Monday 23 January 2012

PANAS!!! ORANG UMNO TAK PERLU HADIRKAN DIRI DALAM CERAMAH HASAN ALI?



MTK tertarik dengan artikel yang di tulis oleh saudara keris 7 lok yang mengatakan bahawa orang yang patut hadir ke ceramah beliau bukanlah orang UMNO,tetapi orang pas sendiri dan kita harus ingat Dr Hasan Ali membawa perjuangan PAS dan tidak mungkin dia mahu menyertai UMNO. Keris lebih selesa beliau memimpin PAS suatu hari nanti kerana Keris melihat hanya dia dan beberapa rakan sahaja yang benar-benar membawa amanat Ustaz Fadzil Nor dan mampu menjana penyatupaduan dua parti Melayu dan Islam.

Melihat senario penentangan 'parasit' oleh Dr Hasan Ali ini, masihkah anda semua ingat akan kisah negarawan yang termasyur iaitu pencetus perjuangan Keris, Tun Mahathir Mohamad yang pernah keluar UMNO kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi?

Setelah beliau meletakkan jawatan selaku Perdana Menteri Malaysia keempat, beliau menentang penyandang Perdana Menteri yang dipilihnya sendiri iaitu Pak Lah atau Abdullah Ahmad Badawi kerana kepimpinan ketika itui sedikit lesu.

Memetik tulisan rakan Keris -Kisah pertentangan dua ikon besar negara ini bukan menjadi rahsia lagi. Rakyat memerhatikan gelagat kedua-duanya. Pada saat kemuncak, Dr Mahathir mengisytiharkan diri dan keluarganya (kecuali Mukhriz Mahathir) keluar dari parti (UMNO) atas alasan ‘hilang kepercayaan terhadap pimpinan utama UMNO, Abdullah Ahmad Badawi’.

Walaupun dipujuk dengan berbagai cara, Dr Mahathir enggan menarik balik keputusannya bahkan mengisytiharkan bahawa dirinya akan terus menentang kepimpinan UMNO (harus diingat, beliau menentang kepimpinan dan bukan parti itu sendiri) sehingga Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan. Itulah ultimatumnya!-



Maka Keris juga melihat perkara yang sama akan dilakukan oleh Dr Hasan Ali dan biarkan sahaja beliau membuka mata ahli-ahli PAS. UMNO tak perlu hadiri tapi tak salah mahu ambil tahu. Kerana ini urusan mereka maka biarkan sahaja mereka uruskan. Kita teruskan perjuangan dan membuktikan keperkasaan Barisan Nasional sebagai satu barisan yang masih relevan dalam memajukan negara serta membantu rakyat

baca panjang lebar di sini


MTK
bagi mtk apa yang dikatakan oleh saudara keris ada betul jugak,kerana roadtour Dr hasan ali kali ini biarkan ahli ahli tegar pas turun sendiri mendengar apa rahsia keburukan pas yang akan dibongkarkan oleh beliau supaya mereka dapat membuka mata melihat sendiri betapa celakanya parti pas ini yang sangup membuat apa saja untuk undi.

1 comment:

Anonymous said...

Itu jang jadi masaalah dg PAS, suka mengharamkan benda yang halal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive