Saturday 2 February 2013

MAKSUD TERSIRAT KARPAL DI SEBALIK HADIAH KEK BUAT NIK AZIZ


Pas sepatutnya mempertimbangkan keputusan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR) mengenai kalimah ALLAH dan bukan oleh Majlis Syura Ulama Pas.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, PR sudah bersetuju dengan penggunaaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam tetapi hanya Pas yang tidak bersetuju menerusi Majlis Syura.

Beliau berkata, Pas sepatutnya mempertimbangkan keputusan yang dibuat PR dan bukan Majlis Syura.

"PR adalah sebuah organisasi yang besar (dianggotai DAP dan PKR) manakala Majlis Syura hanya terdiri daripada Pas," katanya pada sidang media di Air Itam di sini, hari ini.

Beliau berkata, DAP kesal dengan kenyataan Pas yang mengesahkan bahawa isu penggunaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam sudah selesai.

Menurutnya, kenyataan itu dibuat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan Pas tetap dengan keputusan Majlis Syura yang tidak membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH.

"Saya kesal dengan kenyataan itu. Isu ini belum selesai dan DAP tetap dengan pendiriannya.

"Kita masih meminta Majlis Syura Pas untuk mempertimbangkan supaya kalimah ALLAH boleh digunakan oleh orang bukan Islam," katanya.

Mengenai kenyataan yang mengatakan isu itu sudah selesai dalam pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di rumahnya minggu lalu, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, itu tidak benar sama sekali.

Ditanya sama ada beliau ada berbincang dengan Nik Aziz mengenai isu itu semasa lawatan ke rumahnya tempoh hari, beliau berkata, ia hanya perjumpaan tidak rasmi dan tiada perbincangan isu serius.

"Semasa perjumpaan itu, saya dan Nik Aziz langsung tidak berbincang isu ini malah tiada perbincangan isu serius. Beliau hanya datang melawat saya sebagai seorang rakan.

"Ia adalah perjumpaan yang tidak formal. Saya tidak tahu bagaimana Hadi dapat maklumat mengenai isu kalimah ALLAH yang dikatakan sudah selesai selepas DAP setuju dengan keputusan Majlis Syura Pas," katanya.

Hadi mengumumkan bahawa isu penggunaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam sudah selesai selepas Karpal akur dengan keputusan Majlis Syura Pas apabila mendapat penerangan lanjut daripada Nik Aziz ketika lawatannya di Pulau Pinang minggu lalu.

Published with Blogger-droid v2.0.10

KERAJAAN SELANGOR PENTERNAK MAKSIAT !!! PEKERJA CUCI ATAS BAWAH DI CEKUP !!




PUCHONG-Pakej tiga dalam satu. Sambil mencuci rambut, pelanggan turut ditawarkan khidmat urut dan seks.

Pelanggan diberi pilihan sama ada mahu mencuci rambut pada harga RM80, pakej urutan badan RM160 atau yang inginkan khidmat seks boleh berunding harga dengan wanita berkenaan.

Taktik licik premis itu berjaya dikesan anggota polis Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, yang membuat penyamaran selama dua hari sebelum menyerbu premis itu, malam kelmarin.

PAKATAN TAKUT HUBUNGAN BAIK DS NAJIB DANN TUN MAHATHIR




Walaupun puak pembangkang berterusan menghentam mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad (Tun M) namun, mereka tidak dapat menafikan yang ‘aura’ beliau begitu kuat dan masih menghantui mereka, dan juga musuh-musuhnya.

Biarpun beliau sudah bersara dan hanya menjadi pemerhati kepada perjalanan politik negara sambil sekali sekala memberi pandangan dan pendapat, namun pandangan beliau tetap dianggap sebagai pemantauan dan pendapat beliau dituduh sebagai arahan.

Tun Mahathir adalah seorang yang berterus-terang dan rasanya tiada seorang pun yang mengenalinya secara langsung atau sekadar melalui media, yang dapat menafikannya. Apabila beliau merasakan masa sudah tiba bagi Tun Abdullah berundur, beliau menyatakannya tanpa selindung-selindung. Ini kerana beliau yang kita kenali, tidak terikat kepada budaya Melayu iaitu ‘pukul anak sindir menantu’ kerana beliau percaya kepada pentingnya berkata benar biarpun pahit.

Menyedari ‘aura’ Tun M mampu mempengaruhi perjalanan politik Malaysia, maka pembangkang cuba menukar ‘aura’ itu agar memberi keuntungan kepada mereka. Oleh itu, dalam pada mereka meneruskan kutukan dan cacian terhadap Tun M, mereka cuba membayangkan yang Tun M turut bersetuju dengan mereka berkenaan ‘kelemahan’ kerajaan BN dan Perdana Menteri. Harapan mereka agar aura Tun M akan dapat mempengaruhi rakyat untuk turut melihat kelemahan kerajaan BN.

DEMI RAKYAT PM @NAJIBRAZAK UMUM 120 JUTA KEPADA SYABAS UNTUK ATASI MASALAH AIR DI SELANGOR


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM120 juta kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bagi membantu mengatasi masalah air di Selangor.

Mengumumkan perkara itu pada pelancaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) di Ampang, dekat sini, Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata,  kerajaan meluluskan peruntukan itu bagi memastikan penderitaan rakyat di negeri di bawah pentadbiran pakatan pembangkang itu diatasi segera.

Sambil mahu masalah air yang berlarutan itu ditamatkan segera, beliau berkata peruntukan itu adalah tambahan kepada dana RM606 juta yang diberikan kepada Syabas sebelum ini.

"Kalau tidak kerana peruntukan RM606 juta kepada Syabas yang diberikan kerajaan persekutuan, masalah air di Selangor adalah lebih berat sebenarnya.

"Kita tidak mahu rakyat di Selangor terus menjadi mangsa, dan kerana itu kerajaan telah setuju tambah peruntukan sebanyak RM120 juta," katanya.
 
Bercakap di hadapan lebih 10,000 penduduk daripada kawasan Parlimen Ampang dan Pandan, Perdana Menteri berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) sememangnya berterusan memperjuangkan isu itu tetapi penyelesaian masalah itu sebenarnya boleh diputuskan rakyat.

"Saya mahu soal ini terus diperjuangkan oleh kita, tetapi lebih baik lagi apabila sampai masanya dan ia tidak lama lagi rakyat Selangor sendiri yang tentukannya," katanya merujuk kepada pilihan raya umum yang bakal tiba.

Beliau berkata, masalah air di Selangor harus diselesaikan segera kerana keadaan itu telah menjejaskan pelaburan ekonomi di negeri itu selain 430 projek pembangunan terpaksa ditangguhkan ekoran isu tersebut.

Sehubungan itu, Najib mahu supaya rakyat Selangor bijak menilai sekali gus tidak boleh membiarkan masalah itu daripada berterusan.

Pada majlis itu, Perdana Menteri menyampaikan BR1M kepada 30 penerima sebagai simbolik pelancaran daripada kira-kira 10,000 penerima melibatkan kawasan Parlimen Ampang dan Pandan.

Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Ong Tee Keat dan Penyelaras Parlimen Ampang Datuk Ismail Kijo. - Bernama

Published with Blogger-droid v2.0.10

PANASS !!! BELOGER TUA PAS KEDAH TERKEJUT DENGAN JANJI PM !! #BNPilihanOrgMuda




Punyalah jenuh segerombolan beloger pencacai Pas Kedah sudah boleh dipanggil pak cik spin fakta kononnya dalam manifesto Pas Kedah 2008 Pas tak pernah berjanji nak bina litar lumba..



Sebenarnya dokumen penuh manifesto Pas Kedah ni ada dalam laptop aku ja.. Bukan susah pun nak tengok..Sekali klik ja dah keluaq semua.. Untuk pengetahuan semua, Pas Kedah memang berjanji nak sediakan PRASARANA berkaitan sukan permotoran dan sukan extrem SERTA AKADEMI LATIHAN ..

70 % MANIFESTO BN KEDAH SUDAH SIAP TERMASUK LITAR LUMBA



Kira-Kira 70 peratus kandungan manifesto Barisan Nasional (BN) khusus untuk Kedah bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) telah siap.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, Jawatankuasa Manifesto BN Kedah mahu menunggu dan melihat dahulu manifesto BN di peringkat kebangsaan sebelum menyiapkan sepenuhnya manifesto itu menjelang PRU-13.

Mukhriz, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Manifesto BN Kedah berkata, dalam manifesto khusus untuk Kedah, BN Kedah mahu mendapatkan projek yang sama seperti yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kelantan baru-baru ini.

Beliau berkata, dalam manifesto khusus itu, BN Kedah akan menyediakan sebuah litar lumba kepada golongan belia seperti yang diumum semalam selepas kerajaan negeri ketika ini, yang dikuasai PAS, gagal mengotakan janji pada kempen PRU 2008 bahawa mereka akan membina litar tersebut jika menang di Kedah.

PANASSS !!! MP PAS TERLIBAT DALAM SINDIKET PELACURAN DI SELANGOR ???



Sebut pasal Selangor, mesti orang terbayang dengan kemajuan yang terdapat di negeri Selangor seiring dengan pembangunan ibukota Kuala Lumpur..Namun sejak pakatan mengambil alih pemerintahan dari Barisan Nasional timbul pula industri baru yang menjadi punca utama ekonomi Selangor melonjak..

Industri ini bukan saja bertumpu di bandar malah kawasan perkampungan orang Melayu pun ada dan jangan terkejut jika apa yang aku nak sampaikan ini memang benar benar berlaku..Artikel ini aku petik dari blog sahabat Pena Dari Tanah Melayu yang geram kerana industri pelacuran di Selangor kini merebak ke kampung halaman beliau..

Paling menyakitkan hati apabila wakil rakyat dari Pas langsung tidak membantu industri ini diperkampungan beliau..

Friday 1 February 2013

PM MALAYSIA !! NAJIB LEBIH LAYAK DARI ANWAR





Bila-bila masa sahaja dari sekarang Dewan Rakyat akan dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU 13 yang dijangkakan oleh ramai pemerhati politik sebagai pilihanraya yang paling sengit dalam sejarah negara.

Dari segi rekod PRU 12 2008, memang benarlah PRU 13 ini cukup hangat dan sengit kerana ia merupakan penentu samada BN akan meneruskan kesinambungan pemerintahan ataupun gabungan longgar parti pembangkang, PR pula yang akan mengambil alih terajunya.

Namun jika perkembangan semasa diambil kira, besar kemungkinan PRU 13 akan menyaksikan BN mengulangi kejayaan yang hampir sama seperti yang dicapai pada PRU 11 2004 sebaliknya PR pula bakal berdepan nasib buruk seperti dialami Barisan Alternatif (BA).

Tambahan pula, sejak pentadbiran negara diambil oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak pada April 2009, sedikit demi sedikit BN telah kembali ke landasannya semula. Manakala dalam tempoh itu pula populariti PR semakin merosot terutama sekali selepas kegagalan projek lompat 16 September 2008.

KEBEBASAN MEDIA ALA GUAN ENG




DAP akan menjadi jaguh dalam menyekat kebebasan bersuara terutama melibatkan media jika pakatan pembangkang dapat menguasai Kerajaan Pusat dalam pilihan raya umum akan datang.

Mengingatkan perkara itu, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, DAP tidak kisah atau melompat jika media menyiarkan laporan yang 'menghentam' Pas atau PKR.

Tetapi katanya, kepemimpinan parti itu akan melenting kalau mereka diusik meskipun laporan itu berlandaskan fakta.

"Kebebasan media ala Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Pulau Pinang memperlihatkan cara beliau mendominasi satu-satu media.

ANWAR TERLIBAT BERI IC KEPADA WARGA ASING




Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat secara langsung dalam projek untuk mengeluarkan kewarganegaraan dan kad pengenalan kepada pendatang yang tidak layak di Sabah dalam tahun 90-an, walaupun tanpa arahan darinya.

“Beliau biasanya mengambil inisiatif dan kadang-kadang melakukan (lebih daripada yang diperlukan),” kata Dr Mahathir dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata, apa yang berlaku di bawah sering berbeza daripada arahan (dari atas).

Beliau berkata, Anwar dan pegawai pelaksana di Sabah pada masa itu bertindak sendiri dan tidak semestinya mengikut arahan.

TU LA MAHFUZ BILA ORANG KATA BODOH HANG HAPPY !!


Siapa tak kenal Mahfuz yang umumnya sudah tahu akan tahap kebodohan Mahfuz antara paling teruk di dunia..Sifat nak popularkan diri sentiasa ada dalam hati  naib presiden Pas sekor  ni walaupun mempunyai tahap IQ yang amat rendah

Isu terbaru yang di dedahkan oleh mahfuz sebenarnya satu fitnah semata mata.. KDN mendakwa surat yang didedahkan oleh Mahfuz sebenarnya palsu.

Surat berkenaan didakwa meminta pengarah bahagian dan daerah menghantar kad pengenalan yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan ke Sabah.

UST NASHA UMPAMA ISTERI CURANG DALAM PAS




Sehari selepas bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dipecat dari terus menganggotai Majlis Syura Ulama PAS, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat terus meraikannya dengan upacara memotong kek di kediaman Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh.

Walaupun secara lahiriahnya acara memotong kek itu diadakan sempena ulangtahun kelahiran Mursyidul Am PAS itu yang ke 82 tahun, namun tersiratnya ia menggambarkan kegembiraan Karpal Singh yang dikongsi bersama dengan Nik Aziz dalam meraikan dendam terindah yang sudah dilunaskan.

Karpal pernah ditempelak oleh Nasharudin berhubung isu hudud, manakala Nik Aziz pula sehingga kini terus berpatah arang dengan peranan utama yang dimainkan Ahli Parlimen Bachok, Kelantan itu semasa ura-ura kerjasama diantara UMNO dan PAS melalui Kerajaan Perpaduan (UG) dulu.

KEDATANGAN YAB PM @NajibRazak DI HIMPUNAN ANAK MUDA KEDAH MERIAH #BNPilihanOrgMuda @khairikj @tunfaisal @MukhrizMahathir

Memang terbaik lah Himpunan Anak Muda Kedah bersama YAB PM siang tadi..
Puluhan ribu rakyat Kedah banjiri stadium suka menanti bagi memeriahkan himpunan kali ni..

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk pertunjukkan motorsikal lasak dari KTM..

Both BN Youth Jobs Fair 2013 dan BL1M antara both terlaris pada hari ini..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday 31 January 2013

PANASS !! DS NAJIB UMUM LITAR LUMBA BUAT ANAK KEDAH !! #BNPilihanOrgMuda @NajibRazak @Khairykj @tunfaisal @MukhrizMahathir





Pas mesti berbulu dengan janji baru Ds Najib mahu membina litar lumba buat anak anak Kedah yang gemar aktiviti permotoran.. Sebelum ini Pas sudah berjanji mahu membina litar lumba jika Pakatan mentadbir Kedah..Namun yang tinggal hanyalah janji semata mata.. Pengumuman Ds Najib siang tadi sememangnya dinanti nantikan oleh anak muda di Kedah.. Terima Kasih PM, Terima Kasih Barisan Nasional

PANAS BERASAP !!! ORANG KANAN DEDAH ADUN DAP SIMPAN PEREMPUAN ??




Kat bawah ni adalah surat layan pada seorang adun Dap di Taiping. Tak sudah-sudah pemimpin Pakatan di sabitkan dengan skandal. baca surat kat bawah,

MACAMANA AZIZAN RAZAK LEH LUPA BEDAY NIK AJIS ?




28 Januari lalu, Nik Aziz dilaporkan menghadiri perayaan Thaipusam di Pulau Pinang anjuran Pakatan Rakyat. Acara tersebut disertai oleh antara lain, ialah Pengerusi DAP Karpal Singh.

Pada petangnya pula, Nik Aziz telah mengunjungi Karpal Singh di kediamannya dan satu sambutan Hari Jadi Nik Aziz telah diadakan di situ, siap dengan kek yang mempunyai lambang ketiga-tiga parti sekutu PR.

Harakahdaily melaporkan bahawa kunjungan tersebut disambut dengan gembira oleh para penyokong Pakatan Rakyat sehingga menitiskan air mata. Begitulah gembiranya mereka melihat persahabatan seorang yang bergelar Mursyidul Am dengan seorang penentang Islam tegar yang sebegitu erat, akrab dan bersatu hati dalam ‘berjihad’ untuk menakluki Putrajaya.

Tidak salah jika dikatakan yang kegembiraan yang dirasakan mereka adalah sama dengan kegembiraan para pembaca Malaysiakini yang ‘menyambut meriah’ pemecatan Nasharuddin Mat Isa dari Majlis Syura melalui komen-komen mereka.

YAB PM RASMI BANTUAN LESEN 1 MALAYSIA DI HIMPUNAN ANAK MUDA KEDAH #BNPilihanOrgMuda @NajibRazak @Khairikj @MukhrizMahathir @tunfaisal

YAB PM buat pertama kalinya merasmikan pelancaran Bantuan Lesen 1 Malaysia di Kedah sejak program ini luluskan.

Ribuan pemohon BL1M sudah membanjiri both sejak awal pagi lagi.

Published with Blogger-droid v2.0.10

JELAJAH ANAK MALAYSIA TURUN PADANG DEKATI RAKYAT @najibrazak @khairikj @tunfaisal



Program ‘Jelajah Anak Malaysia’ yang disertai gabungan 46 badan bukan kerajaan NGO mahasiswa dan belia bermula Rabu ini akan bertindak sebagai agen penghubung antara kerajaan dan rakyat.

Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia Aspirasi Mohd Shahar Abdullah berkata penganjuran program itu tahun ini juga dilihat lebih bersifat mendekati dan mendampingi rakyat di peringkat akar umbi sama ada di bandar mahupun luar bandar.

Beliau berkata program yang sebelum ini dikenali ‘Jelajah Aman Kampus’ itu sekali lagi digerakkan bagi memperkasa jaringan generasi muda demi memastikan suara dan pemikiran mereka terarah kepada satu matlamat iaitu demi kepentingan rakyat dan negara

PANASS !!! KTM DUKE BIKIN ANAK MUDA KEDAH MELELEH #BNPilihanOrgMuda @Khairykj @tunfaisal @McTheoryCroniez @DukeofUMNO

Sekarang sedang berlangsungnya pertunjukkan aksi lagak ganas dari pengeluar motorsikal KTM di Stadium Suka Menanti sempena Himpunan Anak Muda bersama YAB Perdana Menteri

Published with Blogger-droid v2.0.10

EDISI BONGKAR !!! KURSUS PRA PERKAHWINAN JADI MANGSA FITNAH PENCACAI PAKATAN !!


gambar yang hampir sama

Pencacai pakatan memang cukup takut jika dakyah kristian untuk memurtadkan orang Islam tersebar kepada umum.. Mereka bukannya nak bendung pekara ini tapi dipertahankan pula tindakkan golongan memurtadkan orang Islam..

Beberapa hari lepas 1 gambar ini telah tersebar di alam maya yang menunjukkan orang Islam sedang leka mendengar ceramah yang disampaikan oleh seorang lelaki diatas pentas berlatar belakang lambang salib..

Ramai orang mempersoalkan kesahihan gambar ini dan jika pekara ini memang berlaku ada diantara mereka kecewa..

Selepas beberapa jam gambar ini disebarkan, pencacai pakatan terpaksa mengunakan kaedah teknik teknik photoshop untuk menghilangkan lambang salib pada gambar tersebut..Maka dicanangnya gambar itu sebenarnya diambil semasa kursus pra perkahwinan..

HIMPUNAN ANAK MUDA KEDAH !!! RIBUAN PENGUNJUNG PENUHI BOTH #BNYjobfair @KhairiKJ @tunfaisal @NazirHussin79

Ribuan anak muda Kedah sudah memenuhi ruang both BN Youth Job Fair 2013 sempena Himpunan Anak Muda bersama YAB Perdana Menteri Malaysia.

Lebih daripada 4000 peluang pekerjaaan ditawarkan melibatkan 85 agensi kerajaan dan swasta.

Di BN Youth Job Fair juga menawarkan peluang perniagaan, pinjaman dan keusahawanan bagi anak muda yang berminat dalam bidang perniagaan

Published with Blogger-droid v2.0.10

PERHATIAN !!! PENGUMUMAN KHAS BUAT ANAK MUDA DI KEDAH !! #BNYJobsfair13 @KhairiKJ @tunfaisal @NazirHussin79




Hari ini akan berlangsungnya Himpunan Anak Muda bersama YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Suka Menanti.. Untuk Program hari ini, Pihak penganjur telah menyediakan bermacam-macam acara untuk golongan anak muda di Kedah.

Antara yang ditunggu tunggu adalah Karnival Kerjaya BN Youth Job Fair buat pertama kalinya diadakan di Kedah.. Karnival BN Youth Job Fair antara yang terbaik pernah dianjurkan oleh Pemuda Umno Malaysia dimana berjaya menarik seramai 120 ribu pengunjung dan 100 ribu resume telah diterima oleh majikan majikan yang terlibat dalam program ini di PWTC tahun lepas..

Pada Karnival kali ini, lebih dari 85 agensi kerajaan dan syarikat swasta yang menyediakan 4,200 peluang kerjaya dari segi pekerjaan dan perniagaan kepada anak anak muda di Kedah..

Wednesday 30 January 2013

PANAS !! NIZAR LAMBAI SAMAKAN MAYAT WILLIAM SEPERTI BANGKAI ?!




ADUN Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mempamerkan sifat kebodohan pemimpin pembangkang apabila menggunakan perkataan ‘bangkai’ bagi merujuk kes adik William Yau Zhen Zhong yang mayatnya ditemui baru-baru ini.

Nizar dalam twiternya pada 29 Januari telah menulis @mbnizar – The CARCASS GATHERERS: BN politicians rush to cash in on William’s death (PENGUMPUL BANGKAI: Pemimpin BN berlumba-lumba dapatkan nama atas kematian William).

PANASS!! PAKATAN RAKYAT HINA HAMAS





Kesediaan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan anggota rombongannya mengambil risiko besar dengan melawat Semenanjung Gaza, Palestin minggu lalu sehingga kini masih dipertikaikan dan diperlekehkan oleh pakatan pembangkang.

