Friday 6 April 2012

TUDIAAA!!! PHAHROLRAZI & DR ISMAIL FRUST MENONGGENG DENGAN UST AZIZAN SEBAB DAPAT JAWATAN KECIK ??!!



Selepas pelantikan hari ini Phahrolrazi dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, manakala Dr Ismail pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Perubahan itu adalah pengurangan portfolio Kerja Raya bagi Phahrolrazi manakala portfolio Dr Ismail tiada lagi Kesihatan dan Pembangunan Insan.

Phahrolrazi ketika ditanya mengenai pengecilan portfolio itu berkata perubahan berkenaan adalah perkara biasa dan tidak memberi sebarang masalah kepada beliau.

"Perubahan memang berlaku, (Exco) kanan atau tidak, sama juga masih tetap Exco," kata beliau kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis angkat sumpah itu.

Beliau berkata walaupun portfolionya berkurang namun tugasnya bertambah kerana perlu memberi fokus kepada pilihan raya umum yang dijangka sudah hampir.

Dr Ismail pula berkata, beliau berterima kasih dengan pelantikan semula itu dan sebagai Timbalan Pesuruhjaya I PasKedah (Phahrolrazi) dan Timbalan Pesuruhjaya II mereka kini perlu memberi lebih tumpuan kepada pilihan raya umum akan datang.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula berkata, walaupun portfolio dua Exco berkenaan kurang berbanding tahun lalu, namun tugas mereka lebih banyak.

"Dua-dua ini timbalan saya, jeneral saya dalam nak hadapi pilihan raya, maka saya kurangkan mereka dari segi portfolio, pilihan raya itu yang kita nak fokus," katanya. – Bernama

Dari raut wajah dua orang exco ni nampak sangat depa menyesal ambik jawatan exco,tapi nak buat macamana dah terpaksa ambik..Ustaz Azizan pun dah tau depa ni macamana.Kalau bagi jawatan banyak lagi banyak la depa ni sapu.Lagi satu manusia ni bila dah berdendam sampai ke sudah takkan padam dendam tu.

Bila Ostad Azizan ni kata dua orang timbalan dia ni jeneral pilihanraya pas??Boleh percaya ka tu ostad oii,Bukan baru baru ni saja ostad terkena tapi dah lama dah depa duk cantas ostad sebab gilakan jawatan mb tu..

Sampai satu masa nanti MTK akan dedahkan kaum kerabat wakil rakyat mana yang dapat projek dari sebahagian kawasan perladangan getah milik PKNK seluas 6,378 hektar..Dengar kata sampai pakai kereta hummer..Itu dah memang penyamun habes tu..Daripada kosong tiba tiba dapat kekayaan yang banyak dalam masa begitu singkat.

Tak apa isu ni kita simpan dulu,biaq depa dah terloncat loncat nanti baru kita dedahkan..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive