Saturday 18 February 2012

PANAS!! KERAJAAN PAS KEDAH DI AMBANG MAUT???



VIDEO X'KLUSIF OLEH padijantan

PANAS TERBAKAR!!! DAP JOLI SAKAN DENGAN SKANDAL BAYAN MUTIARA??



Umno Pulau Pinang hari ini mendesak Lim Guan Eng supaya bersara dari politik dan meletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai bukti mengotakan janjinya berbuat demikian jika terdapat bukti bahawa penjualan tanah Bayan Mutiara di sini telah dilakukan secara rundingan.

Pengerusi Umno negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, pihaknya mempunyai beberapa bukti bahawa tanah tebus guna seluas 41.6 hektar itu telah dijual dengan harga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat pemaju hartanah Ivory Group.

"Antara buktinya ialah surat permohonan kepada pihak Bursa Malaysia untuk membeli dan memajukan tanah berkenaan. Surat itu (Ivory Group kepada Bursa Malaysia) bertarikh 31 Mac 2011 sedangkan tender terbuka yang diiklankan oleh pemilik tanah berkenaan iaitu Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) tamat pada 31 Disember 2010.

"Ini dengan jelas menunjukkan urusan jual beli tanah di Bayan Mutiara itu adalah rundingan dan bukan secara tender terbuka, kita ada dokumen-dokumen berkenaan,"katanya pada sidang media di sini hari ini.

"Rumah yang akan dibina di kawasan berkenaan adalah RM72,000 hingga RM220,000, apa yang kita pertikaikan ialah mengapa tiada rumah kos murah yang berharga RM42,000 sedangkan projek itu dibina atas tanah PDC," katanya.



Sambung baca di sini

PANAS!!! ADAKAH PAS MASIH RELEVAN DALAM PAKATAN SEKARANG??


Selepas Mc terbitkan artikel Pas Kedah rancang keluar Pakatan Rakyat. Mc dihubungi banyak pihak. Kawan ada lawan pun ada. Soalan paling popular yang Mc terima ialah, "Benarkah Pas Kedah nak keluar dari pakatan?"

Mc tak jawab secara terus, sebab Mc pun dapat infom dari orang ketiga. Tapi disebabkan Mc yakin apa yang beliau sampaikan kepada Mc adalah benar, dan mengikut logik tertentu pun sememangnya Pas harus keluar dari Pakatan. Jadi Mc mengambil keputusan untuk menulis artikel tersebut.

Untuk apa lagi Pas menunggu dalam Pakatan? Nak harap jadi menteri? berapa kerat pemimpin Pas yang akan dilantik menjadi menteri? Perdana Menteri jangan harap laa.. Sampai Hadi Awang atau Nik Aziz meninggal pun kedua-duanya tak mungkin dapat jadi Perdana Menteri.

Kalau mengikut situasi sekarang, Pas ni tak ubah macam parti pencacai dan barua Dap dan Pkr saja. Tukang bagi poster, kutip derma, sapu sampah, jaga lalu lintas, setup ceramah dan lain-lain lagi, semua Pas yang buat. Dap dan Pkr? tukang arah saja.

Itu baru sikit, sekarang ni bila masuk bab Anwar sokong Israel, takkan Pas nak sokong juga? Dok jadi bodo sikit-sikit sudah la, tapi kalau jadi bodoh teruk macam ni, baik buang jubah tu pakai seluar jeans saja la. Buat malu pakaian mengikut Islam, tapi sebenarnya dok sokong Israel.

UMNO sokong Yahudi?

Semua orang tahu itu hanyalah fitnah. Tapi puak yang dok fitnah ni pun tak pandai. Depa fitnah, UMNO bayar yahudi untuk lakukan kerja. Maknanya, yahudi terpaksa ikut cakap UMNO untuk lakukan kerja. Tapi adakah mereka sedar, bahawa Anwar dibayar oleh Israel untuk bekerja. Ini bermakna, Anwar terpaksa mengikut cakap Israel untuk membuat segala kerja.

Sebab tu Anwar sanggup sokong Israel, walaupun dalam dunia ni, semua umat Islam marahkah Israel, namun Anwar pula yang menyokong. Bos suruh, mesti la sokong, kalau tak, mana nak dapat duit ya?


Bukti dah ada didepan mata.. Pas sedar ka tak ni? Atau masih lagi bermimpi?

ARTIKEL DARI :KEDAH KE KL

MTK
SUDAH SUDAH LAH JADI PARTI PENCACAI DALAM PAKATAN TU..TAKKAN TAK SEDAR YANG PAS KENA LATU SETIAP MASA

TUDIAA!!! WANITA HAMPIR MATI GARA GARA RANCANGAN REALITI ??



Sekarang dah jadi semacam trend serata dunia untuk membuat lawak jenaka realiti.

Ada yang benar-benar menarik, namun ada jugak yang luar batasan.

Kekadang tu penerbit pun tak faham ke batas dan bila nak berhenti buat lawak.

Daripada lawak berubah menjadi lawak bodoh, terutama dalam kes klip di bawah ini.

Klip berkenaan memperlihatkan bagaimana seorang wanita yang baru habis kerja di Brazil dan ingin pulang ke rumah dipermainkan krew sebuah program lawak realiti.

Tak tahulah anda, tetapi penulis simpati pada wanita itu dan tak faham penerbit program berkenaan letak otaknya di mana.

SUMBER:MyNewsHub

TUDIAA!!! DS JAMIL KHIR BALUN PAS SAMPAI LUNYAI !!!



sempoi la Ds,lepas ni ada video lagi menarik akan di upload,sambungan dari siri ceramah ini

TUDIAA!! DAP PASANG PERANGKAP???



Selepas dibidas oleh ramai ramai termasuk sekutunya, Pas kerana menyokong negara Israel, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima satu lagi tamparan apabila sekutu rapatnya, DAP juga tidak sealiran dengan pandangannya.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menegaskan parti itu juga mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel terhadap rakyat Palestin serta tetap dengan pendiriannya tidak menyokong negara itu dan mengiktirafkan kewujudannya.

Beliau berkata, tindakan Amerika Syarikat menyokong Israel tanpa menilai sama ada perkara itu betul atau sebaliknya adalah sesuatu yang terkutuk.

“Kita menyokong sepenuhnya agar rakyat Palestin mendirikan sebuah negara yang bebas dari Israel dan diiktiraf oleh semua negara di seluruh dunia,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pembukaan rasmi cawangan pertama restoran Penang One di sini hari ini.

Baru-baru ini, Anwar dalam The Wall Street Journal (WSJ) menyatakan sokongannya terhadap usaha memastikan keselamatan negara Israel.

Tony Pua juga berharap agar dunia mengambil pendirian untuk menyokong Palestin supaya membentuk sebuah negara bebas. – mynewshub.my

PANAS!! SMM TERKEJUT BERUK DENGAN JELAJAH #AMANKAMPUS LEBIH DITERIMA DARI @AdamAdli !!!cc @riorashid @YuseriYusoff



SMM makin gusar dengan penerimaan masyarakat di seluruh negara kepada program yg melibatkan mahasiswa ASPIRASI,Kembara Aman Kampus yang sudah semakin menuju kemuncaknya.

Perjalanan Kembara Aman kampus mendapat respon positif dan penghargaan dari masyarakat.Ianya sedikit sebanyak dapat mendekatkan lagi golongan mahasiswa sebagai pelapis masa depan negara dengan masyarakat..

Walaupun mereka mengeluarkan kenyataan tidak tergugat dengan program ini tetapi ianya tetap memberi impak yang besar kepada mereka..

kenyataan media SMM

'Jelajah pro-Aspirasi tak gugat SMM'

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berkata pihaknya "tidak berasa terancam dan tergugat" dengan kumpulan pro-Aspirasi yang menganjurkan program jelajah seluruh negara khususnya untuk membetulkan tanggapan terhadap mahasiswa yang dianggap mereka suka berdemonstrasi dan mencetuskan huru-hara di kampus.

Sebaliknya Pengerusi SMM Ahmad Syukri Ab Razab berpendapat tindakan tersebut adalah "satu persaingan demokrasi yang baik" bagi membolehkan rakyat menilai isu dengan matang dari siri jelajah kedua-dua pihak.

"Kita berpendirian negara kita, negara demokrasi. Mana-mana kumpulan boleh mengadakan jelajahnya dan boleh bertemu rakyat. Mereka boleh menyampaikan segala idea mereka.

"Bagi kita, ini satu perkembangan yang baik, apabila pro-Aspirasi sudah mula bergerak dengan baik. Sudah bertindak sebagai mahasiswa yang sebenar," katanya sinis.

Sambung baca di sini

PANAS!! DR HASAN ALI DEDAH DALAM KERAJAAN PAS KELANTAN PUN ADA PARASIT!!!



KUALA LUMPUR - Datuk Dr Hasan Ali mengulangi dakwaannya bahawa golongan parasit semakin mencengkam kuat Pas sehingga kini sudah menjadi majoriti dan memegang kuasa dalam parti Islam itu.

Sehubungan itu, kata bekas Pesuruhjaya Pas Selangor ini, dalam kerajaan Pas negeri Kelantan juga wujud parasit yang dekat dengan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Abdul Aziz juga merupakan Mursyidul Am Pas.

"Takkanlah (Presiden Pas Datuk Seri Abdul) Hadi Awang dan Nik Aziz tidak layak jadi Perdana Menteri.

"Takkanlah pasal pakai kopiah tidak boleh jadi Perdana Menteri sedangkan terdapat banyak pemimpin luar tidak fasih berbahasa Inggeris. China jadi kuasa ekonomi dalam dunia walaupun tidak pandai cakap orang putih," katanya semasa ditemu ramah dalam program bual bicara Helo Malaysia BernamaTV di saluran 502 Astro malam ini.

PANAS!!! NGO DI KEDAH KENA PAWW 30% OLEH PEMBANTU EXCO KEDAH??



Exco kerajaan Negeri Kedah yang didakwa mempunyai kaitan dengan isu rebat 30 peratus duit sumbangan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan bagi memudahkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengerusi Barisan Nasional Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah berkata langkah berkenaan juga adalah memelihara integriti kerajaan negeri Kedah.

"Saya difahamkan pembantu kepada seorang Exco Kerajaan Negeri telah bercuti sejak isu itu diperkatakan, saya rasa adalah perlu Exco juga bercuti untuk sementara waktu sehingga siasatan SPRM selesai,"



Ahmad Bashah berkata apabila mendapat maklum mengenai kes berkenaan, beliau terkejut dan merasa ia satu tindakan yang tidak betul serta tidak bermoral.

"Ia adalah satu yang sangat tidak bermoral, tidak pernah berlaku dalam mana-mana wakil rakyat sebelum ini mereka mengenakan rebat terhadap sumbangan kepada pertubuhan bukan kerajaan," katanya.

"Wakil rakyat sudah ada gaji dan elaun, mengapa mahu mengenakan caj lagi terhadap pertubuhan bukan kerajaan berkenaan," katanya sambil menegaskan bahawa pertubuhan bukan kerajaan banyak bergantung kepada sumbangan pelbagai pihak.

Ahmad Bashah berkata sekiranya terbukti perkara berkenaan berlaku maka SPRM perlu mendakwa yang terlibat.

Portal Umno Kedah

MTK
SAPA KATA PAS KEDAH TAK TERLIBAT DENGAN SALAH LAKU??BILA PAS PERINTAH KEDAH MAKIN MENJADI JADI SALAH GUNA KUASA!!!

Friday 17 February 2012

PANAS!!! RUNTUHAN ISLAM KALI KETIGA DI KEDAH??

Assalamualaikum...


Semalam MKT mendedahkan perihal perancangan Kerajaan Negeri Kedah di bawah pentadbiran PAS bercadang untuk meruntuhkan Pusat Dakwah yang di bawah seliaan Yayasan Islam Kedah klik sini dan MKT juga berjanji akan mendedahkan perancangan Kerajaan Kedah PAS Kedah untuk merobohkan salah satu masjid yang lain.


Seperti yang MKT dapat maklumat kelmarin, Kerajaan PAS Kedah bercadang merobohkan Pusat Dakwah Negeri Kedah dan membina tapak letak kereta di kawasan tersebut. Kali ini pelan pembangunan PAS selepas PRU ini adalah untuk meruntuhkan pula Masjid Nagore yang telah dibina sejak dari tahun 1881. Atas alasan pembangunan di sekitar Pekan Melayu dan Pekan Cina. 

Dari siasatan MKT sendiri sememangnya di sekitar Pekan Melayu dan Cina terdapat banyak kedai-kedai usang dan ada yang telah roboh. Jadi, setelah melihat semua keadaan itu maka MKT berasa yakin akan khabar yang telah diceritakan kepada MKT semalam oleh salah seorang pegawai PKNK tersebut.

Sememangnya satu perkara yang baik hendak didirikan pemulihan keatas bangunan-bangunan lama tapi perlu sangatkah atau kemaruk sangatkah hingga sanggup meruntuhkan rumah Allah yang sudah berusia lebih dari 100 tahun itu?

P/S dari MKT : Ellehh...setakat Madarasah Salihiah Kangchut yang hampir sama usia dengan Masjid Nagore pun boleh dijual kepada bangsa DAP Penang, takkan perkara semudah itupun mereka tidak boleh lakukan jugak? Betul tak?


sumber klik sini

PANAS!! NANDO'S POTONG TANG KONAR??


Atas insiden yang berlaku di KFC, nampaknya ada pihak cuba menangguk di air yang keroh.Lihat poster yang di keluarkan oleh syarikat Nando's di atas..Mereka seolah olah mahu menjahanamkan bisnes KFC yang sudah di ketahui umum milik bumiputra..



Mac Chung Lynn, Ketua Pegawai Eksekutif Nando's Malaysia sepatutnya berhati-hati apabila memilih strategi promosi. Kedua-dua franchise ini adalah pesaing hebat dalam sektor makan segera sumber ayam dan KFC dilihat lebih kedepan kerana Melayu tahu yang ayam di KFC adalah halal. Tapi tidak di Nando's yang mana ayam nya boleh diragui. Fikirkan lah.

baca juga di sini

SUPER HOT!! GAMBAR PEMIMPIN UMNO NEGERI DI TANGKAP PADA AWAL PAGI DALAM KEADAAN TERBARING!!!

sekadar ala kadar 


Tudia,tak sangka ada jugak pemimpin Umno negeri di skodeng pagi pagi buta..ingatkan pemimpin pakatan saja yang kena skodeng..Tapi apa apa pun,di harap pemimpin UMNO ni tak melatah sebab gambarnya di dedahkan..bukan apa nanti kena saman jenuh nak membayar..

AYOYO!! CYTRO ANUVARJI PANDIKUTTY KANTOI LAGI,KALI NI LEBIH TERUK DI MALUKAN!!


Setelah tersebarnya gambar Mr Anuvarji Pandikutty dengan calit merah di dahi yang di dedahkan oleh Panglima Panglima blogger pro BN,Blogger pakatan terpaksa mencari jalan supaya dapat menutup kembali taik yang di tinggalkan oleh Mr Anuvarji pada perayaan Ponggal..Mereka telah membuat satu gambar bertindih Ds Najib seperti di bawah bagi membela perbuatan keji Mr Anuvarji..


Segala niat jahat yang di lakukan oleh Cytro pembangkang sudah dapat di hidu oleh kebijaksanaan Blogger Pro BN yang berjaya mengkantoikan mereka..lihat gambar Ori di bawah dan bandingan gambar di atas..

Jadi terserlah sudah tahap kebencian mereka terhadap pemimpin no 1 negara..Sanggup membuat apa saja demi Mr Anuvarji..



MTK
Haiyaa!! sudah kantoi laa..apa lagi puak hampa nak spin!!

PANAS!! KAK JAT TOLONG LEPAS JAWATAN MENTERI DEMI PARTI !!!!



Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dibelenggu isu Perbadanan Fidlot Nasional agar "jangan sayang kepada jawatan".

Bekas Perdana Menteri berkata Shahrizat, yang juga Ketua Wanita Umno, harus mengambil tindakan sewajarnya demi kepentingan parti.

"Saya tak suruh dia meletak jawatan tetapi kita harus sentiasa fikir berkenaan masalah yang kita timbul kepada parti. Sebab itu, saya sendiri pun bila dah terlalu lama dan orang dah naik bosan, saya pun letak jawatan.

"Jadi, janganlah sayang jawatan sangat sampai tidak mahu langsung dipisahkan daripada jawatan. Satu hari kita kena pisah juga," katanya kepada pemberita pada satu sidang akhbar di sini Rabu.

Dr Mahathir berkata kepentingan parti harus diberi keutamaan ketika membuat sebarang keputusan.

"Kalau kita fikir ini baik bagi parti, kita patut ambil tindakan tetapi ini terpulang kepada dia untuk membuat apa-apa keputusan," katanya.

-- BERNAMA

MTK
LEPAS SAJA JAWATAN MENTERI DAN KEKAL JAWATAN KETUA WANITA

SAH!!! ELI WONGEI SUDAH LETAK JAWATAN???



KUALA LUMPUR, 17 Feb – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong mengumumkan perletakan jawatan sebagai ADUN dan juga Exco Kerajaan Negeri Selangor berikutan pengakuan terhadap gambar bogelnya yang telah tersebar luas.
Dilaporkan bahawa kekecohan timbul dalam sidang media yang diadakan apabila para penyokong Elizabeth bertindak berang dengan menjerit dan marah sambil mempersoalkan kenapa ADUN pilihan mereka ini terpaksa meletak jawatan.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran kepada pihak pembangkang agar jangan cuba menuduh BN terlibat dalam hal tersebut.
Katanya, insiden yang berlaku ke atas Elizabeth adalah masalah peribadi dan hal dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dianggotainya dan tidak ada kena mengena dengan orang lain.
Dalam perkembangan tersebut, Naib Presiden PKR, Azmin Ali melontarkan tuduhan yang mendakwa isu gambar bogel tersebut adalah angkara UMNO dan BN.

Baca laporan penuh di sini

MTK
ANUVARJI BILA LAGI??

Thursday 16 February 2012

PANAS!!! Cubaan Portal Penipu Malaysiakini Menjatuhkan Imej @datosahol !!


Mengapa isu Dato' Sahol Hamid dimainkan oleh MalaysiaKini? Apakah ada agenda disebalik kebangkitan kes yang sudah lama berlalu? Apakah MalaysiaKini sudah ketandusan isu untuk menyerang institusi kerajaan dan Dato' Sahol jadi mangsa?

Menurut sumber, Keris diberitahu bahawa isu ini bukanlah isu berbangkit dan ia adalah cerita lama ketika beliau menjawat jawatan TNC UiTM. 4 atau 5 tahun yang sudah rasanya dan Keris juga berasa sedikit hairan tentang mengapa secara tiba-tiba ia menjadi perbualan. Yang paling menarik adalah perkataan 'MENAFIKAN DAKWAAN' kerana seperti yang dimaklumkan tidak ada pihak MalaysiaKini yang datang dan berjumpa dengan Dato Sahol, bagaimana pula kenyataan itu dikeluarkan?


Berkenaan dengan 'tuduhan penyalahgunaan kuasa' itu, menurut maklumat memang sudah diselesaikan oleh pihak SPRM setelah mereka melakukan siasatan awal. Difahamkan terdapat tiga peringkat siasatan oleh tiga badan yang berbeza (SPRM, UiTM, KPT) dan hasil siasatan mendapati tuduhan tersebut hanya satu tuduhan dangkal. Ia hanya bermula dengan satu surat layang sebelum ia menjadi isu.

Sebenarnya Keris menulis ini adalah untuk memberi amaran bahawa pasti ada agenda tersembunyi mengapa isu ini dibangkitkan samada mahu merosakkan imej UiTM atau mahu mencalarkan kredibiliti Dato' Sahol.

Yang pastinya Dato' Sahol yang merupakan seorang individu yang popular dikalangan pelajar UiTM kerana beliau telah banyak membuat perubahan dan pembangunan untuk UiTM. Jadi hati-hati jika membaca sebarang artikel oleh MalaysiaKini.

Siapa Dato' Sahol? InsyaAllah Keris akan beritahu siapa Dato Sahol yang sentiasa MalaysiaKini 'cemburu' ini. Persoalan isu ini ada kebocoran atau ada musang berbulu ayam?

KERIS7LOK

KASI PANAS!! VIDEO REAL HADI AWANG MENGKAFIRKAN UMNO??APA LAGI PUAK PAS NAK SPIN





Amanat Haji Hadi Awang disampaikan oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April1981.

“Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.


Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalahIslam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.”





Untuk berita2 Terengganu anda boleh layari -

http://webtvteganukita.tk/

SUMBER:APA

TUDIAA!! PENDUDUK YAN BERANG KERANA DI TIPU OLEH PAS ??


Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak diminta menjelaskan kepada rakyat khususnya penduduk di Yan mengenai status projek Hab Hidrokarbon Sungai Limau (Sulihh) yang mahu dibangunkan oleh kerajaan Kedah yang diterajui Pas.

Penyelaras Parlimen Jerai Datuk Suhaimi Abdullah berkata masyarakat di Sungai Limau iaitu kawasan Dewan Undangan Negeri yang diwakili oleh Azizan, mahu melihat perkembangan terkini mengenai projek berkenaan yang dikatakan dalam pelaksanaan namun tidak menunjukkan sebarang perubahan.

"Penduduk juga mahu tahu sama ada tanah mereka di sekitar kawasan itu bakal diambil untuk projek tersebut dan juga jika mereka akan menikmati peningkatan taraf hidup selepas projek tersebut siap," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Stor Simpanan Baja dan Forklift di Pertubuhan Peladang Kawasan E-IV Bukit Besar dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, stor simpanan baja dan forklift disampaikan oleh Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Datuk Redza Rafiq kepada Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) E-IV Bukit Besar.

KASI PANAS!! SELEPAS MADRASAH SALIHIAH,KINI GILIRAN PUSAT DAKWAH PULA MENJADI MANGSA KERAKUSAN PAS KEDAH??!!



MKT hari ini mendapat satu berita yang agak keterlaluan berkenaan PAS Kedah. Oleh kerana terlalu mengejar undi bangsa selain Melayu maka PAS Kedah akan menggadaikan satu lagi simbol agama Islam yang sudah lama bertapak di Bandaraya Alor Setar iaitu Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah. Madrasah Salihiah Kangchut pun belum lagi selesai urusannya dengan mahkamah dicadang pula hendak meruntuhkan lagi simbol Islam yang lain pula. Apakah relevannya PAS Kedah hendak melakukan sedemikian rupa?

MKT mendapat berita ini dari salah seorang pegawai di Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang menurutnya beliau juga berasa risau dengan kegelojohan Kerajaan PAS Negeri Kedah yang sanggup menggadaikan agama demi mendapatkan undi dari bangsa lain.


BERITA TERGEMPAR!! PAS KEDAH UMUM KELUAR DARI PAKATAN??


Story panas ni mtk ambik kat sini.Difahamkan Pas Kedah sudah tidak mampu menanggung beban yang di tinggalkan oleh Anwar dalam isu menyokong negara Israel..Walaupun berdepan dengan perpecahan di kalangan ahli ahli mereka,kebanyakkan pemimpin Pas Kedah sudah mati akai untuk membela Anwar..


Nampaknya akibat sokongan Anwar Ibrahim kepada Israel, menyebabkan masalah pepecahan dalaman Pas yang selama ini retak, menjadi hampir belah.


Mc mendapat maklumat dari 'orang KITA dalam Pas'  yang memberitahu, semalam Pas Kedah membuat mesyuarat, ada perbincangan mengenai seruan Nik Aziz yang mahu Anwar menyaman World Street Journal (WSJ) atau menarik balik kenyataan menyokong Israel. Sesungguhnya isu tersebut dipandang serius oleh semua umat Islam.


Walaupun ramai diantara kita yang andaikan kenyataan Nik Aziz itu hanyalah drama dan lakonan politik semata-mata. Namun sebagai orang Islam yang masih waras dan berpegang pada ajaran Islam sebenar. Kenyataan Nik Aziz tu sebenarnya relevan untuk Pas meneruskan sisa-sisa perjuangannya. Memang sepatutnya Nik Aziz perlu berkata begitu untuk membina kembali maruah Pas yang selama ini telah di hina dan di cerca kerana menjadi pencacai dalam Pakatan.


Mungkin kerana terlalu lama Pas menjadi pencacai dalam Pakatan, hingga organisasi dalaman Pas yang dahulunya begitu utuh kini sudah mula nak runtuh. Semuanya akibat dari sikap terbuka Pas yang kononnya 'setia kawan' pada Dap, hingga membiarkan segala keputusan yang sepatutnya memihak kepada Pas, namun diberikan kepada Dap.

TUDIAA!! ANWAR RUJUK SHEIKH QARDAWI BERKENAAN GAMBAR TERBARU??


Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Thaipusam di Batu Caves, baru-baru ini tidak menyalahi hukum syarak, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria
"Sekiranya tiada niat untuk merayakan atau reda dengan perbuatan agama lain tidak mengapa, tetapi kalau sama-sama merayakan baru tidak boleh,"


Sebaliknya, Harussani lebih kecewa dengan tindakan Pas di Perak semasa majlis sambutan Thaipusam dengan mengadakan gerai dan khemah serta mengibarkan bendera Pas seolah-olah menyokong dan reda dengan orang yang melakukan kufur

Jelas dan padat kenyataan Tan Sri Harussani,di harap puak puak pakatan tidak lagi mencari kesalahan orang lain.sebaliknya lihat sendiri kehadiran Anwar di program program keagamaan lain,yang menjurus kepada merayakan upacara tersebut.

PANAS !!! SELAMAT PENGANTIN BARU YB PAJERO HENJUT HENJUT??




Pada bab pertama Tukang Screw ada menyatakan kisah seorang YB yang dipaksa mengahwini seorang wanita selepas ditangkap berdua-duaan di dalam sebuah kenderaan di sebuah pusat rekreasi di Kuala Krai. Tukang Screw ada menemui beberapa penduduk tempatan yang terlibat dalam insiden tersebut dan telah memberitahu bahawa insiden tersebut berlaku dalam sebuah kenderaan Pajero bernombor pendaftaran WF_ 9019. Apa yang membuatkan penduduk terlibat berasa curiga kerana waktu tersebut telah menghampiri waktu Maghrib dan Pajero tersebut bergoyang tanpa sebab walaupun tiada gempa bumi berlaku. Kerana mengesyaki kemungkinan perkara tidak diingini berlaku maka penduduk berkenaan telah menuju ke kenderaan tersebut dan mendapati YB dan pasangannya berada dalam kenderaan tersebut. Di sini Tukang Screw ingin nyatakan bahawa tidak berlaku sebarang perlakuan tidak diingini hanya mereka berdua-duaan tanpa kehadiran orang ketiga dan kalau ada orang ketiga ialah SYAITAN! Dalam keadaan tersebut walaupun apa alasan baik yang diberikan pasti akan menimbulkan fitnah.

Perkara tersebut diketahui oleh bapa saudara pasangan wanita YB tersebut yang bernama Ismail. Ismail telah berjumpa YB tersebut dan mendesak supaya mengahwini anak buahnya atau beliau akan mendedahkan perkara tersebut kepada umum. Berita tentang kejadian ini akhirnya sampai juga ke pengetahuan isteri YB bernama Fatimah yang mengambil inisiatif berjumpa sendiri bapa wanita tersebut bagi urusan pernikahan suami kesayangannya yang telah membuat onar di belakangnya.

Akhirnya pasangan khalwat ini bernikah dengan diwalikan oleh bapa wanita itu sendiri itupun diadakan di luar mukim. Selamat berbahagia YB, selain menjaga isteri kedua jangan lupa jaga kawasan. Perkara baik sebegini perlu diumumkan dan Tukang Screw cadangkan supaya YB mengadakan kenduri bagi meraikan perkahwinan kedua ini supaya tidak timbul fitnah. Tukang Screw juga sentiasa menunggu kad jemputan daripada YB Arifabillah@Mohd Asri Ibrahim. Benda baik jangan nak dimalukan ye.

SUMBER KLIK SINI

[VIDEO] CERAMAH UST KAZIM-AKIDAH NIK AZIZ MAKIN LAMA MAKIN ROSAK??

Wednesday 15 February 2012

TUDIAA!! APA SALAH SAMBUT VALENTINE..BODOH !!! KATA GUAN ENG KEPADA PAS??

Cara Guan Eng memberi penerangan seolah memperlekehkan pihak yang melarang agar umat Islam meraikan hari Valentine.Kalau Islam dah kata tak boleh apahal nak paksa pulak? Ada mana mana haprak khawarij berani tegur Guan Eng?Nik Aziz?Nik Abduh?Hadi? Salleh Man?

Yang dilarang kepada umat Islam sebab ia menghampiri maksiat kepada yang bukan muhrim,apa salahkah larangan ini dikeluarkan kepada umat Islam,Guan Eng nak pertikaikan sangat kenapa?

Jika dia nak sambut itu dia punya pasal lah,tapi apahal cuba nak berdakwah kepada Umat Islam pulak.Umat Islam kena..Umno kena..PAS pun kena ajar dengan Guan Eng...apa macam?Menjadi tak dakwah DAP!?







Read more:PISAU.NET

VIDEO PENYOKONG NEGARA ISRAEL DI HALAU DARI MELAKA??






Hebat dan syabas buat penduduk Kampung di negeri Melaka,mereka bersungguh sungguh menolak kehadiran Anwar di kampung mereka..Kehadiran Anwar berceramah di negeri negeri di Malaysia wajib di tolak..Kerana rakyat dah mula muak dengan pembohongannya..

lihat video seterusnya di sini

SUPER HOT!!! SAMSENG TAIK KUCING PAS KEDAH BUAT MUKA SEKUPANG TAGIH DUIT BR1M



Tentunya kita ,masih ingat insiden dimana seorang Ketua Cawangan UMNO Bahagian Sik, iaitu Cawangan Charok Sireh iaitu Seyr yang dipukul oleh seorang fanatik militan hijau pasrael.(cerita sebelum ini ) Begitulah samsengnya seorang yang mengaku berada dalam sebuah parti yang menjunjung islam, tetapi tidak tahu erti islam itu sendiri


Orangnya yang cukup biadap ketika berkata-kata dan cukup kurang ajar bila berdebat tiba-tiba hari ini muncul untuk menagih wang BR1M di Dewan Sekolah Menengah Agama Sik pada sesi petang. Kelibat beliau mula disedari ketika beliau baru tiba dan sedang cuba mencari tempat letak KERETA.




Begitu juga ketika beliau sedang duduk-duduk santai didalam dewan, mungkin beliau sedang hendak meng'adjust' perasaan serbasalah beliau yang kemudiannya bejaya di'tuning' dengan baik. Sebagai tambahan beliau juga berjaya menjalani proses PENEBALAN MUKA tatkala seketika sebelum sampai kekaunter Bank.




Setelah mengambil duit yang sekejap difartwakan HARAM, sekejap pula difartwakan harus kerana hukum-hukum sebegini bagi mereka yang menganut pas sebenarnya bukan lah mutlak sebaliknya andaian mengikut kesesuain dan keuntungan sendiri.

Ketika hampir ke muara kaunter bank sementara, beliau telah disapa dan disarankan oleh seseorang agar bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Dato' Sri Mohd Najib Tun Abd Razak yang telah menunaikan janji beliau semasa pembentangan bajet 2012 tahun lepas. Malangnya kerana KEBEBALAN beliau, beliau secara terang-terang menolak dengan cuukp angkuh sambil berkata "Ini duit kerajaan, bukan duit Najib" dan kemudiannya disusuli dengan "Ini duit rakyat" seperti burung tiung yang cukup akur dgn apa yang didengari tutur bicara tuannya yang mengajar dia bercakap. Dia sebenarnya hanya mengajuk tanpa mengerti apa yang dipertuturkannya.

Kemudian orang yang menegurnya terus meneruskan anjuran agar beliau tidak mengambilatau mengembalikan duit berkenaan, dengan lagak BODOH SOMBONG beliau berkata "Ini hak aku, akupun bayar CUKAI". Sebaik mendengar jawapan umpama BOLA TANGGUNG itu, aku ambil peluang untuk tanya soalan MAUT. "Berapa banyak cukai tahunan yang hang bayar?". Mungkin kerana tidak mahu jatuh ekor EGOnya, dengan lancar seperti burung tiung yang baru baik(pulih) dari sakit paruhnya(mulut) beliau berkata, "RM2,000 setahun!"

RM2,000 setahun cukai yang dibayar kepada LHDN???????

SUMBER-KLIK SINI

TUDIAA!! @mpkotabelud Pun Tahu Yang @anwaribrahim Bohong Pasal Royalti Minyak di Sabah???



Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor akan menaikkan royalti minyak Sabah daripada 5% kepada 20%.
Enggan mengalah, pemimpin pembangkang lain seperti Datuk Dr Jeffrey Kitingan pula menjanjikan 50%. Bagaimanapun, untuk menzahirkannya, Dr Jeffrey perlu bergantung kepada sokongan Anwar jika dan apabila beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Sebagai Ahli Parlimen dari Sabah, saya tidak mempunyai alasan untuk menolak cadangan itu kerana Anwar mahu memberi lebih banyak dana buat Sabah. Tetapi benarkah begitu?

Malangnya, saya menyedari betapa tidak telusnya Datuk Seri Anwar dengan cadangan menambah royalti minyak untuk Sabah.

Ketika persidangan Dewan Rakyat tahun lalu, saya bertanya jika Anwar menambah royalti minyak Sabah kepada 20%,apakah beliau boleh menjamin untuk tidak mengurangkan peratusan peruntukan kepada Sabah menerusi Belanjawan 2013 atau Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) jika pembangkang menawan Putrajaya?

EMAIL PEMBACA !!! BILA OSTAD JIJAN NAK TUNTUT KEMBALI SEBERANG PRAI??




Dalam suasana politik yang panas diseluruh negara, teringat saya (kalau tak salah) selepas PRU ke 10, dimana prestasi BN agak lemah apabila PAS dapat menambah jumlah kerusi DUN di negeri Kedah. Dengan jumlah kerusi yang bertambah, bertambahlah juga semangat PAS dinegeri ini. Dalam keghairahan menonjolkan semangat perjuangan PAS, beberapa isu telah diketengahkan.

Diantara isu yang paling kontroversi ialah masalah mengaut pasir di Sungai Muda (sempadan Kedah dan Seberang Perai) dan perbekalan air untuk pertanian dari Ampangan Muda di Kedah melalui Sungai Muda ke kawasan pertanian (padi) di Seberang Perai. Tetapi isu ini lenyap tanpa suatu keputusan muktamad antara kerajaan Kedah dengan Pulau Pinang. Tidak jelas di mata umum mekanisma yang digunakan bagi melenyapkan isu ini. Persoalannya adakah isu ini diselesaikan secara ADIL dan menguntungkan kedua-dua negeri terlibat atau masih menghantui mana-mana pihak.

TUDIAA!! SEJAHTERA KAH KEDAH BAWAH PAS??



Poster mini ni dibuat oleh Pewaris Perjuangan UMNO, salah seorang pengiat UMNO di Pekan Naka. PPU telah menghimpunkan jasa-jasa 'terbaik' Pas Kedah selama ini untuk tatapan kita.


Nampak sangat Pas 'terlalu' pandai untuk menjaga Padang Terap. Ini baru satu kawasan, belum lagi kawasan yang lain. Syabas Pewaris Perjuangan UMNO (PPU), hasil kreatif anda mungkin boleh menyebabkan Pas Padang Terap angkat bungkuih kali ni.

PANAS!! ADAM ADLI TERKENCING DI SERGAH SAMSENG UMNO??





Apa dah jadi ni?? Betul ke Samseng UMNO dah pukul Adam Adli and the gang? Apa yang terjadi sampai kerusi semua tunggang terbalik? Adakah akhirnya geng Mahasewel tertewas jua? Nak tau detail pasal cerita ni, boleh klik SINI

Tuesday 14 February 2012

GUAN ENG SAJA CARI PASAI DENGAN UMAT ISLAM!!!


Pagi tadi, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama ADUN Komtar, Ng Wei Aik, telah meraikan Hari Valentine dengan mengedarkan 1,000 kuntum bunga "carnation" kepada semua pengunjung-pengunjung di Chowrastar, di Penang. Tidak kisah lah sekiranya dia ingin menyambut perayaan berkenaan dengan bukan Islam. Tetapi kenapakah LGE dan Kerajaan DAP Penang tidak sensitif dengan pengharaman kepada Umat Islam untuk menyambut hari berkenaan?

Bukankah tindakan beliau mengajak Umat Islam untuk meraikan Hari Valentine adalah satu tindakan menghina Islam dan penganutnya? Bukankah DAP juga yang sebelum ini menyalak dengan menuduh PERKASA tidak sensitif dengan kaum Cina apabila PERKASA menyumbangkan ang pow bersampul putih ketika Tahun Baru Cina yang lepas? Kalau kaum Melayu tidak sensitif dengan adat masyarakat Cina, DAP boleh menyalak. Kenapa Umat Islam harus berdiam diri ketika LGE menghina mereka dan hukum hakam Agama mereka? Apakah LGE yang tinggal berpuluh tahun di Malaysia tidak mengetahui sambutan Hari Valentine adalah haram disambut oleh Umat Islam?

Sumber FB

WAT DE HELL!! MELACUR ADALAH KERJA SAMBILAN WARTAWAN??



KUALA LUMPUR - Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) kesal dengan kenyataan ketua publisiti pilihan raya DAP, Hew Kuan Yau yang melabel wartawan sebagai "pelacur".

Setiausaha Agung NUJ, V. Anbalagan dalam kenyataan hari ini berkata, kesatuan itu juga kesal dengan pendirian pengerusi jawatankuasa disiplin DAP Tan Kok Wai yang menyokong dengan menegaskan Hew hanya menyatakan hakikatnya.

Beliau berkata, kenyataan Kuan Yau telah mencemarkan imej semua wartawan yang bekerja dalam media cetak, elektronik dan 'online'.

"Ini tidak adil kerana beliau memberikan label itu pada semua wartawan, kategori orang yang khusus berkhidmat untuk orang ramai dan mengetengahkan isu-isu kepentingan awam," katanya.

Hari ini sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan Kuan Yau telah memohon maaf berhubung kontroversi yang timbul berpunca daripada kenyataannya.

Anbalagan berkata, Kuan Yau sepatutnya menyokong kenyataannya itu dengan kes spesifik seperti siapa wartawan itu dan daripada organisasi mana.

"Kuan Yau sepatutnya membuat aduan kepada organisasi terbabit supaya tindakan dapat diambil tanpa mengira wartawan itu adalah seorang eksekutif, petugas biasa, kebanyakannya ialah anggota NUJ, petugas kontrak atau petugas sambilan.

"Kami mendesak pucuk pimpinan DAP mengambil tindakan ke atas Kuan Yau dan Tan kerana sesuatu kebenaran atau fakta mesti disokong dengan bukti dan keterangan.

"Jika tidak, ia berupa dakwaan tidak berasas yang dilemparkan terhadap wartawan dan profesion itu," katanya.- Bernama


MTK
MANGKAQ NI MEMANG CARI PUBLISITI MURAHAN BETUI LA..DIA NI TAK TAU KA BETAPA PENATNYA JADI WARTAWAN..MTK NI YANG DUK NAIK TURUN SELURUH PELUSUK TEMPAT PUN DAH RASA SIKSA..APA PUNYA BANGKAI LA KETUA PUBLISITI MURAHAN DAP NI..

TUDIAA!! AZMIN TEST HARGA DIRI ???



Hang biaq betui Azminnn.. bukan hang ni bakal jadi MB Selangor ka kalau Pakatan menang lagi PRU ke 13 nanti? Awat hang tak mau bertanding?? ce citer ce citer..



Hamboihh.. nak beri laluan pada anak muda la pulak. Alaa.. hang pun bukan la tua sangat, ok lagi tu, mantap lagi. Hang tak risau ka bagi laluan kat anak muda nanti tiba-tiba Anwar sapu lagi yang muda-muda tu. he he he..

Ni mesti ada sebab yang Azmin nak tarik diri ni. Atau Azmin saja nak test market, nak tengok dia ni laku lagi ka dak.

Azmin-Azmin.. kalau pun nak tarik perhatian Anwar, tak payah la buat sampai macam ni..


sumber kedahkekl



MTK
AZMIN SAJA TEST MARKET..DIA MANA BOLEH TINGGAL ANWAR SORANG SORANG

RAFIZI KANTOI BERADAP!! DI UPAH 30K SEBULAN OLEH ANWAR??

sel13.com - Tindakan Rafizi Ramli terus-menerus menyerang Datuk Seri Shahrizat Jalil dengan tuduhan-tuduhan yang diputar belit telah menimbulkan rasa tidak senang dikalangan ahli-ahli PKR sendiri di Selangor.
Khamis petang sel13.com diajak untuk berjumpa dengan seorang ahli PKR yang juga seorang ahli majlis sebuah PBT di Selangor. Kata ahli PKR berkenaan tindakan Rafizi itu berkemungkinan akan mengundang tindak balas agresif dari pihak lawan mereka.
Katanya kepada wakil sel13.com, “tuan ingat semua orang-orang PKR yang ada jawatan di Selangor bersih ke ? “
Beliau turut berkata Rafizi hanya mementingkan dirinya sahaja untuk dipotretkan sebagai hero. Dia tidak fikir bagaimana jentera parti dibawah bekerja dan segala-galanya memerlukan wang. Katanya lagi, “Rafizi masuk politik terus berada diatas dan dapat gaji puluhan ribu sebulan,dia tidak tahu susah payah orang di bawah” .
Sel13.com diberikan satu salinan resume Rafizi Ramli semasa memohon kerja sebagai Ketua Eksekutif di pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.



Di muka surat tiga walaupun tidak dinyatakan berapa gaji yang Rafizi minta untuk bekerja sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor , tetapi tindakan beliau menyatakan gaji semasa dan elaun beliau sebanyak RM 30’000.00 ribu sebulan sudah cukup untuk menyatakan yang beliau mahukan pendapatan seperti itu atau lebih untuk bekerja di pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.
Jika tidak mendapat pendapatan seperti itu tidak mungkin Rafizi bekerja di sana sekarang. Apabila Anwar Ibrahim dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dengan gaji RM 1 , sampaikan ada ahli PKR yang menitis air mata mengenangkan Anwar sanggup berkorban sampai ke tahap itu demi untuk rakyat Selangor. Apa guna gaji penasihat RM 1 tetapi gaji ketua eksekutif puluhan ribu ringgit ? Itu belum lagi dikira gaji kakitangan-kakitangan yang lain, kos pentadbiran, kos pejabat, tuntutan elaun perjalanan penasihat ke luar negara, kos utiliti dan sebagainya lagi. Sepatutnya apabila gaji Anwar RM 1, maka gaji Rafizi hendaklah 50 sen kerana dia bekerja di bawah Anwar.
Di waktu pemerintahan BN tidak wujud penasihat ekonomi seperti seperti kerajaan sekarang. Selangor tetap maju dan terus maju serta mencatatkan pertumbuhan ekonomi serta pelaburan yang memberangsangkan setiap tahun. Manakala pemerintahan kerajaan hari ini yang dinasihat oleh penasihat ekonomi Selangor semakin hari semakin teruk. Pelaburan dan pendapatan merosot, jalan-jalan raya rosak teruk, sampah tidak terangkat dan sebagainya.
Jawatan penasihat ekonomi serta pejabat penasihat ekonomi Selangor sengaja diwujudkan untuk menempatkan kroni-kroni PKR bagi mereka mendapat gaji dari kerajaan negeri dan melakukan kerja-kerja parti. Rafizi sendiri ada kalanya sampai berminggu-minggu tidak masuk pejabat atau melakukan apa-apa kerja , sebaliknya masa beliau dihabiskan di pejabat PKR di Damansara.
Mengikut pemberi maklumat, Rafizi hanya akan masuk pejabat apabila ada kontraktor-kontraktor hendak menghantar kerja atau cadangan. Amalan kerajaan negeri hari ini , jika ada mana-mana pihak atau syarikat yang ingin menghantar cadangan projek, kertas berkenaan perlu dihantar ke Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dan akan disemak oleh Rafizi terlebih dahulu. Sekiranya pihak berkenaan setuju memberi 10 % kepada Rafizi atas nama sumbangan dana pilihanraya PKR , maka kertas tersebut akan diangkat kepada Anwar Ibrahim untuk kelulusan sebelum dihantar kepada Kerajaan Negeri.
Jika tidak mendapat pendapatan atau kemudahan melebihi dari tempat lama beliau bekerja, adakah anda fikir Rafizi sanggup tinggalkan kerja lamanya semata-mata untuk bekerja dengan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor atas nama hendak berkhidmat kepada rakyat Selangor ?
Dalam wawancara dengan malaysiakini minggu lepas, Rafizi berkata gajinya kecil dan tinggal di rumah biasa. Walhal gaji puluhan ribu sebulan dan tinggal di kondominium di kawasan elit
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive