Monday 27 February 2012

PANAS!! Phahrolrazi dan Dr Ismail Memberontak Bukti Pas Kedah Makin Hancooorr!!??


Petang tadi keputusan tawaran perlantikkan exco kedah sudah di keluarkan,seramai lapan orang exco telah menerima jawatan,cuma pharulrazi dan dr Ismail saja yang menolak untuk dilantik.

Dikatakan Jawatan yang ditinggalkan oleh kedua exco itu akan di serahkan kepada seorang adun dalam parlimen kuala Kedah.Sumber juga memberi tahu Adun itu telah melobi untuk menjadi exco.??



Lapan anggota exco kerajaan negeri Kedah menerima tawaran pelantikan semula untuk menyandang jawatan berkenaan bagi 2012 dan akan mengangkat sumpah di Istana Anak Bukit di sini Selasa.

Mereka ialah Datuk Ir Amiruddin Hamzah, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul, Lim Soo Nee, Abd Ghani Ahmad, Tan Joon Long @ Tan Chow Kang, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib, Siti Aishah Ghazali dan S. Manikumar.

Difahamkan mereka menerima surat pelantikan masing-masing pada 12 tengah hari Isnin, dan semua exco berkenaan mengesahkan untuk hadir ke majlis angkat sumpah itu.


Kenyataan terbaru Ostad Jijan

"Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata terpulang kepada Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh sama ada mereka mahu kekal sebagai Exco kerajaan negeri atau tidak.

Katanya beliau tidak dapat memastikan bahawa kedua-dua Exco itu akan kekal walaupun Jawatankuasa PAS Pusat telah memutuskan bahawa semua Exco kerajaan negeri Kedah akan kekal untuk tempoh setahun lagi.

Beliau berkata walaupun Setiausaha Agung parti Datuk Mustafa Ali berkata parti itu akan mengambil tindakan yang sepatutnya bagi memastikan kesemua 10 Exco itu kekal, namun ia tetap terpulang kepada Phahrolrazi dan Dr Ismail.

"Jika jawatankuasa parti mahu semua 10 Exco kekal, saya boleh patuh tetapi adakah kedua-dua mereka mahu kekal sebagai Exco," katanya di sini Isnin.

Phahrolrazi dan Dr Ismail telah menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan mereka dilantik semula ke jawatan itu yang dijadual diumum esok."


MTK
Pas makin hancur dikedah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive