!




Mujurlah kita di bulan Ramadhan dan jika tidak mengenangkan erti menghormati bulan yang penuh barakah ini, sudah tentu saya tidak dapat menahan sabar untuk menyerang dan melemparkan kata-kata kurang manis kepada Mahfuz Omar.

Saya sedar Mahfuz boleh dikategorikan sebagai “orang kurang upaya” di mana mungkin otaknya “cacat” dan tidak dapat berfikir sebagaimana manusia waras yang lain ekoran tahap IQnya yang terletak di bawah garis kebodohan melampau!

Baru-baru ini Mahfuz menyerang mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kononnya negarawan ulung itu “mudah lupa, tidak ketentuan dan tidak stabil lagi” katanya.

PANASS SX !!! PASANGAN DARI KELANTAN BERKHALWAT DI K.L BERI ALASAN PENAT SHOPPING !!


KUALA LUMPUR – Pasangan kekasih memberi alasan menyewa di sebuah hotel selepas penat membeli-belah pakaian dan barangan sempena Aidilfitri ketika dicekup Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), awal pagi semalam.

Wanita yang hanya berkemban dengan tuala itu dicekup bersama pasangannya yang hanya memakai seluar pendek di hotel berkenaan pada jam 1 pagi.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, wanita berusia 24 tahun itu membuka pintu bilik selepas pintu bilik diketuk.

“Wanita itu memberi alasan hanya dia seorang diri tidur di dalam bilik berkenaan, namun pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki menyorok di tandas,” katanya.

Menurutnya, lelaki berusia 24 tahun itu memberi alasan dia tertidur di dalam bilik selepas membeli-belah.

UMNO KEDAH PERTINGKATKAN BANTUAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN




Pergerakan Umno Kedah sentiasa melipat gandakan bantuan kepada golongan memerlukan, terutama sepanjang Ramadan dengan menyumbangkan pelbagai barangan keperluan kepada rakyat di negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata walaupun tidak memerintah negeri ini, Umno tidak pernah melupakan kebajikan orang ramai kerana menyedari tanggungjawab itu perlu diteruskan setiap masa.

"Setiap tahun bilangan yang menerima bantuan sentiasa bertambah, pada tahun ini di setiap kawasan Parlimen, Umno Bahagian secara purata memberi bantuan kepada 5,000 keluarga," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau berkata keseluruhannya bagi 15 kawasan Parlimen, bantuan diberikan kepada kira-kira 75,000 keluarga yang terdiri daripada orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal, golongan miskin dan mualaf.

PENGURUSAN PASUKAN BOLA SEPAK KEDAH PERLU LANTIK ORANG BERKELAYAKKAN !!



Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) digesa melantik kepimpinan tertinggi badan itu daripada kalangan mereka yang benar-benar berkelayakan dan berpengalaman untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Kedah.

Bekas Naib Presiden KFA yang juga Bekas Pengurus (2006-2008), Datuk Othman Aziz berkata, ianya perlu agar prestasi Kedah yang kini merudum hingga tersenarai dalam Liga Perdana, digilap semula.

“Saya setuju dengan saranan gabungan kelab-kelab penyokong bola sepak Kedah supaya kepimpinan KFA dirombak. Seeloknya biar mereka yang benar-benar layak memikul tanggung jawab itu untuk Kedah bangkit semula,” katanya.

Menurutnya, untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Kedah, Majlis KFA juga perlu menilai semula jawatan Presiden KFA yang disandang oleh Menteri Besar sejak 2008.

“Tidak mustahil jika Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengurusan dan pentadbiran KFA memandangkan beliau sentiasa sibuk. Ada kewajarannya jawatan itu dilantik dari kalangan mereka yang berkelayakan, berpengalaman dan berkemampuan,” katanya.

Bagaimana pun, Othman berkata, pihaknya tidak bermaksud mendesak Azizan berundur sebaliknya perubahan drastik perlu dibuat demi untuk mengembalikan Kedah ke senarai Liga Super.

PANASS !!! INILAH SIKAP SEBENAR PENYOKONG PAS YANG SUKA MENUNJUK NUNJUK !!!



Tindakan ahli parti PAS yang mengadakan solat di kaki lima Precint 15, menyebabkan beberapa penduduk tampil meluahkan rasa kekesalan mereka akibat tindakan PAS yang dilihat mahu menunjuk-nunjuk kepada masyarakat sekitar Putrajaya.

Seorang penduduk yang ditemui kru Putrajaya-Online Rashid Manaf 36, mempersoalkan tindakan ahli PAS yang bersolat di kali lima sedangkan terdapat banyak surau serta masjid-masjid di sekitar Putrajaya.

"Solat secara berjemaah memang sesuatu yang dituntut oleh agama, namun tindakan PAS bersolat di hadapan premis perniagaan di Precint 15 ini sebenarnya telah menganggu urusan penduduk, kerana khemah yang dibina telah menghalang laluan pejalan-pejalan kaki"

"Adakah Majlis Perbadanan Putrajaya membenarkan mereka membina khemah di laluan tersebut, kerana tindakan itu sebenarnya menghalang laluan pejalan kaki, malah setahu saya markas mereka (PAS) di tingkat dua terdapat ruang yang luas untuk mengerjakan solat" katanya.

Sunday 12 August 2012

GEMPARR !!! VIDEO PEMBEDAHAN TANPA SEBARANG PERALATAN


Menjadi kebiasaan di zaman moden ini segala teknologi perubatan akan membantu seorasng doktor untuk membedah para pesakit, dan teknologi perubatan sentiasa berkembang seiring dengan kemodenan dunia dewasa ini. Namun percayakah anda jika seseorang doktor ataupun pengamal perubatan itu tidak menggunakan teknologi pembedahan moden untuk membedah seseorang penyakit? dahulu nya di Malaysia pernah di khabarkan ada seorang yang mampu membedah pesakit hanya menggunakan tangan tanpa meninggalkan sebarang parut namun akhirnya terbongkar apabila ia hanyalah permainan silap mata. Video di bawah adalah video seorang doktor di luar sana yang menjalankan pembedahan menggunakan tangan sahaja. Anda tonton dan anda nilai sendiri kesahihannya.

PANASS !!! TEMA RETORIK PAKATAN HARAM !!!



AKHIRNYA pakatan pembangkang yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas membuat keputusan untuk menggunakan tema hari kemerdekaan sendiri.

Ia bermakna di negeri-negeri yang dikuasai oleh mereka iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan, pembangkang tidak akan menggunakan tema peringkat nasional iaitu 'Janji Ditepati'.

Sebaliknya mereka akan menggunakan tema yang kononnya diputuskan secara sebulat suara dan atas pakatan bersama iaitu 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'.

Bagaimanapun apa yang anehnya, pada mulanya hanya dua negeri yang diperintah pembangkang mahu menggunakan tema berkenaan iaitu dua 'rakan karib' PKR dan DAP di Selangor dan Pulau Pinang.

Sementara parti yang dilihat menjadi 'kuda tunggangan' dalam pakatan pembangkang iaitu Pas di Kedah dan Kelantan menggunakan tema berbeza.

Kerajaan Pas Kelantan memilih 'Menerajui Perubahan' manakala kerajaan Pas Kedah memilih menggunakan tema "Terus Berbakti".

BIADAP !!! BINAWEE BERAK LEE CHONG WEI KENA CEBOK !!!


Biadap !!! Lepas si Manoharan menghina Datuk LCW, Kali ni giliran beruk binawee kebanggaan Dap pulak sengaja menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia dengan mengeluarkan video terbaru menghina pemain badminton China Lin Dan..Akibat sikap bodoh menganjing si binawee babi ni Datuk Lee Chong Wei terpaksa meminta maaf bagi pihak binawee kepada seluruh peminat badminton China sedangkan Datuk LCW tak tahu langsung tentang video klip tersebut.

Sepatutnya si Binawee ni keluarkan video khas pasal pelacur pelacur melibatkan China doll yang bersepah di Malaysia bukannya video menghina seteru Datuk LCW..

BONGKARR !!! PUSAT TAHFIZ TUKAR PLAN PERALAT WARGA EMAS SETELAH GUNA PELAJAR GAGAL MERAIH KEUNTUNGAN !!


Sebelum ni taktik mengutip derma untuk sebuah sekolah tahfiz di Yan Kedah membabitkan pelajarnya sendiri..Kali ini mereka menukar modus operandi dengan memperdayakan golongan emas untuk mendapatkan wang..

MTK dah banyak kali dengar tentang ini.Malah MTK sendiri pernah didatangi pelajar pelajar yang menjalankan aktiviti mereka di stesen stesen minyak di Kuala Lumpur..Malah, ada yang sampai ke Johor.Bila lihat pada barangan yang mereka bawa semuanya tertulis pusat tahfiz yang sama di Yan Kedah..

Dari cerita sebenar yang MTK dapat, pusat tahfiz ni sepatutnya berdaftar dengan pejabat agama supaya dapat disalurkan bantuan kepada mereka.Tetapi pihak pengurusan tidak berbuat demikian kerana wang yang diperuntukkan tak sebanyak yang mereka perolehi dari aktiviti ini..Mereka lebih suka memperdagangkan pelajar pelajar mereka untuk kepentingan sendiri..

PANASS !!! ANWAR RAJA SEGALA KATAK



Keputusan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) melompat parti adalah perkara biasa ekoran Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) hampir tiba, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini.

Ditanya mengenai dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim awal bulan ini bahawa terdapat beberapa lagi pemimpin politik di Sabah akan menyertai pembangkang tidak lama lagi, ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata:

"Ada di kalangan wakil rakyat atau pemimpin Umno tidak dicalonkan untuk bertanding, jadi mereka telah ambil tindakan awal terpaksa lompat (parti) macam katak kerana mahu bertanding dalam pilihan raya."

Dipetik Bernama, Nazri berkata demikian selepas Program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri di sini.

Pada 2 Ogos lalu, Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) berkata, mereka yang sudah hilang kepercayaan ke atas Umno dan jika mahu terus bertanding pada PRU13 boleh menyertai perikatan itu.

TUDIAA !!! JANGAN TIRU AKSI INI JIKA TANPA PENGAWASAN



Teringat zaman sekolah dulu, Meriam Buluh, Meriam Katak, Meriam Tin antara game peberet lepas terawih lawan dengan kampung seberang..Pernah main sampai patrolcar datang hambat !!! terbaikk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive