Monday 7 January 2013

BUKU BLACK ROSE !! DEEPAK MULA RASA KESAN DIPERBODOHKAN PAKATAN !!


Beberapa hari lepas begitu ghairah pencacai pakatan menyebarkan buku Black Rose karangan Deepak si saudagar karpet..Namun hari ini Deepak sendiri mengaku bahawa buku berkenaan bukan ditulis olehnya..

Nampak sangat buku Black Rose ni sebenarnya fitnah rekaan terbaru pembangkang untuk menjatuhkan DS Najib Setelah isu barang kemas yang didedahkan oleh si tembon sakit otak tu tak berjalan..

Maka terpaksa cipta fitnah baru melalui buku kononnya dikarang oleh Deepak..




Saudagar Permaidani, Deepak Jaikishan menafikan buku Black Rose 1.0 yang tersebar di internet sejak beberapa hari lalu sebagai buku karangannya.

Beliau membuat penafian itu melalui satu sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada semua editor akhbar-akhbar dalam talian (gambar atas).

SMS penafian itu terpaksa diambil Deepak berikutan banyak pihak yang mengaitkan nama beliau dengan e-book berkenaan.

“Black Rose yang disiarkan di beberapa laman web adalah satu bentuk penipuan, sila padamkan nama saya daripadanya (jangan kaitkan saya),” katanya hari ini.

Beliau ternyata kurang senang dengan pihak-pihak yang cuba menangguk di air keruh dengan mengeluarkan e-book berkenaan dan mereka cerita.

Antara yang paling galak menyebarkan fitnah itu adalah Malaysiakini yang sudah tahu dari awal buku berkenaan bukan karangan Deepak kerana mereka telah pun menghubungi ahli perniagaan berkenaan ketika buku itu baru muncul di internet.

Walaupun Deepak telah membuat penafiaan ketika itu, portal berita anti kerajaan itu tetap menzahirkan kepada masyarakat kononnya buku Black Rose 1.0 adalah karangan Deepak.

Deepak sebelum ini memang berazam untuk menerbitkan sebuah buku dengan judul yang sama yang bertujuan untuk memburukkan nama Perdana Menteri dan keluarga beliau.

Deepak yang mempunyai masalah dengan sebuah institusi kewangan dikatakan mahu Perdana Menteri dan keluarga membantunya keluar daripada kemelut tersebut.

Kredibiliti ahli perniagaan berkenaan dipersoalkan kerana sering mengubah kenyataan mengikut masa dan keperluan dengan tujuan kenyataan itu memihak kepada dirinya..MyNewshub

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive