Thursday 11 October 2012

PANASS !! MAHFUZ AKUI PKR TERIMA DANA SOROS ? #TUKARKEDAH



Penceramah Pas merangkap Naib Presiden yang otaknya setaraf bawah SRP cuba menghasut rakyat Pokok Sena supaya tidak menyalahkan PKR dan PR menerima dana dari George Soros dalam satu ceramahnya di markas Pas Pokok Sena semalam bersama Lajim Ukin..

Dalam ceramah itu juga Mahfuz juga mengakui bahawa PKR memang menerima duit dari soros dan bertanya kepada penyokong ada masalah kah kalau PKR dapat duit dari Soros..



dipetik dari fb urusetia penerangan pas kedah

Mungkin penduduk pokok sena tertanya tanya siapakah Soros ? Dalam ceramah tu juga mahfuz langsung tidak menyebut siapakah Soros dan latar belakang Soros..Malah dipusingkan cerita bahawa Tun M mengunakan khidmat yahudi sebagai penasihat..

Siapa Soros? ah long ? en chetty ? George Soros ialah seorang spekulator matawang terulung dunia berketurunan yahudi.Nama timangan yang diberi oleh Tun Mahathir, sebagai Penyangak Mata Wang Kerana beliau meniagakan mata wang sampai jatuh merudum nilai mata wang di Asia ...

Soros merupakan pengerusi Soros Fund Management dan Open Society Institute serta Yayasan Konrad Adenauer yang banyak menyalurkan dana dana untuk mengerakkan propaganda jahat untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan..

Umum sedia maklum bahawa Tun M paling di benci puak puak yahudi dan paling lantang menentang Yahudi sehinggakan beliau digelar anti-semitic dan disuruh tutup mulut oleh Ketua Pembangkang Malaysia daripada membicarakan hal-hal negara kita..

Akibat tindakkan itu Sebuah organisasi Yahudi, Simon Wiesenthal Center telah menyenaraikan mantan PM, Tun Mahathir Mohamad di dalam ranking yang ke3 sebagai individu yang paling anti Yahudi tahun 2010.

Jadi mana fakta yang Mahfuz guna mengatakan bahawa Tun M menerima nasihat dari Yahudi ?? Kalau di search didalam google tiada langsung artikel atau laman laman web yang menunjukkan bahawa Tun Mahathir seorang penyokong Yahudi..Malah kebanyakkan artikel di laman laman web hanya berkisar tentang sokongan Anwar kepada yahudi..



MTK syorkan kepada Mahfuz seelok eloknya buat kajian terlebih dahulu sebelum cuba belagak pandai di hadapan rakyat..Kalaul kena balik dengan Tun M nanti malu 1 Malaysia..



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive