Saturday 14 July 2012

Panass !!! Pengkhianat Bangsa Cuba Lagakan PM Dengan Mubarak


Agak melucukan membaca tulisan Aspan Alian, bekas ahli UMNO yang kecewa dan kini menyertai DAP, yang cuba menabur persepsi buruk kepada UMNO seolah-olah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sedang terdesak meminta sokongan dari ahli-ahli Mubarak.

Kononnya, dua tiga orang ADUN dan bekas Exco kerajaan negeri menghubunginya memberitahu kemarahan mereka terhadap kepimpinan Najib, dan cuba membayangkan bahawa “ketika terdesak barulah Najib nak panggil dan hargai Mubarak”.

“Apa yang saya benci sekarang ini, jika BN masih dapat kuasa hanya orang-orang tertentu sahaja yang akan mendapat habuan dan kami ini hanya dijadikan landasan untuk mereka menyamun dan merompak kita,” kata bekas ADUN itu, dakwa Aspan Alias.

Sebagaimana maklum, Aspan Alias bolehlah disifatkan sebagai pengkhianat kepada Islam, Melayu dan Tanah Melayu memandangkan dia melompat menyertai DAP yang terkenal dengan sikap rasis, chauvinis dan ultra kiasunya lebih pekat dari komunis.


Meskipun DAP tidak mengangkat senjata seperti Chin Peng dan gerombolannya, DAP yang disertai Aspan itu meneruskan doktrin komunis secara halus melalui saluran kuasa politik. Buktinya begitu mudah untuk dilihat di Pulau Pinang.

Justeru itu, bolehkah kita pakai dan percaya segala dakwaan Aspan Alias itu bulat-bulat tanpa sebarang prasangka bahawa dia cuba menimbulkan persepsi buruk melaga-lagakan Najib dengan “orang-orang lama” UMNO/BN?

Sekiranya kita mengikut perkembangan pentadbiran Najib sejak beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri Malaysia dari Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau tidak pernah membelakangkan orang-orang lama dan veteran, terutamanya Mubarak.

Sedangkan bekas-bekas perajurit, bekas penjawat awam dan bekas-bekas polis pun Najib raikan dengan penghargaan dan kemuliaan, apatah lagi ahli-ahli Mubarak yang dulu pernah banyak menabur jasa kepada rakyat bersama UMNO/BN.

Sudah tentulah mereka diraikan dan dihargai sepenuhnya. Lainlah DAP yang kini langsung tidak menghargai Tunku Aziz yang menjawat jawatan tertinggi parti dan banyak menghabiskan umurnya bersama parti rasis tersebut.

Jika benarlah apa yang dikatakan Aspan mengenai kemarahan 2 – 3 orang ahli Mubarak itu, rasanya UMNO dan Najib tidak memerlukan individu yang menghubungi Aspan tersebut memandangkan dia sangat berpotensi menjadi talibarut DAP dan membelot kepada parti.

Jika direnung kata-kata salah seorang dari mereka yang berkata seperti di atas, ternyata ahli Mubarak itu mengharapkan habuan dari perjuangannya dan perjuangannya itu lebih bersifat berkepentingan peribadi.

Pendirian individu yang mengadu kepada Aspan itu jelas sangat bertentangan dengan perjuangan UMNO/BN yang mewajibkan diri mereka berkhidmat sepenuh hati kepada rakyat tanpa mengharapkan atau mementingkan kepentingan diri sendiri.

Sebenarnya, 2 – 3 orang yang bersikap seperti itulah yang memburukkan nama UMNO dan mereka sangat dialu-alukan untuk meninggalkan parti seterusnya menyertai Aspan Alias kerana sikap tersebut adalah sama dengan Aspan yang mahukan “sesuatu” dari UMNO sebelum ini, bukan?

Untuk pengetahuan Aspan, boleh dikatakan semua ahli-ahli Mubarak menyokong penuh kepimpinan Najib dan 2 – 3 orang yang menghubunginya itu dikatakan hanyalah mereka yang kecewa sepertinya setelah “permintaan” mungkin mereka tidak dapat dipenuhi.

Sepanjang lebih 3 tahun pentadbiran Najib, belum pernah sekalipun kita terdengar perselisihan pendapat atau rungutan dari Mubarak terhadapnya dan saya yakin bahawa jika ada yang tidak puas hati dengan Najib, sudah tentu sudah lama mereka bersuara.

Misalnya, Tun M keluar parti bagi menunjukkan protesnya terhadap kepimpinan Pak Lah yang lemah dan kembali menyertai UMNO setelah Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Perlu Aspan tulis didahinya bahawa Tun M merupakan ahli Mubarak!

Justeru, tak payahlah Aspan cuba melaga-lagakan Najib dengan Mubarak kerana mereka semua ahli politik dan mereka masak benar permainan politik DAP yang kini memperkudakan Aspan sebagai “tin kosong” mereka. Najib dan Mubarak tidak bodoh seperti Aspan Alias.

Apa yang Aspan perlu buat sekarang ialah pergi jumpa dengan kepimpinan DAP dan beritahu mereka bahawa bersedialah berdepan dengan kebangkitan rakyat yang sudah 4 tahun lebih tertipu dengan kata-kata dan manifesto Pakatan Haram pada PRU ke-12 dulu.

Rakyat tidak bodoh dan mereka mampu menilai KPI Pakatan Haram yang hanya bagai burung kakak tua, pandai berkata-kata tapi tak tahu buat satu perkara sekali pun. Dan bersedialah untuk menerima kekalahan Pakatan Haram yang paling teruk dalam sejarah.

Aspan, pergi beritahu “tuan” kamu. Pergi. Syuh..syuh…!!!

SUMBER MYKMU

1 comment:

Anonymous said...

Aspan ni dari dulu gila nak jadi wakil Rakyat. Pernah kalah Bertanding di DUN Seri Menanti Kuala Pilah sebagai calon S 46.

Selepas itu cari makan menjadi balaci beberapa org pemimpin- UMNO..
Selepas Semangat 46 berkubur.
pernah bertanding AJK UMNO Bahagian Kuala Pilah tapi kalah juga.

Dengar khabar, DAP janjikan jadi MB Negeri Sembilan, kalau pakatan menang PRU 13.

Lu kena buktikan Komitmen lu.. aktifkan lagi berceramah membelasah UMNO..

Khabarnya DAP janjikan bertanding di DUN Lobak,atau mana-mana kubu kuat DAP di Seremban. Kalau ikut sejarah kawasan itu adalah kawasan pasti DAP menang. Nah... maka tercapailah cita-cita lu untuk jadi YB.

Kalau ikut senario, Fakatan nak memerintah NSDK... ??!! Tapi tak jadi MB pun tak pe.. yg penting tercapai cita-cita jadi YB. Kalau dlm UMNO tak merasa jadi calon pun...

Berapa DAP bayar lu.. elaun untuk sekali ceramah ?.. Nampak smart je sekarang ni!.. tak kusut lagi macam dulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive