Sunday 8 July 2012

TUDIAA !!! KEBODOHAN MAHFUZ TERSERLAH LAGI, TERMAKAN GERAKAN HALUS ANWAR !!


Nampaknya Anwar mula bermain “jiwa” dengan rakyat Malaysia dan para penyokong yang bersimpati padanya. Kononnya, dia mahu bersara dari politik sekiranya Pakatan Haram kalah pada PRU ke-13 ini.

Benarkah? Anda percaya pada penipu ini?

Sekonyong-konyong kenyataannya itu diulas oleh Mahfuz Omar yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri. Kata Mahfuz, tindakan Anwar itu adalah tindakan “berani” dan memuji Anwar sebagai pemimpin yang kononnya “gentleman”.

Benarkah Anwar “berani”? Ikhlaskah Mahfuz berkata sedemikian? Atau hatinya melonjak kegirangan mendengar hasrat Anwar?

Paling menarik ialah ulasan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat. Dia bantah propaganda Anwar itu. Katanya, Anwar perlu terus berada di dalam dunia politik dan teruskan perjuangan “mengajar” rakyat!

Lain macam betul ulasan Nik Aziz. Macam ada yang tak kena. Nik Aziz terasa apa-apakah dari “persaraan” Anwar?

Nampaknya Anwar berjaya sedikit menipu para pemimpin PAS yang dungu dengan permainan politik Anwar. Pada saya, Anwar hanya sekadar “test power”. Dia hanya mahu lihat siapa yang akan “melompat” bila dia menyatakan mengenai hasrat persaraannya.



Paling utama, dia mungkin menujukan propagandanya kepada rakyat. Kononnya, PRU ke-13 ini adalah satu-satunya peluang rakyat untuk menjadikannya sebagai Perdana Menteri dan rakyat tidak akan berpeluang lagi melihatnya menjadi PM sekiranya Pakatan Haram dibiarkan kalah.

Satu “ugutan halus” kepada rakyat?

Sebetulnya, rakyat tak kisah pun sama ada ini penggal terakhir untuk Anwar berpolitik atau tidak. Pakatan Haram, khususnya DAP sebetulnya “bertepuk tangan” mendengar propaganda Anwar itu. Malah kalau boleh, mungkin DAP sendiri mahu Anwar bersara hari ini serta merta.

Saya sependapat dengan idea itu. Ya, benar. Anwar sepatutnya bersara sekarang, serta merta. Rakyat memang tak mahu dia jadi PM pun. Malah para penyokong PAS sendiri memang tak mahu Anwar jadi PM. Mereka mahukan Hadi jadi PM. Tapi mereka tahu Anwar penghalangnya…

Anwar patutnya sedar bahawa reputasinya memang sudah hancur. Bagaimana dia nak jadi PM sedangkan mahu tunjukkan jam tangan OMEGAnya pun dia tidak mampu? Perkara semudah itu pun dia tak mampu, apatah lagi jika mahu membuktikan pertikaian yang lebih besar?



Mengenai ulasan Mahfuz, rasanya tak perlulah saya ulas panjang. Dia memang dungu untuk menilai propaganda Anwar. IQ Mahfuz memang tak terjangkau sejauh itu untuk memahami perkara yang tersirat di sebalik propaganda Anwar itu.

Yang dia fikir Anwar mahu bersara dan dia berjaya menghilangkan pesaingnya yang utama. Anwar bersara, maka Mahfuz fikir dia berpeluang cerah untuk jadi PM, kot? Maaflah, Mahfuz memang begitu. Akalnya memang pendek…



Nik Aziz tersinggungkah dengan kenyataan Anwar itu? Dia rasa disindir? Apakah dengan menyebut persaraan Anwar itu maka dia menyimpulkan bahawa Anwar menyindirnya untuk bersara pada PRU ke-13 ini?

Tolonglah faham kehendak Nik Aziz. Dia mahu berpolitik sampai mati. Kalau boleh, dia mahu sebarkan fatwa agama PAS sehingga mati. Mungkin kalau diizinkan, Nik Aziz mahu mati di dalam pejabat MB Kelantan. MB pertama meninggal di dalam pejabatnya.

Kasihanilah Nik Aziz, dia pun ada cita-cita juga. Walaupun dia sudah tak mampu berfikir, bekerja, membuat keputusan atau tandatangan dokumen, selagi dia bernafas dan memiliki ibu jari untuk dicop pada dokumen, dia mahu jadi MB dan Mursyidul Am.

Begitulah perihal propaganda Anwar. Baru sebut sedikit perkataan “bersara”, maka mulalah para pemimpin PAS yang dungu “melatah tak tentu hala”. Mungkin sedang para pemimpin PAS “melatah”, Anwar terguling-guling di atas katilnya menahan ketawa..!

sumber mykmu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive