Saturday, 26 April 2014

GAMBAR MENARIK KETIBAAN @BarackObama KE MALAYSIA @NajibRazak #ObamaInKL





Malaysia mengucapkan “Selamat Datang” kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dengan hamparan permaidani merah pada upacara sambutan rasmi bagi pemimpin Amerika itu di sini hari ini.

Obama sebelumnya mendarat di Kuala Lumpur untuk memulakan lawatan negara selama tiga hari ke negara Asia Tengggara ini yang mempunyai 30 juta penduduk.

Beliau disambut di Bangunan Parlimen di sini oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Turut hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

ADA AKTA PUN TAK BOLEH PAKAI, SO MALAYSIA BOLEH DIHURU HARAKAN PEMBANGKANG !! DAH TERBUKTI



Bila Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad untuk menggugurkan pertuduhan terhadapnya kerana menganjurkan perhimpunan Black 505 di tahun lalu, ada sesuatu yang pelik dan tak masuk akal dalam akta baru ini..

Hakim memutuskan "polis boleh menguatkuasakan larangan terhadap perhimpunan, tetapi bukan menghukum penganjur dengan mendakwa mereka apabila gagal memberi notis 10 hari."

Keputusan bersejarah buat kali pertama ini diputuskan oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Ariff Mohd Yusof..

HUTANG NEGARA !! SIAPA PENIPU SEBENAR ??





Heboh mengenai hutang negara yang dimainkan pembangkang, kononnya kegagalan kerajaan menguruskan ekonomi menyebabkan hutang meningkat sehingga 600 bilion.. Apa cerita sebenarnya ?? Di atas adalah senarai negara-negara dan hutang negara dalam USD dan % berbanding GDP.

Didapati Jepun dan Amerika Syarikat merupakan di antara negara dengan jumlah hutang tertinggi. Hutang Jepun berbanding GDP jauh lebih tinggi daripada AS, iaitu 237.4 % walaupun jumlah hutangnya lebih rendah, iaitu USD 14 trilion berbanding AS, USD 17 trilion.

Hutang Jerman 78.06 %, USD 2.8 trilion, Perancis 90.2 %, USD 2.3 trilion dan Singapura, 107.88 %, USD 308, Finland 53.6 % USD 132.5 bilion dan Malaysia, 55.98%, USD 170 bilion.. Negara negara luar yang mempunyai hutang lebih tinggi dari Malaysia tidak disentuh langsung oleh pembangkang kerana tiada dividen politik. Lebih populis untuk mempersalahkan kerajaan walaupun hutang kerajaan tidak setinggi negara-negara yang disebutkan tadi.

Baca pendedahan seterusnya di SINI

PANASSS !!! TERA NIE SAJAKAH PENGARAH STRATEGI PKR ?? @RafiziRamli


Nampaknya Rafizi sekali lagi tersalah orang nak serang dalam Parlimen apabila dia sekali lagi dikantoikan oleh Tok Mat Maslan.. Rafizi menyerang Menteri Kewangan YAB DS Najib kononnya terpaksa membentang 2 kali penambahan bajet setiap tahun selama YAB DS Najib menjadi Menteri Kewangan..

Tapi Rafizi terlupa, semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan, Anwar bentangkan 4 kali setahun berturut turut selama 6 tahun, 3 kali setahun dan terakhir 2 kali sebelum di pecat..

Bermakna dalam tempoh 8 tahun, Anwar bentang 29 kali bajet tambahan.. Adakah Anwar lebih bagus atau DS Najib yang kita tahu berkelulusan dalam bidang ekonomi ??

Rafizi yang baru jadi Ahli Parlimen penggal ini barang kali lupa untuk membuat " homework " sebelum menyerang DS Najib yang telah lama menjadi Menteri kabinet sebelum beliau menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Friday, 25 April 2014

KUBUR BERCAHAYA !! PETANDA CUKUP BAIK KEPADA JENAZAH - TAN SRI HARUSSANI



“Kalau betul kubur berkenaan bercahaya, ia membawa tanda yang cukup baik kepada jenazah berkenaan, namun setiap penyebaran berita itu mestilah dilakukan dengan bukti yang sahih,” kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran berita dan gambar liang lahad wanita berusia 35 tahun dari Bukit Gantang, Taiping, dekat sini yang dikatakan bercahaya ketika arwah mahu dikebumikan Ahad lalu.

TERKINI !!! VIRGIN AIRLINES DI RAMPAS ??




Sebuah pesawat milik Virgin Australia untuk seketika mencetuskan panik kepada pihak berkuasa kerana pada mulanya disangka telah menjadi mangsa rampasan ketika dalam perjalanan dari Brisbane ke sini, Jumaat.

Virgin kemudiannya membuat penjelasan bahawa insiden itu bukanlah satu percubaan rampasan tetapi berpunca daripada seorang penumpang mabuk yang cuba memecah masuk pintu kokpit pesawat.

Suspek terus ditahan pihak berkuasa lapangan terbang Bali sebaik sahaja pesawat itu selamat mendarat di sini pada pagi Jumaat.

PANASS !!! PEMUDA UMNO KEDAH @Shaifulhazizy TEGUR @TanKengLiang !! @MukhrizMahathir



Pergerakkan Pemuda Umno Negeri Kedah menegur Ketua Pemuda Gerakan , Tan Keng Liang atas tindakkan beliau menghantar memorandum bantahan undang undang hudud kepada pemimpin atasan Pas semalam kata Dato Shaiful Hazizy.

Katanya lagi, " Undang- undang hudud adalah undang-undang Islam, perkara ini bukan main-main, sepatutnya Tan Keng Liang berbincang dulu dengan pucuk pimpinan tertinggi BN sebelum membuat sebarang tindakkan begitu".

KERAJAAN PUSAT TAK PERNAH TOLAK HUDUD @najibrazak



Kerajaan tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT tetapi banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum ia dapat dilaksanakan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum hukum hudud ini dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum yang sebenar.

“Terdapat perbezaan yang cukup ketara antara menolak hukum hudud dengan tidak melaksanakannya kerana kekangan dan kesulitan yang pelbagai.

“Sebab itulah kita memerlukan ulama dalam kalangan mujtahid untuk memperhalusi dan melakukan ijtihad baharu dalam menentukan pelaksanaan hukum hudud supaya keadilan yang menjadi matlamat mampu ditegakkan,” katanya ketika merasmikan majlis penutupan Ijtimak Pondok Malaysia 2014 di sini Khamis.

Katanya kerajaan menyokong niat baik pihak mana sekalipun untuk melaksanakan hukum hudud tetapi ia perlu mengambil kira hal-hal lain yang menuju ke arah Islam yang sejati.

Najib berkata sebelum melaksanakan hudud, pastikan masyarakat Islam bersedia untuk melaksanakannya baik dari segi pemahaman, penghayatan, mental mahupun pemikiran.

“Begitu juga dengan masyarakat bukan Islam, perlu diberi kefahaman yang betul dan menyeluruh tentang hukum-hakam Islam supaya tidak wujud pandangan yang salah terhadap ajaran Islam yang suci ini,” katanya.

Perdana menteri berkata kerajaan istiqomah memartabatkan syiar dan syariat Islam dan mengamalkan pendekatan wasatiyyah yang bercirikan keadilan, kecemerlangan dan keseimbangan.

“Kerajaan juga komited melaksanakan Maqasid Syariah dalam sistem pentadbiran negara (menjaga dan memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta).

“Sebagai ajaran agama samawi, syariat dan akidah bergandingan menjadi teras dalam Islam. Dalam syariat, inilah intipati teras daripada Allah SWT untuk membimbing manusia dalam mengharungi kehidupan bersosial, berpolitik dan menjalankan misi khalifah di atas muka bumi. Ini termasuklah hukum hudud yang kembali hangat diperbincangkan,” katanya.


Thursday, 24 April 2014

KANTOI !!! VIDEO PENIPUAN TIAN CHUA DIDEDAHKAN



Inilah perangai dan sikap sebenar Tian Chua.. Berani buat tuduhan tapi tak mengaku.. Siap buat sidang media nafi buat tuduhan..

Tapi dia terlupa, segala tuduhan tanpa asasnya sudah dirakam..

Wajarkah Tian Chua dibiarkan terus berbohong pada rakyat ??

Wednesday, 23 April 2014

INI DRIVER PALING BODOH DAN TAK TAHU UNDANG UNDANG




Barangkali lelaki dalam gambar diatas menyangka dia boleh menang kes ini jika bawa ke balai ataupun heret ke Mahkamah sekalipun..Ataupun dia memang tak tahu undang undang jalan raya..

Kalau tiada video ini sebagai bukti sekalipun jelas dialah yang bersalah.. Potong barisan, himpit masuk sesuka hati tanpa menghiraukan penguna yang berada di laluan yang betul membuktikan pemandu ini yang bersalah..

PEMUDA UMNO YAKIN MASALAH PELAJAR KEDAH DI JORDAN DAPAT DISELESAIKAN @shaifulhazizy



Atas keperihatinan dengan nasib nasib pelajar Kedah di Jordan, Ketua Pemuda Umno Kedah bergegas ke sana minggu lalu bagi mendapat cerita sebenar luahan dari pelajar pelajar di sana..

Selepas perjumpaan dengan pelajar Kedah di Jordan, Pemuda Umno Kedah membawa permasalahan ini kepada Kerajaan Negeri Kedah yang dipimpin oleh YAB DS Mukhriz Mahathir.

Dua hari lalu, YAB MB memberi jaminan akan memperhalusi lagi  masalah pelajar Kedah di Jordan..

PANASSS !!! KERAJAAN SELANGOR BELANJA RM 6 JUTA UNTUK 10 BANGLO KOSONG !!! @Khalid_Ibrahim @khalidsamad @tunfaisal




Tertarik dengan pendedahan blog IsuTerkini tentang keadaan banglo milik kerajaan negeri Selangor yang terbiar kerana keenganan barisan Exco Selangor tinggal di banglo berkenaan dengan alasan rumah berkenaan tidak berkualiti dan teruk..

Banglo-banglo mewah dengan keluasan keseluruhannya 6.51 ekar di Seksyen 7 terdiri daripada tiga jenis, banglo jenis A setinggi dua tingkat berkeluasan 399.4 meter persegi, jenis B, enam buah banglo tiga tingkat dengan keluasan 464.5 meter persegi dan satu unit banglo jenis C setinggi dua tingkat berkeluasan 427.3 meter persegi, dibiarkan kosong tanpa penghuni.

PANASS !!! DEMI KARPAL, ANWAR DAH JADI NABI KE 26 ?


Anwar sanggup mengada adakan hadis palsu demi menghalalkan perbuatannya menunduk kepada mayat mendiang Karpal baru baru ini.

Inilah munafiknya manusia bernama Anwar Ibrahim.Memutarbelit hadis bagi menghalalkan cara..

Tuesday, 22 April 2014

KENAPA FELDA PERLU TUNDUK ??




Menuduh dan memfitnah Felda menjalinkan hubungan, serta menjual minyak sawit ke Israel merupakan satu tuduhan yang berat dimana semua kita tahu bahawa Kerajaan Malaysia memang tidak mempunyai langsung hubungan diplomatik dengan Israel.. Namun, itulah fitnah yang dilemparkan oleh PKR dan Pakatan Rakyat terhadap Felda seterusnya kerajaan UMNO/BN..

Artikel bertajuk ’2,000 Himpun Bantah Felda Jual Minyak ke Israel’ dan ‘BN Jangan Tipu Rakyat’ bertarikh 27 Nov 2012 yang disiar Suara Keadilan itu bukan saja menghina felda bahkan seluruh warga peneroka..

Setelah berhempas pulas selama 2 tahun menangkis fitnah jahat pembangkang itu, dan akhirnya semalam kes saman fitnah Felda terhadap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Saifuddin Nasution Ismail berhubung kenyataan penjualan minyak sawit ke Israel, diselesaikan secara baik..

Baik dalam erti kata lain ialah Felda tarik balik saman terhadap si pemfitnahnya.. Felda diwaliki Peguam Kanan Persekutuan Datuk Mohd Hafarizam Harun yang memaklumkan perkara itu kepada mahkamah bahawa mahu menarik balik tuduhan..


VIDEO LIVE PENJENAYAH TUMPAS DITANGAN POLIS !! SYABAS @PDRMsia



Video Penjenayah yang dipercayai baru sahaja melakukan rompakan dan dikejar pihak polis bermula di Alam Damai hingga ke Taman Lenseng, Cheras, tumpas di tangan Polis


Monday, 21 April 2014

FUYOO !!! SERBAN PUTIH NASARUDIN @Tantawi100 BERTARAF 5 BINTANG ?? DASYATTT




Bukan serban putih di kepala yang aku maksudkan, tapi nafsu bekas Ketua Pemuda Pas ini selepas menjadi wakil rakyat.. Dah tak dak derita derita lagi dah.. Bila dapat apa yang dihajati ( wakil rakyat ) mulalah tukar selera..

Biar gambar berbicara..

PANASS !!! TINGGINYA MARTABAT KILANG ARAK DI MATA KERAJAAN PR SELANGOR ??



Kilang Nestle baru baru ini dilaporkan kerugian hampir RM 15 juta sehari gara gara tindakkan kerajaan Selangor membuat catuan air.. Catuan air bukan melibatkan kawasan kilang sahaja malah hampir kesemua kediaman di kawasan Lembah Klang..

Paling terasa adalah penghuni penghuni rumah pangsa yang terpaksa naik turun tangga hanya untuk mendapatkan setimba air bersih..

Tetapi, yang menjadi persoalanya ialah kilang arak terbesar di negeri Selangor langsung tidak mengalami sebarang catuan ataupun masalah air.. Bekalan air disitu sentiasa cukup.. Apa muslihat kerajaan Selangor ?? Kenapa Kilang Carlsberg diberi pengecualian dari sebarang catuan air ??

PANASS !!! VIDEO PAS ANGKAT SUMPAH PERTAHAN UNDANG UNDANG LORD REID !!




Masih ingat lagi Amanat Hadi Awang ??

Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

TERKINI !!! PESAWAT #MH192 SELAMAT MENDARAT DI KLIA


Sebuah pesawat milik MAS, MH192 yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Bangalore dilaporkan selamat mendarat di KLIA sebentar tadi selepas berlegar legar di ruang udara berhampiran Pulau Ketam berikutan masalah teknikal dialami ketika berlepas..


Pesawat MH192 terpaksa membuat beberapa pusingan berhampiran ruang udara KLIA sebelum mendarat di KLIA.. Pihak keselamatan KLIA sudah membuat persiapan untuk pendaratan kecemasan.

Sunday, 20 April 2014

SEORANG MAUT BAS JATUH GAUNG DI PAHANG




Petang tadi berlaku satu lagi Kemalangan melibatkan sebuab bas yang terjunam jatuh ke dalam gaung di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Ladang Sungai Jerneh, Pahang.

Seorang mangsa meninggal dunia di tempat kejadian sementara 39 orang mangsa lagi telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

JAWAPAN KHALID GAGAP BUAT BAKAL PEMBELI RUMAH DI SELANGOR ?


Berita baik untuk warga warga Selangor dan pengundi di Selangor yang ingin memiliki rumah sendiri..

MB Selangor Khalid Gagap dah bagi jalan terbaik untuk yang tak mampu beli rumah.. Kata Khalid " Tak semestinya rakyat Selangor beli rumah, sewa sajalah kalau mampu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog archive