Wednesday 9 January 2013

PANAS !! NIZAR LAMBAI HAMPIR DIPANCUNG SAMURAI JEPUN !!



Betulkah apa yang Nizar gebang baru baru ni bahawa Kerajaan Jepun telah bayar pampasan 207bilion kepada Kerajaan Malaysia??

Kalau ikutkan dalam laporan lidah rasmi Pas, setiausaha kedutaan Jepun mengesahkan wang tersebut telah diserahakan kepada Kerajaan Malaysia..

Baca laporan penuh dibawah..

KUALA LUMPUR: Kedutaan Jepun di Malaysia mengesahkan kerajaan negara itu telah menyerahkan sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada buruh paksa pembinaan landasan keretapi Thailand Myanmar.

Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, ketika mengesahkan penyerahan wang itu berkata,

"Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an.

"Kami akan merujuk kepada Tokyo selepas ini (untuk maklumat lanjut)," kata beliau.

Ketika ditanya, siapa penerima pampasan ini, pegawai kedutaan Jepun itu berkata, "Kami tidak tahu macam mana kerajaan Malaysia mengagihkan wang pampasan itu."

Bagaimanapun, Takaharu berjanji akan merujuk balik dengan Tokyo berdasarkan dokumen yang diberikan hari ini.



Sekretariat Jejak mencari bekas buruh paksa dan waris landasan maut Siam Burma yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin mengunjungi Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur hari ini bagi mendapatkan maklumat lebih mendalam tentang pampasan itu.

Turut bersama dalam kunjungan itu, Naib Ketua Pemuda PAS Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Ketua Operasi Jejak Safarizal Saleh, Penolong Pengerusi Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946 dan beberapa orang lagi wakil dari Jejak.

Dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini, Nizar mendakwa, kerajaan Jepun telah membayar RM207 bilion kepada kerajaan Malaysia sebagai pampasan kepada buruh paksa pembinaan keretapi itu.

Namun sehingga kini, tidak ada sebarang wang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada mangsa atau waris mereka. Dalam kunjungan hari ini, Sekteriat Jejak juga meminta pihak negara Jepun memberi maklumat bila jumlah pampasan kepada buruh binaan itu di hantar ke negara ini dan siapa yang mengesahkan penerimaan itu.

Dalam pertemuan sejam itu, Nizar turut meminta pihak Jepun menyerahkan senarai nama rakyat Malaysia yang menjadi buruh binaan landasan kereta api Siam-Burma 1942 hingga 1946 itu.

"Kita jumpa dengan pihak kedutaan Jepun petang ini, untuk mengesahkan maklumat yang kita perolehi itu benar atau sebaliknya.

"Sekiranya pihak Jepun masih menyimpan senarai buruh atau mangsa-mangsa dari malaysia ini sila majukan kepada kami," katanya ketika ditemui.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut mendedahkan beberapa surat pengesahan dan dokumen rasmi kepada wakil Kedutaan Jepu berkenaan.

Salah satu surat tersebut dari Kementerian Kewangan bertarikh 29 Mac 2011 menjelaskan, "kertas pertimbangan bagi kelulusan pengeluaran wang pampasan kepada buruh paksa ke Burma 1942 hingga 1946. Sukacita dimaklumkan peruntukan sejumlah RM207 billion telah diangkat oleh kelulusan kerajaan di mana prosesnya dimaklumkan kepada pejabat Peguam Negara dan di peringkat Kementerian Sumber Manusia".

Menurut Nizar, pihaknya sehingga kini tidak tahu di mana pampasan itu berada sama ada masih disimpan di dalam Perbendaharaan negeri atau Amanah Raya kerana tidak ada sebarang penjelasan dibuat kerajaan sehingga kini.

"Kita tidak tahu. Kalau wang itu masih ada dalam simpanan kerajaan kenapa tidak diberi balik kepada mangsa. Mangsa ada 30,000 yang boleh balik semula ke Malaysia walaupun ada yang meninggal dunia tetapi mereka masih ada waris melalui Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946,".

Mengikut rekod persatuan, jumlah 30,000 buruh ini melibatkan 60 peratus bangsa Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina dan 5 peratus bangsa lain.

Nizar yang juga Ajk PAS Pusat berkata, dengan jumlah RM207 bilion itu setiap keluarga dianggarkan layak menerima sehingga RM3 juta wang pampasan.

"Banyak! pemberian pampasan ini kepada mangsa lebih baik dari ETP yang dibuat oleh kerajaan, sekurang-kurangnya dapat mengatasi sedikit masalah ekonomi orang Melayu," katanya.

Sejak didaftarkan secara rasmi pada 11 Januari 2011, persatuan terbabit telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari kerajaan Malaysia tetapi hingga kini masih gagal-PETIKAN HAPRAKDAILY


Jadi betulkah dakwaan Nizar ini benar atau sekadar temberang?? untuk cari publisiti murahan memandangkan populariti beliau makin merudum selepas isu no plat WWW..

Kat bawah ini pula penjelasan dari kerajaan Jepun yang menafikan dakwaan bodoh si Nizar mendakwa Jepun membayar wang pampasan berjumlah RM207 bilion..

Malah, dalam rekod juga tiada bukti transaksi wang antara Kerajaan Jepun dan Malaysia..

Menurut penjelasan Takaharu, segala isu pampasan untuk mangsa-mangsa Perang Dunia Ke 2 yang membabitkan Malaysia diselesaikan menerusi perjanjian antara dua kerajaan berkenaan pada tahun 1967.

Takaharu berkata bahawa di bawah perjanjian ini, Jepun telah membekalkan produk dan perkhidmatan bernilai RM25 juta kepada Malaysia.

"Ini adalah dalam bentuk geran, yang berbeza daripada membayar wang..

Kalau tak silap aku, lepas merdeka Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama kedua dua hala melalui perdagangan..Banyak bentuk bantuan yang diberikan Jepun kepada Malaysia dari segi pembangunan contohnya permotoran, industri elektronik dan pelbagai lagi..

Hubungan Malaysia - Jepun sungguh erat terutama semasa dasar Pandang ke Timur era Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir bin Mohamad..

Buat Nizar komunis, kereta yang hang pakai tu pun mai dari Jepun..Mungkin angka 207bilion tu sebenarnya hang kira jumlah pelaburan import dan export Malaysia Jepun kot..

SHAH ALAM: Kerajaan Jepun menafikan dakwaan PAS bahawa kononnya Tokyo membayar Putrjaya RM207 bilion sebagai pampasan untuk mangsa projek "Landasan Maut " semasa Perang Dunia ke dua.

Takaharu Suegami, Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur menegaskan adalah salah untuk mencadangkan bahawa Malaysia menerima pampasan lumayan sebegitu.

Beliau terkejut dengan tindakan beberapa pemimpin pembangkang termasuk Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Seri Nizar Jamaluddin mendakwa Jepun membayar RM207 bilion kepada Malaysia dalam tahun 90-an.

"Mereka mendakwa angka RM207 bilion, kita tidak tahu dari mana datangnya jumlah itu. Kami tidak mempunyai apa-apa rekod transaksi wang antara kerajaan Jepun dan Malaysia," katanya.

Nizar mendakwa pampasan itu adalah untuk 30,000 keluarga mangsa yang terbabit dalam pembinaan landasan maut di Myanmar (dahulunya Burma) ketika Jepun menakluki rantau ini semasa Perang Dunia ke dua.

Dakwaan Nizar itu dimuat oleh oleh portal Harakahdaily milik PAS dan portal pembangkang lain.

Ia disusuli dengan Ketua PKR Johor Chua Jui Meng melempar pelbagai tuduhan terhadap BN mengenai wang itu.

Takaharu menjelaskan segala isu pampasan untuk mangsa-mangsa Perang Dunia Ke 2 yang membabitkan Malaysia diselesaikan menerusi perjanjian antara dua kerajaan berkenaan pada tahun 1967.

Takaharu berkata bahawa di bawah perjanjian ini, Jepun telah membekalkan produk dan perkhidmatan bernilai RM25 juta kepada Malaysia.

"Ini adalah dalam bentuk geran, yang berbeza daripada membayar wang," katanya.

Beliau berkata perjanjian ini, yang bertujuan menggalakkan kerjasama ekonomi adalah lanjutan daripada Perjanjian San Francisco tahun 1952 yang juga telah menyelesaikan sepenuhnya persoalan pampasan perang apabila Malaya masih di bawah jajahan British.

Ditanya bila perjanjian 1967 itu dilaksanakan sepenuhnya, beliau berkata: "Pada masa ini saya tidak mempunyai tarikh yang tepat. Saya meminta Tokyo untuk memeriksa jangkamasanya (bila ianya telah dipenuhi)."

Takaharu berkata memandangkan perjanjian itu ditandatangani pada tahun 1967, perkara itu sepatutnya telah diselesaikan selewat-lewatnya tahun 80-an.

Namun beliau menegaskan tidak timbul isu Malaysia menerima imbuhan RM207 bilion daripada Tokyo sebagaimana yang cuba digembar-gemburkan oleh pembangkang,

Nizar yang juga Ahli Parlimen PAS Bkit Gantang, menuntut BN memberi penjelasan mengenai dakwaannya itu.

Usaha untuk mendapatkan penjelasan beliau susulan penafian daripada Kedutaan Jepun sedang dilakukan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive