Friday 21 December 2012

TINGGI SANGATKAH ILMU HADI AWANG TU SAMPAI POK NIK RIAK SANGAT ?


Tengoklah perangai Pok Nik yang riak lagi takabur ni..Mufti baru bersuara pasal suruh Hadi Awang tarik balik Amanatnya 31 tahun yang lalu, Pok Nik dah belagak kata ilmu Hadi Awang lebih tinggi berbanding mufti..

Pok Nik juga nasihat mufti jangan bermain politik..Hairan jugak, ini soal kafir mengkafir sesama umat Islam bukannya soal kecik..Kenapa mufti tak boleh nak tegur ? Kalau Pok Nik nak tau sebab amanat itulah orang Islam Umno sentiasa dibenci oleh pengikut Pas sampai sekarang..

Ditambah sekarang ini pulak wujudnya pelbagai laman sosial, maka makin menjadi jadilah kebencian itu..Aku tak kisahlah tinggi mana pun ilmu si Hadi Awang tu tapi kalau seumur hidup jadi balaci Dap tak guna jugak..

Hebat sangatkah Hadi Awang ni ?? Kalau hebat dalam soal Islam, Hadi Awang takkan buang tema Negara Islam ke Negara Kebajikan demi rakan rakan sekutunya yang tolak Islam..Selain Dap, PKR pun terang terang tolak Negara Islam, tapi kenapa Pas tidak mengkafirkan PKR ?

Amanat Hadi Awang ni tidak lain dan tidak bukan, adalah dendam kesumat mereka terhadap Umno dari dulu sampai sekarang dan boleh jadi sampai selamanya..Selagi mereka tak dapat tubuhkan Kerajaan Pusat bersama sama rakan sekutu yang dilabelkan sebagai syaitan sebelum ini selagi itu Pas tidak akan berbuat baik terhadap UMNO/BN ..




Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas mufti-mufti yang mendesak Presidennya, Datuk Abdul Hadi Awang menarik balik "Amanat Haji Hadi" sambil menegaskan mufti tidak harus "bermain politik."

Menurutnya, Presiden Pas memiliki ilmu yang lebih tinggi berbanding mufti kerana mempunyai kelulusan Madinah yang cemerlang.

Sehubungan itu katanya, para mufti tidak harus menganggap Hadi tidak mengetahui hukum-hakam agama Islam semasa mengeluarkan amanat itu.

"Saya membaca kenyataan beberapa orang mufti yang mendesak agar Presiden Pas menarik balik apa yang didakwa sebagai Amanat Haji Hadi.

"Saya kira, ilmu yang dimiliki oleh Presiden Pas tidak lebih rendah dari ilmu yang dimiliki oleh para mufti, bahkan beliau merupakan lulusan Madinah yang cemerlang.

"Jadi saya menyeru kepada para mufti, jangan beranggapan Presiden Pas sebagai orang yang tidak tahu hukum hakam," kata beliau dalam reaksinya diperoleh dari laman sosial Facebook.

Kelmarin, dua orang mufti termasuk Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Abdul Hadi menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.

Mengulas lanjut, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, mufti boleh berbincang dengan cara yang elok dan tidak perlu bermain politik.

"Mufti boleh berbincang jangan bermain politik partisan di dalam jubah mufti," katanya.

Beliau juga mengingatkan mufti supaya tidak menjual harga seorang mufti sehingga menjadikannya "murah".

"Jangan jual harga mufti dengan murah...," katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive