Wednesday 29 February 2012

PANAS!!! PENYOKONG PHAHROLRAZI MAHU KERAT DAN KUBURKAN OSTAD JIJAN ??!!







Petang tadi berlangsung dua sidang media yang di buat oleh Phahrolrazi Zawawi di rumahnya di Alor Star.Sidang media yang pertama di khususkan untuk media arus perdana .Tetapi selepas sidang media itu berakhir pharolrazi telah membuat satu perjumpaan khas untuk ahli ahli pas sahaja.


Team Media Kedah berjaya menyelinap masuk kedalam kelompok terbabit bersama sama ahli pas yang lain.Banyak cerita cerita panas yang keluar sendiri dari mulut Pharorazi.



petikan dari Blog Kedah ke KL


kenyataannya pada sidang media kedua amat mengejutkan! Malah salah seorang penyokong Phahrolrazi berkata "Ustaz Azizan harus di kerat dan di kuburkan!".Kenapa mereka berkata begitu? Mungkin mereka tidak menyangka bahawa ada orang asing bersama mereka, kerana semasa Mc masuk ke rumah Phahrolrazi, memperkenalkan diri sebagai ahli Pas dari sebuah markas yang luar dari Alor Setar. Dengan mesra mereka mengajak Mc bertemu dengan 'Ustaz' disana Mc melihat ada orang-orang kuat bersama Phahrolrazi masih lagi rancak berbincang.


Mc hanya bersalaman dan berdiam diri mengikuti perbincangan mereka. Banyak juga pendedahan baru yang Mc dapat. Mc puji orang Pas, sebab masalah dalaman parti, mereka amat pandai simpan. Mereka tidak tunjuk kepada orang luar. Walau meletup macam mana pun keadaan di dalam, muka mereka senyum bagaikan tiada apa-apa yang berlaku. Dengan bahasa rasminya, orang Pas ni pandai berpolitik dan hipokrit cukup kuat.


Phahrolrazi memang mempunyai masalah dengan Ustaz Azizan, dari soal kerja, sampailah soal tanah dan kontrak. Malah beliau mendedahkan bahawa Ustaz Azizan lebih banyak menolong UMNO dari orang Pas sendiri, malah pengagihan kontrak juga banyak orang UMNO yang dapat dari orang Pas!!


Satu demi satu perkara yang berlaku menyebabkan Phahrolrazi mengakui, beliau tidak dapat lagi bekerjasama dengan Ustaz Azizan. Malah yang paling menarik ialah, Ustaz Azizan ni tak pernah langsung mendengar nasihat dari Phahrolrazi walaupun beliau ialah Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah 1. Segala isu berbangkit mengenai negeri Kedah, Ustaz Azizan hanya mempertimbangkan sendiri dan lebih mendengar pendapat orang luar dari pendapat beliau.


Keretakkan paling ketara ialah semasa isu KUIN, apabila Ustaz Azizan bersifat degil dan pentingkan diri sendiri dari parti. Kata beliau la, bukan Mc kata. Akibat pendedahan demi pendedahan, penyokong Phahrolrazi seakan-akan naik berang dengan Ustaz Azizan, dan bertekad untuk menjatuhkan Ustaz Azizan dari terus menjadi menteri besar Kedah. Malah ada yang menjerit akan mengorek kubur untuk Ustaz Azizan dan kerat-kerat sebelum PRU ke 13 berlangsung.


baca selanjutnya kat sini

1 comment:

Unknown said...

Gila kuasa punya orang....

NURUL IZZAH SESAT DI LEMBAH PANTAI PART I. Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive