Tuesday 3 April 2012

BUKTI KERAJAAN PUSAT TIDAK PERNAH PINGGIRKAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT !!!

wakil SAR menerima bantuan khas daripada kerajaan pusat

Sebanyak 11 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri ini menerima bantuan khas daripada kerajaan pusat bernilai lebih RM6.4 juta, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.
Beliau berkata, sumbangan itu membolehkan pihak sekolah membangunkan sekolah mereka bagi kepentingan masa depan pelajar demi memperoleh pendidikan yang sempurna.

Sumbangan berkenaan diumumkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis pertemuan dengan guru-guru agama di Kedah semasa lawatan beliau ke Kedah pada November tahun lepas.
Ahmad Bashah berkata dalam kawasan Parlimen Alor Setar tiga sekolah menerima bantuan berkenaan iaitu Sekolah Rendah Islam Alor Setar di Jalan Datuk Kumbar, Sekolah Rendah Islam Darul Aman di Lebuh Raya Sultan Abdul Halim dan Sekolah Menengah Agamad Mahaad Dini, Jalan Pegawai.

Sekolah Rendah Islam Darul Aman menerima Rm1.6 juta, Sekolah Rendah Islam Alor Setar meneria RM295,000 sementara Sekolah Menengah Agama Mahaad Dini menerima RM40,000.

"Timbalan Perdana Menteri telah meminta pemimpin untuk turun menyerahkan sumbangan berkenaan supaya kita dapat beramah mesra dengan pentadbir, tenaga pengajar dan lembaga pengelola sekolah," katanya.

Sementara itu Pengerusi dan Pentadbiran Kewangan SRIDA, Syed Solehhudin Syed Osman berkata, SRIDA yang hampir empat tahun tidak menerima bantuan bersyukur kerana ini merupakan kali pertama mereka mendapat bantuan tunai daripada kerajaan pusat.
"Sumbangan ini akan digunakan untuk membayar baki kos pembinaan bangunan baru dan ia juga akan digunakan bagi membantu membina pembangunan insan guru-guru di sini.

"Selain itu, SRIDA juga sedang membuat perancangan untuk membangunkan dan membaiki jalan di sekitar kawasan sekolah,” kata Syed Solehhudin.SUMBER


MTK
Pas pulak bopa banyak bagi??

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive