Sunday 7 April 2013

BUAH PEDIH DS NAJIB UNTUK NUAR BRAHIM



Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat menilai rekod kepimpinan beliau sebagai seorang yang setia kepada ketua dan tidak pernah “menikam belakang sesiapa pun" selama 37 tahun berada dalam arena politik.

Dalam ucapannya yang memulakan gerak kerja Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Perdana Menteri berkata beliau bermula dari bawah dan mendaki tangga kejayaan satu persatu sebelum mencapai kedudukan yang beliau miliki hari ini.

"Saya pun dah lama dalam kerajaan...daripada rambut hitam lebat sampailah rambut macam hari ini. Saya naik satu persatu, step-by-step. Dan saya tak tikam sesiapa dari belakang.



"Sebab salah satu prinsip dalam perjuangan adalah kesetiaan kepada ketua.

Saya telah berkhidmat kepada tiga perdana menteri dan saya setia kepada tiga perdana menteri," katanya.

Najib selaku pengerusi BN berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 50,000 penyokong BN pada Perhimpunan Janji 1Malaysia sempena pelancaran Manifesto BN di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, malam ini. - BERNAMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive