Wednesday 10 October 2012

GEMPAR !!! MAHFUZ BEAN HADIR PADA HARI PERTAMA UJIAN PMR ??


Lepas dapat result baru la ada peluang nak jadi menteri 

Terus terang MTK cakap, pak cik berumur 50 tahun yang ambil balik periksa PMR lebih gentlemen dari Mahfuz..Sekurang kurangnya pak cik yang dikenali sebagai Nordin itu dicontohi oleh Mahfuz kerana berani mencabar diri untuk menduduki Ujian PMR..

Cakap cakap politik Mahfuz sekarang ini menunjukkan lagi kualiti pemikiran Mahfuz yang hanya setaraf SRP..Ini kerana hampir kesemua kenyataan dan tuduhan dalam akhbar dari Mahfuz semuanya bodoh belaka..

Jadi lebih elok kalau Mahfuz ulang balik ujian PMR atau Upgrade ke tahap yang lebih tinggi sedikit memandangkan  pendidikan beliau sekarang ini hanya tingkatan 3 bawah ( tak lulus SRP ) hehe..Macamana nak jadi menteri kalau SRP pun tak lepas..Patutlah dalam kabinet bayangan tak dak langsung kelibat mahfuz..




JOHOR BAHRU: “Sejak berbulan lalu, saya mengulang kaji pelajaran dengan bantuan anak lelaki berusia 12 tahun dan baru selesai menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Hari ini (semalam), saya rasa seram sejuk dan berdebar-debar ketika membuka kertas soalan.

“Bagaimanapun, kerana ingin mencabar diri sendiri, semua itu diketepikan malah saya tabahkan hati untuk ke pusat peperiksaan.”

Itu kata calon Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang hanya mahu dikenali sebagai Nordin, 50, ketika ditemui di pusat peperiksaan PMR di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara di sini, semalam.

Nordin bersama seorang lagi rakan berusia 40-an mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi calon persendirian paling tua menduduki PMR.

Dia yang bekerja sebagai tukang kebun berkata, usia bukan penghalang untuknya menduduki PMR, sebaliknya perlu dijadikan contoh kepada golongan muda supaya tidak mensia-siakan peluang yang ada dengan belajar bersungguh-sungguh.

“Saya menduduki PMR kerana mahu menebus kegagalan mendapat keputusan baik dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 35 tahun lalu.

“Saya mendaftar untuk menduduki PMR pada Februari lalu dengan yuran RM85. Walaupun sibuk, saya meluangkan masa mengulangkaji pelajaran.

“Pada mulanya anak dan isteri menyangka saya hanya bergurau, tetapi mereka kemudian memberi semangat dan dorongan,” katanya.

Bermula semalam, Nordin bersama rakannya itu mula menguji keupayaan diri dengan menjawab kertas soalan mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2, diikuti Pendidikan Islam pada sebelah petang.

Selain dua mata pelajaran itu, secara keseluruhan, calon PMR akan menjawab enam lagi mata pelajaran iaitu Bahasa Inggeris, Geografi, Sejarah, Kemahiran Hidup, Sains serta Matematik.

“Memang gementar kerana persediaan dibuat hanya ala kadar, paling merisaukan saya mata pelajaran Matematik kerana ia memerlukan kecekapan untuk mengira.

“Agak kekok dan segan kerana kami dikelilingi ratusan murid yang jauh lebih muda. Bagaimanapun, saya berasa lega apabila terjumpa seorang lagi calon hampir sebaya,” katanya.

Bapa kepada lima anak itu turut berharap dia lulus semua mata pelajaran.

Selain Nordin dan rakannya itu, seramai 166 pelajar tingkatan tiga yang lain turut menduduki PMR di pusat peperiksaan sama.

Sementara itu, seorang guru dikenali sebagai Yahya, 40, berkata, dia terharu apabila mendapati dua calon yang menduduki PMR ialah individu seusia dengannya.


MTK
Syabas pak cik Nordin kerana membuktikan faktor usia bukan penghalang untuk duduki PMR..MTK ucapkan semoga pak cik Nordin berjaya PMR kali ni dengan cemerlang..Jangan jadi macam mahfuz tu..Dah la SRP pun tak lepas, tapi belagak ja pandai..Bawa kereta pun tak reti..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive