Thursday 1 March 2012

PANAS!!! ADA TALI BARUT DALAM SKUAD SAYANG LANGKAWI ?!!



Hari ini MKT dedahkan senario benar yang berlaku kepada UMNO Langkawi dimana terdapat ejen-ejen talibarut Pakatan Rakyat telah menyusupi sayap-sayap UMNO Langkawi. Untuk makluman, MKT sudahpun mengenal pasti individu-individu ejen Pakatan Rakyat tersebut.





Senario I - Salah seorang Ahli Jawatankuasa Kampung (JKKKP)yang berdekatan dengan Hospital Langkawi telah menyelar dan menuduh UMNO adalah pencipta fitnah berkenaan isu Ustaz Badrol Amin yang dituduh berkhalwat dengan isteri orang baru-baru ini.


Antara yang digomelkan adalah " UMNO mencipta konspirasi dengan mendakwa Ustaz Badrol Amin pemimpin PKR yang kita 'sayangi' berkhalwat dengan isteri orang di Pahang. Inilah kerja UMNO yang suka membuat fitnah ". Tambah beliau lagi yang Ustaz Badrol Amin mewakili PKR mahu membantu seorang isteri yang kesunyian/kelaparan dengan pergi menghantar sebungkus nasi lemak.


Padahal seluruh rakyat Malaysia sudah tahu keadaan sebenarnya yang berlaku di hotel tersebut. Ustaz Badrol Amin tidak menghantar nasi lemak tetapi memberi kaunseling rumahtangga kepada wanita tersebut. Nampak sangat mindanya begitu mudah diperdayakan dengan dakyah-dakyah sesat PR.


Sepatutnya beliau yang memegang jawatan peringkat atasan akar umbi kepimpinan kampung yang menerangkan keadaan yang sebenar. Bukannya membuat spekulasi sendiri...


Mungkinkah ada dalam kumpulan ini?
Senario II - Beliau adalah salah seorang daripada ahli jawatankuasa Skuad Sayang (SS). Diberitakan juga suaminya adalah kontraktor yang mendapat tender-tender Kerajaan tetapi menyokong kuat PKR Langkawi.


Baru-baru ini semasa salah satu program UMNO di salah satu daerah di Kedah, beliau telah mengadu domba dengan memperlaga-lagakan kalangan ahli-ahli SS demi untuk menjatuhkan kepimpinan Ketua Wanita Langkawi.


Menurut cerita, beliau ada hasrat untuk bertanding Ketua Wanita pada pemilihan UMNO Bahagian akan datang.


Tetapi bagaimana MKT boleh mengatakan beliau adalah seorang talibarut? Sebenarnya setiap pergerakkan SS secara sulit mahupun terbuka yang dibincangkan di dalam mesyuarat , telah diketahui oleh PKR Langkawi.


MKT harap Ketua Bahagian UMNO Langkawi dan keseluruhan ketua-ketua UMNO Bahagian seluruh Malaysia agar mengambil iktibar dan lebih berhati-hati dalam mengenal pasti setiap langkah ahli-ahli. Jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.


Sumber MKT

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive