Saturday, 22 February 2014

PANASS !! SAIDINA ALI KHALIFAH PERTAMA KATA ANWAR !!



Satu insiden dalam program yang di hadiri oleh Anwar Ibrahim baru-baru ini.Dalam Majlis Dialog bersama anak muda Selangor itu sewaktu menyampaikan ucapannya Anwar di lihat telah menyatakan dengan jelas sekali bahawa Saidina Ali adalah Khalifah yang pertama.

Anwar menyebut Saidina Ali "The First Caliph" dan jika di tafsir akan maksudnya Saidina Ali adalah kalifah yang pertama.

Sepengetahuan kita , hanya mereka yang menjadi pengikut fahaman Syiah sahaja yang bersetuju bahawa Saidina Ali adalah khalifah yang pertama.

Friday, 21 February 2014

@NajibRazak !! SAMPAI BILA KERAJAAN PERLU TANGGUNG SYARIKAT PENERBANGAN BIAWAK HIDUP ??




MAS atau nama penuhnya Malaysia Airlines System adalah satu nama besar dalam industri penerbangan.Malah syarikat penerbangan awam ini juga telah memenangi perkhidmatan hospitaliti terbaik.

Tapi apa gunanya menang anugerah hospitaliti terbaik kalau saban tahun syarikat penerbangan ini mengalami kerugian berbilion ringgit..??

Dimana silapnya? CEO MAS nampaknya tidak peduli soal kerugian berbilion ringgit ini sebaliknya mencanang penambahan hasil yang lebih baik berbanding tahun lalu..

SYABAS SAMAN RAFIZI LEMBU !!



Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) hari ini membuat keputusan ingin mengambil tindakan mahkamah terhadap Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, kerana mengeluarkan kenyataan yang disifatkan ‘fitnah dan tidak benar’ mengenai tanggungjawab mencegah pencemaran sungai serta empangan.

“Pihak SYABAS ingin menegaskan bahawa kenyataan YB Rafizi Ramli adalah tidak tepat dan tidak berasas. Tugas memastikan tiada pencemaran pada sungai dan empangan berlaku adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri Selangor.

“Justeru itu, pihak SYABAS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap YB Rafizi Ramli kerana telah menfitnah SYABAS dengan kenyataan yang tidak benar sama sekali,” kata SYABAS dalam satu kenyataan pada Khamis.

PARAS AIR EMPANGAN DI KEDAH MAMPU BERTAHAN 3 TAHUN





Kedah tidak menghadapi krisis air yang kritikal kerana tiga empangan di negeri ini mempunyai kapasiti lebih 1,000 juta meter padu air dan cukup untuk menampung kegunaan domestik dan pertanian.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrul Hisham Hashim berkata tiga empangan di Padang Terap iaitu Empangan Pedu mempunyai air sebanyak 773 juta meter padu atau 72 peratus.

Beliau berkata Empangan Ahning pula mencatatkan jumlah takungan air sebanyak 163 juta meter padu atau 67.43 peratus, manakala Empangan Muda pula mencatatkan 74 juta meter padu air.

Katanya jumlah air di tiga empangan itu mencukupi untuk menampung kegunaan domestik dalam tempoh tiga tahun.

"Kapasiti air yang ada di tiga empangan itu juga dapat disalurkan ke sawah padi untuk satu musim penanaman padi yang akan bermula akhir Mac ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Empangan Pedu dekat sini hari ini.

Badrol Hisham berkata rakyat di negeri ini juga tidak perlu bimbang mengenai krisis air pada musim cuaca kering ini kerana sumber air yang ada dapat digunakan dalam tempoh tiga tahun walaupun keadaan ini berterusan.

Beliau berkata, setiap bulan sebanyak 1 juta meter padu air diagihkan untuk kegunaan rakyat negeri ini untuk tujuan pengairan pertanian dan kegunaan domestik. - Bernama

Thursday, 20 February 2014

MINTA @PDRMsia SIASAT LAPORAN PALSU TERESA COCK



Pejabat Teresa cock dikhabarkan disimbah cat merah dan dilempar bangkai ayam..

Yang peliknya semasa kejadian pintu grill itu berkunci dan cctv ditutup..Logikkah cerita ini??

Cat merah tersebut kelihatan seperti dituang kerana besi penghalang (pintu grill) sedikit pun tidak diterjejas.

PANASS !!! PERSONALITI @MUKHRIZMAHATHIR SASARAN UTAMA PAS KEDAH !!



Jentera PAS dilihat lebih fokus kepada usaha menjatuhkan personaliti Menteri Besar Kedah, YAB Datuk seri Mukhriz Mahathir berbanding memperjuangkan masalah rakyat. Pas juga kelihatan gusar dengan gaya kepimpinan DS Mukhriz yang lebih mesra rakyat.

Cara DS Mukhriz yang lebih gemar turun berjumpa dengan rakyat tempatan bagi mendengar permasalahan mereka, berkampung bersama dan menjadi sebahagian dari masyarakat tempatan antara punca kenapa Pas menyerang peribadi beliau

ALHAMDULILLAH ! PUSAT TAHFIZ AMAL DIARAHKAN TUTUP SERTA MERTA KERANA MEMPERDAGANGKAN KANAK KANAK




Setelah sekian lama menulis tentang PTA ini dilaman maya, akhirnya kerajaan negeri Kedah melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah mengarahkan Pusat Tahfiz Amal ini ditutup serta merta.

Antara punca penutupan adalah menjalankan operasi tanpa pendaftaran.kedua, memperdagangkan kanak kanak untuk meraih pendapatan iaitu mengarahkan pelajar pelajar menjalankan aktiviti mengutip derma..

Wartawan TV3 saudara Mazidul Akmal paling banyak menulis tentang Pusat Tahfiz Amal ini.

Anda boleh baca entri entri tentang PTA dan siapa pemilik PTA ini di blog beliau www.mazidulakmal.com

Wednesday, 19 February 2014

DASYATKAN BN NIE, KERJA TUHAN PUN BOLEH AMBIL ALIH



Susah betui nak explen kat puak pakatan ni.. bila kata bodoh marah, nak kata cerdik tak brapa cerdik. Tapi itulah gambarannya.

Bencana alam seperti kemarau dan banjir pun disalahnya BN..Apa yang terjadi dimuka bumi ini semuanya salah BN..

Dasyat sungguh BN kan? Boleh ambil alih kerja tuhan..

Tuesday, 18 February 2014

SANUSI eX SETPOL PAKAI ESTIMA FRUST TAK DAPAT BELI KERETA RASMI SETPOL KE ??

lawa kereta nusi


Tu la gambar bekas SETPOL Allahyarham Ustaz Azizan. Nama dia Sanusi, dulu masa zaman Pas Kedah jadi kerajaan negeri, Sanusi ni memang 'buat duit' dengan jawatannya. Pernah juga sampai bersepak terajang dalam pejabat Menteri Besar akibat berebut BALAK! Masa mamat ni tulis cacatan selepas kematian arwah Ust Azizan " Bayangkan kalau Menang " petikan dari akhbar sinar, hampir kesemua Pas Kawasan di Kedah mengamuk dengan cacatan yang ditulis oleh Sanusi.. Dan aku dapat tau yang bekas Setpol ini juga tidak disukai hampir kesemua Exco Pas di Kedah..

Baru-baru ni dia ada tegur kerajaan negeri, sebab Menteri Besar YAB Dato Seri Mukhriz dalam satu kenyataannya mahu membeli 10 buah kereta Proton Perdana yang baru  untuk kegunaan EXCO, manakala Toyota Camry yang lama akan dijual kepada bekas Exco terdahulu .

AL FATIHAH !! SUAMI KEPADA EXCO KEDAH MENINGGAL DUNIA



Suami kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Datuk Suraya Yaacob meninggal dunia di Putra Medical Centre (PMC) di sini sebentar tadi.

Syed Al Fandi Syed Mansor Barakbah, 47, meninggal dunia akibat jangkitan dalam kepala.

PANASS !!! ADUN PAS MAUT NAHAS UDARA DI KLIA ??



Berita yang mengemparkan !! Seorang Adun Pas maut dalam nahas udara...Hanya beliau seorang sahaja yang maut daripada 100 orang penumpang dalam penerbangan dari Kota Kinabalu menuju ke Kuala Lumpur semalam..

Flight TK5110 meletup sejurus sahaja mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langit ke Tujuh Bandara Cekelat Angin..



Sebenarnya cerita diatas hanya sekadar gurauan.. Selepas membaca status Adun Pas di  Twitter yang sengaja membuat cerita bahawa ada pesawat terhempas di KLIA.. Namun selepas di semak, berita berkeaan adalah PALSU sama sekali..

Tujuan Adun Pas menyebarkan berita PALSU itu hanya untuk gurauan.. Tapi logikkah sebagai ADUN menyebarkan berita Palsu ??

KEDAH VS JDT ! APA KATA MENTERI BESAR @MukhrizMahathir




Ulasan MB Kedah Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir mengenai perlawanan bola sepak diantara Kedah dan JDT yang akan berlangsung malam ini di Stadium Darul Aman

Monday, 17 February 2014

MANUSIA YANG DIPUJA PARTI PAS



Semalam, kita melihat rupa sebenar Anwar Ibrahim dengan masyarakat kristian apabila dirinya sanggup berceramah didalam Gereja Holy Family, Kajang untuk berkempen meraih undi bukan Islam dalam menghadapi PRK Kajang.

Tujuan Anwar adalah tidak lain tidak bukan untuk ‘menyenangkan hati’ masyarakat Kristian yang kini giat menuntut penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam Injil berbahasa Melayu.  Dalam ceramah tersebut, Anwar menonjolkan sifat terbuka mengenai isu itu dan juga terbuka terhadap semua agama.

Anwar kini sedaya upaya mahu menarik undi kaum itu selepas melihat undi kaum Melayu kepada dirinya akan terjejas..

VIDEO SALAH TARIKH PUN NAK JADI ISU KE ? @JamawiJaafar @Buletintv3



Hairan sungguh la dengan puak puak pembanggang nie, isu visual rakaman bantuan banjir yang disiarkan oleh tv3 pun nak jadi modai nak spin..

Biasalah benda pakai mesin mestilah ada silap.bukan semua benda didunia ni tak rosak kan?

Seperti yang ditulis oleh otai blogger yang juga seorang wartawan terkenal di TV3 dalam MazidulAkmal.com.

HOT !!! GAMBAR GAMBAR MENARIK SEMPENA PROGRAM TURUN PADANG #MBMesraRakyat @MukhrizMahathir #HanyadiKedah


Alhamdulillah selesai sudah program turun Padang didaerah Kuala Muda sempena Program Mesra Rakyat bersama YAB Menteri Besar Kedah Dato Seri Mukhriz Mahathir serta barisan kepimpinan tertinggi kerajaan negeri..

Lawatan YAB MB bermula dengan bersarapan bersama sama AJK Umno Bahagian Merbok dan Sungai Petani di Pekarangan Pejabat UMNO S.P/ Merbok .. Seterusnya perjumpaan dan makan tengah hari bersama parti komponan BN di Kedah.

Pada sebelah petangnya MB melawat warga emas di KG Gelam Merbok dan program penyampaian bantuan kepada penduduk di Parlimen Merbok serta solat Asar berjemaah bersama sama penduduk KG Gelam..

Pada sebelah petangnya MB melawat tapak pertandingan Wau di Sg Pasir dan seterusnya menuju ke rumah keluarga angkat beliau di Keda Tepi Sungai Kuala Muda..

Pada sebelah malam, MB menghadiri ceramah Wacana Ilmu Maklumat di Pantai Merdeka.

Keesokan paginya MB solat Subuh berjemaah bersama sama penduduk Keda Tepi Sungai dan walkabout di jeti Kuala Muda ( Pasar Bisik).

Seterusnya MB walkabout pula di sekitar kawasan Pekan Kota Kuala Muda dan akhirnya ke Pantai Merdeka untuk merasmikan Program Mesra Rakyat peringkat Daerah Kuala Muda.

PANASS !!! TUN M DEDAH ANWAR TERLIBAT OP LALANG




Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memainkan peranan penting menjayakan Op Lalang pada 1987 menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sambil menafikan tuduhan Anwar bahawa beliau bertanggungjawab sepenuhnya dalam operasi yang menyaksikan 108 pemimpin politik dan aktivis ditahan, Dr Mahathir berkata sebagai seorang anggota Kabinet ketika itu, Anwar perlu bertanggungjawab.

“..kecuali kalau beliau berkata, saya meletak jawatan kerana tidak bersetuju. Dia tidak pernah berkata seperti itu. Beliau setuju, sokong semua termasuk ISA,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar pemikiran Kassim Ahmad “Suatu Penilaian” anjuran Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Sunday, 16 February 2014

PAS KEDAH MELANTAK DI HOTEL SEBELUM DEMO KOS SARA HIDUP !! DASYATNYA PUAK PAS NIE !!



Semalam pas ada buat demo di dataran jam besaq Sungai Petani kononnya nak bantah kenaikkan kos sara hidup..

Nak dijadikan cerita sebelum demo tu aku terserempak dengan sekumpulan penyokong penyokong Pas tengah baikkk punya melantak kat HOTEL..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog archive