Dalam lawatan itu, PM dan rombongan termasuklah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur serta Ahli Parlimen Bebas, Zulkifli Noordin dan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin telah meluangkan masa beberapa jam untuk melihat sendiri kesan keganasan oleh rejim zionis Israel terhadap rakyat Palestin.

Di masa yang sama PM juga mengikrarkan kesediaan Malaysia untuk menjadi orang tengah dalam usaha meneruskan penyatuan Hamas dan Fatah demi kebaikan Palestin itu sendiri, disamping meneruskan bantuan kemanusiaan.

Nyata sekali keprihatinan PM tidak disenangi oleh juak-juak bawahan mahupun pucuk pimpinan PR, masing-masing cuba memberi perspesktif negatif sekalipun menyedari saat ini rakyat Palestin khususnya di Gaza terlalu mendambakan sokongan umat Islam untuk terus cekal menghadapi kezaliman Israel.

KENALI SIFAT NIK AJIZ SANG DEWATA RAYA





Pemecatan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa selaku ahli Majlis Syura Ulama PAS sememangnya sudah lama dinanti-nantikan oleh suku sakat Anwarinas setelah beberapa percubaan sebelumnya menemui jalan buntu.

Kelibat Ustaz Nasharudin yang turut sama menyertai lawatan bersejarah Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak ke Semenanjung Gaza, Palestin dimanfaatkan sepenuhnya oleh pimpinan PAS untuk dijadikan alasan utama pemecatan tersebut.

Lain-lain alasan seperti tidak datang mesyuarat memaksa Majlis SYura memecat Ustaz Nasharudin pada pertemuan 13 Januari 2013 yang lepas sebenarnya hanyalah tempelan sahaja untuk mengabui mata ahli dan penyokong PAS.

Jika alasan tidak datang mesyuarat adalah punca utama pemecatan Ustaz Nasharudin tentunya sudah lama Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah lama dibuang dari terus menganggotai Majlis Syura Ulama PAS.

#PECATNASHA !! PAS KATA BUKAN SEBAB POLITIK ?? HABIS TU SEBAB APA ?



Jatuh ditimpa tangga, itulah nasib bekas Timbalan Presiden Pas yang memperjuangkan perpaduan ummah diantara Umno dan Pas telah digugurkan keanggotaan dalam Majlis Syura Pas..

Sebaik saja digugurkan, kebanyakkan pemimpin Pas mengambarkan bahawa Ust Nasha kini dianggap merugikan dan membebankan Pas jika beliau ada memegang jawatan dalam parti..Kini nama beliau tidak tersenarai untuk bertanding pada PRU kali ini..

Inilah taktik Pas untuk merendahkan pemimpin yang tidak sehaluan dengan apa yang Pas inginkan bersama pakatan..Sesiapa saja yang dilihat sengaja memberi bola mudah untuk parti lawan smash, sudah tentu profil orang itu akan dibawa ke mesyuarat tertinggi Pas..

Dalam isu Ust Nasha, Pas memutuskan untuk mengugurkan nama beliau dalam Majlis Syura pada 13 Januari lalu iaitu sebelum rombongan Perdana Menteri dan Ust Nasha ke Gaza..Tetapi sampai sekarang Ust Nasha belum mendapat apa apa surat rasmi dari pejabat..

TERPANASS !! KETUA DEWAN ULAMA PAS AKAN IKUT JEJAK UST NASHA ?




Seorang pemimpin kanan Pas dijangka dipecat sebagai Ahli Majlis Syura Ulama parti itu, kata bekas pengikut setia parti itu Zainon Ismail.

Katanya beliau difahamkan antara nama yang disebut-sebut berada dalam senarai pemecatan oleh Majlis Syura Ulama Pas ialah Ketua Dewan Ulama parti itu Datuk Harun Taib.

Beliau berkata tidak mustahil perkara itu berlaku selepas bekas Timbalan Presiden parti itu Nasharudin Mat Isa digugurkan sebagai ahli majlis itu pada 13 Januari lalu.

KUTUK PM !!! PAS WAJAR LANTIK OSTAJAH KENING MULUS DALAM MAJLIS SYURA



Kehebatan Ostajah Arbaeyah kening runcing dalam Pas tidak perlu diperkatakan lagi..Setiap hari ada saja dalil dalil dan fatwa terbaru untuk menghukum sesiapa saja yang berlainan hala tuju dalam politik..

Terbaru beliau mempersoalkan lawatan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ke Gaza kononnya lawatan PM ke Gaza baru baru ini tidak ikhlas berjuang(berjihad) sedangkan Islam di Malaysia tidak diperjuangkan..

PANASS !! AHLI PAS SEUMUR HIDUP GESA RAKYAT KEDAH TOLAK PAS !!



Sudah terbukti Pas tidak pernah membela nasib ahlinya..Pekara ini diakui oleh Mohd Khairi  yang menjadi ahli Pas sejak 1999, kecewa dengan sikap pemimpin Pas tidak pernah memberi bantuan terhadapnya ketika beliau terlibat dalam kemalangan..

Selama 13 tahun beliau berkorban untuk Pas, akhirnya beliau kecewa dengan prisip parti Pas kini jauh terpesong dari landasan sebenar..

PANASS !!! ANAK BUAH MAT SABU MERANGKAP BLOGGER PAKATAN DITANGKAP KHALWAT ???





Seorang blogger Pakatan Haram yang agak popular dikalangan pemfitnah tegar Pakatan telah ditangkap khalwat bersama isteri orang semalam. Kononnya dia ni seorang blogger yang hebat fitnahnya. Sekali dia fitnah boleh gegar satu Malaysia.

Dia di tangkap berhampiran rumahnya (kawasan gelap) apabila berdua-duaan bersama seorang perempuan didalam kereta, keadaan yang mencurigakan. Kejadian berlaku di Permatang Pauh. Setelah disoal siasat, perempuan terbabit adalah isteri orang.

Semasa kedatangan pihak berkuasa, kedua-dua pasangan berada didalam yang begitu mengaibkan. Mengikut laporan, punya la asyik 'bersama' hingga tidak sedar kelakuan 'aib' mereka tu sedang diperhati dan dirakam.

TUDIAA !! PONDAN SIAM MARAH IKLAN IKEA





Seorang lelaki Thai bersama teman wanita beliau sedang membeli-belah di sebuah pusat perabot.

Teman wanitanya kemudian terlihat bantal yang dijual dengan harga murah, dan tiba-tiba, suara lembut wanita tersebut berubah menjadi garau.

Terkejut dan takut, teman lelaki wanita tersebut tidak berapa lama kemudian melarikan diri.

Senario itu adalah sebahagian iklan dikenali sebagai Luem Aeb (Lupa Untuk Menipu) yang dikeluarkan oleh Ikea Thailand yang menyebabkan kumpulan transgender negara itu marah serta menyifatkannya sebagai sesuatu yang ‘negatif dan stereotaip’ selain ‘telah melanggar hak asasi manusia’.

Kumpulan berkenaan telah menulis surat bantahan kepada syarikat gergasi di Sweeden tersebut.

Tuesday 29 January 2013

TRIP TO PENANG !! KENAPA TAK BINCANG ISU KALIMAH ALLAH ??






Kecoh betul di laman lidah rasmi PAS, Harakahdaily dan blog-blog pro-PAS semalam mengenai kunjungan Mursyidul Am PAS ke Pulau Pinang dan telah mengadakan pertemuan dengan seorang Bishop Katolik, Sebastian Francis di sana.

Kononnya, dengan pertemuan antara Nik Aziz dan Bishop tersebut, ia akan meredakan ketegangan yang tercetus dari isu penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible berbahasa Melayu untuk edaran di Semenanjung Malaysia.

Malah dalam lawatan Nik Aziz ke negeri jajahan Guan Eng itu, dia telah menyambut harijadinya di kediaman Pengerusi DAP dan Karpal Singh telah menghadiahkan sebiji kek harijadi padanya dalam lawatan tersebut.

Kononnya, mereka berdua “mesra”lah, kan? Memanglah “mesra semacam” saja bila Nik Aziz dan Karpal dikatakan berbicara mengenai pemecatan Ustaz Nasharuddin Mat Isa dari Majlis Syura PAS…

Apatah lagi bila laporan mengenai kunjungan Nik Aziz ke rumah Karpal dan pertemua dengan Bishop itu tidak menyentuh langsung tentang soal penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible bahasa Melayu…

[VIDEO] TEMBAK MENEMBAK DI KEDAI RUNCIT





Kejadian tembak menembak ini berlaku di sebuah kedai runcit di Filipina.Suspek bertopi keledar dan bersenjatakan pistol menerpa masuk kedalam kedai runcit dan mengarahkan semua orang yang berdiri di kaunter masuk kedalam..

Tanpa disangka lelaki (berbaju biru gelap) sedang berjalan keluar dari kedai mempunyai pistol dan melepaskan tembakkan kepada suspek dan rakannya yang menunggu di luar..Mereka berbalas tembakkan sehingga ketiga tiga mereka rebah diatas jalan..

PANASS !! PEJABAT YB JOE ADUN KUPANG SAMAN PENDUDUK KG GUNUNG INAS ?? #SlmtknGngInas #TukarKedah



Setelah beberapa hari media baru dan media cetak memaparkan kisah penduduk kampung di Gunung Inas Baling yang ditipu oleh Adun Pas Kupang..Semalam Adun Pas YB Johari memberi respon berhubung kenyataan pak cik Tahak di akhbar

Baca dibawah


LIHAT GAMBAR !!! ADAKAH BIBLE MEMANG WAJAR DIBAKAR ??


Apa mak cik bertudung ni buat dalam gereja ?? dengar kuliah agama ke?? atau dalam proses untuk disalibkan .. 1001 persoalan bermain diminda jika lihat pada gambar ini..

Ada beberapa sumber memberi tahu kejadian ini berlaku di Perak dan ada juga berkata berlaku di Selangor..

Apa apa pun, pihak berkuasa perlu menyiasat pekara ini agar Malaysia sebuah negara Islam tidak dicemari dengan dakyah dakyah halus gerakan kristianisasi terhadap umat Islam..


#SlmtknGngInas !! ADA UNSUR UNSUR PENIPUAN DALAM PERMOHONAN TANAH






Penasihat Undang Undang Unit Media Baru Tun Amar berkata hasil dialog antara penduduk kampung beliau mendapati terdapat unsur unsur penipuan dan penyelewengan dalam proses permohonan geran tanah oleh penduduk.

Beliau mencadangkan satu memorandum berkaitan hal tersebut akan dihantar kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam masa terdekat dan pihaknya akan melihat perkara itu dari sudut undang-undang.

Dalam pada itu satu jawatankuasa bertindak akan ditubuhkan bagi membela nasib orang kampung yang teraniaya..

Baca : Pejabat Adun Kupang Rompak Wang Penduduk

Baca : Pejabat Adun Jual Tanah Pakai Resit RM 2 

Monday 28 January 2013

EKSKLUSIF !!! LAGU TEMA KHAS BUAT NIK AJIS SEMPENA HARI JADI KE 82 DI RUMAH KARPAL SINGH




Lagu tema khas ini aku hadiahkan buat pok nik sempena ulang tahun kelahiran beliau ke 82tahun yang disambut dengan meriah bersama sama Karpal Singh..Dulu kata haram potong Kek, tapi la ni bila dah berkawan dengan Dap dah jadi hahal balik..

Bukan nak menghina tapi inilah yang Nik Aziz mahukan..Bagi Pas sekarang ini tiada lagi beza antara orang Islam dan bukan Islam.Depa bantai serupa saja..Kalimah Allah pun Nik Ajis rela berkongsi, apatah lagi kek yang dihadiahkan oleh Karpal Singh..

Apa apa pun Selamat Ulang Tahun Nik Ajiz, Semoga Allah membuka pintu hati untuk bertaubat..

PAS DAN PKR TAG TEAM JUAL ISLAM DEMI DAP




Riuh rendah para pemimpin pakatan pembangkang mencemuh kenyataan Presiden perkasa, Ibrahim Ali berhubung saranannya supaya dibakar kitab Bible yang mengandungi kalimah Allah s.w.t dan kini sedang giat disebarkan oleh golongan pendakyah Kristian kepada para pelajar Melayu Islam di Pulau Pinang.

Respon keras oleh Ibrahim itu ada asasnya, lebih-lebih lagi sudah lama umat Islam menahan sabar setelah bertahun-tahun isu kalimah Allah s.w.t telah dengan sengaja ditimbulkan oleh DAP dan para pendakyah Kristian dengan niat untuk merosakkan akidah umat Islam.

Hanya orang yang tidak beriman dari golongan munafikun sahaja yang tidak terasa keesaan Allah s.w.t dan tidak sensitif untuk mempertahankan kesucian kalimahNya dari dinodai oleh pendakyah agama lain.

Tapi agak menakjubkan bila mana ada juga kalangan pemimpin PAS yang tumpang sekaki mengkritik saranan Ibrahim Ali, kelihatannya seperti parti berlabel Islam itu lebih sensitif bila 'kesucian' Bible disentuh berbanding kesucian hakiki kalimah Allah s.w.t yang sedang cuba dinodai oleh DAP dan pendakyah Kristian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive