Thursday 10 January 2013

PANASS !! MASYARAKAT CINA KRITIK BAJET KERAJAAN PAS KEDAH





Dalam belanjawan Kedah 2013 yang di bentangkan Azizan Razak, Menteri Besar Kedah di dalam sidang Dun baru-baru ini, Kerajaan Negari akan memperuntukan sebanyak RM 1.1 Billon untuk belanjawan mentadbir Kedah.

Di dalam belanjawan RM 1.1 Billon, Azizan Razak membentangkan pendapatan Kerajaan Negeri pada 2013 di anggarkan sebanyak RM 640 Juta iaitu penambahan 105.6 juta dari jumlah pendapatan pada 2012 yang berjumlah RM 550 Juta.

Sekiranya peruntukan RM 1.1 Billion, pendapatan pulak RM 640 juta. sudah nyata Kerajaan Negeri akan mengalami defisit RM 470 juta yang tidak tahu dari mana akan Kerajaan Negeri mencari sumber untuk menampungnya.

Penambahan RM 105.6 Juta dari jumlah pendapatan RM 640 juta itu, bakal di sumbangkan dari hasil premium tanah yang di jual melalui tanah di Alor Setar, Bandar Baru dan Langkawi. Selain itu penambahan juga di perolehi dari penjualan air mentah kepada syarikat SADA dan Kerajaan Negari Pulau Pinang.

Untuk makluman semua, pendapatan melalui hasil premium penjualan tanah di dua tempat yang dinyatakan dalam belanjawan 2013 belum pasti lagi kerana tanah berkenaan masih berada di dalam kes Mahkamah untuk perbicaraan.



Manakala dari segi hasil penjualan air mentah, Pulau Pinang melalui Lim Guan Eng menyatakan enggan bersetuju dengan harga penjualan air mentah seperti dalam belanjawan Kedah 2013. Berkenaan Syarikat SADA, dari Maklumat yang di perolehi sumber dalaman, Syarikat terbabit tidak mampu membayar sebanyak RM 30 Juta kepada kerajaan negeri kerana sebelum ini Syarikat SADA hanya mampu membayar RM5 Juta untuk membeli air mentah dari kerajaan negeri.

Seandainya Kerajaan Negeri tetap berkeras mahukan Syarikat SADA membayar RM30 Juta untuk membeli air mentah Kedah, sudah pasti Syarikat SADA akan terpaksa menaikan tarif air untuk menampung permintaan Kerajaan Negeri.

Ini menunjukan Kerajaan Negeri di dalam mahu menambahkan pendapatan Kerajaan Negeri, rakyat terpaksa di bebankan dengan menangung kenaikan tarif air dari Syarikat SADA.

Selepas ini pihak Team Media Kedah akan mendedahkan satu persatu penipuan Kerajaan Negeri di dalam mengatakan jumlah pendapatan kerajaan negeri sebanyak RM640 juta... Nantikan !!-MediaKedah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive