Thursday 10 January 2013

PANASS !! PERSATUAN CINA DI KEDAH DEDAH KERAJAAN PAS KEDAH PENIPU !! #TUKARKEDAH





Azizan Razak, Menteri Besar Kedah dalam kenyataannya akan membangunkan tanah hutan menerusi kaedah usahasama antara syarikat milik kerajaan negeri ( GLC ) dengan persatuan-persatuan Sekolah Agama, Cina dan India.

Di sebalik tawaran berkenaan, masyarakat Cina Kedah melihat ianya merupakan satu tawaran yang mempunyai niat jahat untuk mempergunakan sekolah-sekolah cina sebagai alat perlindung bagi menjalankan aktiviti pembalakan di atas tanah yang hendak di berikan kepada persatuan sekolah Cina.

Setelah balak di ambil Kerajaan Negeri, tanah berkenaan di beri kepada persatuan sekolah Cina dengan bersyarat, hanya pertanian sahaja yang boleh di bangunkan persatuan berkenaan di atas tanah tersebut untuk mendapat sumber kewangan kepada sekolah-sekolah Cina.



Di sebalik pertanian yang perlu di bangunkan persatuan yang mendapat tanah kosong dari Kerajaan Negeri, persatuan perlu mengeluarkan kos sendiri untuk membangunkan pertanian di tanah yang di beri dengan kerjasama yang perlu di lakukan dengan syarikat kerajaan negeri (GLC) dan keuntungan dari hasil pertanian akan di bahagi kepada 45% keuntungan kepada persatuan, 55% keuntungan kepada syarikat kerajaan negeri (GLC).

Bagi masyarakat Cina sekiranya kerajaan negeri ikhlas mahu membantu sekolah-sekolah Cina, mengapa perlu meminta persatuan untuk melabur membangunkan tanah yang kosong sedangkan untung rugi pelaburan yang di lakukan belum tentu.

Masyarakat Cina Kedah melihat tindakan tawaran yang diberikan kerajaan negeri hanya untuk mendapatkan balak di tanah yang hendak berkenaan. -Media Kedah



Tudiaa aih ini ka cara Pas buat kerja rupanya..Kata nak tolong persatuan tapi modal persatuan kena bawa keluaq,tapi untung kerajaan mau lebih..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive