Saturday 3 March 2012

PANAS!!! AZIZAN RAZAK DI ARAH BERCUTI??


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah tidak menolak laporan akhbar dan beberapa blog yang melaporkan kemungkinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak akan bercuti, sebagai satu penyelesaian kemelut yang melanda pentadbiran kerajaan Kedah.

"Kemungkinan itu boleh berlaku, Azizan bercuti dan dilantik pemangku jawatan Menteri Besar," katanya.

"Apa yang saya faham daripada penulisan blog itu, apabila Azizan bercuti isu dua Exco yang enggan dilantik semula akan kembali menyertai kabinet negeri Kedah," katanya kepada pemberita semasa ditanya tentang laporan akhbar dan blog berkenaan.


Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan anak angkat Program Pemukiman Adun Barisan Nasional dari seluruh negara di Kedah selama tiga hari mulai Jumaat.

Ahmad Bashah berkata kegagalan menyelesaikan masalah itu, walaupun sudah beberapa kali jalan penyelasaian dirundingkan mengambarkan pergolakan dalaman PAS amat serius.

Katanya sebelum ini Naib Presiden Salahudin Ayub dihantar berunding kemudian mesyuarat PAS di Kuala Lumpur juga gagal mencari jalan bagi menyelamatkan keadaan.

Sekarang mereka perlu turun pula ke Kedah dan mengadakan mesyuarat malam esok, mencari jalan menyelamat keadaan.

"Saya difahamkan ramai pemimpin PAS Pusat yang sudah berada di Kedah sekarang ini bagi menangani isu itu daripada terus merebak," katanya, sambil menegaskan sekali lagi bahawa UMNO tidak berminat campur tangan isu yang dihadapi PAS itu.



Sumber portal umno kedah


MTK
cuti panjang ka cuti terus tu..dengaq kata ada tangan tangan ghaib sudah masuk campur

1 comment:

Anonymous said...

Hassan Ali beng Nuar Berahim terus kena buang, Azizan kondem Nuar terus kena boikot...fuhh power Nuar Berahim nii, tp yg dia kacau parti org buat apa ???? Parti sendiri tkde masalah ke ????. PAS tak terfikir ke ???? Jd buat apa Nik Ajis dn Hadi jd ketua...tanpa kuasa ?????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive