Saturday 13 October 2012

GAMBAR !!! KESESAKKAN LUAR BIASA DALAM CERAMAH LEMAN 3 SUKU !! #tukarkedah



Gambar di bawah adalah bukti betapa ramai dan meriahnya ketika Leman 3 suku sedang berceramah.. Kehadiran puluhan ribu rakyat dari seluruh pelusuk negeri Kedah ke Bilik Gerakan PKR Dun Pedu dalam EKSPO BAJET 2013 yang dianjurkan oleh PKR Cabang Padang Terap..

Kehadiran yang tidak dijangka ke majlis ceramah tersebut telah mengakibatkan kesesakan jalan raya sangat luar biasa.. Kenderaan yang menuju ke Pekan Naka bersesak dianggarkan hampir 50 Kilometer..

Orang ramai pula terpaksa berjalan kaki hampir 20 KM untuk ke tempat ceramah gara gara tempat parking yang disediakan pihak penganjur tidak mencukupi disebabkan pemimpin PKR membawa sekali jet peribadi yang dipinjamkan kepada Anwar, bas super luxury Khalid Gagap, kenderaan mewah milik pemimpin PKR dan Pas, serta tetamu kehormat mereka iaitu Kapal Selam yang dihebohkan tidak boleh menyelam..

Dalam pada itu pihak penganjur dengan nada bangga menjangkakan kehadiran orang ramai pada ceramah malam tadi akan mencecah 30 ribu orang disebabkan kehadiran leman yang juga bekas calon tersingkir pada pusingan ke 5 Raja Lawak merupakan anak tempatan..



30 ribu tuuuu 


Kisah Fakta Yang Sebenar..

Pembaca boleh lihat sendiri gambar yang dipamerkan kerana sekeping gambar mampu mengungkapkan seribu patah perkataan..Tak perlu kata apa apa..hehehe..yang pasti RAKYAT PEKAN NAKA MEMANG TOLAK PR SECARA TOTAL!!!

Lebih malang lagi,ketika giliran Leman berceramah selepas ADUN Kupang,2 org Ahli Majlis Daerah Padang Terap yang merupakan pemimpin pas dan pkr tempatan iaitu Awang Loceng dan Mud Gelong telah bangkit menghilangkan diri kerana meluat dengan lawak bodoh Leman yang suka membodohkan diri secara percuma di khalayak ramai..

Punca sebenar mengapa program PKR Cabang Pdg Terap ini gagal mendapat sambutan adalah kerana Pas Padang Terap telah bertindak memboikot program tersebut kerana kecewa apabila permintaan Pas Padang Terap untuk bertanding di DUN Pedu tidak mendapat perhatian kepimpinan tertinggi PR..

Jadi, Pas Padang Terap telah bertindak memboikot program tersebut bagi membuktikan yang PKR sebenarnya tidak mendapat sokongan rakyat DUN Pedu..

LAPORAN TERBAIK DARI AKTIVIS UMNO PEKAN NAKA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive