Friday 1 November 2013

#PRKSgLimau !! ISTERI ALLAHYARHAM UST AZIZAN KATA PAS TERLEBIH SUDU DARI KUAH ?!! BILA PAS NAK MINTA MAAF ??



Sejak insiden kenyataan YAB TPM di salah tafsir oleh media pembangkang, Pas mengunakan segala medium yang ada untuk mendesak TPM agar meminta maaf termasuk mempergunakan keluarga Allahyarham ..

Atas rasa penghormatan kepada keluarga Allahyarham, YAB TPM memohon maaf..

Lain pula dengan Pas sehingga kini tidak memohon maaf kepada keluarga Allahyarham kerana mengunakan gambar super impose calon bersama Arwah..

Sebaliknya Pas hanya mencanang ada gambar lain calon bersama arwah..



Pas sepatutnya memohon maaf dulu kepada keluarga Allahyarham sebelum mendesak pihak lain minta maaf kepada keluarga Allahyarham..

Tindakkan Pas mengeksploitasi gambar arwah bersama calon dianggap satu penghinaan kepada keluarga arwah..

Dalam pada itu Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah dikatakan sudah memaafkan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disalah tafsir oleh pihak-pihak tertentu untuk menjadi Modal kempen dalam PRK DUN Sg Limau..

Kenyataan Puan Sri Faekah tersebut juga jelas menunjukkan ada pihak-pihak tertentu yang cuba untuk membesar-besarkan isu tersebut seoalah-olah bersikap “TERLEBIH SUDU DARI KUAH”



“Saya maafkan dan percaya kenyataan itu disalah tafsir pihak tertentu dan disebarkan secara tidak betul,”

Muhyiddin sudah saling mengenali sejak tahun 60-an lagi, ketika itu Azizan melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar.

Kebetulan kakak kepada Muhyiddin turut belajar di universiti sama dan daripada situ mereka berkenalan,”


Allahyarham selalu ketepikan perbezaan politik apabila berkawan.

Sebab itu Allahyarham mempunyai ramai kawan daripada pelbagai latar belakang politik berbeza,”Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah. “

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive