Wednesday 19 December 2012

DAP NAK LETAK BANYAK CALON MELAYU ? AHLI DAP MELAYU PUN KENA TINDAS !!

MUKA KEBENCIAN TERHADAP MELAYU


Percayalah kata kata Dap mahu letak sekadar mengaburi mata ahli2 berbangsa melayu mereka sahaja..MTK tak pernah lihat lagi mana2 pemimpin Dap sanggup tunduk kepada orang melayu..Lihat sendiri apa yang berlaku pada Tunku Aziz yang dulunya memegang jawatan sebagai naib pengerusi Dap..

Kemasukkan Tunku Aziz pada Ogos 2008 di sambut dengan kata kata Dap parti multiracial.kerana terlalu ghairah orang melayu masuk Dap Tunku Aziz seterusnya dilantik sebagai naib pengerusi Dap dan senator..Akhirnya, akibat pendapat puak puak celeng ni dengan Tunku Aziz tidak sama, terus jawatan senator beliau tidak dilanjutklan..

harus diingat, apa motif tindakkan tergesa gesa guan eng berucap menaikkan calon melayu untuk bertanding pru akan datang..Pemilihan jawatankuasa pusat Dap pun menganaktirikan ahli melayu..Jadi apa agenda mereka ??

Dap sedar akan risiko bahawa pemimpin melayu dalam Dap bila bila masa saja boleh keluar dari parti..Jadi mana mungkin Dap akan letak calon melayu lebih dari kaum cina dan Dap sama sekali tidak akan tunduk kepada orang melayu.Walaupun Anwar Ibrahim dan Nik Aziz sekali pun..




GEORGETOWN – DAP akan menampilkan calon-calon mengikut kelayakan dan mempunyai peluang cerah untuk menang Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13), kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Katanya, calon keturunan Cina yang dipilih oleh parti juga mestilah yang boleh berkhidmat untuk kepentingan masyarakat lain, tidak terhad kepada kaum Cina sahaja.

“Yang penting ialah kita mahu semua pemimpin mendekati semua rakyat Malaysia. Kenapa hanya Melayu mendekati orang Melayu, Cina mendekati kaum Cina, India mendekati kaum India sahaja? Ini bukan konsep Malaysian Malaysia yang kita tentukan (perjuangkan),” katanya pada sidang akhbar selepas berakhirnya Kongres Kebangsaan DAP ke-16 hari ini.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, memberi jaminan bahawa DAP, yang menjadi tunjang parti pakatan DAP-PKR-Pas, akan menampilkan calon Melayu bagi meraih sokongan khususnya orang Melayu.

Mengenai permintaan DAP yang mahu tambahan 13 kerusi iaitu tiga kawasan Parlimen dan 10 Dewan Undangan Negeri (Dun), beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan dengan lebih lanjut oleh Biro Pakatan Rakyat yang baru ditubuhkan parti itu.

Pada pilihan raya umum 2008, DAP bertanding bagi 47 kerusi Parlimen dan 102 kerusi Dun.

Anggota jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor berkata, parti itu mesti mengetengahkan calon Melayu dalam pilihan raya umum akan datang untuk memastikan kemenangan DAP dan seterusnya mengekalkan pentadbiran di Pulau Mutiara ini.

“Sekiranya DAP mahu memerintah Pulau Pinang sekali lagi maka rakyat mesti nak lihat yang menganggotai Adun ada daripada kaum Melayu DAP. Kalau tidak ada, apa mesej yang anda (DAP) mahu hantar kepada rakyat, khususnya orang Melayu?” katanya.

Zulkifli merupakan seorang daripada lapan pemimpin DAP Melayu yang gagal dalam perebutan jawatan CEC.

Menyatakan keputusan pemilihan CEC itu tidak mengecewakannya, beliau berkata: “Sama ada mereka pilih saya atau tidak, ia tidak meninggalkan sebarang kesan lagi kerana saya sudah pun menjadi veteran.”

“Saya akan luahkan apa sahaja yang perlu saya perkatakan dan saya akan menyumbang bukan sahaja untuk parti tetapi juga Malaysia,” katanya. – Bernama


1 comment:

Agent X said...

nak cover up 'kemaluan' lah tu...kan tak seorang pun melayu terpilih dalam "muktamar DAP" beberapa hari lalu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive