Friday 2 March 2012

PANAS!!! PERBALAHAN DALAM PAS MAKIN TERUK DI KEDAH



Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata beliau melihat keretakan dalam PAS Kedah semakin bertambah buruk kerana ia telah merebak di peringkat bahagian.

Katanya, perbalahan antara pemimpin PAS seperti yang dilaporkan akhbar mengambarkan PAS sudah bercakaran di semua peringkat.

"Saya membaca akhbar hari ini melaporkan Datuk Pahrolrazi Zawawi bertelingkah dengan Datuk Amiruddin Hamzah di kawasan Kuala Kedah, sementara Dr Ismail Salleh bertegang pendapat dengan Timbalan Yang dipertua Pas Alor Setar".



"Pada awalnya pertelingkahan mereka dilihat hanya di peringkat negeri, iaitu antara beberapa orang Exco Kerajaan Kedah dengan Menteri Besar, sekarang sudah merebak ke bahagian. Apa yang berlaku jelas ia semakin bertambah buruk".

"Saya tidak pernah melihat pergaduhan dalaman yang begitu hebat dalam PAS Kedah, tetapi kali ini amat serius," katanya semasa menjawab pertanyaan pemberita tentang kemelut PAS Kedah.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melawat Saodah Hanapi, bekas juara tilawah membaca Al-Quran tahun 1960 yang uzur setelah lumpuh sejak empat tahun lepas. Turut bersama dalam lawatan itu adalah ADUN Derga Dr Cheah Soon Hai dan Ketua Pemuda UMNO Pokok Sena Haris Che Mat.

Ahmad Bashah berkata pertelingkahan di kalangan pemimpin PAS itu harus membuka mata rakyat tentang pentadbiran PAS yang tidak cekap.

Ditanya sama ada pertelingkahan itu menguntungkan UMNO Kedah, Ahmad Bashah berkata beliau tidak melihat dari sudut ia menguntungkan atau tidak parti, tetapi melihat bahawa UMNO perlu terus bekerja keras.

"Saya tegaskan bahawa kita tidak ambil peduli sangat dengan masalah mereka. Kita mengikuti menerusi laporan akhbar, tetapi kita tidak mahu menjadikan masalah mereka sebagai sesuatu untuk diraikan," katanya.

Mengenai cakap-cakap ada penglibatan UMNO dalam krisis PAS itu, beliau berkata UMNO tidak berminat langsung untuk campurtangan.


sumber portal umno kedah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive