Tuesday 18 December 2012

GEMPARR !! SUNGAI PETANI DARURAT ?? ADA PIHAK CUBA PELAGA KAUM MELAYU DAN INDIA


hiasan
Terkejut aku terbaca SMS berantai yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggung jawab tadi.Antara kandungan sms tersebut adalah pergaduhan 2 kumpulan antara melayu dan india di Sungai Petani.

Angota polis dan FRU sudah memenuhi ruang bandar sungai petani.dan paling tidak boleh diterima apabila angota polis turut dibelasah oleh kumpulan terbabit..

antara kandungan SMS khabar angin yang disebarkan



Kejadian pergaduhan teruk di antara puak pelampau Extreme India dari Geng Kongsi 35 & Melayu Islam kita yang ditetak dengan parang , dibelasah dengan kayu besbol dan di campak ke dalam longkang sehingga membabitkan orang-orang yang tiada kaitan bermula di Paya Nahu seterusnya melarat ke Tmn Ria apabila motosikal di bakar di depan masjid

seterusnya melarat ke Tmn Keladi & terkini jam 3 petang tadi di Bandar Sg Lalang , Sg Petani Kedah .. mangsa Melayu dari anggota Melayu Islam kita dari PDRM pula yang dibelasah habis habisan kerana cuba menggari salah seorang daripada anggota kumpulan kongsi geng 35 mereka yang terlalu bertindak agresif.

Sekarang di Sg Petani,Kedah sudah penuh dengan polis & FRU serta roadblock .. ugutan menyerang orang Islam ketika berjemaah di Masjid , bakar masjid & Surau serta mangsa dari Orang Islam yang di campak ke dalam longkang setelah di belasah dengan parang & kayu besbol mengundang kemarahan orang2 Islam di situ..

perintah darurat dikeluarkan oleh PDRM & FRU .. harap semua pejuang-pejuang- 30 dalam mood "Standby" kerana apa2 sahaja boleh berlaku..buat masa sekarang biarkan pihak polis & Fru jalankan tugas mereka kerana keadaan memang dah terlalu tegang...kita cuba elakkan rusuhan kaum kerana dikhuatiri akan membabitkan pihak-pihak yang tiada kaitan & merbahayakan nyawa orang2 Melayu Islam kita di situ sendiri dari kaum wanita & kanak-kanak dan bimbang merebaknya rusuhan kaum ini ke kawasan lain...

yang penting dinasihatkan kita sentiasa bersatu,mood standby & jangan terlalu bertindak membabi buta..tetapi lebih kepada langkah berjaga-jaga ,BERSEDIA & BERSATU seandainya perkara yang tidak diingini berlaku..umat Islam dinasihatkan berwaspada & jangan bertindak mengikut emosi.. ///- ( Sumber Maklumat : Ayahanda-Ayahanda Sg Petani , Kedah )

Aku x pasti kenapa SMS khabar angin ini disebarkan..tapi menurut dari apa yang sahabat blogger pisau kedah beritahu tadi bahawa pergaduhan yangg berlaku tu tidak melibatkan kumpulan2 kongsi gelap.ianya antara individu sahaja..Pemuda yang bergaduh itu pun hanya cedera ringan..

Jadi aku nak ingatkan kepada pihak yang tidak bertanggung jawab supaya menghentikan mesage khabar angin ini.kerana ianya akan mengeruhkan lagi keadaan..kepada penerima mesage2 ni jangan percaya bulat2..kalau tak pasti telefon sendiri pihak polis tanyakan pekara sebenar..

Kenyataan terbaru dari pdrm berhubung pergaduhan di Sungai Petani yang dikeluarkan di FB PDRM

STATUS TERKINI KES PERGADUHAN DI SG PETANI:

Berikutan berlakunya satu kes pergaduhan di Sungai Petani, beberapa anggota polis telah ditugaskan ke lokasi kejadian dan keadaan kini adalah terkawal. Ketua Polis Kedah akan memberikenyataan rasmi berhubung insiden tersebut dalam masa terdekat.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih
berhubung kejadian tersebut yang boleh menggugat ketenteraman awam. Terima kasih.

1 comment:

Anonymous said...

gi mampos laa luu...geng india buat hal lu nak bekap...malay murtad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive