Sunday 1 April 2012

11 RAKYAT MALAYSIA CEDERA AKIBAT LETUPAN DI HATYAI !!



Seramai 11 rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam kejadian letupan gas di sebuah restoran makanan segera di sebuah hotel
terkemuka di bandar Haadyai hari ini.

Konsul General Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan yang dihubungi Bernama berkata, setakat berita ini ditulis pihak kedutaan hanya mengesan 11 rakyat Malaysia yang sedang dirawat di beberapa hospital.

Beliau berkata, butiran lengkap mengenai 11 mangsa yang cedera itu akan diketahui esok dan menurutnya setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan
terbunuh dalam kejadian itu.

Mohd Aini berkata, pihak kedutaan akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan bagi mengesan sekiranya ada lagi rakyat Malaysia yang terbabit dalam kejadian itu.

Laporan awal media Thailand menyebut tiga orang terbunuh dalam kejadian letupan di Hotel Lee Garden kira-kira jam 1 tengah hari waktu tempatan manakala lebih 300 lagi cedera.

Letupan itu dikatakan berpunca daripada letupan gas di sebuah restoran makanan segera yang terletak di bangunan hotel itu dan siasatan masih dijalankan pihak berkuasa Thailand. - Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive