Friday 1 November 2013

#PRKSgLimau !!! PENCERAMAH PAS KENA SAWAN KHINZIR KETIKA SEDANG CERAMAH !!




ANTARA sebab perjuangan Pas ditolak oleh sebahagian besar rakyat Malaysia ialah disebabkan kelakuan para pemimpinnya yang berbeza perilaku daripada apa yang mereka sentiasa perjuangkan dalam ceramah.

Antara perilaku buruk Pas yang terbaru ialah apabila parti itu kantoi dalam menyunting menggunakan teknik super impose satu gambar melibatkan wartawan Sinar Harian yang diubah wajahnya menjadi wajah calon Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau yang bakal berlangsung 4 November depan.

Akhbar Sinar Harian sendiri yang mendedahkan taktik kotor itu konon-konon memperlihatkan calon Pas pernah bertemu dengan bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.



Hari ini, sebuah video dikongsikan di Facebook hari ini menunjukkan realiti sebenar jenis bahasa yang digunakan oleh penceramah Pas di peringkat akar umbi, kalau kepimpinan tertinggi lagi dahsyat.

Perkataan seperti ‘bodoh’ memang biasa keluar dari mulut penceramah Pas tidak kiralah semasa pilihan raya umum mahupun pilihan raya kecil ataupun sekadar ceramah biasa oleh Pas untuk orang ramai.

Di video ini yang dikatakan berlaku pada satu ceramah di Kelantan menunjukkan seorang penceramah Pas emosi marah dengan lawannya dari Barisan Nasional (BN) yang juga sedang berceramah berdekatan dengannya.

Ada nama Islam ke kalau berceramah sebegini. - mynewshub.my





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive