Friday 1 November 2013

RAKYAT PULAU PINANG PASTI GUMBIRA DENGAN PENGUMUMAN TERBARU DARI GUAN ENG !!



Demi menghormati dan menyelami kepayahan rakyat di Pulau Pinang, penguna diarah membayar surcaj pemuliharaan air dua kali ganda (WCS) bagi setiap 1,000 liter air digunakan, jika mereka menggunakan lebih daripada 35,000 liter pada setiap bulan bermula Jumaat ini.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sdn Bhd berkata WCS telah digazetkan selari dengan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan akan berkuat kuasa mulai 1 November.

Surcaj yang dikenakan ialah RM0.48 sen setiap 1,000 liter berbanding RM0.25 sen setiap 1,000 liter sebelum ini.



Pengurus Besar PBAPP, Jaseni Maidinsa berkata pengguna air domestik hanya terjejas jika mereka menggunakan 35,000 liter air setiap bulan.

"72 peratus daripada 460, 966 pengguna domestik tidak akan terjejas. Hanya 28 peratus pengguna di negeri itu akan terjejas.

"Bagaimanapun, mereka masih boleh memilih untuk mengurangkan penggunaan bagi mengelakkan WCS," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Jaseni berkata sekiranya purata bil air isi rumah di negeri itu ialah RM21.40 dan ke bawah pada setiap bulan, mereka tidak akan terjejas dengan WCS.

Beliau berkata sasaran utama WCS ialah untuk mengalakkan penjimatan air.

"Pemuliharaan air adalah satu-satunya cara untuk PBAPP mengekalkan bekalan air yang bersih secara berterusan dengan tarif air yang bersesuaian.

"Pada masa sekarang kita mengalami musim tengkujuh, namun kita perlu memastikan bekalan air yang mencukupi ketika musim panas," katanya.

Sebelum ini PBAPP dilaporkan akan menaikkan WCS berkuat kuasa 1 September lalu.

Dalam pada itu, sebelum PRU lalu, Guan Eng juga pernah berjanji bahawa tidak akan menaikkan surcaj air di Pulau Pinang walaupun terdapat desakkan untuk berbuat demikian..


1 comment:

Labu8455 said...

Bagi Cina Pulau Pinang yang taksub dengan Guan Eng mereka sanggup bayar demi menunjukkan sokongan pada mereka pada Guan Eng dan DAPig. Hatta kalau Guan Eng bagi minum air najis yang diproses dengan melebelkan sebagai air mineral pun mereka akan minum tanpa banyak soal kerana Guan Eng adalah Tokong bagi mereka dan Tokong ini tidak boleh dipersoalkan kerana kalau dipersoal boleh membawa bencana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive