Monday 2 April 2012

TUDIAA!!! SYURGA HANYA UNTUK ORANG BERIMAN DAN BERTAQWA BUKANNYA PENYOKONG PAS !!!



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata masuk syurga hanya dijanjikan oleh Allah swt kepada manusia yang beriman dan bertakwa dan tidak pernah dijanjikan kepada manusia yang menyokong parti politik tertentu.

"Syurga ini bukan milik manusia tetapi milik Allah," katanya kepada pemberita selepas majlis Ceramah Politik Semasa di Kampung Selengkoh di sini malam tadi.

Oleh yang demikian, katanya kenyataan kononnya sesiapa memberi sokongan dan mengundi PAS akan masuk syurga hanya satu janji kosong yang dilakukan semata-mata untuk meraih sokongan pengundi.





Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat barau-baru ini bahawa PAS tetap dengan pendirian meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan aspek syurga apabila seseorang itu menyokong parti tersebut ketika pilihan raya.

Pada majlis ceramah itu, seramai 20 penyokong PAS menyerahkan borang untuk menyertai Umno.

Mereka yang diketuai Md Sofi Abd Latif menyerahkan borang kepada Jamil Khir yang juga Ketua Penerangan Umno Kedah. Turut hadir Ketua Umno Bahagian Jerai Datuk Muhammad Shuhaimi Abdullah dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Guar Chempedak Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail
SUMBER


MTK
Pas dah mula jual tiket ke syurga..Masa nak Pilihan Raya ja keluaq tiket ni.lepas habis pilihan raya semua tergadai

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive