Tuesday 9 October 2012

AKHIRNYA ORANG2 KUAT AZMIN DAH BAGI KATA KATA AKHIR BUAT SETPOL KHALID GAGAP




Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor, Borhan Aman Shah mendesak Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin meletak jawatan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan boleh mencetuskan kekeliruan dan salah faham dalam Pakatan Rakyat (PR).

Borhan berkata, desakan itu dibuat kerana Faekah didakwa mengkritik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali secara terbuka menerusi sebuah portal berita baru-baru ini.

Menurutnya, beliau berharap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dapat mengambil tindakan terhadap isu tersebut.

“Kami selaku pemimpin-pemimpin PKR Selangor mendesak agar pimpinan pusat mengambil tindakan keras terhadap Faekah.



“Faekah perlu meletakkan jawatannya dengan serta-merta dan kami faham kuasa penuh ada di tangan Menteri Besar untuk membuat sebarang keputusan mengenainya,” katanya pada sidang media di pejabat PKR Selangor di sini semalam.

Tindakan Faekah itu menyebabkan beliau ditegur oleh Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin dan Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei.

Faekah diingatkan supaya tidak memberi kenyataan secara membuta tuli kerana boleh mengeruhkan lagi hubungan antara pimpinan parti.

Borhan berkata, beliau mempersoalkan tindakan Faekah mengkritik Azmin secara terbuka kerana dia tidak mempunyai sebarang jawatan di dalam parti.




MTK
Nampaknya makin menjadi jadi masalah dalaman Pkr Selangor, Masing masing dah mula tunjuk taring kuasa..Yang sorang tu dah la tak ada jawatan dalam tapi perangai lebih pada orang yang ada jawatan..Macamana lah kak wan nak terima semua ni, Khalid gagap dan Faekah satu geng dengan Wan Jijah, Zuraidah mak Lampir & the geng satu team dengan Azmin..

Kesian rakyat Selangor yang beri mandat dekat Pkr, dah la la masalah rakyat tak selesai, kali ni masalah dalaman parti pulak dah..Apa apa pun elok ja tukar balik kerajaan sekarang ni bagi kat BN..Kalau BN dah tentu tak ada masalah macam ni..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive