Thursday 28 March 2013

VIDEO MEMALI !! KAITAN AMANAT HADI AWANG DENGAN INSIDEN MEMALI




Video yang menarik untuk ditonton oleh semua rakyat..Biar semua orang tahu kisah sebenar disebalik tragedi Memali..Segala bukti yang mengaitkan Pas tentang insiden memali ada dalam video ni..Sama sama kita saksikan.






Dalam video ini kita boleh lihat kumpulan yang terpengaruh dengan amanat Hadi Awang ini menjadikan wanita dan kanak kanak sebagai perisai bahagian hadapan (menyonsang dari prinsip peperangan dalam islam, sepatutnya lelaki di hadapan)..

Jelas dalam video ini pasukan polis bertindak tenang untuk menyuraikan orang kampung bersenjatakan parang mula bertindak aggresif bagaikan dirasuk oleh syaitan.

Gambaran di dalam madrasah Ibrahim Libya membuktikan Pas sememangnya dipengaruhi syiah di Iran & muammar ghadafi dari libya.

AMANAT HAJI HADI MENJADI SUMBER RUJUKAN PERJUANGAN MEREKA.

Semasa temubual bersama bapa Ibrahim Libya, Bapanya tidak sedih dengan apa yang berlaku kerana mereka semua tidak mengikut nasihatnya untuk mengelak kebinasaan yang berlaku.

Ibrahim Libya dipengaruhi oleh anasir asing, ahli PAS dari Alor Setar (Mat Hassan) yang menggalakkan mereka menentang kerajaan berdasarkan Amanat Haji Hadi.

Bapa Ibrahim Libya tidak mengaku anak jika Ibrahim tidak menyerah diri.


Baca 'KERTAS PUTIH MEMALI' http://library.perdana.org.my/Digital_Content/PLF/WHITE-PAPERS/1006335.pdf

Ini adalah situasi sebenar yang berlaku, bukan versi rekayasa oleh PAS kerana kandungan 'Kertas Putih' telah dibentang & disahkan di Parlimen dengan kehadiran wakil PAS & pembangkang sendiri.

Insiden di Memali sama seperti apa yang berlaku di Lahad Datu sekarang dimana anggota polis dan pasukan keselamatan cuma ingin menjaga keselamatan dan kedaulatan negara dan bukanya berniat untuk menyerang atau membunuh penduduk kampung..

Pasukan Keselamatan hanya minta penduduk Memali bersurai dan beberapa orangg dalang di sebalik insiden ini menyerah diri untuk siasatan.

Tetapi Pas mempolitikkan isu kematian kumpulan ini angkara kekejaman kerajaan yang mengarahkan pasukan keselamatan membunuh semua pemberontak..

Bila PAS berubah dari Negara Islam kepada Negara Berkebajikan, apa jadi dengan syahid pejuang Memali?

Apa dah jadi dengan amanat Haji Hadi dalam Insiden Memali??




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive