Friday 1 November 2013

AZMIN, ANWAR BUAT 'U TURN' KATA GST BAGUS, AKAN LAKSANAKAN JIKA PERINTAH !!




Azmin Ali mengakui cukai barangan dan perkhidmatan (GST) merupakan sistem percukaian yang telus, efisien serta mampu memberi kebaikan jangka panjang kepada ekonomi negara.

Berbeza dengan pemimpin pembangkang lain termasuk Ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau yang dilihat lebih bersikap realistik dalam berpolitik berkata, pembangkang juga tidak pernah mengambil pendirian menolak GST.

Walau bagaimanapun, jelas Azmin, pembangkang berpendirian April 2015 bukan masa sesuai untuk kerajaan menguatkuasakan GST bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang kadarnya berjumlah hingga 16 peratus.

"Saya tegaskan pakatan pembangkang tidak pernah mengambil pendirian menolak GST.



"Pendirian kita jelas, GST ini sistem percukaian yang cukup telus, efisien dan dalam jangka masa panjang akan memberi kebaikan kepada ekonomi negara. Cuma persoalannya apakah Malaysia sudah bersedia,"

Azmin turut mengakui Malaysia tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada hasil cukai petroleum dan gas semata-mata jika berhasrat muncul sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi dalam masa tempoh tujuh tahun lagi.

"Kita sedar asas cukai di negara ini agak sempit dan kita perlu satu reformasi sistem percukaian yang menyeluruh dengan asas cukai yang lebih komprehensif bagi menggantikan SST yang ketika ini menyumbang tujuh peratus kepada pendapatan negara,"

Anwar dilihat membuat pusingan 'U' selepas mengubah pendiriannya apabila mengakui bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah satu sistem percukaian yang baik dan efisien.

Katanys, pembangkang pun akan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) jika ia dapat memerintah negara.

Bantahan pembangkang terhadap pelaksanaan GST bukan bermaksud bantahan kepada sistem percukaian itu, tetapi terhadap kesediaan negara untuk melaksanakannya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive