Saturday 3 March 2012

PANAS!!! MAHASEWEL TERCIRIT DI SIASAT DI BAWAH AKTA HASUTAN?!!

ada macam nk berak x muka si sewel ni?ma

Polis sedang menyiasat seorang pemimpin pelajar, Khalid Mohd Ismath berhubung ucapannya pada 23 Februari lalu di perhimpunan Asalkan Bukan Umno (ABU) di Beranang - sebuah pekan kecil berhampiran sempadan Selangor-Negeri Sembilan.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Abdul Rashid
Wahab berkata, timbalan presiden NGO pelajar - KAMI - itu sedang disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.

Pemimpin pelajar UiTM itu telah menyampaikan ucapan bersama dengan Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan; Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS, Khalid Samad dan ADUN Sikamat dari PKR, Aminuddin Harun.



"Polis datang ke rumah saya untuk memaklumkan kepada saya bahawa saya perlu hadir di ibupejabat polis Kajang untuk memberi kenyataan saya pada jam 3 petang (Jumaat)," katanya menerusi SMS kepada Malaysiakini lewat malam tadi.

Beliau akan ditemani oleh Arutchelvan yang telah dipanggil untuk membantu siasatan semalam.

Katanya, beliau dimaklumkan oleh pegawai penyiasat kanan yang menghubungi bahawa ia ekoran satu laporan polis yang dibuat berhubung perkara itu.

Khalid Samad turut menerima panggilan telefon dari pihak polis semalam berhubung perkara yang sama.

Beliau dijadual menemui pihak polis lewat minggu depan kerana beliau tiada di kawasannya dalam masa beberapa hari yang akan datang.

"Pegawai polis ada rakanan video majlis tersebut, jadi saya tidak fikir ada masalah untuk membersihkan nama kami," kata ahli parlimen Shah Alam itu ketika dihubungi.

1 comment:

Anonymous said...

Budak setahun jagung ni mungkin tak pandai jaga mulut macam lain-lain yang dah season dlm politik tu. Syok sendiri sampai lupa ada Akta Hasutan pantau dari atas. Malaysia bukan Timur Tengah atau Prancis di zaman Raja Louise. Pun Malaysia tidak berada di zaman kebangkitan mahasiswa belia zaman kuasa bunga dan madat kaum hippie dalam memperjuangkan kesamarataan hak-hak masyarakat sivil. Malaysia yang tenteram melalui pengamalan Demokrasi Terpimpin tidak memerlukan percikan api yang cenderung mencetuskan semarak api yang bakal menghanguskan apa yang telah dibina sejak merdeka dan memusnahkan benteng yang telah dirangka selepas pertempuran kaum pada penghujung 1960-an.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive